JXEA1104 FALSAFAH DAN LOGIKA (2008/2009)
MELAYU
SEMESTER 1
Aksiologi dalam kitab Tajus Salatin 1.0 Pengenalan Tajus Salatin atau ‘Mahkota Raja-raja’, tulisan Bukhari al-Jauhari diselesaikan pada tahun 1603M dan dipersembahkan kepada Sultan Alauddin Riayat Syah, yang juga digelar Sayyid al-Mukammil (1590-1604M) sebagai sumbangan pemikiran seorang cendekiawan untuk membantu sultan menjalankan arah pemerintahan dengan baik. Kitab ini mengandungi 24 fasal yang menyentuh pelbagai aspek kehidupan manusia yang ditujukan kepada raja-raja. Kitab ini digolongkan sebagai genre cermin didaktik yang berunsurkan kebenaran. Kandungannya mencakupi pengajaran dan tunjuk ajar tentang adat bernegara serta cara pemerintahan dari aspek kebatinan dan kerohanian bermula dari akhlak raja hingga menteri dan rakyat. Isi kitab Tajus Salatin dapat dibahagikan kepada lima perkara penting iaitu soal agama, pemerintahan raja, tanggungjawab pembesar, hubungan rakyat dengan pembesar, hubungan rakyat dengan raja dan soal pendidikan. Kitab Tajus Salatin telah menganjurkan suatu tatacara, ciri-ciri kepimpinan, penerangan, panduan, nasihat dan pengalaman-pengalaman yang berguna bagi melahirkan pemimpin yang berkualiti, sejajar dengan tuntutan Islam. Kehadiran genre ini membawa satu penganjuran konsep pentadbiran yang berteraskan Islam bagi menegakkan keadilan untuk dinikmati faedahnya sesama insan. Kitab Tajus Salatin dapat dikupas dari sudut aksiologi yang berteraskan konsep moral, akhlak dan etika untuk menjustifikasikan konsep keadilan yang dipandang sebagai pintu menuju kebenaran. Untuk menegakkan keadilan diperlukan kearifan dan kematangan dalam berfikir atau menggunakan akal.
NOOR SIYAH BTE SALLEH ~ JEA080710
1
JXEA1104 FALSAFAH DAN LOGIKA (2008/2009)
2.0
MELAYU
SEMESTER 1
Pertimbangan Moral dalam Tajus Salatin Persoalan moral dan akhlak manusia dapat dihubungkaitkan dengan apa yang ditulis oleh
Bukhari dalam kitabnya Tajus Salatin. Beliau menganjurkan supaya manusia, khususnya raja, mengenali diri dan sedar akan peranannya dan hubungannya dengan manusia dan benda-benda di alam ini. Anjurannya dijelaskan dengan jalan supaya manusia itu terlebih dahulu mengenali Allah. Ini dapat dilihat di dalam beberapa fasal pertama, kedua dan ketiga yang telah menyatakan tentang kepentingan manusia mengenali Allah, tidak kira sama ada zat ataupun sifatNya. Bukhari memulakan kitabnya dengan mengutip sebuah hadis qudsi berbunyi, “Man `arafa nafsahu faqad `arafa rabbahu” yakni, “Barang siapa mengenal Tuhannya akan mengenal dirinya”. Yang dimaksudkan penulis dalam mengenali diri itu adalah melalui agama ia mengenal dirinya yang sebenarnya. Bertolak dari sini, keinginan untuk mengenal dan mengetahui siapa dirinya yang sebenar boleh ditafsirkan sebagai keinginan mencari hikmah dalam usaha mencapai kebenaran. Ahli falsafah al-Farabi mendefinisikan hikmah itu sebagai makrifatullah iaitu ilmu mengenali Tuhan. Sememangnya sebagai seorang hamba Allah, kita seharusnya kenal akan siapa Tuhan kita. Tuhan yang telah menjadikan alam ini dan kerana Dia juga kita mampu hidup di dunia ini. Oleh itu dalam Islam, seseorang manusia itu mesti sedar akan kedudukan statusnya dahulu di dalam alam ini dan hubungannya dengan benda-benda yang ada di sekelilingnya sebelum menyatakan kelakuan dan tindak tanduknya itu dianggap baik terhadap dirinya, orang lain dan benda-benda dalam alam ini. Islam menyatakan bahawa manusia di dalam dunia ini tidak lain daripada satu ciptaan Tuhan dengan dua statusnya. Pertama, sebagai “abdullah”, hamba atau milik Tuhan yang wajib mentaati segala perintah Tuhan dan yang akan kembali kepada Tuhan untuk disoal tentang ketaatannya terhadap perintah Tuhan. Kedua, sebagai “khalifatullah” iaitu
NOOR SIYAH BTE SALLEH ~ JEA080710
2
JXEA1104 FALSAFAH DAN LOGIKA (2008/2009)
MELAYU
SEMESTER 1
wakil Tuhan yang dapat melaksanakan hukum Tuhan untuk kemanfaatan dirinya, orang lain, makhluk dan benda-benda yang lain di dunia ini. Apabila seseorang mengenal hakikat kejadian dirinya dan tujuan Allah mencipta manusia, manusia akan mampu mengenal tujuan hidup yang sebenarnya di dunia. Dengan demikian seseorang dapat melakukan pekerjaan yang bermakna sehingga keberadaannya di dunia ini juga bermakna. Maka segala pelakuan, tindak tanduk dan apa sahaja yang membantu ke arah menepati dan memenuhi dua status tadi dan peranan manusia itu, barulah ianya dianggap sebagai baik, benar dan patut, dan oleh itu penuh bermoral dan beretika. (Hashim Musa, 2001)
3.0
Pertimbangan Akhlak dalam Tajus Salatin Dalam membicarakan soal keadilan, ia tidak hanya dilihat dari sudut moral, tetapi boleh
juga dilihat maknanya dari sudut ontologi. Seorang raja yang baik dilihat sebagai Ulil albab, bermaksud orang yang menggunakan akal fikiran dengan baik dalam menjalankan segala perbuatan dan pekerjaannya, khususnya dalam pemerintahan. Menurut kitab Tajus Salatin, seorang raja yang adil akan mendapat kebahagiaan sekiranya dia memiliki kebijaksanaan dan menjalankan tindakan berdasarkan kebijaksanaan yang praktikal. Kebahagiaan rakyat padanya adalah kebahagiaan negara. Menurut Aristotle, ciri pemimpin yang boleh membawa kebahagiaan kepada rakyat dan negara adalah, pemimpin yang selalu mengambil tahu mengenai keadaan negara, masyarakat dan organisasi lain dan mengenal pasti bagaimana mereka boleh berkongsi sama dalam menikmati kebahagiaan. (Ackrill, 1990) Justeru itu, seorang raja yang baik, berakhlak mulia, halus budi bahasa dan pekerti dengan perwatakan dan hemah yang tinggi, bukan sahaja dapat meningkatkan taraf diri kerohaniannya tetapi juga dapat memberi kebaikan dan manfaat kepada makhluk yang lain juga. Bagaimana pun, akhlak yang terpuji itu adalah di mana segala sifat dan perbuatan yang baik, dan
NOOR SIYAH BTE SALLEH ~ JEA080710
3
JXEA1104 FALSAFAH DAN LOGIKA (2008/2009)
MELAYU
SEMESTER 1
yang memanfaatkan itu harus dengan tujuan untuk mendapatkan keredhaan Tuhan semata-mata, dan bukan untuk mendapat pujian dan pengiktirafan daripada manusia. Di sini timbul pula soal niat yang merupakan salah satu faktor dalam pembentukan peribadi seorang Muslim. Niat melakukan sesuatu yang bermanfaat dan baik semata-mata untuk mendapat keredhaan Allah, dan merealisasikan hakikat bahawa dirinya sebagai Hamba Allah dan Khalifah Allah, maka akan terpancarlah kemuliaan hatinya. Tetapi jika niatnya sekadar untuk mendapat pujian, maka kebaikan yang dilakukan itu tidak akan mendatangkan manfaat rohaniah kepada sesiapa pun. Akhlak bagi seseorang raja yang memimpin sebuah negara ada dikiaskan dalam kitab Tajus Salatin yang memetik Surah (al-Nahl: 90), “Inna`l-Lahu ya`muru bi`l-`adl wa’l-ihsan” – Sesungguhnya Allah ta`ala memerintahkan berbuat adil dan ihsan. Sikap adil ada dalam perbuatan, perkataan dan niat yang benar; sedangkan ihsan mengandung makna adanya kebajikan dan kearifan dalam perbuatan, perkataan dan pekerjaan.
4.0
Pertimbangan Etika dalam Tajus Salatin Syarat untuk menegakkan keadilan memerlukan kearifan dan kematangan dalam berfikir
dengan menggunakan akal (pentaakulan). Kerana itu, ilmu, hikmah (kebijaksanaan; wisdom) dan akal budi sangat penting bagi seseorang untuk meningkatkan darjat kemuliaan dan martabat dirinya. Menurut Bukhari, seseorang pemimpin itu mestilah ada matlamat untuk melengkapkan dirinya sebagai pemimpin yang berkualiti dan berilmu yang sejajar dengan tuntutan Islam, dan wajib memerintah secara adil dan benar. Semua ini memerlukan penggunaan akal. Untuk memastikan akal berada di atas jalan yang benar, maka ia harus dibimbing oleh wahyu Ilahi yang disampaikan melalui kitab suci-Nya, al-Qur’an. Hanya dengan bimbingan wahyu Ilahi, akal fikiran dapat dijadikan sarana yang bermanfaat bagi manusia. Dengan
NOOR SIYAH BTE SALLEH ~ JEA080710
4
JXEA1104 FALSAFAH DAN LOGIKA (2008/2009)
MELAYU
SEMESTER 1
bimbingan wahyu Ilahi juga, akal dapat dijadikan sarana bagi manusia untuk mengenal dirinya, asal-usul kejadiannya dan hakikat keberadaannya di dunia. Oleh itu seorang pemimpin harus menguasai ilmu agama dan memahami kitab suci alQuran supaya mendapat hidayat dan petunjuk daripada Tuhan. Menurut al-Ghazali hidayat atau petunjuk daripada Tuhan menduduki tempat yang tertinggi di dalam pencapaian kelebihan di kalangan manusia. Ini kerana ia merupakan batu asas bagi segala kebaikan. Seperti dalam surah (Taha 20:50) “Bagi segala-galanya Tuhan menjadikan sifatnya dan kemudian menghidayatkannya (membimbingnya)”. Terdapat juga dalam hadis: “Tidak ada sesiapa yang akan masuk syurga melainkan dengan Rahmat (iaitu hidayat/petunjuk) Tuhan.” Menurut al-Ghazali salah satu tanda menunjukkan kesan hidayat atau petunjuk Tuhan itu adalah apabila manusia yang beriman itu dapat membezakan yang baik daripada yang buruk atau jahat, sama ada berdasarkan akal yang dianugerahkan Tuhan kepada semua insan, atau melalui ajaran para Pesuruh Tuhan (Rasul). Kitab Tajus Salatin juga ada menyentuh tentang persoalan maut. Dimulai dengan kutipan al-Qur’an, surah (Ali Imran:184), “Segala yang bernyawa akan merasai mati” dan Surah al-(Rahman:26-7), “Segala sesuatu akan binasa kecuali wajah Tuhan yang Maha Besar dan Mulia”. Bukhari mengingatkan pembaca tentang maut dan hukuman Tuhan di akhirat bagi orang yang berdosa. Kematian pasti akan menimpa semua makhluk tidak kira bangsa atau darjat dan juga pembalasan Tuhan di akhirat. Ini semua seharusnya menjadi panduan supaya manusia senantiasa berakhlak mulia dan berbuat kebaikan. Memetik pendapat al-Razi tentang kematian, beliau mengatakan mati itu tidak dapat dielakkan, maka bagi orang yang bijak dan berakal,
NOOR SIYAH BTE SALLEH ~ JEA080710
5
JXEA1104 FALSAFAH DAN LOGIKA (2008/2009)
MELAYU
SEMESTER 1
mereka tidak akan berdukacita terhadapnya. Al-Razi mengemukakan hakikat bahawa kehidupan sesudah mati lebih tinggi daripada kehidupan di dunia. Kematian itu merupakan pintu gerbang untuk melangkah masuk kepada kehidupan yang kekal, tiada cacat dan kekurangan, tidak sakit dan tiada kedukaan dengan syarat seseorang itu menyediakan dirinya dengan membina aspek dan bentuk akhlak, moral dan etika yang mulia melalui penguasaan ke atas nafsunya dengan berpandukan peraturan-peraturan yang diwahyukan Tuhan Pencipta manusia melalui Rasulnya. Akal digunakan untuk mencari kemuliaan, agar tercapai kesempurnaan fikiran dan hikmah sebagai jalan mencapai hakikat kebenaran. Pencarian dan pertemuan hakikat kebenaran itu merupakan tanggungjawab manusia. Tercapai atau tidak, ilmu dan kebenaran itu akan menentukan nasib seseorang. Bagaimanapun, al-Razi mengatakan seseorang pencari yang jujur akan dianugerahkan dengan penemuannya, kerana Tuhan dengan sifatNya yang maha Pengasih dan Penyayang tidak akan memberi sesuatu yang tidak dapat dipikul oleh makhlukNya. Bahkan kejayaan yang hakiki bagi manusia di dunia ini bukan terletak pada pencapaian hasilnya, tetapi pada daya usaha, kesungguhan, ketabahan, kesabaran, kejujuran dan pengorbanan untuk menuju ke arah kebenaran itu.
5.0
KESIMPULAN Amanat dan pengajaran yang boleh kita dapati dari kitab Tajus Salatin ialah mengenai
akhlak, moral dan etika yang perlu diamalkan oleh setiap manusia. Pengarang kitab ini telah memberi kesedaran kepada pembaca tentang persamaaan setiap manusia tidak kira raja atau rakyat yang harus memiliki akhlak yang mulia.
Setiap manusia dikehendaki melakukan
kebaikan dan bersungguh-sungguh di dalam melakukan sesuatu pekerjaan itu. Isi kandungan kitab Tajus Salatin boleh menjadi panduan kepada pemimpin dan individu yang bergelar khalifah di muka bumi ini. Setiap individu adalah pemimpin sekurang-kurangnya pada dirinya sendiri dan keluarga. Oleh itu, panduan yang telah tersedia dicipta atas pemikiran
NOOR SIYAH BTE SALLEH ~ JEA080710
6
JXEA1104 FALSAFAH DAN LOGIKA (2008/2009)
MELAYU
SEMESTER 1
orang Melayu sendiri yang berlandaskan Al-Quran dan Hadis, merupakan sumbangan yang amat bermakna bagi karya kesusasteraan Melayu klasik yang boleh dimanfaatkan oleh semua khalayak dan pemimpin serta seluruh manusia sejagat.
Wallahualam.
Bibliografi Ahmad Sunawari Long.(2006).Sejarah Falsafah.Bangi:Universiti Kebangsaan Malaysia.
A.Hasjmy.(1984).Sastera Dan Agama. Dlm.Prof.Datuk Ismail Hussein, Sastera dan Agama (hlm. 47-63). Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka.
Braginsky V.I.(1994). Erti Keindahan dan Keindahan Erti Dalam Kesusasteraan Melayu Klasik. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka.
Hashim
Haji
Musa.(2001).Falsafah,
Logik,
Teori
Nilai
dan
Etika
Melayu
Suatu
Pengenalan.Kuala Lumpur:APM.
Harun Mat Piah.(2000). Kesusasteraan Melayu Tradisional. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mana Sikana.(2007). Teras Sastera Melayu Tradisional. Selangor:Pustaka Karya.
NOOR SIYAH BTE SALLEH ~ JEA080710
7
JXEA1104 FALSAFAH DAN LOGIKA (2008/2009)
MELAYU
SEMESTER 1
Muhammad ‘Uthman El-Muhammady.(1984).Sastera dan Agama:Satu Ulasan. Dlm.Prof.Datuk Ismail Hussein, Sastera dan Agama (hlm. 93-119). Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka.
Prof.Dr.Awang Sariyan.(2007). Falsafah Dan Logika Melayu. Kuala Lumpur:APM Universiti Malaya.
NOOR SIYAH BTE SALLEH ~ JEA080710
8