Keistimewaan Hikayat-hikayat Tentang Nabi Muhammad S

  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Keistimewaan Hikayat-hikayat Tentang Nabi Muhammad S as PDF for free.

More details

  • Words: 236
  • Pages: 6
KEISTIMEWAAN HIKAYAT-HIKAYAT TENTANG NABI MUHAMMAD S.A.W

1. Hikayat-hikayat ini menceritakan tentang kelebihan Nabi Muhammad s.a.w seperti mukjizat, budipekerti dan ajarannya. 2. Mengandungi peristiwa-peristiwa penting dalam kehidupan nabi seperti kelahiran, Israk dan Mikraj, peperangan dan kewafatannya. 3. Mengandungi unsur-unsur dakwah yang ketara iaitu unsur-unsur kemuliaan/keagamaan Islam dan kelebihan Nabi Muhammad 4. Dianggap sebagai dapat memberi kelebihan ataupahala kepada sesiapa yang membaca,mendengar atau meyimpannya.

FUNGSI CERITA TENTANG NABI MUHAMMAD

1. Menyebarkan Agama Islam Tujuan utama cerita-cerita tentang Nabi Muhammad s.a.w ini ialah bagi menyebarkan agama Islam supaya mudah diterima oleh masyarakat setempat. Cerita-cerita tentang Nabi Muhammad s.a.w ditokok tambah dengan memasukkan keistimewaan yang melebihi daripada apa yang tercatat dari sumber asal supaya penganut-penganut Islam menumpukan keagungan kepada tokoh agama mereka. Dengan ini penyebaran agama Islam semakin diterima dan berjaya menggantikan tokohtokoh daripada kepercayaan lain.

2. Menunjukkan Kebesaran Islam Dalam hikayat tentang nabi Muhammad ini bukan sahaja menunjukkan kelebihan tokoh nabi itu malah kaya dengan cerita-cerita tentang kebesaran Allah s.w.t dan ketinggian martabat agama Islam jika dibandingkan dengan agama-agama atau kepercayaan lain. Agama Islam adalah agama kebenaran dandan suci. 3. Tujuan Pengajaran Teladan Cerita tentang nabi kaya dengan unsur ajaran moral bagi mengatur kehidupan bermasyarakat yang baik dan mengikut lunas-lunas Islam. Sifat-sifat yang ada pada Nabi Muhammad s.a.w seperti baik, merendah diri, tabah, berusaha, beriman, cekal dan sentiasa bertakwa kepada Allah

Juga terdapat kisah-kisah yang boleh dijadikan panduan dan menyebabkan manusia sentiasa takit pada balasan Tuhan pada akhirat nanti.

Related Documents