Al-ghazali

  • Uploaded by: Nur Ain Mohd Amin
  • 0
  • 0
  • October 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Al-ghazali as PDF for free.

More details

  • Words: 1,227
  • Pages: 8
UNIVERSITI MALAYA AKADEMI PENGAJIAN MELAYU

JXEA 1104 FALSAFAH DAN LOGIKA MELAYU

TOKOH: AL –GHAZALI

NAMA : ZAITON BINTI ZAKARYA NO MATRIK : JEA 080158 SESI

: 2008/09

NAMA PROFESER: DR. AMRAN MUHAMMAD NAMA TUTOR : CIK FATMAWATI BINTI SIDIK

AL GHAZALI Imam al-Ghazali lebih dikenali sebagai ulama tasawuf dan akidah. Oleh sebab itu sumbangan beliau terhadap bidang falsafah dan ilmu pengetahuan tidak boleh dinafikan. Beliau telah mendapat gelaran “ hijjatul islam “ kerana beliau adalah ilmuan ulung yang sangat berjasa terhadap perkembangan dunia keilmuan Islam. Nama penuh beliau ialah Abu Hamid al-Ghazali at-Tusi. Al-Ghazali telah dilahirkan pada tahun 450H ( 1058 M ) 1 di sebuah kampung bernama “ Tus “ dalam daerah Khurasan. Ayahnya seorang yang mencintai ilmu dan seorang ilmuan. Malangnya keadaan hidupnya tidak mengizinkan beliau untuk mengaji dan mempelajari ilmu. Al-Ghazali mempunyai seorang saudara lelaki bernama Ahmad. Sejak kecil lagi,beliau telah menunjukkan keupayaan yang luar biasa dengan menguasai berbagai-bagai cabang ilmu pengetahuan. Setelah menamatkan pelajaran fiqah di Tus dan Jurjan, beliau berpindah ke Nisapur. Di sinilah beliau berguru dengan Imam al-Haramayn al-Juwayni. Beliau telah memperlihatkan kebolehan yang luar biasa. Di samping itu beliau juga telah mempelajari cabang-cabang ilmu agama, ilmu falsafah, logik dan lain-lain.

Menurut al-Ghazali, falsafah boleh dibahagikan kepada enam ilmu pengetahuan iaitu matematik, logik, fizik, metafizik, politik dan etika ( akhlak ). Bidang ini kadangkala selari dengan agama dan kadangkala tidak. Islam tidak melarang mempelajari ilmu-ilmu seperti falsafah Greek asalkan ianya tidak bertentangan dengan islam. Contohnya agama islam tidak melarang ilmu matematik kerana ilmu itu merupakan hasil pembuktian fikiran yang tidah boleh dinafikan selepas ia difahami. Cuma bagi beliau, ilmu tersebut boleh 1

Antara falsafah Islam dan Falsafah Moden Barat ( DBP 1993 ) hlm. 11.

2

menimbulkan beberapa persoalan yang berat. Antaranya ialah ilmu matematik terlalu mementingkan logik sehingga boleh menyebabkan timbul persoalan yang berkaitan dengan ketuhanan khususnya mengenai perkara yang tidak dapat dihuraikan oleh akal fikiran. Walaupun beliau bersetuju dengan sumbangan teori falsafah yang dipelopori oleh Aristotles dan Plato terhadap nilai keilmuan Islam, namun tidak semua diterima oleh beliau kerana terdapat sejuzuk dari bidang falsafah metafizik yang menurut al-Ghazali amat bertentangan dengan Islam iaitu qadim alam ini, tidak mempunyai Tuhan terhadap perkara dan peristiwa yang kecil, dan pengingkaran terhadap kebangkitan jasad atau jasmani.

Sekiranya kita hendak memahami pemikiran al-Ghazali, kita perlulah melihat aliran-aliran yang tersebar pada zamannya. Berdasarkan penelitian terhadap keadaan zamannya, al-Ghazali telah menyatakan bahawa zamannya sedang menghadapi kemunduran pemikiran dan moral yang tidak dapat dibendung. Al-Ghazali telah cuba mencari dari segenap sudut sekiranya ada suatu tenaga kekuatan yang positif yang mampu untuk menghadapi kemunduran tersebut. Namun hal ini menemui kegagalan. Para tabib yang sepatutnya berjuang untuk menyembuhkan penyakit ini, mereka sendiri sedang terlantar sakit. Sudah tentu sesuatu yang bukan haknya tidak akan dapat memberi. Sesungguhnya penyakit telah merebak luas sedangkan para tabibnya sendiri sedang sakit. Dan manusia hampir binasa.2 Akhirnya berkat daripada kesabaran akal dan ketajaman fikirannya, al-Ghazali telah berjaya membangunkan kembali tapak falsafah baru dan kukuh sebagaimana juga beliau telah berjaya demikian dalam bidang tasawuf dan ilmuilmu agama. 2

Al-munqidh min al-dalal ( Damsyiq, 1935 ), hlm. 151.

3

Beliau telah membahagikan aliran-aliran pemikiran yang hidup berkembang pada masa itu kepada empat golongan iaitu aliran mutakallimin atau ahli ilmu kalam, aliran falsafah, aliran batiniah dan aliran tasawuf.3. 1- Aliran ilmu kalam dan al-mutakallimun Ahli kalam merupakan tokoh-tokoh agama yang mencorakkan ajarannya dengan acuan akal. Tujuan ahli kalam secara khusus adalah untuk mempertahankan akidah agama daripada serangan ahli bid’ah dan zindiq. Ahli kalam bukanlah mewakili aliran rationalisme yang bebas. Setelah al-Ghazali mempelajari dan mengkaji ilmu kalam secara meluas dan mendalam, beliau mendapati bahawa ilmu kalam itu lebih banyak mudaratnya daripada manfaatnya. Demikianlah beliau mendapati bahawa ilmu kalam tidak berjaya mencapai makrifat hakiki, malahan sebaliknya boleh menjadi penghalang ke jalan tersebut. 2- Aliran falsafah / al-falasifah Al-Ghazali telah menolak aliran falsafah sezamannya dengan membuat kritikan yang keras dan hebat. Motif kritikannnya bukan sahaja berusaha untuk membasmi ajaran falsafah yang merosakkan akidah, tetapi kritikannya itu mempunyai motif atau dorongan yang bersifat falsafah. Beliau merasakan bahawa para ahli falsafah tidak dapat memelihara kesatuan akal kerana setelah mereka mewujudkan beberapa syarat pemikiran yang benar dan tepat dalam ilmu logik, mereka tidak dapat menunaikan syarat-syarat yang diperlukan itu dalam bidang ilmu ketuhanan.4

3 4

Al-munqidh al-dalal, hlm. 76 dan seterusnya. Lihat, al-munqidh, hlm. 94; al-tahafut,hlm.45.

4

3- Aliran Batiniah / al-Batiniyyah Golongan Batiniah merupakan golongan yang bersifat agama dan mempunyai tujuan politik yang tersembunyi dan dirahsiakan. Mereka menolak dan menafikan akal dalam apa jua bidang ilmu sebaliknya mahukan semua hakikat itu diterima oleh Imam yang ma’sum sahaja yang menurut mereka ada pada setiap zaman.5 Golongan ini juga disebut golongan “ Ta’limiah “. Al-Ghazali telah menolak ajaran ini dengan memberikan kritikan yang tajam. Beliau telah membuktikan bahawa teori “ Ta’lim “ daripada Imam yang ma’sum itu sendiri terpaksa menggunakan pemikiran logik untuk membuktikan kebenaran teorinya, sedangkan pada waktu yang sama ia menafikan nilai logik. 4- Aliran sufi / al sufiyyah Al-Ghazali telah berusaha melakukan penyelidikan dan kajiannya kepada aliran ahli tasawuf secara mendalam dan penuh kesungguhan. Akhirnya beliau telah menhadapi suatu krisis jiwa yang hebat. Beliau telah menyedari bahawa perjalanan hidup seorang ahli sufi tidak sesuai langsung dengan cara dan perjalanan yang sedang dilaluinya, yang tertumpu untuk mengejar kemasyuran dan kemewahan.. Namun, akhirnya beliau berjaya mengubah cara hidupnya dari akar umbinya. Beliau telah mengetepikan urusan keduniaanya dan usahanya memburu dunia. Beliau benar-benar menyedari bahawa ahli sufi tidak hanya setakat mempelajari teorinya sahaja malah mereka memerlukan penghayatan secara praktis tentang teori tersebut.

5

Dr. Abdur Rahman Badawi dalam kajiannya yang disiarkan dalam ; Abu Hamid Al-Ghazali.

5

Klasifikasi ilmu yang digariskan oleh Al-Ghazali digambarkan dalam bentuk gambar rajah di bawah.

Asal

alquran sunnah tarikh sahabat-sahabat

Cabang

Fiqah Hati

Pendahuluan

Bahasa Tatabahasa

Syari'iyah

AL-Quran Penutup: ILMU

Lain-lain

Dicari

Dunia

ubat=-ubatan matematik astrologi teknik

Aqliyah Akhirat

Allah dan sifatsifatnya Hali

Dharuri

Rajah 1 : Klafikasi ilmu menurut Al-Ghazali dalam kitabnya Ihya’ulum al-Din ( Hassan Langgulung, 1991 : 119 )6

Hasil Karya Al-Ghazali 6

Falsafah dan logika melayu, Prof. Awang Sariyan, Jabatan Bahasa Melayu, Akademi Pengajian Melayu Universiti Malaya ( 2007 ), hlm. 32.

6

Dari semasa ke semasa banyak buku dan kitab yang dikaitkan dengan nama AlGhazali. Kitab-kitab yang ditulis oleh beliau meliputi pelbagai bidang seperti al-quran, ilmu kalam, usul fiqh, tasawuf, mantiq, falsafah, kebatinan dan lain-lain. Antara karyanya yang terpengaruh dan dominan ialah Tahafut al-falasifah, ihya’ulumiddin, al-munqidz min ad-dhalal, miskat al-anwar, maqasid al-falasifah, majalis al-Ghazali, dan almustazhari. Hasil karya beliau sering menjadi rujukan terutama dalam bidang falsafah iaitu “Tahafut al-Falasifah” yang banyak membongkar pemikiran dan pendirian beliau.7

Kesimpulannya, falsafah al-Ghazali meninggalkan kesan yang amat berpengaruh dalam diri para intelek Islam. Al-Ghazali menganjurkan supaya umat islam mencari kebenaran dengan menjadikan al-quran sebagai sumber utama bukannya melalui proses pemikiran dan akal semata-mata. Pada Al-Ghazali, tunjang kepada pemikiran falsafah ialah al-quran itu sendiri. Kaedah rujukan yang saya gunakan untuk menyiapkan tugasan ini ialah melalui sumber perpustakaan dan internet.

Bibliografi :

7

Antara falsafah islam dan falsafah moden barat, Mahmud Hamdi Zaqzuq (DBP Kementerian Pendidikan Malaysia, Kuala Lumpur, 1993 ) hlm. 13

7

1. Prof. Dr. Awang Sariyan. 2007. Falsafah Dan Logika Melayu. Jabatan Bahasa Melayu, Akademi Pengajian Melayu Universiti Malaya. 2. Hashim Bin Haji Musa, Ph.D. 2001. Falsafah, Logik, Teori Nilai dan Etika Melayu, SUATU PENGENALAN. Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya. 3. Mahmud Hamdi Zaqzuq. 1993. Antara Falsafah Islam dan Falsafah Moden Barat: Suatu Perbandingan Antara Al-Ghazali dan Descartes. Dewan Bahasa dan Pustaka Kementerian Pendidikan Malaysia, Kuala Lumpur.

8

Related Documents

Alghazali
October 2019 45
Logo Alghazali Optique.pdf
October 2019 46

More Documents from "Salah Ayoub"

Pantun Budi
October 2019 46
Al-ghazali
October 2019 46
Nazam Ajal
October 2019 53
Al-kindi
October 2019 40
Tajus Salatin
October 2019 36
St-01-01
October 2019 48