Pantun Budi

  • Uploaded by: Nur Ain Mohd Amin
  • 0
  • 0
  • October 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Pantun Budi as PDF for free.

More details

  • Words: 1,240
  • Pages: 9
UNIVERSITY OF MALAYA AKADEMI PENGAJIAN MELAYU

“FALSAFAH DAN LOGIKA MELAYU” JXEA 1104

JAMALIA BINTI MATNAN JEA080026 PROF. DR AMRAN BIN MUHAMMAD 25 Ogos 2008

PANTUN BUDI Tegak rumah kerana sendi

Buat meniaga di kedai cina

Runtuh sendi rumah binasa

Timun bali dimakan pahit

Sendi bangsa ialah budi

Biar miskin bertambah hina

Runtuh budi runtuhlah bangsa

Budi bahasa mahu yang baik

Cahaya redup menyegar padi

Berbelok di tanjung beringin

Ayam berkokok mengikat tuah

Kemudi patah dilentar

Jikalau hidup tidak berbudi

Elok orang hati tak ingin

Umpama poko tidak berbuah

Budi bahasa hatiku hancur

Bunga raya kembang tak jadi

Anak itik berenang balik

Sebab musabab hairan sekali

Menyelam takut akan lemas

Hidup kita hanya sekali

Kalau ada budi yang baik

Budi bahasa tak jual beli

Saya todak memandang emas

Pada ikan baiklah udang

Semenjak kentang menjadi gulai

Sedikit tak takut kena tulang

Ubi tidak bersama lagi

Jahat dan baik semua ditimbang

Semenjak wang menjadi pemakai

Seumpama rambut budi tak hilang

Budi tidak berguna lagi

Di sana padi di sini padi Itulah nama sawah dan bendang Di sana di sini budi Barulah sempurna bernama orang

PENGENALAN

Pantun ialah puisi tradisional melayu turun temurun yang tertua di dalam budaya melayu. Ia adalah akal budi dan daya rasa yang selalu membijaksanakan fikiran dan memperindahkan

perasaan. Terlalu

banyak

pantun

yang

mempunyai

falsafah

keintelektualan yang tinggi yang tinggi sama ada dari segi bahasa, falsafah, dan nilai-nilai kehidupan. Kita dapat melihat tahap keintelektualan orang melayu yang mencipta pantun dengan menggunakan perbandingan, kiasan dan lambang tertentu bagi mempunyai falsafah yang tinggi. Pantun adalah satu – satunya genre yang tersendiri dihasilkan dari dahulu sehingga sekarang yang terus hidup dan masih hidup, tak lapuk di hujan tak lekang di panas. Pantun juga merupakan dan bersesuaian dengan kenyataan bahawa pantun adalah manifestasi akal budi masyarakat.

Budi adalah perkataan sanskrit, bererti asas – hikmah, dan di dalam ilmu. Budi diibaratkan sebagai pelita atau obor yang menyinari jalan yang ditempuh oleh manusia. Bukhari al – jauhari di dalam kitab yang terkenal yang dijadikan rujukan dan nasihat kepada raja dan juga kerajaan, taj-us-salatin atau mahkota Ulul-Albab yang beliau petik dalam Al-Quran, surah Al-Ma’idah ayat 100 sebagai “............segala

orang

yang

berbudi”. A.

Yusof

Ali

(Al-Quran : 1983 : 274)

menterjemahkan perkataan yang sama sebagai “........that’s understand”. Di dalam penjelasan mengenai ayat – ayat tersebut, A. Yusof Ali menyatakan bahawa orang yang tidak baik dan memilih yang baik walaupun yang baik itu terlalu sedikit.

Budi merupakan satu nilai sosio yang amat dipentingkan dalam masyarakat melayu sehingga setiap anggota masyarakat diterapkan dengan nilai – nilai tersebut sejak mereka kecil lagi. Budi dimasukkan merangkumi segala bentuk budi termasuklah budi bahasa, budi pekerti, dan berbudi. Apa yang dianggap sebabgai budi tidak semestinya yang berupa material., barangan, makanan, emas, atau wang tetapi meliputi juga menghormati, berbahasa dan berkasih sayang. Peri pentingnya budi itu ditafsirkan sebagai lebih bernilai dari emas. Justeru itu, kita dapati perkara budi ini dirakamkan dalam banyak contoh karya puisi tradisional, seperti contoh berikut:

Bukan tanah menjadi padi Kalau jadi hampa melayang Bukan bangsa menanam budi Kalau tanam Cuma terbuang

Rosak pandan kerana padi Rosak padi kerana bunga Rosak badan kerana budi Rosak budi kerana orangnya

HURAIAN

Bijak pandai melayu pada satu masa dahulu seperti pawang, bomoh, dukun, beserta para penguasa adat yang wujud di dalam ruang dan masa telah menyusun dan mengketogarikan konsep budi bukan sekadar sebagai struktur dalaman tetappi juga dapat digunakan dalam hubungan sosial ( sosial relation and interaction) mereka. Budi mengandungi rumpunnya atau gugusan yang bersiratan iaitu akar budi, hati budi, budi bicara, budi bahasa dan budi pekerti.

Gugusan budi atau rumpun ini dapat dibahagikan kepada dua yang juga bersiratan antara satu sama lain, ibarat kulit dengan isi, luar dalam, lahir batin dan rohani jasmani. Kulit, luar, lahir, jasmani merupakan struktur luaran atau permukaan, fizikal, material, fiil, yang meliputi persoalan budi pekerti dan budi bahasa. Isi, dalam, batin, rohani merupakan struktur dalaman yang meliputi akar budi, hati budi dan budi bicara.

Gugusan budi tersebut dimanefastasikan dalam satu gugusan hubungan sosia budaya dan spiritual yang meliputi berbudi kepada tuhan iaitu Allh, berbudi kepada bangsa dan tananh air, berbudi kepada tanah iaitu alam, berbudi kepada masyarakat dan budaya, berbudi kepada keluarga dan berbudi kepada diri sendiri. Gugusan ini di lihat secara umum sahaja kerana persoalan lain boleh ditambah seperti berbudi kepada pemimpin dihirarki sosial tertinggi. Gabungan kedua – dua gugusan

tersebut

untuk

warganegara yang budiman.

menghasilkan

manusia,

masyarakat,

budaya

dan

Penerapan nilai budiman bertujuan untuk melahirkan manusia melayu yang halus,

berhati

mulia,

berakal,

bijaksana,

beradab

tahu membalas

budi

dan

sebagainya.budi dan budiman ialah teranas humanisme, moraliti, dan etika melayu yang berpaksikan kektuhanan (ketauhidan) yang mampu meletakkan manusia ke darjat, harkat dan martabat yang tertinggi.

Tuhan telah menganugerahkan manusia akan akal, maka akal bukan sekadar intelligent, ia adalah segala potensi rohaniah yang memiliki pelbagai kemampuan berfikir, menyedari, menghayati, mengerti, mengetahui dan memahami yang kadang kala bersifat teoritis dan praktis yang semuanya berpusat di otak. Semua kualiti ini dipengaruhi oleh faktor luaran yang melahirkan cara berfikir tersusun, berstruktur dan memiliki kesedaran, tetapi kesedaran bukan berpusat di otak tetapi ia berpusat di hati (qalbu)

Hati ialah alat untuk menghayati, proses yang berlaku di hati, kadangkala tidak disedari tetapi mengandungi kebenaran, disebut orang melayu sebagai kata hati (intuition) atau rasa dan perasaan. Lantaran itu, otak (akal) alat berfikir dan hati alat kesedaran dan penghayatan. Otak dan hati adalah satu kesatuan erat, tidak terpisah tetapi disatukan menjadi apa yang disebut oleh orang melayu sebagai akal budi dan hati budi.

Namun begitu orang melayu diingatkan bahawa jika sesuatu tindakan, pertimbangan Cuma menurut hati atau rasa sahaja tidak baik seperti kata

perbilangan “ikut hati mati ikut rasa binasa” maka gabungan akal, budi, dan hati saling melengkapi. Akal budi, hati budi merupakan pancaran batiniah yang halus lagi seni mempengaruhi keseluruhan tindakan dan pertimbangan budi bicara, budi bahasa dan budi pekerti.

Seorang yang budiman ialah seorang yang beradab, berkelakuan sopan, tertib, tahu malu, memiliki akhlak dan perangai yang mulia atau berbudi pekerti. Konsep berbudi

pekerti berkait rapat dengan malu, untuk mengelak diri dari

kejahatan, malu jika tidak berusaha, malu jika tidak berakhlak mulia dan malu jika tidak berbahasa. Malu seperti ini ialah malu yang positif yang bukan negatif membawa maksud malas, segan dan takut. Orang yang menjaga malunya ialah orang yang budiman.

KESIMPULAN

Kita dapat melihat tahap keintelektualan orang melayu yang mencipta pantun dengan menggunakan perbandingan, kiasan dan lambang tertentu bagi mencapai maksudnya. Kias ibarat yang terkandung mengindahkan pantun dan mempunyai falsafah yang tinggi.

Pantun melayu adalah satu hasil ciptaan masyarakat dan budaya. Ia adalah satu pencapaian yang tinggi walaupun dihasilkan oleh individu tetapi tidak ada persoalan hak cipta. Pantun bukan milik individu tetapi milik kolektif seluruh masyarakat. Lantaran itu, manusia

budiman seperti yang di nyatakan diatas

bukanlah satu ciri yang individualistik tetapi adalah peribadi yang diharapkan daripad seseorang individu melayu. Pantun melayu sendiri meletakkan landasan dan orientasi kepada seseorang melayu yang ideal, budiman, memiliki kemampuan fizikal, mental, emosional dan spiritual serta menegaskan akan asal usul seseorang. Masyarakat dan budaya orang melayu telah memainkan peranan dari segi orientasi nilainya untuk menjadikan manusia melayu seorang yang beradab, tertib dan beradat.

Manusia budiman di dalam kkonteks melayu disebut “orang” dalam erti kata menjadi orang adalah

konsep budaya, satu kategori sosio budaya yang

memmilik budi tinggi, beriman, berilmu, memiliki kekayaan dan kedudukan. Kekuatan batiniah dan lahiriah tergabung dan melengkapi menjadikan ia seorang yang budiman.

BIBLIOGRAFI Alias Yunus(1996), Pantun Melayu Sastera Rakyat, Federal Berhad A.W.Hamilton(1959), Malay Pantuns,Eastern Univercities Pres,Singapura Raja Ali Haji(MSS),Bustan Al-katibin Raja Ali Haji 1927, Kitab Pengetahuan

Bahasa

iaitu

Johor,Pahang, Riau dan Lingga,Singapura; Al-Ahmadiah Press

Kamus Lughat Melayu

Related Documents

Pantun Budi
October 2019 48
Pantun Budi
October 2019 38
Pantun Budi
October 2019 46
Pantun Budi
October 2019 41
Pantun Budi
October 2019 41
Pantun Budi
May 2020 26

More Documents from ""

Pantun Budi
October 2019 46
Al-ghazali
October 2019 46
Nazam Ajal
October 2019 53
Al-kindi
October 2019 40
Tajus Salatin
October 2019 36
St-01-01
October 2019 48