Hikayat Ahmad Muhammad

  • Uploaded by: Firda
  • 0
  • 0
  • October 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Hikayat Ahmad Muhammad as PDF for free.

More details

  • Words: 2,104
  • Pages: 12
KARYA KLASIK: HIKAYAT AHMAD MUHAMMAD

NAMA

: SITI YUSRINA BINTI MOHD YUSOF

NO. MATRIK : JEA 080139 NAMA PROF. : DR. AMRAN MUHAMMAD

SESSI 2008/2009 SEMESTER 1 AKADEMI PENGAJIAN MELAYU UNIVERSITI MALAYA

PENGENALAN Kesusasteran hikayat merupakan suatu bentuk sastera yang dihasilkan melalui ceritacerita rekaan yang berbentuk khayalan dan imaginasi. Struktur sastera hikayat dibina melalui rentetan pelbagai peristiwa yang dasar hubungannya merupakan watak atau watak-watak yang sama. Perkataan hikayat berasal daripada bahasa Arab yang bermaksud “pelbagai sejarah”. Kesusasteraan hikayat merupakan cerita-cerita rekaan yang berunsur naratif, mendukung sifat hiburan dan didaktik. Kesusasteraan hikayat terdapat dalam bentuk prosa dan puisi. Kesusasteraan hikayat dalam sastera Melayu tradisional terbahagi kepada tiga kelompok iaitu berunsur Hindu, Hindu-Islam dan Islam. Struktur cerita hikayat ini agak kompleks. Ceritanya bermula dengan pengenalan watakwatak yang melalui pelbagai peristiwa yang akhirnya wira/watak digambarkan dapat mengatasi segala rintangan dan seterusnya hidup bahagia. Daripada peristiwa-peristiwa yang melibatkan watak utam inilah kita memperoleh pengajaran dan pendidikan moral yang dapat dijadikan panduan dalam kehidupan. Kesusasteraan hikayat juga menyelitkan unsur-unsur agama tanpa mengambil kira kesesuaiannya.

SINOPSIS HIKAYAT AHMAD MUHAMMAD Hikayat Ahmad Muhammad bermula dengan kisah bapa Ahmad Muhammad iaitu Maharaja Pendeta keluar bertapa di sebuah gua di Darul Kaeh dengan tujuan bertapa supaya kedua-dua anaknya Ahmad dan Muhammad dimuia dan dikasihi di dunia dan akhirat. Ahmad dan Muhammad terpaksa berpisah dengan keluarganya apabila Dewi Permaisuri, ibu kepada Ahmad dan Muhammad menghantar kedua-duanya menunutut ilmu. Mereka dihadiahkan burung pancawarna untuk menggalakkan mereka mengaji. Mereka terpaksa berpisah dengan keluarganya apabila mula menuntut ilmu. Bahkan, mereka sekali lagi terpaksa berpisah dengan keluarganya apabila mula mengembara untuk melarikan diri daripada Nakhoda yang menginginkan burung pancawarna milik Ahmad dan Muhammad. Mereka lari untuk menyelamatkan diri daripada dibunuh oleh budak-budak Habsyi, orang suruhan Nakhoda. Ketika mengembara, Ahmad dan Muhammad tersesat di dalam hutan dan mereka terpisah. Semasa terpisah, Ahamad dan Muhammad masing-masing menghadapi pelbagai rintangan dan cabaran termasuk adegan percintaan. Peperangan berlaku antara Ahmad dan Muhammad dengan budakbudak Habsyi dan Nakhoda. Ahmad dan Muhammad mencapai kemenangan dalam peperangan ini. Akhirnya,peristiwa ini telah mempertemukan semula Ahmad dan Muhammad dan juga pertemuan kembali Ahmad dan Muhammad kepada ibu mereka, Dewi Permaisuri.

KUPASAN TEKS Dalam Hikayat Ahmad Muhammad secara dasarnya memperlihatkan nilai kasih sayang dan keteguhan ikatan tali persaudaraan melalui watak-wataknya. Sepanjang cerita banyak digambarkan tentang hubungan mereka semenjak kecil sehinggalah mereka terpisah di dalam pengembaraan dan bertemu semula di dalam suasana yang tidak mereka dugai. Perasaan kasih mereka sesama saudara amalah erat keteguhan ikatan tali persaudaraan antara mereka menonjol sejak mereka masih kecil lagi. Mereka sama-sama bermain, belajar dan bersama-sama mengembara untuk menyelamatkan diri daripada buruan nakhoda dan budak-budak Habsyi yang hendak membunuh mereka. Mereka kemudiannya sama-sama menghadapi peperangan menentang nakhoda dan budak-budak Habsyi. Pelbagai peristiwa dihadapi bersama oleh Ahmad dan Muhammad menunjukkan betapa kasih sayang dan keteguhan ikatan persaudaraan antara mereka amat kuat.

Kasih sayang dan keteguhan ikatan persaudaraan dapat dilihat berdasarkan kepada peranan tanggungjawab terhadap ahli keluarganya. Sikap sayang dan bertanggungjawab terhadap keluarga amatlah penting terutamanya bagi menjamin kehidupan yang bahagia dan harmoni. Nilai kasih sayang dan keteguhan ikatan tali persaudaraan ini ditemui pada sikap dan tindakan Maharaja Pendita dan Dewi Permaisuri, yakni ayah dan ibu kepada Ahmad dan Muhammad. Maharaja Pendita telah keluar untuk bertapa mendoakan supaya puteranya Ahmad dan Muhammad mendapat kemuliaan di dunia dan di akhirat.

Kebimbangan Dewi Permaisuri terhadap masa depan dua puteranya, Ahmad dan Muhammad menyebabkan beliau mengambil langkah untuk menghantar Ahmad dan Muhammad pergi mengaji. Sikap bertanggungjawab Dewi Permaisuri meneguhkan nilai keteguhan ikatan tali persaudaraan di dalam keluarga. Kesedaran dalam diri Dewi Permaisuri membayangkan sikap yang bertanggungjawab terhadap anak-anak terutama dalam memberi didikan dan pelajaran. Sikap bertanggungjawab Dewi Permaisuri menunjukkan seorang ibu yang memandang jauh ke hadapan. Kebimbangan Dewi Permaisuri apabila melihat putera-puteranya hanya asyik bermain-main sahaja menyebabkan dia menasihati putera-puteranya bahawa tanpa ilmu pengetahuan seseorang itu sukar untuk menghadapi cabaran dalam kehidupan. Bahkan, Dewi Permaisuri sanggup mencari burung Pancawarna untuk dihadiahkan kepada putera-puteranya bagi menggalakkan mereka pergi mengaji.

Dalam Hikayat Ahmad Muhammad ini, perbuatan Maharaja Pendita yang keluar bertapa boleh diterjemah melalui takrifan falsafah. Bertapa boleh dihubungkaitkan dengan perbuatan untuk memperoleh dan mendalami sesuatu ilmu pengetahuan melalui kewujudan dan kejadian alam semesta ini. Secara umumnya,manusia itu memperoleh ilmu pengetahuan berdasarkan tafsiran melalui perkara yang terjadi dalam alam semesta sebagai makrokosmos. Hal ini bertepatan dengan takrifan falsafah iaitu proses pentaakulaan ilmu pengetahuan kepada hakikat sekadar yang oleh insan. Kemampuan manusia memperoleh ilmu pengetahuan berdasarkan pertimbangan akal dan tidak hanya

melalui pancaindera semata-mata. Proses penyimpulan kajian epistemologi tentang kejadian alam dibuat berdasarkan data dan fakta yang sahih dan empirikal yang dapat diterima akal yang rasional dan logikal serta diterjemah dan disampaikan secara teratur mencakupi pertimbangan akal yang logik. Berdasarkan logika ini, ilmu pengetahuan yang diperolehi dikaji intipati atau hakikat kewujudannya sama ada tersurat dan tersirat.

Proses meneliti dan menyelidiki kejadian alam berasaskan renungan dan pentaakulan ilmu pengetahuan membawa manusia kepada kebijaksanaan dan kebenaran hakikatnya. Kebijaksanaan manusia dapat menentukan nilai dan maanfaat terhadap kejadian yang berlaku dalam alam semesta. Kebijaksanaan manusia terhadap ketentuan nilai dan maanfaat yang diperolehi boleh menbentuk perilaku dan keperibadian budi pekerti yang tinggi untuk mengangkat manusia hampir kepada tuhan. Keperibadian yang tinggi melahirkan sesuatu yang abstrak melalui nilai kebenaran yang berasaskan hati dan kalbu yakni melahirkan perasaan dalam hati dan jiwa manusia itu sendiri. Dalam Hikayat ini, Maharaja Pendita menggunakan pertimbangan akal membuat keputusan untuk keluar bertapa dalam melaksanakan tanggungjawabnya terhadap putera-puteranya. Maharaja Pendita turut mengharapkan kebahagiaan putera-puteranya dari Khaliknya. Keyakinan dan kebenaran yang wujud dalam dirinya telah melahirkan perasaan kasih sayang dan tanggungjawab terhadap putera-puteranya yang membawa keteguhan ikatan tali persaudaraan.

Kasih sayang dan keteguhan ikatan tali persaudaraan turut dilihat pada Dewi Permaisuri melalui perbuatannya yang hendak menghantar putera-puteranya untuk mengaji. Dewi Permaisuri bimbang akan masa depan putera-puteranya membesar tanpa ilmu pengetahuan untuk menghadapi cabaran dalam kehidupan. Kesedaran Dewi Permaisuri berhubung tanggungjawab terhadap putera-puteranya dapat dikupas melalui ilmu falsafah. Dewi Permaisuri telah berfikir lebih mendalam menggunakan pertimbangan akal dan logika untuk bertindak sedemikian. Dewi Permaisuri turut menggunakan pancainderanya dengan melihat kepada putera-puteranya yang hanya bermain membuatkan dia berfikir tentang masa depan putera-puteranya tanpa ilmu pengetahuan. Tindakan Dewi Permaisuri ini boleh dikaitkan dengan aliran falsafah pragmatisme yang percaya kepada tindak- tanduk. Aliran ini meletakkan kegunaan dan manfaat yang praktikal sebagai hasil sesuatu fikiran dapat menentukan nilai dan kebenaran serta kebaikannya. Dewi Permaisuri percaya dengan bertindak menghantar putera-puteranya pergi mengaji membolehkan ilmu pengetahuan yang diperolehi dapat dipraktikkan dalam menghadapi cabaran kehidupan . Tindakannya itu memberikan kepada putera-puteranya. Ilmu pengetahuan yang diperolehi oleh putera-puteranya memberikan nilai yang baik terhadap masa depan mereka. Dewi Permaisuri melihat ilmu pengetahuan sebagai sesuatu yang dapat memberikan manfaat yang baik kepada kehidupan kepada putera-puteranya.

Nilai kasih sayang dan keteguhan ikatan tali persaudaraan yang ada pada diri Maharaja Pendita dan Dewi Permaisuri dapat dikaitkan dengan kajian epistemologi manusia dalam bidang kajian falsafah. Nilai yang ada ini wujud daripada penyatuan akal dan wahyu dalam diri manusia. Akal dan wahyu saling berkaitan dan tidak dapat dipisahkan. Hal ini sebagaimana pendapat al Farabi yang menyatakan bahawa akal dan wahyu adalah satu hakikat yang padu. Epistemologi terhadap kejadian alam tidak hanya memerlukan penggunaan pertimbangan akal dan pancaindera semata-mata, sebaliknya wahyu yang bertempat di hati turut diperlukan. Wahyu menunjukkan keyakinan dan kepercayaan manusia terhadap sesuatu kejadian yang bersifat abstraksi dan transendental. Manusia memerlukan akal dan kepercayaan untuk memahami hakikat Tuhan dan alam semesta. Kebenaran yang mutlak hanya dapat diperoleh dengan kepercayaan. Akal dan wahyu yang ada dapat mentafsirkan kebenaran dalam ilmu dan pengetahuan manusia. Kebenaran akan membimbing manusia untuk meletakkan sesuatu perkara itu betul dan wajar pada tempatnya, yakni meletakkan diri manusia dalam seluruh kewujudan pesekitarannya. Sesuatu perkara yang betul dan wajar pada tempatnya berupaya membawa keharmonian, kesejahteraan dan keadilan dalam kehidupan. Akal dan wahyu yang membawa kebenaran ini jugalah mewujudkan dan melahirkan nilai-nilai pisitif yang dapat memberi manfaat kepada diri manusia sendiri dan orang lain.

KESIMPULAN Kesimpulannya, kajian falsafah memberikan manusia keupayaan memperolehi ilmu pengetahuan dengan penuh kebijaksanaan dan kebenaran. Hal ini membentuk nilai-nilai yang positif dan harmoni. Dalam hikayat Ahmad Muhammad, kasih sayang dan keteguhan ikatan tali persaudaraan yang ada menjadikan hubungan seseorang individu dengan invividu lain menjadi baik. Perasaan cinta kepada insane lain dan juga alam sekeliling tentunya dapat menjamin kestabilan keharmonian dan kesejahteraan hidup. Oleh itu, seharusnya kajian falsafah dipraktikan dalam kehidupan seharian manusia.

LAMPIRAN PETIKAN TEKS HIKAYAT AHMAD MUHAMMAD “…….Adapun Maharaja Pendita itu pergi ke dalam Darul Kaeh itu hendak duduk bertapa pada gua itu, kerana daripada amat sangat perasaannya hati di atas putera dua bersaudara itu yang bernama Ahmad dan Muhammad itu. Maka jikalau dikabul akan Allah S.W.T dan berkat nabi Muhammad Rasullulah S.A.W dan paduka anak dua bersaudara itu diminta dijadikan orang di dalam dunia supaya dipermulia akan orang itu supaya dikasihi di dalam akhirat jua. Hatta maka tersebutlah perkataan Dewi Permaisuri Tuan Maharaja Pendita tu. Maka selama terpisah oleh suaminya itu, maka keluar pergilah tinggal di desa negeri yang bernama Thaif itu serta dengan anaknya dua bersaudara yang bernama Ahmad dan Muhammad. Maka negeri Syam tiada lagi melainkan adalah Tuan Maharaja Pendita itu akan dua bersaudara. Dan yang tua itu bernama Tuan Maharaja Pendita yang muda bernama Tuan Maharaja Sengara. Adapun negerinya bernama Piranggandani. Maka itulah raja yang melihat dan memelihara akan kedua-dua negeri itu. Kerana dicari Permaisuri Tuan Maharaja Pendita dan beserta anakandanya itu dua bersaudara akan daripada tiadakan boleh juga hendak mau bertemu akan kepada Tuan Maharaja Sengara itu, akan hendak terlalu amat dukacita dan kangan dan berserta masghul rindu dendam didalam hati sebab hendak tiada boleh dibertemu dan permaisuri dan akan anakandanya dua bersaudara yang bernama Ahmad dan Muhammad jua.

Hatta maka tersebutlah tuan puteri Dewi Permaisuri Tuan Maharaja Pendita dan serta akan anakandanya dua bersaudara itu hendak di tinggal di desa negeri Thaif. Maka terlalu amat hendak melepas hari dan petang. Adapun lagi tuan puteri Dewi Permaisuri itu ditangiskan siang dan malam, pagi dan petang hendak mengalaskan airmatanya itu, dilihat anakandanya dua bersaudara itu daripada yang sudah besar dan belum lagi tahu sesuatu pelajaran guru atau lain-lain suatu ilmu atau pekerjaan, lepas daripada dia kedua empunya permainan sahaja, sebab anak kecil daripada itu tidaklah ingin sesuatu pelajaran jua pun. Pada suatu hari datanglah keiyangan di atas puteranya itu maka tuan puteri Dewi Permisuri hendak memanggil akan anaknya, serta didapatinya dan kedua anak itu pun mendatangi mendapatkan bondanya. Demikian bunyi tuan puteri Dewi Permaisuri itu seraya memeluk tiba pula serta dia tangisi, “Ya,buah hatiku dan cahaya mataku, anakku mala jiwa jantung hatiku yang utama permata, baduri emas tempawanku, merawan hati tiadalah dia jemu tentang dengan mata bonda. Hanya itu apalah dua rakan kita ini hendak menjadi terpisah daripada ayahku.” Kemudian pula bondanya berkata, “Ini dengarlah anakku dua bersaudara. Manakah tuanku keduanya tiadalah ingin tuanku yang sudah besar dan serta anakku tiada ingat sekali-sekali anakku ini ada bangsa raja. Dan sekarang ini bonda melihat pekerjaanmu, pagi dan petang bermain-main sahaja jua. Dan jikalau tuanku dikabulkan dan ditolongkan Allah S.W.T, ini apalah jadinya kerana kita ini terlalu susah hendak melepaskan hari-hari dan petang di dalam dunia ini. Dan jikalau anakku dua bersaudara hendak pergi belajar mengaji pada Tuan Pendita guru dan jikalau tuanku kedua bersaudara mendapat tahu mengaji dan faham sekelian pelajaran guru, itulah senang hati bondaku ini jua”. Kemudian maka lalu mendengar anakandaku kedua bersaudara daripada perkataan bondanya itu yang kata, maka tiba-tiba sahutlah dua bersaudara kepada bondanya yang utama maha tinggi pangkat, “Ya,bondaku melakukan hamba keduanya disuruh hendak pergi mengaji. Ya bondaku, Kita kedua yang menanti pergi mengaji dan jikalau bondaku boleh adakan membawa seekor burung yang bernama pancawarna, tatkala itu baharulah hamba dua bersaudara yang nanti bermohon akan pergi mengaji. Kemudian maka sahutlah bondanya, “Ya anakku, nantilah bondaku carikan burung pancarawarna itu kemudian. Maka setelah itu bondanya segeralah mengambil sekantung dinarnya, hendak pergi bondanya dengan segera membeli burung pancawarna itu, hendak berjalan ke pasar. Antara berjalan ke sebelah pasar itu, lalulah tuan puteri Dewi Permaisuri hendak lihat itu adalah budak kecil bermain main burung pancawarna itu. Maka Dewi Permaisuri seraya katanya, “Hai anakku, marilah bondaku beli burung pancawarna itu.” Maka kata budak kecil itu, “Baik bondaku nyai. Maka jikalau sungguh mau burung saya ini baiklah bondaku nyai memberi kasih barang lima dinar, segala itu hendak yang nanti diberikan pada bonda nyai”.

Maka tuan puteri Dewi Permaisuri itu seraya mengambillah kantung dinarnya. Dan serta diambilnya burung itu serta dikasi pada tuan puteri itu, dibawahnya pulang rumahnya. Maka kata tuan puteri Dewi Permaisuri, “Ya anakku, marilah lihat burung ini jikalau betul seperti kata anakku itu”. Serta mendengar anakandanya akan keduanya sambil belari-lari datang mendapatkan bondanya itu serta diambil burung pancawarna itu dari tangannya bondanya itu. Lalu berkata Ahmad Muhammad kepada bondanya itu, “Baharulah sekarang hamba pergi mengaji”.

BIBLIOGRAFI Hashim bin Ismail.1996.Hikayat Ahmad Muhammad.Kuala Lumpur:Perpustakaan Negara Malaysia. Hashim bin Ismail.1991.Hikayat Ahmad Muhammad:Transliterasi dan analisis teks. Jabatan Pengajian Melayu:Universiti Malaya. Hashim bin Musa.1994. Pengantar Falsafah Bahasa. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka. http://www.google.com.my http://www.yahoo.com.my

Related Documents


More Documents from ""

Daftar Pustaka.docx
April 2020 31
Al-ghazali
October 2019 45
Plato
October 2019 71
Al-farabi
October 2019 46
Pantun
October 2019 40