Plato

  • Uploaded by: Nur Ain Mohd Amin
  • 0
  • 0
  • October 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Plato as PDF for free.

More details

  • Words: 1,228
  • Pages: 8
FALSAFAH DAN LOGIKA MELAYU JXEA 1104 TOKOH FALSAFAH PLATO NAMA PELAJAR

: SITI SUHAILA MOHD ZAINI

NO MATRIK

: JEA 080138

SESI

: SEMESTER 1 2008/2009

NAMA PENSYARAH

: DR.AMRAN MOHAMAD

NAMA TUTOR

: CIK SITI HADIJAH ABD RAHMAN

FAKULTI

: AKEDEMI PENGAJIAN MELAYU

Tokoh Falsafah yang dipilih oleh penulis dalam menyelesaikan tugasan ini ialah Plato. Nama sebenar beliau ialah Aristokles. Plato dilahirkan pada 427M didalemudian am keluarga golongan atasan Athens. keturunan raja Kodrus.

Ayahnya bernama Ariston, seorang bangsawan

Ibunya bernama Periktisne dan berketuranan Salon, ibunya

seorang tokoh lagenda dan negarawan Athens. Dia digelar Plato dari seorang jurulatih senamannya. Dalam bahasa Yunani, Plato berasal dari kata benda Platos membakwa maksuk dengan hal demikian, nama plato bererti Si Lebar. Gelaran yang diberikan oleh pelatihnya itu menjadi popular dan menjadi nama panggilannya sehari-hari. Bahkan nama plato menjadi nama rasmi yang diabadikan melalui seluruh karyanya. Ketika masih kecil, ayahnya telah meninggal dunia. Ibunya menikah dengan saudara ayah Plato yang bernama Pyrilampes. Bapa saudara yang menjadi ayah tirinya itu adalah seorang tokoh yang disegani di Athens. Plato dibesarkan dan dididik di Pyrilampes.

Plato

meninggal dunia ketika berumar lapan puluh tahun dan semasa hayatnya dia hidup membujang. Falsafah yang ingin dikupas oleh penulis melalui tokoh falsafah ini ialah falsafah tentang politik. Plato ialah seorang pemikir falsafahn politik yang unggul dan merupan seorang perintis yang sangat berwibawa daslm bidang yang diceburinya. Plato telah mengalami peristiwa sedih iaitu guru falsafah Plato iaitu Socrates yang telah dibicarakan atas tuduhan mengajar ilmu palsu selagus dijatuhkan hukuman mati berdasarkan peristiwa itulah Plato bangkit dan berazam untuk meneruskan ajaran Socrates. Plato amat memusuhi sebarang bentuk kekerasan dan peperangan. Istilah peperangan bagidirinya

2

dianggap satu helah kumpulan berkepentingan untuk mencari keuntungan. Peperangan juga baginya akan mawujudkan pertentangan kelas antara golongan kaya dan golongan miskin. Plato merasakan adalah manjadi tanggungjawabnya untuk mengembalikan zaman kegemilangan masyakat Yunani yang diwakilinya dengan menyarankan kepada masyakat betapa perlunya satu system falsafah politik. Falsafah politik yang diasaskan oleh Plato pada masa itu berteraskan keadilan. Pendapat Plato mengatakan hanya keadilan yang dapat mengurangkan segala bentuk kekerasan. Plato juga melihat konsep keadilan dari sudut dan kaca mata ahli ekonomi politik. Keadilan juga dikaitkan dengan pengkhususan buruh di man tiap-tiap warga Negara perlu memiliki pekerjaan yang sesuai dan setaraf dengan bakat atau kemahiran masing-masing. Walaubagaimanapun kelas-kelas ekonomi yang diwujudkan bukanlah bersifat rigrid.

Plato juga mengatakan pengkhususan

mengikut buruh tidak akan berkekalan daripada keadilan yang berteraskan hokum.

Sebagai sebahagian daripada falsafah politik yang dianggap klasik, falsafah politik Plato berteraskan kepada etika yang pada masa itu menduduki tempat paling mulia diantara segala ilmu pengetahuan. Bagi Plato kehidupan individu dan masyarakat itu sendiri diwarnai dengan nilai-nilai kebajikan, keadilan, dan kebaikkan. Prinsip-prinsip abstrak tentang kebajikan, kebaikkan, dan keadilan itulah yanga menjiwai falsafah politik Plato.

Falsafah politik plato berbeza dengan falsafah politik kontemporariyang

cenderung membahas istilah politik seperti kebebasan , kewibawaan, kekuasaan, kewajipan dan sebagainya

falsafah politik plato berupaya membahaskan dan

menghuraikan berbagi-bagai sudut kehidupan manusia dalam hubungannya dengan

3

negara. Dia nenerapkan konsep pemikiran tentaang manusia yang baik dan aman serta memepersoalkan cara yang harus dilaluiuntuk mencapai konseppemikiran itu.

Plato

berpendapat manusia dan Negara memiliki persamaan yang hakiki, oleh itu apabila manusia itu baik Negara juga akan berada dalam keadaan baik dan bererti nagara yang baik juga mempunyai manusia yang baik, manakala Negara yang buruk maka manusianya turut dianggap buruk. Negara adalah pencerminan daripada manusia yang menjadi warganya.

Menurut plato pada masa itu, gambaran tentang Negara benar-benar telah risak Negara yang wujud pada masa itu begitu buruk dan sama sekali tidak mencerminkan gambaran yang seharusnya sebagai mana yang ada dalam idea plato. Gambaran Negara harus dipulihkan kembali dan Negara ideal hendaklah sentiasa diwujudkan. Plato turut mengatakan Negara menjadi rosak akibat penguasa yang menyelewng. Plato merupakan pengikut kepada Socrates iatu guru falsafah yang paling dikagumi, dihormti, dan disayangi. Plato semakin hilang semangat untuk menempuh kerjaya politik ketika ia mengetaui gurunyanya iaitu Socrates hendak ditangkap dan dibunuh untuk membolot harta kekayaannya oleh kelompok tiga puluh tyranni. Sorates menolak dan ia terancam dengan hukuman mati, tetapi kelompok tiga puluh tyranni itu telah tersingkir dari tembok kekuasaan Athens. Pemulihan pemerintahan demokrasi itu telah membawa harapan baru bagi seluruh rakyat Athens harapan baru itulah yang mendorong plato untuk berusaha memperoleh kesempatan menempuh kerjaya dalam bidang politik. Namun semangatnya

4

kembali luntur kerana socretes ditangkap dan dihukum mati oleh pemerintah democrat dengan tuduhan Socrates adalah seorang penjenayah yang menghasut golongan mda dan tidak mempercayai golongan dewa dan mempercayai unsur-unsur ghaib.

Kemtian

Socrates begitu mempengaruhi plato sehingga dia seolah-olah kehilangan segala-galanya. Plato yang begitu dipengaruhi oleh Socrates menempatkan kebaikan dan kebajikan sebagai idea yang tertinggi tidak hairanlah apabila beberapa orang ahli falsafah politik menarik kesimpulan bahawa bagi plato Negara ideal adalah satu komuniti etnik bagi mencapai kebajikan dan kebaikan itu.

Apabila plato mengatakan bahawa asal-usul manusia itu terletak dalam keinginan dan keperluan manusia, dia menganggap Negara dibentuk untuk manusia. Plato juga menganggap bahawa tujuaan Negara selari dengan tujan hidup manusia iaitu mengutamakan kesenangan dan kebahagian hidup, maka tugas Negara adalah mengusahakan cara untuk mendapatkan kesenangan dan kebahagian itu.dengan mengatakan kesenanagan dan kebahagian tujuan hidup manusia, ia sama sekali tidak bermaksud hendak mengajar, apalagi menganjurkan dan merangsang semangat hedonisme iaitu ajaran yang menganjurkan dan merangsang semangat untuk mengejar kenikmatan hidup. Bagi plato kesenangan dan kenikmatan hidup itu tidak dapat direnguk melalui pemuasn hawa nafsu selama hidup di alam ini kerana apa yang ada di ala mini hanyalah realiti semata-mata dari apa yang berada dalam idea, maka apabila seseorang terpesona dan terpaku dengan realiti bayangan mereka akan mengejar bayangan itu menyebabkan mereka tersesat ke alam yang tidak ketahuan dan penuh dengan penyesalan

5

dan kekecewaan.

Bagi mencapai kesenangan dan kebahagian hidup manusia harus

memiliki ilmu pengetahuan yang akan menjadikannya bijak untuk meyelami segala sesuatu yang berlaku. Bagi plato kesenangan dan kebahagian hidup yang sebenarnya terletak didalam keberhasilannya untuk menjalaani satu kehidupan yang penuh dengan kebaikan dan kebajikan. Plato juga berpendapat Negara yang bersendikan keadilan, kearifan, keberanian, semangat dan pengendalian diri dalam menjaga keselarasan dan keserasiaan hidup bernegara.

Hanya Negara yang mempunyai cirri tersebut akan

sanggup untuk melaksanakan tugasnya menghasilkan kesenagan dan kebahagian hidup sejati bagi setiap warganya. Selain itu, kesenangan dan kebahagian hidup yang sejati bagi setiap warganya harus sentiasa berorientasi kepada asal-usul pembentukannya. Dia menyedari bahawa Negara yang dibentuk oleh manusia yang memiliki keinginan dan keperluan yang begitu banyak hanya dapat dipenuhi apabila manusia saling berkerjasama untuk saling mencakupi keperluan masing-masing.

Falsafah yang dikemukan juga

mengatakan Negara ideal harus dapat menundukkan hak dan kewajipan itu pada tempat yang tepat dan mengatur agar kedua-duanya sentiasa selari dan dengan cara itulah Negara dapat melaksanakan tugas dengan sebaik-baiknya sesuai dengan fungsinya untuk mencapai tujuan yang diimpikan oleh pemerintah Negara.

6

Kesimpulannya, berdasarkan daripada falsafah politik dapat di ketahui bahawa plato amat menitik beratkan kesejahteraan negara dan kebahagian penduduknya. Retorik politik pada masa kini kebanyakannya bukan lain bahkan retorik sahaja, tetapi retorik yang mempengaruhi manusia dan menyebabkan berlakunya kejadian-kejadian

yang sebaliknya tidak berlaku. Retorik politik kita sekarang sudah ditembusi oleh citacita yang langsung tidak ada dalam retorik zaman plato. Plato telah menyedarkan orang ramai bahawa cita-cita dan kejayaan peribadi atau Negara bukanlah yang paling mustahak dalam kehidupan dan kebaikan orang lain merupakan matlamat paling utama.

7

BIBLIOGRAFI J.H Rapar. 1993. Falsafah Politik Plato. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. R.M.Hare. 1992. Pemikir-pemikir Agung Zaman Silam. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Awang Sariyan . 2008.Falsafah dan Logika Melayu .Selangor: Synergate sdn.bhd Hashim Musa. 2001. Falsafah, logik, Teori Nilai dan Ethika Melayu Suatu Pengenalan http//www.wikipedia.plato.com.my

8

Related Documents

Plato
October 2019 61
Plato
October 2019 71
Plato
October 2019 71
Plato
October 2019 47
Plato
October 2019 44
Plato
October 2019 62

More Documents from "Nur Ain Mohd Amin"

Pantun Budi
October 2019 46
Al-ghazali
October 2019 46
Nazam Ajal
October 2019 53
Al-kindi
October 2019 40
Tajus Salatin
October 2019 36
St-01-01
October 2019 48