FALSAFAH DAN LOGIKA MELAYU
JXEA 1104
TOKOH FALSAFAH
NAMA
: NURUL AIN BINTI ALIZUDDIN
NOMBOR MATRIK
: JEA 080103
NAMA PENSYARAH : DR. AMRAN MUHAMMAD
SEMESTER SATU TAHUN 2008/2009 AKADEMI PENGAJIAN MELAYU UNIVERSITI MALAYA
PENGENALAN Perkataan falsafah dikatakan berasal daripada bahasa Yunani atau Greek Purba yang bermaksud philosophia yang bermaksud cinta akan hikmah atau cinta akan kebijaksanaan. Istilah philosophia mula digunakan dalam abad ke-7 sebelum masihi (S.M.) oleh ahli falsafah Yunani yang bernama Pythagoras. Plato juga merupakan orang yang terawal memberikan takrif dengan lebih khusus. Plato menegaskan falsafah meneliti hakikat yang mendasari sesuatu benda atau perkara disebalik sifat luarannya iaitu perkara sebenar yang menjadi asas dan inti pati pembentukan sesuatu benda atau perkara. Kini terdapat pelbagai takrif falsafah bergantung kepada sudut pandangan dan pegangan hidup pentakrifnya. Falsafah boleh ditakrifkan sebagai satu penyelidikan ilmu yang berasaskan renungan dan pentaakulan untuk merumuskan sifat, hakikat dan kandungan alam yang dilihat secara keseluruhan. Ilmu falsafah juga mengambil kira data dan bahan kajian daripada semua aspek alam semesta hasil daripada kajian tentang pelbagai bidang ilmu sains misalnya sains kemanusiaan, kemasyarakatan, keseniaan, ekonomi, politik, dan lain-lain.
Dalam
bidang
falsafah terdapat pelbagai jenis falsafah antaranya ialah falsafah nazari atau theoria iaitu pengunaan akal atau fikiran. Selain itu terdapat falsafah juga falsafah amali iaitu praktis atau teknik yang dikatakan membentuk adab masyarakat. Dalam dunia falsafah terdapat ramai tokoh terkemuka yang telah melahirkan ideologi atau pelbagai fahaman yang berbeza mengikut pendirian tersendiri. Antara tokoh tersebut adalah Plato yang cukup dikenali oleh pencinta dunia falsafah yang telah dianggap sebagai pencentus idea atau nota kaki falsafah Barat.
2
Plato dilahirkan di Athens pada tahun 427 sebelum masihi dan meninggal dunia pada tahun 347 sebelum masihi ketika berumur 80 tahun. Plato berasal dari keluarga aristokrat Athens yang memiliki peranan penting di Athens sejak turun-temurun. Bapa beliau bernama Ariston iaitu seorang bangsawan keturunan raja Kordus yang sangat dikagumi oleh rakyatnya disebabkan oleh kecekapan dan kebijaksanaannya memerintah Athens. Ibu beliau pula bernama Periktione iaitu seorang tokoh dan negarawan agung di Athens. Nama sebenar plato adalah aristokles dan beliau mendapat gelaran Plato oleh jurulatih senamannya kerana mempunyai bahu dan dahi yang lebar. Gelaran yang diberikan itu menjadi popular dan telah melekat menjadi pangilan harian dalam kalangan masyarakat setempat ketika itu.
Ketika beliau masih kecil lagi bapanya telah meninggal dan ibunya telah berkahwin
dengan Pyrilampes iaitu seorang ahli politik di Athens. Lantaran itu, Plato telah dididik dan dibesarkan oleh Pyrilampes . Seperti
kanak-kanak
yang
lain, Plato telah mendapat didikan dari pelbagai guru
falsafah dan diantaranya adalah Socrates. Sejak berumur 20 tahun, Plato telah menjadi anak didik Socrates dan Socrates telah memberi banyak pengaruh dalam kehidupan Plato terutama dalam bidang falsafah. Malah, Plato juga sangat mengagumi Socrates dalam setiap penghasikan karyanya dan ini terbukti apabila Plato seperti kehilangan segala-galanya apabila Socrates telah ditangkap dan dihukum mati oleh pemerintah atas tuduhan menghasut golongan muda agar tidak percaya kepada dewa-dewa. Kematian Socrates menjadi titik tolak dalam kahidupan Plato terutama dalam penghasilan karyanya. Beliau telah menghasilkan pelbagai jenis karya yang kebanyakannya dalam bentuk dialog dengan menggunakan gaya bahasa yang sangat indah dan menarik.
3
Terdapat pendapat yang mengatakan bahawa Plato telah menghasilkan sebanyak 34 buah karya sepanjang hidupnya yang merangkumi dialog dan puisi. Melalui karya yang dihasilkan, Plato bukan sahaja dikenali sebagai seorang ahli falsafasah agung malah seorang sasterawan yang terkemuka. Antara hasil penulisan beliau ialah Republic, Timaios, Apologie, Kriton, Petagoras dan pelbagai lagi. Dalam kebanyakkan karya yang dihasilkan oleh Plato, beliau menggunakan kaedah Sokrat iaitu kaedah yang dikembangkan oleh gurunya iaitu Socrates. Kaedah ini wujud dalam satu bentuk soal jawab atau dialog sebagai usaha meraih kebenaran dan pengetahuan. Plato telah berhasil menyempurnakan kaedah Sokrat ini dengan menulis dialog-dialognya dalam bentuk kesusasteraan yang mampu mengagumkan semua orang dari abad ke abad. Dalam seluruh karya falsafah Plato, beliau telah meletakkan Socrates sebagai pelaku utama dalam karyanya. Hal ini membuktikan bahawa Plato sangat mengagumi, menghormati dan mencintai Socrates sehingga nama Socrates diabadikan di dalam hampir kesemua karya beliau. Dalam setiap penulisan Plato, terdapat pelbagai falsafah yang menjadi pegangan atau panduan dalam kehidupan masyarakat. Antaranya ialah tanggapan Plato terhadap seni yang dianggap sebagai tiruan. Plato menegaskan bahawa seni sama ada catan, lukisan, muzik, puisi atau drama adalah tiruan. Walau bagaimanapun,beliau menggunakan istilah mimesis iaitu menghasilkan tiruan atau imitasi dengan beberapa maksud yang berlainan. Dalam sistem Plato, mimesis bermaksud mengulangi atau mengeluarkan semula kata, perbuatan atau gerak tangan seseorang serta mempunyai persamaan dengan benda atau objek yang menyerupai seperti orang lain serta mewakili aksi-aksi manusia.
4
Selain itu, Plato menggunakan konsep mimesis dengan 4 maksud yang berlainan dan maksud-maksud ini boleh bertindih antara satu sama lain. Plato menegaskan bahawa seorang pelukis dan ahli catan ialah seorang yang meniru benda yang dihasilkan oleh orang lain. Hal ini kerana benda yang dilukis dalam catannya akan nampak sama seperti objek yang asal dan orang yang bodoh akan berpendapat bahawa mereka sedang melihat benda yang asal apabila melihat catan tersebut. Mimesis sebagai proses mengulangi atau mengeluarkan kata dan gerak-geri seseorang terdapat dalam hasil respodi iaitu orang yang bercakap dan mengulangi kata seorang penyair atau dramatis. Hal ini bermaksud rapsodi itu hanya memperbanyakkan lagi apa yang telah dihasilkan oleh penyair tersebut. Mimesis sebagai penghasilan tiruan bukan sahaja merujuk kepada kepada catan ,lukisan dan arca tetapi juga merujuk kepada puisi dan drama. Plato mendakwa bahawa seorang penyair atau pelakon akan cuba meniru kelakuan dewa-dewi Yunani, namun yang menjadi permasalahannya ialah mereka memberi gambaran yang tidak tepat terhadap kelakuan aksi dan kata-kata dewa itu. Hal inilah yang menyebabkan Plato beranggapan bahawa seorang seniman iaitu penyair, pelukis, ahli catan atau pelakon wajar dibuang dari sebuah republik yang unggul. Selain itu, Plato juga menegaskan bahawa seorang seniman hanya menghasilkan sesuatu yang tiruan daripada objek yang terdapat dalam dunia fizikal dan bukan sumber untuk pengetahuan. Di samping itu, Plato berpendapat sekiranya kita hendak mengetahui ciri-ciri sebuah kerusi adalah lebih baik kita mengkaji kerusi itu daripada mengkaji catan atau lukisan kerusi itu. Hal ini kerana Plato berpendapat bahawa karya seni boleh menipu kita . Sebagai contoh, seorang kanak-kanak atau orang dewasa yang bodoh akan mempercayai mereka sedang berhadapan dengan kerusi apabila mereka sedang berhadapan dengan catan sebuah kerusi.
5
Plato mempunyai teorinya yang tersendiri mengenai manusia, idea dan pengetahuan. Plato telah membuat suatu perumpamaan yang sangat menarik tentang orang tahanan yang tinggal di dalam sebuah gua dalam karyanya yang berjudul Republik.
Plato menyatakan
kononnya di dalam sebuah gua di bawah tanah ditempatkan tahanan yang kaki dan leher mereka diikat menghadap ke dinding gua. Malah dikatakan mereka dikehendaki duduk membelakangi pintu masuk gua dan pintu ini dibiarkan terbuka bagi membolehkan cahaya dari luar dapat masuk ke dalam gua pada waktu siang. Namun terdapat juga sumber cahaya yang berasal dari unggun api yang diletakkan di atas pintu masuk gua dan di antara unggun api dan tahanan itu terdapat sebuah jalan yang terletak lebih rendah daripada unggun api tetapi lebih tinggi daripada tempat tahanan itu di tahan. Selain itu, jalan tersebut sentiasa dipenuhi oleh orang yang mundar-mandir yang membawa pelbagai jenis barangan dan disebabkan terdapat unggun api dipintu masuk gua tersebut maka terpantul bayangan orang yang lalu lalang di situ.
Oleh disebabkan hampir seluruh hidup tawanan itu melihat bayang-bayang di hadapan pintu gua itu, mereka semakin percaya bahawa bayangan itu adalah realiti kehidupan mereka yang sebenarnya. Plato menegaskan bahawa gua yang berada di bawah tanah itu tidak ubah seperti dunia yang dapat dilihat oleh pancaindera manusia dan setiap bayangan yang mereka lihat itu adalah hakikat atau realiti dalam kehidupan. Selain itu, Plato turut menggambarkan perkara yang mungkin akan terjadi atau berlaku sekiranya salah seorang daripada tahanan dalam gua itu dilepaskan keluar. Tahanan itu mungkin akan menyangkan bahawa dia telah keluar dari dunia nyata dan memasuki dunia bayangan atau impian. Namun lambat laun dia akan menyedari bahawa sebenarnya apa yang dilihatnya di dalam gua hanya bayangan dan segala yang berlaku di luar gua adalah kenyataan yang sebenarnya. Plato juga menegaskan bahawa hanya orang yang
6
terlepas daripada belenggu itu sahaja yang mengetahui bahawa perkara yang dilihat di dalam gua itu bukan realiti yang sebenarnya. Hampir kebanyakkan falsafah Plato tertumpu kepada ajaranya tentang idea. Plato percaya bahawa idea adalah realiti yang sebenarnya daripada sesuatu yang dapat diketahui melalui pancaindera manusia. Hal ini kerana idea tidak akan berubah tetapi hidupan seperti bunga, pokok , manusia dan haiwan akan mati. Oleh kerana idea adalah realiti yang sebenarnya, maka menurut Plato idea bukan sekadar gambaran yang berada di dalam pemikiran manusia. Bagi Plato idea bersifat objektif kerana idea tidak bergantung kepada daya pemikiran manusia, sempurna dan tidak berubah. Plato menegaskan idea merupakan realiti kehidupan yang sebenarnya manakala alam indera bukan realiti kehidupan yang sebenarnya kerana alam indera hanya bayangan atau gambaran yang tidak lengkap dan tidak sempurna dari dunia idea. Sebagai contoh, pelbagai jenis kerusi yang terdapat dalam alam indera merupakan bayangan yang tidak lengkap berbanding kerusi yang sempurna dalam alam idea. Plato berpendapat kerusi yang ada dalam alam idea itu hanya satu manakala terdapat pelbagai kerusi yang terdapat dalam alam indera yang dianggap sebagai bayangan atau gambaran yang tidak sempurna. Namun, demikian, kerusi dalam alam indera itu mengambarkan kerusi yang sempura dan pelbagai bentuk serta rupa.
Plato tidak menolak bahawa alam indera
merupakan satu alam realiti namun beliau berpendapat alam itu bukanlah alam realiti yang sebenarnya. Hal ini kerana alam indera adalah alam tiruan yang diibaratkan sementara yang lahir dari alam idea dan ini menyebabkan Plato menyatakan alam idea adalah alam yang utama bagi dirinya. Namun demikian, Plato mengakui kedua-dua alam ini mempunyai realiti yang tersendiri. Bagi Plato terdapat dua cara untuk mengenal pasti kedua-dua alam ini kerana alam indera dikenalpasti melalui pancaindera sedangkan alam idea dikenali melalui akal budi.
7
Sebagai contoh, melalui pancaindera manusia mengenali kerusi yang pelbagai seperti yang bulat, kecil atau besar. Sehubungan dengan itu, Plato berpendapat manusia memasuki alam idea dan mengenali tentang kerusi yang sempurna dan tunggal melalui akal budi. Walaupun bagaimanapun, terdapat pandangan yang menyatakan bahawa alam idea tidak beraneka tetapi ini tidak bermakna alam idea hanya mempunyai satu idea sahaja. Hal ini kerana pada alam idea itu sebenarnya terdapat banyak idea namun idea tersebut hanya ada satu. Sebagai contoh hanya ada satu idea tentang kerusi dan manusia tetapi terdapat idea yang saling berkait antara satu sama lain dengan idea yang lain dan idea ini kemudian bersatu dalam satu realiti. Misalnya idea tentang manusia bersatu dengan idea tentang wanita dan penyatuan idea ke dalam realiti berkenaan disebut sebagai persekutuan. Selain daripada idea yang menyatu dalam persekutuan idea, idea juga memiliki susunan atau hireaki. Bagi Plato, idea yang berada dalam hireaki teratas adalah idea yang menerangi seluruh idea yang ada di alam idea. Manusia dapat mengetahui bahawa apa yang ada dalam alam adalah gambaran dan bayangan daripada alam idea. Dalam hal ini jiwa berperanan sebagai penghubung yang menghubungkan alam idea dengan alam indera. Menurut Plato sebelum jiwa manusia di penjara oleh tubuh, jiwa berada dalam alam idea dan jiwa itu mengenal sesuatu yang ada dalam alam idea dan apabila jiwa masuk ke dalam alam indera dan terpenjara oleh tubuh, jiwa akan teringat tentang idea. Oleh itu bagi Plato, pengetahuan adalah ingatan dan keupayaan untuk memperoleh pengetahuan bererti keupayaan untuk kembali memasuki alam idea melalui daya ingatan.
8
Secara kesimpulannya, Plato merupakan seoarang pemikir falsafah yang paling unggul dan berwibawa. Hal ini kerana karya-karya yang dihasilkan oleh Plato mempunyai makna yang tersirat dan memerlukan pentakrifan akal manusia untuk memahami dan mendalami perkara yang ingin disampaikan oleh Plato. Plato sememangnya merupakan seorang tokoh falsafah yang terkemuka karana setiap karya yang dihasilkan sama ada dalam bentuk puisi atau dialog mempunyai falsafah yang tersendiri. Setiap falsafah yang dihasilkan adalah untuk mewujudkan sebuah masyarakat yang sejahtera dan harmoni. Oleh hal yang demikian, Plato telah dijadikan sumber inspirasi oleh ahli falsafah lain dalam penghasilan karya mereka dan Plato diibaratkan sebagai pencetus idea kepada mereka.
9
BIBLIOGRAFI
Awang Sariyan . 2007. Falsafah dan Logika Melayu . Selangor : Synergymate Hashim Musa . 2001 . Falsafah, Logik, Teori Nilai dan Etika Melayu Suatu Pengenalan . Kuala Lumpur : Akademi Pengajian Melayu
J.H.Rapar . 1993. Falsafah Politik Plato . Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka
Johan Jacob, Schmid . 1895 . Ahli-ahli Pemikir Besar tentang Negara dan Hukum . Jakarta : Pembangunan
Lok Chong Hoe . 1997 . Plato dan Aristotle . Pulau Pinang : Penerbit Universiti Sains Malaysia
Mohammad Hatta . 1982 . Alam Fikiran Yunani . Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka
10
11