Pengenalan Nama sebenar al-Khindi adalah Abu Yusuf Yaqub ibn Ishaq ibn Isma’il ibn Muhammad ibn al-Asy’ath ibn Qais al-kindi.Beliau dilahirkan di Kufa di mana kawasan tersebut dikenali sebagai pusat pengajian dunia belajar sekitar tahun 800 Masihi.Bapa al-kindi merupakan gabenor kufa sama seperti datuknya juga.Beliau berketurunan suku kaum Kinda yang telah berpindah dari Yemen dan pendidikan beliau bermula di Kufa kemudiannya Basrah dan akhir sekali di Baghdad. Khalifah al-Ma’mun melantik beliau setelah kehebatan beliau tersebar luas,di Rumah Kebijaksanaan di Baghdad yang merupakan pusat baru yang sahaja ditubuhkan bagi penterjemahan teks-teks falsafah dan saintifik orang Yunani.Al-Kindi juga terkenal kerana penulisan seni khatnya dan beliau pernah bekerja sebagai jurutulis kepada al-Mutawakkil.Namun ketika pemerintahan al-Wathiq terutama al-Mutawakkil,peluang al-Kindi surut kerana pelbagai teori yang mengatakan kejatuhannya akibat persaingan dan akibat penyeksaan yang ganas olehal-Mutawakkil terhadap orang islam yang tidak ortodoks serta bagi orang bukan islam. Beliau merupakan pakar muzik,falsafah,astronomi,perubatan,geografi dan matematik.Al-Kindi dianggap sebagai ahli falsafah muslim dan paling besar serta ahli farmakologi pertama yang menggunakan dos ubat dengan betul.Beliau juga seorang penulis yang sangat produktif dan menghasilkan 241 buah buku dalam pelbagai bidang antaranya astronomi(16 buah),aritmetik(11 buah),geometri(32 buah),perubatan(22 buah),fizik(12
buah) dan falsafah(22 buah).Al-Kindi meninggal dunia semasa pemerintahan 873 CE bagi al M’utamid.
Falsafah al-Kindi Falsafah berasal daripada bahasa Yunani philos yang bermaksud ‘cinta’ dan Sophia yang bermaksud ‘hikmah’.Kata majmuk philosophia yang menerbitkan kata philosophy dalam bahasa Inggeris,kata falsafah dalam bahasa Arab,kata philosophie dalam bahasa jerman dan perancis,filosofia dalam bahasa Sepanyol dan filsafat atau falsafah dalam bahasa Melayu bererti ‘cinta akan hikmah’ atau ‘cinta akan kebijaksanaan’. Bagi tokoh falsafah,al-Kindi,matlamat utama falsafahnya adalahuntuk menggabung kesesuaian antara falsafah dan teologi alam di sebelah dan teologi spekulatif dan diwahyukan di tangan yang lain.Walaubagaimanapun,beliau sebenarnya menolak teologi spekulatif.Beliau menekankan bagaimanapun,wahyu adalah sumber pengetahuan lebih hebat dalam sekurang-kurangnya sesetengah bidang dan ia menjamin perkara-perkara mengenai kepercayaan yang akal pemikiran tidak boleh mendedahkannya. Pada pandangan saya,pemikiran falsafah yang ditujukan oleh al-Kindi adalah berkaitan dengan kewujudan manusia,kaitannya dengan pencipta dan sifat-sifatNya yang perlu diketahui.Penekanan wahyu sebagaimana yang dipersoalkan oleh al-Kindi merupakan satu sumber ilmu yang penting untuk kita ketahui.Pada lazimnya,kita tahu wahyu itu adalah berita Allah SWT yang diturunkan kepada nabi junjungan kita,nabi Muhammad saw melalui malaikat
jibrail.Namun begitu,manusia lain juga boleh mendapat wahyu jika Allah perkenankan makhlukNya kerana wahyu adalah ilmu yang sangat penting yang mampu memandu manusia ke jalan yang benar sebagaimana Allah memimpin nabi junjungan kita melalui wahyu yang diturunkan. Tidak semua orang akan mendapat wahyu,oleh itu wahyu dikatakan sumber pengetahuan yang lebih hebat dan menjamin kehidupan terhadap kepercayaan yang akal pemikiran tidak boleh mendedahkannya.Maksudnya di sini,akal tidak boleh mengatasi kehebatan wahyu kerana ia berpunca daripada Yang Maha Pencipta,manakala akal mempunyai had batasan dalam memikirkan sesuatu perkara dan tidak mampu berfikir jauh dari had batasan yang diberikan. Al-Kindi telah membahagikandaya jiwa kepada tiga iaitu daya bernafsu(appetitive),daya pemarah(irascible)dan daya berfikir(cognitive atau rational).Al-Kindi membandingkan ketiga-tiga kekuatan jiwa ini dengan mengibaratkan daya berfikir sebagai sais kereta dan daya nafsu dan daya pemarah sebagai dua ekor kuda yang menarik kereta tersebut.Jika akal budi dapat berkembang dengan baik maka dua daya jiwa lainnya dapat dikendalikan dengan baik pula.Orang yang hidupnya dikendalikan oleh dorongan-dorongan nafsu birahi dan amarah diibaratkan al-Kindi Seperti anjing dan babi sedang bagi mereka yang yang menjadikan akal budi sebagai tuannya,mereka diibaratkan sebagai raja. Pendapat al-Kindi bahawa akal budi mengatasi nafsu dan amarah adalah suatu perkara yang sangat besar maknanya.Bagi pandangan
saya,akal budi ini tidak dipengaruhi oleh nafsu dan amarah tetapi bertindak secara rasional dan tidak mengikut kata hati dan hawa nafsu.Perbandingan akal budi sebagai sais kereta denagan nafsu dan amarah sebagai dua ekor kuda yang menarik kereta tersebut jelas menunjukkan perbezaan yang sangat ketara antara akal dengan nafsu dan amarah.Kiasan kuda yang digunakan oleh al-kindi untuk mewakili nafsu dan amarah menunjukkan bahawa kuda itu dijadikan sebagai alat untuk menarik kereta,maksudnya nafsu dan amarah tersebut berada di bawah kawalan akal.Manakala,sais kereta yang digambarkan oleh al-Kindi sebagai akal budi menujukkan bahawa akal itu sangat berharga dan berada di atas nafsu dan amarah. Manusia dikurniakan oleh Allah SWT akal dan ini jelas menunjukkan akal merupakan sesuatu yang tinggi nilainya kerana tanpa akal,mana mungkin kita dapat berfikir dengan baik.Walaupun kita sebagai manusia memiliki nafsu dan amarah,kita tetap menggunakan akal pemikiran untuk berfikir kerana jika kita hanya menggunakan nafsu untuk membuat keputusan,nescaya akan membawa bencana yang tidak diingini seperti pepatah melayu:ikut suka luka,ikut hati mati,ikut rasa binasa.Begitulah pepatah melayu yang memberitahu kita bahawa jika kita mengikut kata hati dan nafsu semata-mata,buruklah padahnya. Menurut al-Kindi,fungsi filsafat sesungguhnya bukan untuk menggugat kebenaran wahyu atau untukmenuntut keunggulan yang lancang atau menuntut persamaan dengan wahyu.Filsafat haruslah sama sekali tidak mengajukan tuntutan sebagai jalan tertinggi menuju kebenaran dan mahu
merendahkan dirinya sebagai penunjang bagi wahyu.Ia mendefinisikan filsafat sebagai pengetahuan tentang segala sesuatu sejauh jangkauan pengetahuan manusia.Kerana itu,al-Kindi dengan tegas mengatakan bahawa filsafat memiliki keterbatasan dan bahawa ia tidak dapat mengatasi masalah semisal mukjizat,syurga,neraka dan kehidupan akhirat.Dalam semangat ini pula,al-Kindi mempertahankan penciptaan dunia exnihilio,kebangkitan jasmani,mukjizat,keabsahan wahyu dan kelahiran dan kehancuran dunia oleh Tuhan. Pandangan al-Kindi tentang keterbatasan filsafat adalah suatu lumrah yang kita mesti ketahui kerana akal yang dikurniakan kepada manusia adalah terbatas dan hanya dibezakan mengikut keupayaan dan kecerdasan akal masing-masing.Kita akui bahawa filsafat mempunyai banyak kelebihan dan kecerdasan akal yang jauh lebih tinggi daripada akal manusia biasa kerana mereka dapat melihat seuatu perkara itu dengan lebih mendalam dan jauh melangkah ke hadapan namun mereka juga manusia ciptaan Tuhan,maka akal mereka juga adalah terbatas.Jadi mana mungkin mereka boleh mengatasi wahyu untuk mencari kebenaran. Sesungguhnya akal manusia tidak dapat menjangkau tentang kewujudan syurga,neraka atau kehidupan akhirat jika bukan kerana wahyu daripada Allah SWT.Oleh itu,filsafatpada pandangan saya adalah sebagai sesuatu yang pengetahuannya tentang segala sesuatu pada jangkauan dan had batasan pemikiran atau pengetahuan manusia.
Secara kesimpulannya,al-Kindi lebih menekankan bahawa wahyu adalah sumber pengetahuan yang lebih hebat di mana akal pemikiran tidak dapat mengatasinya.Pendekatannya dalam bidang falsafah bukanlah pemikiran asal tetapi merangkumi penulisan Aristotelian dan plato baru(Neo Plato).Bagaimanapun,hasil kerjanya amat penting kerana telah mempopularkan dan memperkenalkan falsafah Yunani di kalangan cendikiawan muslim.Kebanyakan apa yang menjadi perbendaharaan kata falsafah piawaian Arab berasal dari al-Kindi,sesungguhnya jika tidak kerananya,hasil ahli falsafah seperti al-Farabi,Avicenna dan al-Ghazali mungkin tidak tercapai.
FirmanNya: “ Sungguh bahagia orang yang membersihkan nafsu atau hatinya dan sungguh merugikan bagi orang yang menyesatkannya”. FirmanNya: “Barang siapa yang dikehendaki oleh Allah mendapatkan petunjukNya maka Allah akan membuka hati orang itu kepada islam”. (surah Al-An’am ayat 125) Hadis di atas menunjukkan bahawa manusia haruslah tidak mengikut hawa nafsu semata-mata.Inilah yang al-Kindi katakan bahawa manusia yang menjadikan nafsu sebagai tuannya ibarat seekor anjing dan babi.Dalam AlQuran sendiri,manusia diwajibkan membersihkan nafsu atau hati agar tidak
menjadi orang-orang yang rugi kelak.Seterusnya,hadis kedua tersebut menerangkan bahawa Allah akan memberi petunjuk kepada yang diperkenanNya sahaja.Begitu juga wahyu,hanya sesetengah orang sahaja yang mendapatnya.Seperti kata al-Kindi,wahyu tidak boleh dijadikan sebagai jalan untuk filsafat mencari kebenaran kerana hanya seetengah manusia sahaja yang mendapatnya.
BIBLIOGRAFI 1.Abdul Jalil Hassan,1989:3.Falsafah dan pengetahuan islam. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka. 2.Hasbullah Bakry,1964:5.Systematik Filsafat.solo:Penerbit Ab-Sitti Sjamsijah 3.Sidi Gazalba,1974:17.Sistematika Filsafat:pengantar kepada dunia Filsafat,Teori pengetahuan,Metafizik,Teori Nilai.Kuala Lumpur:Utusan Melayu Bhd. 4.Al Syaibani,1991:25.Falsafah pendidikan Islam(terjemahan Hasan Langgulung).Shah Alam:Hizbi 5.Hassan Langgulung,1991:41.Asas Asas Pendidikan Islam.Shah Alam:Hizbi 6.Wolff,1992:5.About Philosophy.New Jersey:Prentice Hall,Inc
7.Dipetik daripada Alha Kelantan:http://alhakelantan tripod.com.tokoh/id7.htm1 yang Diambil pada hari Jumaat,22 Ogos 2008.