Plato

  • Uploaded by: Nur Ain Mohd Amin
  • 0
  • 0
  • October 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Plato as PDF for free.

More details

  • Words: 1,028
  • Pages: 7
FALSAFAH DAN LOGIKA MELAYU JXEA 1104

TAJUK : FALSAFAH POLITIK(PLATO)

PENSYARAH : PROF. DR. AMRAN MUHAMAD NAMA

: MOHD HANIF BIN JUSOH

NO.MATRIK

: JEA 080042

SEMESTER 1, SESI 2008/2009 AKADEMI PENGAJIAN MELAYU, UNIVERSITI MALAYA KUALA LUMPUR

Menurut Prof. Dr. Awang Sariyan dalam bukunya yang bertajuk Falsafah dan Logikal Melayu perkataan falsafah berasal daripada perkataan Yunani atau Greek yang mana Philo bermaksud cinta dan Sophia bermaksud hikmah. Falsafah dapat diertikan sebagai hasrat atau keinginan yang bersungguh- sungguh untuk mendapatkan kebenaran yang sejati serta menghayati kebenaran tersebut. Menurut Dr. Hashim bin haji Musa dalam bukunya yang bertajuk Falsafah, Logik, Teori Nilai dan Etika Melayu “falsafah boleh ditakrifkan sebagai satu penyelidikan pengajian dan ilmu yang berasaskan renungan (reflective) dan pentaakulan (reasoning) untuk merumuskan sifat, hakikat dan kandungan alam wujud atau alam semesta dilihat secara keseluruhan sebagai satu kesatuan, berdasarkan penelitian dan pengkajian terhadap data dan fakta yang diambil daripada semua aspek alam wujud atau semesta” Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat, falsafah dapat ditakrifkan sebagai pengetahuan tentang pengertian yang dianggap sebagai ilmu yang tinggi yang menjadi dasar ilmu- ilmu lain. Erti falsafah dari sudut praktis pula ialah “alam berfikif atau fikiran secara mendalam tentang hakikat segala sesuatu”.

Merujuk kepada tugasan yang telah diberi iaitu berkaitan dengan kajian mengenai salah seorang tokoh falsafah yang terkenal dunia. Saya telah memilih tokoh falsafah Plato dan falsafah yang dipilh ialah falsafah politik yang dipegang oleh beliau. Plato merupakan seorang ahli falsafah Yunani, sekitar abad 390 SM. Nama sebenar Plato ialah Aristokles.

Gelaran Plato telah diberikan oleh jurulatih yang mengajarnya senaman

kerana Plato memiliki dahi dan bahu yang lebar. Dalam bahasa Yunani, Plato berasal

daripada kata benda Platos iaiatu kelebaran yang mana ianya dibentuk daripada kata sifat Platus yang bermaksud lebar. Tempat dan tahun kelahiran Plato yang sebenar tidak diketahui. Karya yang pernah dihasilkan oleh Pato seperti Republic, Politicus dan The Laws. Plato juga turut menyumbangkan jasa dalam bidang pendidikan, agama, keadilan dan negara Yunani.

Perkataan politik dalam Kamus Dewan dapat ditafsirkan sebagai salah satu daripada ilmu

pengetahuan

yang

berkenaan

dengan

sistem

pemerintahan,

dasar-dasar

pemerintahan, ilmu siasah, ilmu kenegaraan; segala sesuatu yang berkenaan dengan pemerintahan sesebuah negara atau hubungannya dengan negara lain, kelicikan, dan tipu muslihat

Dalam buku Falsafah Politik Plato (1993), J.H Rapar telah menyatakan bahawa politik pada akhirnya merupakan suatu perjuangan yang tidak pernah berakhir. Pada zaman dahulu, politik selalu menekankan kebajikan, kebaikan dan keadilan (etika) dalam berbagai-bagai segi yang berkaitan dengan hubungan antara warga dengan negara. Melalui daripada tiga unsur itulah, individu atau masyarakat termasuk kerajaan dibezakan dari makhluk lain. Tegasnya, baik atau buruk sesebuah negara bergantung kepada kesedaran etika politik warganya.

Politik juga merupakan seni pembelajaran yang berkaitan dengan organisasi dan tabiat sesebuah kerajaan. Aktiviti politik pada hari ini pada dasarnya berlandaskan kepada konsep politik yang dipelopori oleh sarjana dan patriot Itali pada abad ke-15 iaitu Machievelli. Hal ini demikian kerana, menurut doktrin politik Plato bahawa asal usul itu terletak dalam keinginan dan keperluan manusia, maka ini bermakna bahawa negara dibentuk oleh manusia dan untuk manusia.Plato menganggap bahawa tujuan negara selari dengan tujuan hidup manusia, iaitu untuk kesenangan dan kebahagiaan hidup manusia, maka ini bererti bahawa tugas negara ialah memberikan kesenangan dan kebahagiaan itu, oleh hal yang demikian, maka fungsi negara yang paling menonjol ialah fungsi kesejahteraan.Pemikiran politik yang telah dikemukakan oleh Plato dalam usahanya membina sebuah negara ideal yang bebas dari segala keburukan, kekacauan dan kerosakan pada umumnya telah merombak struktur dan landskap politik dunia moden.

Falsafah Aristotle dan Plato juga telah mengasingkan politik daripada agama. Politik hanya melibatkan pengurusan dalam usaha mendapatkan kuasa pengurusan yang berdasarkan pemikiran manusia semata-mata dan bebas daripada tuntutan serta panduan agama. Akibat dari pemahaman politik Arstoltle dan Plato ini maka timbul berbagai komen termasuk komen dari pembaca di atas. Kalau "POLITIK ITU TETAP POLITIK JUGA" merupakan komen yang lahir dari pemahaman politik Aristotle dan Plato. Ianya diandaikan kepada semua ahli politik termasuk mereka dari PARTI ISLAM. Pada tanggapan golongan yang percaya kepada Aristotle dan Plato ini, semua ahli dan parti

politik adalah sama. Bergerak dengan konsep yang sama, bermatlamat sama dan mempunyai cara hidup yang sama.

Aristotle dan Plato juga telah menyatakan pendapat bahawa di dalam politik tidak ada kawan dan musuh yang kekal (THERE IS NO PARMANENT FRIEND AND ENEMY IN POLITIC- dengan izin). Oleh itu bukan menjadi satu yang pelik kalau satu masa ada kawan yang bertukar menjadi lawan dalam politik. Sebagai contoh yang dapat kita lihat melalui peristiwa yang pernah berlaku dalam arena politik di Malaysia iaitu peristiwa yang pernah berlaku di dalam parti BN. Suatu masa dahulu Tun Mahathir dikatakan telah bermusuhan dengan Ku Li tetapi sekarang mereka telah menjadi kawan dan ini merupakan satu contoh semasa kepada dasar dari kefahaman politik Aristotle dan Plato.

Republik ialah sebuah karya teori falsafah dan politik yang terpengaruh. Buku ini diitulis dalam bentuk dialog oleh Plato. Daripada sudut pandangan politik, Plato mentakrifkan "keadilan" sebagai "membuat sesuatu yang anda semula jadinya paling sesuai," dan "membuat kerja sendiri tanpa menjaga tepi kain orang" (433a-433c). Konsepsi keadilan ini yang ketara kepada pembaca moden ini adalah amat berkait rapat dengan konsepsi dewi Yunani, Dike, yang merupakan susunan keadilan. Takrif "keadilan" ini telah menyebabkan wujud sebuah struktur sosial yang amat berbeza dengan negaranegara kota dahulu serta yang kemudiannya. Plato juga telah berkata bahawa keadilan

dapat mengekalkan serta menjadikan struktur sosial di dalam sesebuah negara menjadi sangat baik. Ketiga-tiga kebaikan utama yang telah dinyatakan di atas, iaitu Kesederhanaan, Kebijaksanaan, serta Keberanian, dan keadilan juga turut menjadi penyebab serta syarat untuk mewujudkan ketiga-tiga kebaikan tersebut.

Kesimpulan yang dapat dibuat melalui pengkajian mengenai tokoh falsafah ini ialah falsfah sememangnya berkait rapat dengan kehidupan manusia. Kecemerlangan serta kegemilangan sesebuah Negara amat bergantung kepada institusi politik yang telah diamalkan oleh mereka. Oleh hal yang demikian, sesebuah institusi kerajaan itu perlu menjaga sistem politik mereka agar dapat menjamin kesejahteraan dan keharmonian sesebuah masyarakat tersebut.

BIBLIOGRAFI 1) Abu Urwah, 1989. Sistem-Sistem Islam. Kuala Lumpur: Pustaka Salam 2) Drs. H. Sd. Bustami R. Lintang, 1990. Doktrin Politik Dalam Islam. Kuala Lumpur: Penerbitan Pustaka Antara 3) J.H Rapar, 1993. Falsafah Politik Plato. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka 4) Buku Falsafah, Logik, Teori Nilai dan Etika Melayu oleh Hashim bin Hj. Musa, Ph.d 5) Buku Falsafah dan Logikal Melayu oleh Prof. Dr. Awang Sariyan. 6) http://mohamadsofee.blogspot.com 7) http//ms.wikipedia.org/wiki/Republik_(Plato)

Related Documents

Plato
October 2019 61
Plato
October 2019 71
Plato
October 2019 71
Plato
October 2019 47
Plato
October 2019 44
Plato
October 2019 62

More Documents from "Nur Ain Mohd Amin"

Pantun Budi
October 2019 46
Al-ghazali
October 2019 46
Nazam Ajal
October 2019 53
Al-kindi
October 2019 40
Tajus Salatin
October 2019 36
St-01-01
October 2019 48