Hikayat Muhammad Hanafiah

  • Uploaded by: Nur Ain Mohd Amin
  • 0
  • 0
  • October 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Hikayat Muhammad Hanafiah as PDF for free.

More details

  • Words: 978
  • Pages: 7
FALSAFAH DAN LOGIKA JXEA 1104 TAJUK : HIKAYAT MUHAMMAD HANAFIAH NAMA : MOHD FAIZ BIN YUSOF NO. MATRIK : JEA 080 166 SEMESTER : 1 NAMA PENSYARAH : DR. AMRAN MUHAMMAD NAMA TUTOR : CIK SITI HADIJAH

Hikayat Muhammad Hanafiyyah

Hikayat Muhammad Hanafiyyah merupakan salah satu teks sastera lama yang sangat penting dari segi isi, khususnya dari segi emosi ,nilai kebudayaan dan sosio

politik. Hikayat ini sudah terkenal sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka

pada abad ke-16 lagi. R.O.Winstedt menggolongkan Hikayat Muhammad Hanafiyyah sebagai sastera roman yang ditemui di aceh pada tahun 1603-1604 Masihi. Beliau berpendapat bahawa perkataan dan struktur bahasa dalam hikayat ini bersifat arkaik.Hikayat Muhammad hanafiyyah telah tersebar ke Melaka pada tahun 1511 dan di Aceh dikenali sebagai “Hikayat napiah” (Hurgronje 1985:190-191). Hikayat Muhammad Hanafiyyah ialah kisah yang bertemakan perjuangan menuntut

bela

kematian akibat

dendam.oleh

sebab

itu, peperangan

demi

peperangan dilukiskan dengan cara yang terperinci dalam hikayat ini. Peperangan itu melibatkan tokoh-tokoh utamanya. Dalam kebanyakan cereka, plot dan perwatakan tidak dapat dipisahkan.Ini disebabkan berinteraksi.

plot

menjalinkan

Dalam

Kamus

watak-watak Dewan

edisi

atau

tokoh

untuk

beraksi

dan

keempat(2005:1804),perwatakan

dimaksudkan sebagai watak seseorang keseluruhannya.Sebelum itu,penulis ingin memperkenalkan siapa Muhammad Hanafiyyah secara ringkasnya. Hanafiyyah ialah anak kepada Ali dan ibunya ialah Khaula Ibn Muhammad.Mengikut keturunan ibunyalah Muhammad dikenali sebagai Muhammad Hanafiyyah. Dalam Hikayat Muhammad Hanafiyyah,watak amat banyak sekali.Hubungan watak antara watak dijalin begitu menarik sekali oleh pengarang. Hal ini dilakukan

hingga menampakkan jalinan plot yang begitu menarik. Perwatakan positif yang pertama dilihat melalui ulasan pengarang teks ini sendiri yang menampakkan sifat Hanafiyyah yang baik. Bermula pada bahagian awal hinggalah akhir teks,sifat baik Muhammad

Hanafiyyah

digambarkan

oleh

pengarang

apabila

kedatangan

Muhammad Hanafiyyah adalah untuk menuntut kematian saudaranya iaitu Hassan dan Hussein. Hal ini bermaksud niat utama yang tertanam dalam hati Muhammad Hanafiyyah ialah menuntut bela.Baris yang dapat menggambarkan tindakan Muhammad Hanafiyyah selepas menerima surat daripada utusan Hussein ialah: Maka Muhammad Hanafiyyah pada ketika itu juga keluar dari negeri Buniara,sekirakira empat keruh bumi jauhnya, disanalah Muhammad….(hlmn249,baris 4749).Tindak balas atau aksi pertama yang ditunjukkan oleh Muhammad Hanafiyyah sudah cukup untuk menunjukkan Muhammad Hanafiyyah seorang yang baik hati iaitu ingin menuntut bela. Selain itu,

Hanafiyyah juga digambarkan seorang yang bijak dalam

peperangan.Kebijaksanaan dalam peperanganadalah salah satu senjata bagi seseorang

selain

dari

aspek

lain

untuk

mendapat

kemenangan

dalam

peperangan.Kebijaksanaan yang dimiliki oleh Muhammad Hanafiyyah inilah yang mungkin memberi kemenangan kepada pihaknya untuk menentang puak Yazid. Selain watak Muhammad Hanafiyyah, tumpuan juga diberikan kepada watakwatak

yang

benar-benar

penting

dan

ada

hubungkaitnya

dengan

pokok

perbincangan.Ia boleh dikategorikan kepada dua jenis,iaitu watak bulat dan watak leper. Watak-watak bulat yang terpenting ialah Ali,Hussain,Muawiyah dan yazid. Watak-watak leper ialah Nabi Adam, Nabi Nuh, Nabi Ibrahim, Nabi Musa, Mariam, Hawa, Hajar, Sarah dan lain-lain.

Dari segi perwatakan,watak-watak bulat yang dikemukakan terbahagi kepada dua kumpulan iatu protagonis dan antagonis. Tokoh-tokoh protagonisnya ialah Ali,Hassan dan Hussain.Muawiyyah dan Yazid ialah tokoh-tokoh antagonis. Tokohtokoh protagonisnya digambarkan sebagai manusia yang sempurna lahir dan batinnya.Antagonisnya diberi gambaran penuh keburukan. Tokoh-tokoh protagonis digambarkan sebagai pahlawan-pahlawan yang terbilang,tiada tolok bandingnya,serta terlalu dibesar-besarkan hingga melebihi kemampuan dan kebolehan manusia biasa.Unsur ini dapat dikesan dalam setiap peperangan yang diceritakan. Semua peperangan yang dilukiskan dalam Hikayat Muhammad Hanafiyyah melibatkan Ali dan anak-anaknya dengan Muawiyyah dan Yazid. Dalam Hikayat Muhammad Hanafiyyah terdapat plot cerita yang terdiri daripada beberapa bahagian.Bahagian yang pertama iaitu permulaan kehidupan Nabi Muhammad serta Hassan dan Hussein semasa kecil.Nabi Muhammad , Fatimah, Hassan dan Hussein ialah ahlul bait iaitu penghuni rumah Nabi Muhammad yang penuh dengan cahaya keimanan dan sering dikunjungi oleh malaikat. Jibrail telah mengunjung ke dalam keluarga Nabi Muhammad dan mengayun buaian Hasan dan Husain sewaktu Ali dan Fatimah sedang solat dan meramalkan masa depan merka melalui pakaian. Bahagian kedua pula memaparkan kehidupan masyarakat islam setelah Nabi Muhammad dan Fatimah wafat.Abu Bakar menjalankan pentadbiran jawatan khalifah.Dalam upacara sayembara memilih jodoh, Syaharbanun memilih Hussain sebagai bakal suminya(tradisi Arya).Kini kekhalifahan di bawah pemerintahan Umar.Beliau meneruskan tradisi melarang Marwan Hakim pulang ke Madinah.Umar

wafat ditikam oleh Abu LuklukUsman dipilih menjadi khalifah.Pentadbiran Usman bersifat kroni dan nepotisme.Timbul kontroversi pelantikan antara Marwan dengan Muhammad Abu Bakar. Pengikut Muhammad Abu Bakar telah membantah.Hassan dan Hussain turut membantu Usman.Akhirnya Usman Terbunuh. Ketika menjadi khalifah,Ali sentiasa berhadapan dengan cabaran.Aisyah membantu Muawiyah berperang dengan Ali.Setelah Muawiyah kalah,Ali,Hassan,dan Hussain kekal di Madinah. Ali Muhammad Hanafiah memerintah di buniara,Umar Ali,Talib Ali dan Akil Ali memerintah di Baghdad.Masib Kaka memerintah di Iraq,Tughan Turk,Mughan Turk menjadi pemerintah di Tabriz,manakala Ibrahim Astar memerintah tujuh.Akhirnya Ali mati dibunuh oleh Abdul Rahman Ibn Muljam. Pada bahagian ketiga,cerita bermula apabila Muawiyyah menyuruh Abu Hurairah melamar Zainab binti Jaafar Tayyar untuk Yazid tetapi peminangan itu ditolak kerana zainab menerima pinangan Hassan. Pada masa yang sama Muawiyyah juga meminta bantuan Musa Asyari melamar bekas isteri Abdullah tetapi ditolak kerana beliau menerima lamaran daripada Hussain.Yazid mengupah isteri Hassan meracuni Hassan lalu wafat.Yazid menaikkan dendam masyarakat Arab pada zaman Jahiliah kerana banyak kalangan mereka yang mati dibunuh oleh masyarakat islam.Dendam mereka itu dilaksanakan dengan cara berperang dengan Hussain dan Hussain meminta bantuan Muhammad Hanafiyyah. Dalam peperangan dengan Yazid di Karbala banyak keluarganya yang meninggal iaitu Kasim,Ali Akbar,dan Hussain sendiri wafat pada 10 Muharam,hari Jumaat.

Pada bahagian keempat pula,menceritakan tentang Muhammad Hanafiyyah menerima surat tentang Muawiyah meracun Hassan dan Yazid membunuh

Hussain.Peperangan tercetus antara keluarga Muhammad Hanafiyyah menentang tentera Yazid. Peperangan hebat terus berlaku dan tangan Muhammad Hanafiyyah terputus.Ibrahim

Astar

menyelamatkan

Muhammad

Hanafiyyah

dengan

menyambung ke bahu dan sembuh semula. Dalam Hikayat Muhammad Hanafiyyah juga terdapat latar iaitu latar masa,latar

tempat

dan

latar

masyarakat.Latar

masa

ialah

pada

zaman

pemerintahan Nabi Muhammad serta zaman pemerintahan sahabat-sahabat Nabi iaitu khalifah Umar,Usman,Ali dan Abu Bakar.Latar tempat pula ialah di tanah Arab tempat pemerintahan Nabi Muhammad dan latar masyarakat juga ialah masyarakat Arab yang sering berperang dengan kaum Musyrikin.

BIBLIOGRAFI Ali Ahmad. 1987, karya-karya Sastera Bercorak Sejarah, Kuala Lumpur,

kementerian Pendidikan Malaysia. Abu Hassan Sham, Beberapa Aspek Dari Sejarah Melayu, Kuala Lumpur : Utusan Printcorp Sd. Bhd. 1977. Mohd Taib Osman, 1986, Sastera Sejarah Interprestasi dan Penilaian , Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka.

Related Documents


More Documents from ""

Pantun Budi
October 2019 46
Al-ghazali
October 2019 46
Nazam Ajal
October 2019 53
Al-kindi
October 2019 40
Tajus Salatin
October 2019 36
St-01-01
October 2019 48