Plato

  • Uploaded by: Nur Ain Mohd Amin
  • 0
  • 0
  • October 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Plato as PDF for free.

More details

  • Words: 998
  • Pages: 7
FALSAFAH DAN LOGIKA MELAYU JXEA 1104 PLATO NAMA : EMMELY ELVIRA JANNICCA JAITING NO. MATRIK : JEA080013 NAMA PENSYARAH : DR. AMRAN

SEMESTER 1 SESI 2008/2009 AKADEMI PENGAJIAN MELAYU UNIVERSITI MALAYA

Plato dilahirkan di Athens pada tahun 427 sebelum Masihi. Plato berasal dari keluarga aristokrat yang secara turun-temurun memegang peranan penting dalam politik Athens. Ayahnya bernama Ariston, seorang bangsawan keturunan raja KOdrus, raja terakhir Athens yang hidup sekitar tahun 1068 SM.

Ibunya berketurunan Solon bernama

Periktione, tokoh lagend dan negarawan agung Athens yang hidup sekitar tahun lebih awal dari Periktione.

Nama asal Plato ialah Aristocles. Plato merupakan nama yang diberikan oleh seorang jurulatih senamannya. Beliau memperoleh gelaran “Plato” berhubung dengan bahunya yang lebar.

Dalam bahasa Yunani, plato yang berasal dari benda “platos”

(“kelebaran”) dibentuk daripada kata sifat “platus” yang bermakna “lebar”. Gelaran yang diberikan menjadi popular dengan cepat sekali lalu melekat menjadi penggilan seharihari, bahkan kemudian menjadi nama rasmi yang diabadikannya melelui seluruh karyanya.

Plato mendapat didikan dari guru-guru falsafah. Pelajaran falsafah yang nmulamula diperoleh adalah melalui Kratylos.

Sejak berumur 20 tahun, Plato mengikuti

pelajaran Socrates pula. Pelajaran dari Socrates ternyata memberi kepuasan kepada dirinya dan pengaruh Socrates semakin hari semakin mendalam dalam dirinya. Keadaan ini membolehkan Plato menjadi murid Socrates yang setia yang juga menjadikan Socrates sebagai pujaannya.

Plato mempunyai kedudukan yang istimewa sebagai seorang ahli falsafah. Hal demikian kerana beliau pandai menyatukan puisi dan ilmu, begitu juga dengan seni dan falsafah. Pandangan yang dalam dan abstrak sekalipun dapat dilukiskannya dengan menggunakan gaya bahasa yang indah. Tidak ada seorang pun ahli falsafah sebelumnya yang dapat menandinginya dalam hal ini.

Kebanyakan tulisan-tulisan yang dihasilkan oleh Plato terbit dalam bentuk dialog. Jumlah tulisannya tidak kurang dari 34 buah tidak termasuk tulisannya yang berupa surat dan puisi.

Semua tulisannya ditulis dalam masa lebih dari setengah abad.

Secara

keseluruhannya, dialog yang ditulis oleh Plato adalah tetap berpegang pada pendirian gurunya Socrates. Namun kemudiannya, timbul buah fikian pPlato yang menjadi corak falsafahnya, iaitu ajaran tentang idea.

Bagi Plato, semua idea sama ada idea yang baik atau idea tantang kebaikan dan idea tentang kebajikan sebagai idea yang tertinggi dalam alam idea, merupakan realiti yang sebenarnya.

Sebaliknya segala sesuatu yang ada dalam alam indera hanyalah

merupakan reality bayangan. Plato percaya bahawa idea reality adalah reality yang sebenarnya dari segala sesuatu yang ada yang dapat dikenal melalui pancaindea. Melalui beberapa dialog yang ditulis oleh Plato, tergambar pendapatnya mengenai hidup sebelim lahir ke dunia dan tentang jiwa yang hidup selama-lamanya.

Disinilah terdapat

permulaan fikiran Plato kea rah jurusan idea, yang kemudiannyan menjadi pusat pandangan falsafahnya.

Plato turut menyatakan bahawa satu-satunya yang dapat menjadi objek pengetahuan dan dasar fikiran, serta yang menjadi pokok pandangan menimbulkan penglihatan dan huraian yang tidak tepat. Seadanya yang tetap dan kekal itu adalah bentuk asal iaitu idea. Hal demikian kerana kenyataan menunjukkan bahawa alam indera itu sentiasa berubah, tidak tepat, tidak sempurna, tidak abadi, majmuk dan aneka ragam. Kenyataan demikian dapat membuktikan bahawa idea realiti adalah realiti yang sebenarnya. Plato percaya bahawa idea realati adalah realiti yang sebenarnya dari segala sesuatu yang dapat dikenal melalui pancaindera.

Idea menjadi dasar bagi sesuatu yang ada.

Contohnya, dunia yang wujud

berdasarkan idea menguasai kenyataan-kenyataan dalam dunia yang lahir, timbul dan lenyap. Oleh kerana itu, pengetahuan tentang dunia merupakan idea yang paling penting dan harus menjadi tujutn bagi pengetahuan yang sebenarnya. Melalui pandangan kasar, idea tidak dapat diketahui melalui hasil pemandangan kerana idea itu sebenarnya bertempat dalam dunia yang lain. Hal demikian krana segala pengetehuan adalah tiruan dari yang sebenarnya, yang timbul dalam jiwa sebagai “penghubung” antara dunia idea dan dunia bertuah.

Selain daripada itu, bagi Plato, sebanyak mana pengertian itu, sebanyak itulah juga jenis idea. Setiap pengertian yang bersangkutan dengan barang, sifat, dan hubungan mengandungi idea yang bertepatan. Idea yang tertinggi ialah idea kebaikan, sama seperti Tuhan yang membentuk dunia.

Idea kebaikan tidak sahaja timbul untuk tujuan

pengetahuan dalam dunia yang lahir, tetapi juga kerana tumbuh dan kembangnya segala-

gala. Idea kebaikan adalah pokok dan oleh itu dunia idea tersusun menurut system teologi.

Idea keindahan pula berhubung rapat dengan idea kebajikan. Idea keindahan merupakan satu bentuk yang terutama daripada bayangan yang baik dalam dunia yang nyata. Cahaya dari keindahan itulah yang menjadikan jia takjub dan rindu untuk kembali ke dunia yang asal. Jiwa yang indah yang menjelma dalam perbuatan menyelenggarakan adab, seni dan ilmu, pendidikan dan politik, akhirnya naik ke atas dalam bentuk indah yang murni iaitu ke tempat asalnya dalam dunia yang tidak berubah.

Hanya mereka yang bijaksana dan berbudi baik sahaja yang akan dapat memahami segala sesuatu yang begitu beraneka ragam dan berubah-ubah yang terdapat dalam alam indera. Pemahaman melalui pengetahuan yang benar akan menuntut mereka yang bijaksana dan berbudi sampai kepada pengenalan akan idea-idea yang merupakan kebenaran yang sejati.

Sesiapa yang dapat menyelami segala Sesutu sampai kepad

ideanya, mereka akan mencintai idea itu dan akan sentiasa terarah kepada yang baik atau yang bijak. Bagi yang berpengetahuan, melakukan sesuatu yang baik akan membawa mereka kepada kesenangan dan kebahagiaan yang tidak terlukiskan.

Hamper semua dialog ayng dikarang oleh Plato adalah campuran antara falsafah, puisi, ilmi dan seni. Huraiannya juga berupa percakapan dengan bersoal jawab dan menggunakan kata-kata sindiran, ironi, dan kiasan serta dongeng yang brisikan tauladan. Fakta an mitos kadang-kadang bercampur-baur dalam lukisan ceritera yang menjadi buah

fikirannya. Oleh kerana itu, orang lain tidak mudah untuk memahami maksud yang tersirat disebalik tulisannya walaupun mempunyai gaya bahasa yang indah. Hanya ahliahli yang kenal akan kesusasteraan Yunani lama dan tahu tentang keadaao social sahaja yang akan dapat memahami hasil karangan palto.

Berdasarkan huraian yang telah dipersembahkan di atas, jelas terlihat bahawa idealisme yang dipegang oleh Plato adalah berbeza dengan idealisme moden.

Hal

demikian kerana bagi Plato, alam idea merupakan suatu idea yang objektif. Oleh sebab itu, idealisme Plato sering disebut sebagai idealisme realisti, sedangkan idalisme moden lebih bersifat subjektif. Tidak dapat dinafikan lagi bahawa Plato merupakan seorang ahli falsafah yang agung melalui tulisan-tulisan yang dipersembahkannya.

BIBLIOGRAFI

J.H.Rapar . 1993 . Falsafah Politik Plato. Kuala Lumpur . Dewan Bahasa dan Pustaka. Mohammad Hatta . 1982 . Alam Fikiran Yunani . Kuala Lumpur . Dewan Bahasa dan Pustaka.

Related Documents

Plato
October 2019 61
Plato
October 2019 71
Plato
October 2019 71
Plato
October 2019 47
Plato
October 2019 44
Plato
October 2019 62

More Documents from "Nur Ain Mohd Amin"

Pantun Budi
October 2019 46
Al-ghazali
October 2019 46
Nazam Ajal
October 2019 53
Al-kindi
October 2019 40
Tajus Salatin
October 2019 36
St-01-01
October 2019 48