AKADEMI PENGAJIAN MELAYU UNIVERSITI MALAYA JXEA1104 FALSAFAH DAN LOGIKA MELAYU TOKOH FALSAFAH PLATO NAMA: SURINA CHEW KIM ZHUA NO. MATRIK: JEA080145 NAMA PENSYARAH: DR.AMRAN MUHAMMAD NAMA TUTOR: CIK NURUL
Sejarah tamadun manusia menunjukkan kepada kita bahawa telah wujud dan masih wujud dalam era-era tertentu penghidupan manusia, individu-individu yang cuba mengetengahkan idea-idea baru ke dalam masyarakatnya.
Idea-idea baru perlu
dikemukakan bagi mewujudkan masyarakat ideal iaitu masyarakat yang berteraskan kebaikan, kesejahteraan dan keadilan. Salah satu cara yang berkesan untuk melahirkan bentuk masyarakat tersebut ialah melalui sistem pemerintahan yang falsafah politiknya bertunjangkan nilai-nilai yang luhur. Individu-individu yang menonjolkan buah fikiran mereka berhubung dengan perkara ini telah dikenali sebagai pemikir-pemikir agung zamannya, dan Plato ialah pemikir falsafah politik yang paling unggul dan tidak syak lagi perintis yang amat berwibawa dalam bidangnya. Plato merupakan seorang ahli falsafah Yunani Klasik yang sangat berpengaruh, beliau merupakan salah seorang murid Socrates dan guru kepada Aristoteles. Sumbangan Plato yang terpenting ialah ilmunya yang mengenai ideal. Dunia fana ini hanyalah refleksi atau bayangan daripada dunia ideal. sempurna.
Di dunia ideal, segalanya amatlah
Hal ini tidak hanya merujuk kepada barang-barang fizikal
yang boleh
disentuh dan dilihat, tetapi juga mengenai konsep-konsep fikiran, hasil buah intelek. Sebagai contoh, konsep mengenai “kebajikan” dan “kebenaran” . Tempat dan tarikh kelahiran Plato yang sebenar tidak diketahui dengan pasti. Namun yang pasti ialah Plato dilahirkan dalam keluarga aristocrat Athens yang turun-temurun memiliki peranan yang amat penting dalam kehidupan politik di Athens.
Nama Plato yang sebenar ialah
Aristokles. Plato meninggal di Athens ketika berusia lapan puluh tahun dan beliau tidak pernah bernikah sepanjang hayat.
Falsafah politik Plato berbeza dengan falsafah politik moden yang mempersoalkan masalah perorangan dan haknya, malah juga berbeza dengan falsafah politik kontemporari yang cenderung membahas istilah politik seperti kebebasan, kekuasaan, hak asasi, demokrasi dan keadilan. Falsafah politik Plato berupaya membahaskan dan menghuraikan berbagai-bagai sudut kehidupan manusia dalam hubungannya dengan negara. Beliau menawarkan konsep pemikiran tentang manusia dan negara yang baik, seterusnya Plato juga mempersoalkan cara yang harus ditempuh untuk mewujudkan konsep pemikiran itu. Bagi Plato, manusia dan negara memiliki persamaan yang hakiki, oleh itu, apabila manusia baik negara pun baik. Negara ialah pencerminan daripada manusia yang menjadi warganya. Socrates merupakan sumber falsafah Plato. Malah, Socrates ialah guru falsafah yang amat dikagumi, dihormati, dan dicintai oleh Plato. Bagi Plato, Socrates adalah guru dan sahabatnya. Hampir seluruh karya falsafah Plato menggunakan “kaedah sokrat”, iaitu kaedah yang dikembangkan oleh Socrates.
Hampir semua dialog Plato
menempatkan Socrates sebagai pelaku utama. Namun Plato juga dipengaruhi oleh ahliahli falsafah yang lain. Plato pun mengenal ajaran Parmenides yang bergandingan meyusuli pemikiran Herakleitos. Bagi Parmenides, apa-apa yang ada itu ada dan apa-apa yang tidak ada itu tidak ada. Parmenides mengatakan tidaka da yang bergerak, tidak ada yang berubah, tidak ada yang mengalir. Yang ada itu dan adanya itu abadi. Plato mengakui kebenaran ajaran Permenides, namun kebenaran ajaran Permenides itu tidak berlaku di dunia indera. Plato mengatakan keberadaan ada yang tidak dapat berubah dan yang bersifat abadi itu berlaku di dalam alam idea.
Seluruh falsafah Plato tertumpu pada ajarannya tentang idea. Plato percaya bahawa idea adalah realiti yang sebenarnya dari segala sesuatu yang ada dan dapat dikenali melalui pancaindera. Pohon, bunga, manusia, haiwan, dan sebagainya akan mati dan berubah, namun, idea tentang pohon, bunga, manusia, dan haiwan tidak akan pernah berubah. Menurut Plato, idea bukanlah sekadar gagasan atau gambaran yang hanya berada di dalam pemikiran manusia. Idea bukan sesuatu yang subjektif yang tercipta oleh daya fakir manusia dan oleh itu, keberadaan idea itu bergantung kepada daya fikir manusia. Bagi Plato, realitinya, idea bersifat objektif, mandiri, sempurna, abadi dan tidak berubah. Selain itu, dalam konsep etika, Plato menyatakan bahawa tujuan hidup manusia ialah untuk menggarap kehidupan yang senang dan bahagia. Manusia harus berusaha mendapatkan kesenangan dan kebahagiaan hidup.
Menurut Plato, kesenangan dan
kebahagiaan hidup bukanlah pemuasan hawa nafsu selama hidup dalam alam indera. Plato tekal dengan ajarannya tentang dua alam. Oleh hal yang demikian, kesenangan dan kebahagiaan hidup haruslah dilihat dalam hubungan kedua-dua alam tersebut. Sebagaimana yang telah dikemukakan oleh Plato, alam yang sebenarnya ialah alam idea. Hanya orang yang bijaksana dan berbudi baik yang akan dapat memahami segala yang beraneka ragam dan yang berubah-ubah yang ada dalam alam indera.
Bagi yang
berpengetahuan, yakni mereka yang bijaksana dan berbudi baik, berbuat yang baik akan mendatangakan kesenangan dan kebahagiaan yang tidak terlukiskan. Mereka sanggup hidup seolah-olah berada dalam alam idea. Malah, mereka akan senantiasa berusaha untuk menghadiri alam idea dengan idea tertingginya, iaitu idea kebajikan dan kebaikan dalam alam indera. Keupayaan yang sedemikianitu hanya mungkin terwujud apabila
mereka memiliki pengetahuan yang sebenar. Dengan demikian, jelas terlihat bahawa etika Plato adalah etika yang didasarkan pada pengetahuan, sedangkan pengetahuan hanya mungkin diraih dan dimiliki melalui akal budi, maka itulah sebabnya etika Plato disebut juga sebagai etika rasional. Seterusnya, Plato juga mengamalkan keadilan. Keadilan merupakan salah satu kebajikan pokok atau keutamaan perorangan dan masyarakat. Keadilan mempertautkan ketiga-tiga kebajikan pokok atau keutamaan lainnya, yakni pengendalian diri, keperkasaan dan kebijaksanaan atau kearifan, kerana keadilan haruslah menjadi keutamaan bagi seluruh pihak jiwa manusia serta pemeliharaan kesatuan dan keutuhan jiwa manusia serta pemeliharaan kesatuan dan keutuhan negara. Bagi Plato, keadilan tidak dihubungkan secara langsung dengan undang-undang. Dengan kata lain, keadilan bukanlah konsep undang-undang. Menurut Plato lagi, jika ada keadilan individual maka adalah keadilan dalam negara.
Untuk menemukan pengertian yang benar tentang
keadilan individual, pertamanya haruslah ditemukan lebih dahulu sifat-sifat dasar dari keadilan itu dalam negara, kerana negara dan manusia memiliki persamaan sedangkan ukuran negara lebih besar daripada manusia. Dalam ukuran yang besar, segala sesuatu itu mudah terlihat dan mudah difahami. Menurut Plato, apabila seseorang sanggup menguasai dirinya, maka ia akan berfungsi sebagaimana yang sepatutnya, sesuai dengan panggilannya yang ditentukan oleh bakat, kemampuan, dan ketrampilannya. Melalui pekerjaannya yang demikian,ia akan menampilkan diri sesuai dengan keutamaan yang mulia.
Kesimpulannya, seluruh falsafah Plato tertumpu pada ajarannya tentang idea, etika dan keadilan. Gagasan tentang negara ideal dengan ahli falsafah-raja sesungguhnya dicipta oleh Plato bukan untuk digunakan selaku pedoman praktik, tetapi semata-mata merupakan suatu ideal, suatu idaman atau cita-cita yang merupakan usahanya untuk menjawab pertanyaan ke mana negara itu hendak diarahkan dan bukannya untuk menjawab pertanyaan bagaimana mengurus negara itu. Dengan hal yang sedemikian, Plato akan membangunkan suatu ideal dahulu, kemudian barulah beliau memberi petunjuk yang perlu untuk menuju ke ideal itu. Oleh yang demikian, peranan keadilan yang menghubungkan manusia dan negara dalam negara ideal Plato amatlah asas dan pokok sifatnya. Plato melihat konsep keadilan dari sudut atau dari kaca mata ahli ekonomi politik. Keadilan dihubungkaitkan dengan pengkhususan buruh, di mana setiap warganegara memiliki pekerjaan yang sesuai dengan bakat atau kemahiran masing-masing. Plato menyedari bahawa tidak mungkin negara ideal itu dapat dihadirkan secara sempurna dalam alam indera ini, kerana yang terutama bukanlah kehadirannya secara fizikal di alam indera ini, sebaliknya prinsip-prinsip dalam negara ideal itu perlu dihayati. Sesungguhnya, prinsip-prinsip negara ideal yang terdapat di dalam Republic, telah membuatkan karya tulis Plato tersebut menjadi sebuah karya yang paling agung dan tidak akan usang sampai bila-bila. Malah, hasil karya tersebut telah menjadikan Plato sebagai seorang ahli falsafah yang berpengaruh dan dikenali serata dunia.
Bibliografi: 1. Falsafah Politik Plato oleh J.H Rapar. 2. Wikipedia Bahasa Melayu, Ensiklopedia Bebas. (www.wikipedia//plato.com) 3. Google search