Nazam Ajal

  • Uploaded by: Nur Ain Mohd Amin
  • 0
  • 0
  • October 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Nazam Ajal as PDF for free.

More details

  • Words: 1,204
  • Pages: 9
FALSAFAH DAN LOGIKA MELAYU ( JXEA 1104 ) TAJUK : KARYA MELAYU KLASIK ( NAZAM AJAL ) NAMA

: AFIFAH BINTI MOHD AJIS

NO MATRIKS

: JEA 080001

NAMA PENSYARAH : DR. AMRAN BIN MOHAMMAD

SESSI 2008 / 2009 AKADEMI PENGAJIAN MELAYU

PENGENALAN TENTANG NAZAM Nazam ialah puisi yang berasal dari kesusasteraan Arab-Parsi. Mengikut Kamus Dewan (1994:858) “Nazam” ialah perkataan Arab yang bermaksud gubahan puisi seperti sajak dan syair. “Bernazam” adalah bercerita dengan lagu, bersajak atau bersyair, manakala menazamkan bermaksud menceritakan dengan lagu atau mengubah dan menyajakkan. Selain itu kaedah yang digunakan adalah mengikut gaya syair arab

Nazam berfungsi sebagai media pembelajaran agama, khasnya untuk masyarakat yang tidak mahir di dalam bahasa Arab dan tidak mampu membaca kitab-kitab yang lebih tebal

Dari aspek isi, nazam mengandungi doa-doa, puji-pujian dan penceritaan riwayat Nabi Muhammad saw. Nazam juga digunakan sebagai kaedah untuk menghafal sesuatu seperti alQuran dan ilmu-ilmu agama dan pengajaran yang lain. Dengan kata lain, nazam menjadi wadah cerita yang lazimnya berunsur keagamaan, seperti hal-hal ibadat, syurga dan neraka, ajal maut dan sebagainya. Nazam dinyanyikan dengan lagu dan iramanya yang tersendiri dan dikatakan hampir sama dengan berzanji.

CONTOH KARYA MELAYU KLASIK NAZAM AJAL. Hj. Ahmad mufti. Kalau sungguh kamu yakin akan mati, Jangan kamu lalai pada nafsu hati. Benar tidak bila ada amal kamu, Puas hati tidak sesalkan kamu. Ingat-ingat hai saudara masa itu, Nyawa sampai batang leher baru tentu. Kita ini akan mati sudahnya, Tidak tahu bila sampaikan ajalnya. Pahit manis itu bukan macam jadam, Bukan pula macam api boleh padam. Oleh itu mari kita sama-sama, Buat amal jangan leka jangan lena. Pada tuhan kita datanglah asalnya, Pada tuhan kita kembalilah asalnya.

KUPASAN DARIPADA NAZAM AJAL. Kata falsafah atau filsafat dalam bahasa Melayu beerti ‘cinta akan hikmat’ atau ‘cinta akan kebijaksanaan’. Dalam hasil karya Hj Ahmad Mufti yang bertajuk ‘Nazam Ajal’ , dapat dikatakan bahawa karya beliau berlandaskan dengan falsafah islam. Falsafah beliau yang boleh dilihat ialah untuk mendidik dan menyedarkan manusia tentang hal-hal yang berkaitan dengan ajal / kematian. Menurutnya lagi ajal adalah sesuatu yang pasti dan tidak boleh disangkal-sangkal lagi. Oleh itu, kita perlu mengingatinya pada setiap masa dan mempelengkapkan diri dengan amal ibadat sebelum dihadapkan ke hadirat Allah swt.

Dari segi ilmu falsafah mengenai kematian, alam dunia, atau alam barzakh dari perspektif yang menyeluruh menghubungkaitkan antara satu sama lain. Kematian tidak mengenal muda atau tua, sihat atau sakit, dan kaya atau miskin. Itulah yang menjadi tanda-tanda ke-Esaan dan kewujudan allah swt. Dia telah mencipta alam mikrokosmo untuk manusia hidup bagi menjalani kehidupan disamping menjadi khalifah di muka bumi Allah ini. Setiap yang bernyawa pasti akan meninggal dunia seperti firman Allah swt yang berbunyi : “ Tiap-tiap yang bernyawa pasti akan merasai mati dan sesungguhnya pada hari kiamat sahajalah aku disempurnakan balasan kamu. ” (al –imran : ayat 185 ).

Melalui nazam ajal, ia ditulis untuk memberi kesedaran supaya yakin kepada saat kematian. Kini manusia lalai dari tanggungjawab mereka sebagai makhluk ciptaan Allah dan

lupa mengenai janji-janji Allah serta pembalasan selepas kematian. Perkara ini boleh dipetik dalam rangkap pertama iaitu : Kalau sungguh kamu yakin akan mati, Jangan kamu lalai pada nafsu hati.

Menerusi karya Ahmad Lufti, falsafah beliau lebih bersifat theoria kerana banyak berkisar tentang keagamaan. Beliau cuba memberitahu kepada hakikat sekadar yang mampu oleh insan. Menerusi karyanya, ada diingatkan tentang pentingnya mengawal nafsu hati agar dapat menerbitkan rasa takut dan insaf menghadapi saat kematian.

Abu Bakar Al-Razi juga banyak berbincang tentang perasaan takut mati. Banyak hujah yang dilakukan oleh beliau dan akhirnya berjaya mengemukakan sesuatu hakikat. Beliau mengatakan bahawa kehidupan selepas mati lebih tinggi daripada kehidupan didunia, dan kematian itu pintu gerbang untuk melangkah masuk kepada kehidupan yang kekal. Dalam petikan nazam ajal yang berbunyi: Benar tidak bila ada amal kamu, Puas hati tidak sesalkan dirimu. Menerusi petikan tersebut dapat dilihat bahawa amal seseorang merupakan bekalan yang penting untuk menghadapi saat kematian. Walau bagaimanapun, kita tidak harus berbangga

pada amal ibadat yang telah dilakukan kerana amal tersebut belum pasti diterima oleh Allah swt

Selain itu, melalui pendapat Muhammad Uthman El-Muhammady dalam buku Kosmologi Melayu ada mengatakan “alam ini adalah latar belakang bagi hidupnya dimana ia mencapai amal salih dan keimanan yang mendatangkan kebahagian baginya dan yang memberi makna hidup serta menghabisan hayat”. Oleh itu, ontologi dalam rangkap tersebut menyatakan jika seseorang itu cukup amalnya, seseorang itu tidak akan menyesali dan berpuas hati dengan amal yang dilakukannya sepanjang hayatnya.

Seseorang manusia tidak akan mengetahui saat kematiannya. Perkara ini telah ditetapkan sebagai Qada-Qadar dan hanya Allah swt sahajalah yang maha mengetahui segala-galanya. Dalam nazam ajal juga ada mengingatkan tentang perkara ini iaitu : Kita ini akan matilah sudahnya, Tidak tahu bila sampaikan ajalnya.

Dalam buku Hashim Bin Haji Musa, ‘Falsafah, logik,teori nilai dan etika melayu suatu pengenalan’ (2001:67), ada mengatakan pandangan Al-Kindi tentang kematian. Beliau mengatakan bahawa mati merupakan penyempurnaan (fulfillment) kehidupannya iaitu manusia

dijadikan sebagai satu kejadian yang membesar, dewasa, menjadi tua dan akhirnya mati. Mengharapkan mati sepertilah bahawa tidak ada hidup dan tiada kelahiran. Penghujahan dan pendirian Al-Kindi tentang hakikat kematian demikian amatlah besar pengaruhnya terhadap pembentukkan sejarah etika dan tasawuf dalam islam. Dengan ini nazam ajal karya Haji Ahmad Lufti dapat memberikan seribu kesedaran kerana karya tersebut dan memberi keinsafan. Melalui nazam ini juga, kita diingatkan supaya bersiap sedia dengan segala amalan dan ibadat untuk dijadikan bekalan kelak. Hal ini demikian kerana kita tidak akan tahu bila maut akan datang menemui kita.

Dalam nazam ajal juga turut mengajak manusia agar bersama-sama membuat amal dan tidak lalai dengan alam semesta ini. Contohnya dalam petikan ini : Oleh itu mari kita sama-sama, Buat amal jangan leka jangan lena. Hal ini kerana, mikrokosmos atau alam kebendaan ini (dunia) akan musnah apabila berlakunya hari kiamat. Bagi orang yang beriman, alam ini adalah tempat mereka hidup bagi melakukan perjuangan demi mencapai keredhaan tuhannya dan membuang sifat-sifat jahat dari dirinya serta mengamalkan sifat-sifat yang sempurna. Tidaklah Allah swt jadikan manusia dan mematikannya pula apabila sampai waktunya melainkan hanyalah diuji siapakah diantara mereka yang baik amalannya.

Selain itu, nazam ajal karya Hj Ahmad Mufti memberitahu kepada khalayak tentang tuhan yang menciptaka manusia dan suatu hari kita akan kembali kepada-Nya. Hal ini boleh dilihat dalam rangkap terakhir nazam tersebut : Pada tuhan datanglah asalnya, Pada tuhan kita kembali sudahnya. Karya tersebut memberitahu kita sebagai manusia diciptakan oleh tuhan untuk menguji keimanan manusia seperti kapal menghadapi gelora dilautan dan suatu hari akan menemui ajal dan kembali kepada alam akhirat. Manusia yang muncul sebagai makhluk terakhir haruslah sedar tentang kebesaran Allah swt dan berusaha untuk mendapat keredhaannya. Sesungguhnya Allah itu maha pengasih dan maha penyayang.

Kesimpulannya, kupasan daripada karya Hj Ahmad Mufti ini merupakan contoh proses memperolehi ilmu tentang sesuatu benda atau perkara di dalam alam semesta ini. Hal ini dapat membawa kepada penyimpulan falsafah tentang gambaran yang diberikan mengenai kematian yang perlu diirigi dengan bekalan amal ibadat. Menerusi nazam tersebut, ia dapat memberikan segala nasihat dan dapat memberikan kesedaran melalui makna disebalik karya tersebut. Jika kita mencungkil makna disebalik nazam tersebut dengan lebih mendalam, kita akam mendapati bahawa tiada kebenaran yang mutlak dan muktamad. Sekian.

SUMBER RUJUKAN. AB. Rahman AB. Rashid ( Mutiara Sastera Melayu Tradisional ) Hashim Bin Hj Musa ( Falsafah, Logik, Teori Nilai Dan Etika Melayu Suatu Pengenalan ) Prof. Dr. Awang Sariyan ( Falsafah Dan Logika Melayu ) Yaacob Harun ( Kosmologi Melayu )

Related Documents

Nazam Ajal
October 2019 53
Nazam Ajal
October 2019 50
Nazam
December 2019 39
Kep.menjelang Ajal
August 2019 29
Muhammad Nazam
June 2020 16

More Documents from ""

Pantun Budi
October 2019 46
Al-ghazali
October 2019 46
Nazam Ajal
October 2019 53
Al-kindi
October 2019 40
Tajus Salatin
October 2019 36
St-01-01
October 2019 48