Plato

  • Uploaded by: Nur Ain Mohd Amin
  • 0
  • 0
  • October 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Plato as PDF for free.

More details

  • Words: 2,139
  • Pages: 6
JXEA1104 FALSAFAH DAN LOGIKA MELAYU TOKOH FALSAFAH - PLATO NAMA: NORAINI BINTI ISMAIL NO.MATRIK:JEA080082 PROF.DR.AMRAN MUHAMMAD

1

Makna falsafah dari sudut epistemologi berasal dari bahasa Yunani atau Greek purba iaitu philosophia. Philos bermaksud cinta manakala Sophia bermakna kebijaksanaan. Jadi philosophia bermakna cinta akan kebijaksanaan. Perkataan philosophia pertama kali digunakan oleh Phytagoras(570-504 S.M) iaitu ahli falsafah Yunani pada abad ke-6S.M. Menurut Plato(428-347S.M) falsafah meneliti hakikat yang mendasari sesuatu benda atau perkara disebalik sifat luarannya iaitu apa sebenarnya yang menjadi asas dan inti pati pembentukan sesuatu benda dan perkara itu: apa asasnya, apa ensesinya, apa zatnya. Kini makna falsafah bergantung kepada sudut pandangan dan pegangan hidup pentakrifnya. Menurut B.A.G. Fullerdalam bukunya A History of Philosophy(1955;1) mentafsirkan falsafah sebagai renungan(reflective) dan pentaakulan(reasoning) untuk merumuskan sifat, hakikat dan kandungan alam wujud atau alam semesta dilihat secara keseluruhan sebagai satu kesatuan berdasarkan penelitian dan pengkajian terhadap data dan fakta yang diambil daripada semua aspek alam wujud. Falsafah juga proses mengasah, menghalusi, menajam, menghalisi akal, budi pekerti bagi mengangkat manusia hampir kepada Tuhan(tahap tinggi). Plato merupakan seorang ahli falsafah yang amat berpengaruh. Nama penuh Plato ialah Aristoklas. Jurulatihnya telah memberikan nama Plato kerana beliau mempunyai dahi dan bahu yang agak lebar. . Ada pendapat mengatakan Plato lahir di Athens dan kan yang mengata Plato lahir juga di Pulau Aegen. Ada yang mengatakan Plato lahir pada 425S.M dan 427S.M. Plato lahir dalam keluarga aristokat Athens yang berperanan penting dalam politik negara. Ayah Plato bernama Ariston iaitu seorang bangsawan keturunan raja Kordus manakala ibunya bernama Periktione yang berketurunan Solon. Plato meninggal di Athens ketika berusia 80 tahun dan sepanjang hayatnya Plato tidak pernah berkahwin. Hasil karya Plato banyak dipengaruhi oleh falsafah Sosrates kerana Socrates telah banyak mempengaruhi Plato untuk berkecimpung dalam bidang politik. Kematian Socrates kerana dihukum mati oleh pemerintah democrat telah mempengaruhi semangat Plato untuk berkecimpung dalam bidang ini. Kematian Socrates telah menyebabkan Plato mengembara ke merata tempat seperti Afrika Utara, Itali Selatan, Sisilia dan akhirnya kembali ke Athens. Seluruh falsafah Plato tertumpu pada ajarannya tentang idea. Bagi Plato idea adalah realiti yang sebenar dari segi sesuatu yamg ada dapat dikenal melalui pancaindera. Oleh sebab idea adalah realiti yang sebenarnya atau keberadaan, maka menurut Plato, idea bukanlah sekadar gagasan atau gambaran yang hanya berada dalam pemikiran manusia. Idea bukanlah sesuatu yang subjektif yang dicipta oleh daya fikir manusia dan oleh itu keberadaan idea itu lalu bergantung pada daya fikir manusia. Bagi Plato, sebagai realiti yang sebenarnya, idea bersifat objektif. Keberadaan idea bukan bergantung pada daya fikir manusia. Idea itu mandiri, sempurna, abadi dan tak berubah. Apakah idea merupakan realiti sebenarnya lalu bagaimanakah dengan alam fizikal yang dikenali manusia melalui pancaindera?

2

Kenyataan menunjukkan bahawa alam indera itu sentiasa berada dalam keadaan berubah dan bagi Plato, kenyataan demikian membuktikan bahawa alam indera bukanlah realiti yang sebenar. Plato mengakui bahawa alam indera yang seba majmuk dan aneka ragam adalah juga realiti namun bukanlah realiti yang sebenar. Alam indera hanyalah tiruan sementara dari alam idea dan yang paling utama bagi Plato ialah alam idea namun ini tidak bererti alam indera harus disangkal kedudukannya. Terdapat dua cara untuk mengenali kedua-dua alam ini iaitu alam indera dikenali melalui pancaindera manakala alam idea dikenal melalui akal budi. Melalui akal budi manusia memasuki alam idea dan disana ia mengenal idea tentang melalui sesuatu yang sempurna, ttunggal dan abadi. Walaupun alam idea tidak ada yang majmuk dan anekaragam namun ini tidak alam idea mempunyai satu idea sahaja. Dalam dunia idea banyak idea namun idea itu hanya satu. Penyatuaan idea ke dalam reality itu disebut persekutuan. Selain menyatu dalam satu persekutuan idea, idea juga mempunyai tingkat atau hierarki yang mana puncak susunan hierarki idea ialah idea yang baik menerangi idea lain yang ada dalam alam idea. Bagaimana manusia dapat mengetahui bahawa apa-apa yang dalam alam idea? Bagi Plato pengetahuan adalah ingatan dan mengetahui bererti mengingati. Kaupayaan untuk kembali memasuki alam idea melalui daya ingatan. Dengan falsafah manusia berupaya mengenal kembali dengan sebaik mungkin apaapa dahulu pernah diketahuinya dengan sempurna dalam alam idea. Jelas sekali idealisme Plato yang dipanggil idealisme realistik berbeza dengan realisme moden atau idealisme subjektif kerana bersifat subjektif. Apakah tujuan hidup manusia? Bagi Plato, tujuan hidup manusia ialah untuk mengharap kehidupan yang senang dan bahagia. Menurut Plato, kesenangan dan kebahagian hidup itu bukanlah pemuas hawa nafsu selama hidup haruslah dilihat dalam hubungan kedua-dua alam itu. Bagi Plato alam ialah idea. Jiwa manusia sebelum terpenjara oleh tubuh, berasal dari dunia idea, oleh itu jiwa haruslah kembali ke alam idea untuk menetap di sana. Selama berada dalam alam indera, ia sentiasa rindu untuk ke alam idea. Selama ia hidup dalam alam indera ia harus sentiasa berusaha sedaya upaya untuk meraih pengetahuan yang benar kerana hanya orang memiliki pengetahuan yang benar itu akan menuntun mereka yang bijaksana dan berbudi sampai kepada pengenalan akan idea-idea yang merupakan kebenaran yang sejati. Sesiapa yang dapat menyelami segala sesuatu itu sampai kepada idea yang tertinggi, maka ia akan mencintai idea itu dan ia akan sentiasa terarah kepada yang baik atau yang bijak. Jelas terlihat bahawa etika Plato adalah etika yang di dasarkan pada pengetahuan, sedangkan pengetahuan hanya mungkin diraih dan dimiliki oleh akal budi maka itualah sebabnya etika Plato disebut juga sebagai etika yang rasional. Bagi menjelaskan lagi teori tentang manusia, Plato telah membuat perumpamaan yang sangat indah dan amat terkenal yang ditulis dalam karyanya yang ketujuh iaitu Republic iaitu tahanan yang dikurung dalam gua sejak dari zaman kanak-kanak lagi. Kaki dan leher mereka di ikat dan hanya menghadap ke arah dinding gua dan membelakangi arah cahaya dapat masuk ke dalam gua pada waktu siang tetapi sumber cahaya bagi mereka ialah dari unggun api yang terletak agak tinggi. Antara tahanan dan unggun api ada jalan dan jalan itu sentiasa

3

dipenuhi dengan orang yang lalu – lalang sambil menjunjung barang. Maka bayangan yang terpantul ke tembok depan tahanan dan itulah mereka lihat setiap hari sehingga mereka percaya bahawa bayang itu adalah reality yang sebenar. Gua yang berada di bawah tanah itu tidak lain daripada dunia yang daoat di lihat dan dirasa. Gua itu melambangkan alam indera. Para tahanan menggambarkan manusia yang terbelengu oleh tubuhnya dengan pancaindera yang terbatas sedangkan bayangan yang dilihat mereka adalah kenyataan dalam alam indera. Plato juga melakarkan seandainya salah seorang daripada tahanan itu dilepaskan dan memasuki dunia impian. Namun lambat-laun ia akan menyedari bahawa sesungguhnya apa yang dilihat di dalam gua hanyalah bayangan sahaja sedangkan sesutu yang ada di luar gua adalah kenyataan yang sebenar. Kenyataan yang sebenar ialah realiti yang ada dalam alam idea, sedangkan orang yang mengetahui reality yang sebenar adalah orang yang memiliki pengetahuan. Orang itu ialah ahli falsafah pencinta kebenaran. Ia akan sentiasa berusaha memperoleh pengetahuan yang benar dan tidak mahu di tipu oleh bayangan yang ditangkap olah pancaindera. Hanya orang yang terlepas daripada belengu itu yang mengetahui bahawa apa-apa yang terlihat di dalam gua itu bukanlah realiti yang sebenar. Menurut Plato, gelombang pertama ialah persamaan taraf antara lelaki dan perempuan dan harus memperoleh kesempatan yang sama terutama dalam pendidikan dan pekerjaan. Pemikiran Plato bertolak-belakang dengan warisan tradisi dan kebiasaan yang mengharuskan wanita dan perbezaan antara lelaki dan wanita. Menyedari betapa sukarnya pemikirannya diterima oleh masyarakat, Plato telah mengajukan serangkai pertanyaan yang menghubungkan peranan wanita dengan peranan anjing wanita. Kebenaran tentang kenyataannya memang mempunyai kebenaran. Plato mengatakan bahawa secara alamiah wanita dapat berperanan dalam seluruh kegiatan yang dilakukan manusia, sama dan seimbang dengan peranan lelaki. Apabila wanita diharuskan memainkan peranan yang sama dengan peranan lelaki termasuk dalam kepimpinan kerajaan. Plato menegaskan: …..kedua-dua wanita dan lelaki memiliki sifat dasar yang sama yang mampu untuk mejaga negara…. Selanjutnya Plato mengatakan bahawa wanita diwajibkan melakukan segala yang dilakukan oleh lelaki termasuklah wanita harus menerima pendidikan yang sama dengan lelaki. Wanita harus menerima belajar muzik dan semua ilmu pengtahuan yang lain serta wanita diwajibkan mengikuti latihan dalam bidang sukan. Bukan sesuatu yang menghairankan melihat lelaki dan wanita bertelanjang di gymnasium sukan dalam negara ideal. Plato mengatakan bahawa apabila ada orang mentertawakan perempuan yang sedang berlatih sesungguhnya telah mematikan hikmah dan kearifan. Wanita juga harus mempunyai ilmu dalam bidang peperangan dan harus belajar menunggang kuda serta tahu menggunakan perisai. Plato “memperjuangkan” kesamaan wanita dan lelaki sebagaimana yang diperjuangkan oleh gerakan emansipasi kaum waniata yang muncul pada abad ke-19 namun berbeza matlamat. Plato melihat tenaga kaum wanita tidak digunakan dan lelaki membanting tulang untuk menyara keluarga sesuatu yang tidak adil bagi

4

pandangan Plato dan harus diperbaiki. Walaupun pemikiran Plato tentang kesamaan wanita dan lelaki merupakan satu gelombang menggoncang orang semasa, namun gelombang tidak sebesar goncangan gelombang yang kedua. Gelombang kedua Plato ialah gagasan untuk menghapuskan perkahwinan dan keluarga untuk membentuk satu keluarga besar sehingga semua orang “bersaudar di dalam negara”. Plato mengatakan alangkah baiknya lelaki tidak mempunyai isteri sehingga permpuan adalah untuk semua lelakidan semua lelaki untuk semua wanita serta semua anak adalah anak kepada semua orang tua dan anak-anak tidak mengetahui sipa orang tua mereka. Apabila orang muda bertemu orang tua mereka akan menghormati seperti menghormati ibu bapa sendiri. Gagasan Plato untuk menghapuskan perlembagaan perkahwinan dan keluarga, bukan hanya menggoncangkan orang semasa bahkan mengejutkan orang sehingga kini. Bagi manusia moden , gagasan Plato telah merendahkan martabat manusia dan merupakan satu perkosaan terhadap hak-hak asasi manusia. Gagasan Plato untuk menghapuskan perkahwinan dan keluarga untuk membentuk sebuah negara besar mempunyai maksud sebagai tertentu sebagai jawapan. Jawapan yang pertama ialah dengan terciptanya suatu Negara yang merupakan satu keluarga maka keutuhan dan kesatuan negara akan terjamin serta terpelihara berdasarkan ikatan kasih-sayamg persaudaraan yang merupakan satu ikatan yang amat kukuh. Palto mengharapkan bahagia dan derita dikongsi bersama. Jawapan yang kedua ialah untuk meningkatkan kesetian dan dedikasi kepada Negara. Jika sessorang itu tidak mempunyai sebarang ikatan mereka akan menjaga keselamatan Negara namun jika mereka mempunyai keluarga mereka akan mementingka keluarga berbanding negara. Disamping itu, dengan terhapusnya ikatan perkahwinan proses persamaan taraf leleki dn wanita akan lebih mudah. Tujuan yang ketiga ialah pengendalian jumlah penduduk. Menurut Plato negara ideal tidak boleh terlalu besar dan terlalu kecil dan hal ini mendapat perhatian yang khusus dari jurubina Negara ideal. Jumlah penduduk haruslah stabil agar negara tidak mempunyai masalah yang besar. Maksud yang keempat ialah peningkatan taraf hidup manusia. Utuk memperbaiki taraf hidup, pemerintah harus harus mengatur dengan cerdik agar lelaki terbaik mendapat perempuan yang terbaik agar dapat melahirkan zuriat yang berkualiti. Anak-anak ini akan diberi keistemewaan seperti jururawat dan pengasuh yang terbaik. Maksud yang kelima ialah mendukung dan melaksanakanpelaksanaan gagasannya tentang komunisme yang mengkehendaki hapusnya harta peribadi. Bagi Plato memiliki anak dan keluarga akan menimbulkanpertikaian antara manusia kerana itu semuanya harus dihapuskan. Gelombang ketiga menurut Plato ialah tentang ahli falsafah-raja. Hanya ahli falsafah yang harus menjadi pemimpin kerana mereka mempunyai kebijaksanaan. “ Ahli falsafah adalah pencinta kebijaksanaan” oleh itu hanya ahli falsafah yang selayak-layaknya menjadi pemimpin negara ideal. Plato yakin hanya ahli falsafah layak menjadi pemimpin negara kerana memiliki pengetahuan, sesungguhnya ia mempunyai kekuasaan sebab”pengetahuan adalah penguasaan. Selain itu, ahli falsafah juga memiliki sifatsifat yang terpuji. Menurut Plato ahli falsafah mempunyai tujuh sifat mulia iaitu

5

gemar akan pengetahuan, pencinta segala yang mulia,hidup dalam kedamaian, cinta akan kebenaran, mengejar kesenangan dan kebahagian jiwa bukan kesenangan, dan kenikmatan jasmani, pengendalian diri dan sama sekali bukan pencinta wang dan yang ketujuh ialah tidak sesak dan tidak jahat. Para ahli falsafah sejati akan menjauhi kesesakan, keburukan serta kejahatan. Mereka hidup penuh kesopanan dan ramah kepada semua orang serta tidak kejam atau biadap. Sesungguhnya gagasan ahli falsafah merupakan gelombang pemikiran yang amat menggoncang para penguasa di Athens mahupun di negara Y unani lainnya pada masa itu kerana pada umumnya mereka bukanlah para pencinta kebijaksanaan sejati, bahkan dalam kenyataannya, sering menjadi pemerkosa kebaikan, kebajikan, dan kebenaran serta keadilan. Ada pendapat mengatakan pemikiran politik yang dikembangkan oleh Plato dalam Republic telah mengalami perubahan yang menyeluruh ketika ia menulis Politicus dan The Laws. Alasan yang digunakan ialah kekecewaan yang dialami oleh Plato akibat kegagalan di Syracusa. Namun , apabila diteliti kita mendalami ketiga-ptiga karya Plato, sesungguhnya dapat disaksikan bahawa ia tidak pernah berubah pemikiran politiknya dan sebagaimana yang telah dipaparkan di dalam Republic. Gagasan tentang Negara ideal dengan ahli faksafah-raja sebagaimana yang dipaparkan di dalam Republic sesungguhnya dicipta Plato bukan untuk digunakan selaku pedoman praktik, tetapi semata-mata merupakan satu ideal, suatu idaman atau cita-cita yang merupakan usahanya untuk menjawab pertanyaan ke mana negara itu hendak di arahkan dan bukan untuk menjawab pertanyaan bagaimana mengurus. Adapun segala sesuatu yang dihuraikan Plato di dalam Politicus dan The Laws sesungguhnya merupakan usaha untuk menjawab pertanyaan bagaimana itu tadi. Dengan hal yang demikian Plato membangunkan satu ideal baru kemudian ia memberi petunjuk yang perlu untuk berjalan ke negara ideal. Plato menyedari bahawa tidak mungkin negara ideal itu dapat dihadirkan secara sempurna dalam alam indera kerana yang terutama bukanlah kehadirannya secara fizikal di alam indera ini melainkan menghayati prinsip-prinsip negara ideal. Sesungguhnya prinsip-prinsip negara ideal yang terdapat di dalam Republic itulah yang membuatkan karya tulis Plato yang satu ini menjadi karya yang paling agung dan tidak pernah usang sehingga kini.

BIBLIOGRAFI. 1. PROF AWANG SARIYAN,JABATAN BAHASA MELAYU,AKADEMI PENGAJIAN MELAYU,UNIVERSITI MALAYA 2. J.H HARPAR, FALSAFAH POLITIK PLATO

6

Related Documents

Plato
October 2019 61
Plato
October 2019 71
Plato
October 2019 71
Plato
October 2019 47
Plato
October 2019 44
Plato
October 2019 62

More Documents from "Nur Ain Mohd Amin"

Pantun Budi
October 2019 46
Al-ghazali
October 2019 46
Nazam Ajal
October 2019 53
Al-kindi
October 2019 40
Tajus Salatin
October 2019 36
St-01-01
October 2019 48