FALSAFAH DAN LOGIKa MELAYU JXEA1104 KARYA MELAYU KLASIK : HIKAYAT AHMAD MUHAMMAD NAMA : FADHIRUL HEZLEY BIN JUHARI NO MATRIK : JEA080015 NAMA PENSYARAH : DR AMRAN BIN MUHAMMAD SEMESTER 1 SESI 2008/2009 AKADEMI PENGAJIAN MELAYU,UNIVERSITi MALAYA
KARYA MELAYU KLASIK : HIKAYAT AHMAD MUHAMMAD sudah tergenggam di tanganku ini dan baiklah /engkau terimakan jiwamu kepada aku ini jua”.Maka setelah didengar Ahmad Muhammad itu di katanya,“Hai muka laknat kafir budak Habsyi celaka,berhentilah di sini”.Setelah Ahmad itu katanya si dia,“Ya kekandaku,marilah mengamuk kekandaku,di kanan saya,di kiri kemudian kekanda”. Muhammad itu dipeluk cium pada saudaranya Ahmad serta ditangisi itu seraya katanya,“Ya adindaku,jangan engkau terpisah bersama-sama kekandaku ini dan serta mati hidup kita berdua”. (Hikayat Ahmad Muhammad : 60) jatuhlah air matanya kekanda itu.Segera/turun dari hamparannya itu,lalu dipeluk cium pada saudaranya serta bersabda,Ya saudaraku seperti mati hidup laku perasaannya kekanda ini dan tiadalah kekandaku mendengar khabarnya adindaku itu”.Adapun Ahmad segera memeluk cium pada kekandaku itu serta katanya,Ya kekandaku,tiada hamba ingat sekali-kali aku boleh bertemu kepada kekandanya itu serta katanya,Ya kekandaku itu, kerana ku kira sudah dibanting esti itu dan hamba mencari pada kekandaku ke sana-sini dan serta aku hampir mati di Pulau Majadhi itu”.Dan sekarang orang yang mendengar lalu menangis,siapa terlalu kasihan mendengar sabdanya baginda itu. (Hikayat Ahmad Muhammad : 268)
KARYA MELAYU KLASIK : HIKAYAT AHMAD MUHAMMAD
KETEGUHAN IKATAN TALI PERSAUDARAAN, PERMUAFAKATAN DAN KASIH SAYANG
Antara pemikiran falsafah yang dapat diinterpretasikan daripada petikan karya Melayu klasik, Hikayat Ahmad Muhammad diatas ialah keteguhan ikatan tali persaudaraan. Persaudaraan dalam Islam merupakan satu perkara yang amat dititik-beratkan oleh Allah S.W.T dan Rasulullah S.A.W kerana ia merupakan asas tegak dan kukuhnya umat Islam itu sendiri. Umat Islam walaupun berlainan warna kulit, bangsa, pertuturan, rupa paras, kedudukan, fahaman atau sebagainya adalah dikira bersaudara dengan erti kata saudara dalam Islam. Firman Allah S.W.T yang bermaksud, “Sesungguhnya orang-orang mukmin adalah bersaudara. Kerana itu damaikanlah antara kedua saudaramu dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu mendapat rahmat”. (Surah Al-Hujurat : 10)
Daripada konsep pandangan Islam ikatan tali persaudaraan merupakan sesuatu yang menjadi asas dalam sesuatu perhubungan. Perbuatan memutuskan hubungan tali persaudaraan atau silaturrahim adalah dianggap sebagai suatu dosa disisi Islam. Hal ini kerana, perbuatan tersebut telah memecah belahkan umat Islam. Rasullulah juga sering
kali mengingatkan umatnya supaya sentiasa bersatu dan menjaga ikatan tali persaudaraan antara sesama muslim.
Aspek moral dalam Islam amat mementingkan konsep hubungan sesama mikrokosmos.
“Hablum Minnallah Wahablum Minannas”, Islam bukan sahaja
mementingkan konsep hubungan manusia dengan tuhan (Allah), tetapi juga mementingkan konsep hubungan manusia sesama manusia. Hubungan ini bertujuan untuk menjalinkan hubungan silaturrahim diantara sesama manusia bagi membentuk kehidupan yang sejahtera. Oleh itu, akan lahir satu ikatan tali persaudaraan yang kukuh antara sesama manusia. Hubungan tali persaudaraan yang kukuh dan teguh juga akan melahirkan permuafakatan dalam perhubungan tersebut.
Justeru itu,amat sesuailah
falsafah yang terdapat disebalik kata pepatah Melayu iaitu bulat air kerana pembentung,bulat manusia kerana muafakat. Perkataan bulat itu dapat didefinisikan sebagai bersatu iaitu,bersatunya manusia disebabkan permuafakatan diantara mereka. Permuafakatan ini seterusnya akan membawa kepada keteguhan ikatan tali persaudaraan sesama mereka.
Gambaran keteguhan ikatan tali persaudaraan dalam petikan karya Melayu klasik, Hikayat Ahmad Muhammad diatas dapat dilihat melalui ikrar Muhammad kepada Ahmad supaya hidup mati mereka hendaklah bersama. Perlakuan Muhammad ini menyaksikan betapa ikatan persaudaraan antara dirinya dengan adiknya, Ahmad yang begitu teguh sehingga sanggup berikrar sedemikian. Sememangnya amat sukar untuk kita menemui
keteguhan ikatan tali persaudaraan yang ditunjukkan oleh Ahmad dan Muhammad pada masa kini, jikalau adapun mungkin terdapat hanya segelintir sahaja. Sifat mementingkan diri sendiri atau individualistik lebih utama jika hendak dibandingkan dengan hubungan persaudaraan.
Sifat mementingkan diri sendiri atau individualistik yang diamalkan oleh mereka amat bertepatan dengan pepatah Melayu iaitu, seperti enau dalam belukar, melepaskan pucuknya masing-masing. Sifat mementingkan diri sendiri atau individualistik lebih mengusai mereka.
Sebaliknya mereka terpesong daripada pepatah Melayu yang
menyatakan keteguhan hubungan persaudaraan iaitu, air dicincang tidak akan putus. Mereka seharusnya mempertahankan hubungan persaudaraan yang dimiliki oleh mereka dan tidak menyebabkan hubungan persaudaraan itu terputus disebabkan oleh perkara yang remeh temeh. Sesungguhnya ikatan atau hubungan persaudaraan itu merupakan satu anugerah yang tidak ternilai harganya yang dikurniakan oleh maha pencipta.
Pemikiran falsafah seterusnya yang dapat diadaptasikan daripada petikan karya Melayu klasik, Hikayat Ahmad Muhammad di atas ialah permuafakatan. Menjalinkan hubungan baik dan kerjasama diantara seseorang individu dengan individu yang lain atau diantara satu masyarakat dengan masyarakat yang lain dapat memupuk sikap permuafakatan. Sikap permuafakatan perlu diwujudkan untuk kepentingan dan kebaikan bersama. Permuafakatan menjadi lambang perpaduan sama ada bagi sesebuah komuniti, masyarakat mahupun sesebuah negara. Setiap individu perlu mengambil kira untuk melakukan sesuatu perkara atas dasar tanggugjawab bersama terutama dalam hal yang
membawa ke arah kebaikan. Sikap tolong menolong, bergotong royong, tolak ansur, persefahaman dan menjalinkan hubungan mesra adalah antara perlakuan yang menunjukkan sikap permuafakatan.
Permuafakatan dalam petikan karya Melayu klasik, Hikayat Ahmad Muhammad di atas dapat digambarkan melalui perlakuan Muhammad memeluk Ahmad.Perlakuannya memeluk Ahmad menunjukkan Muhammad bersetuju dan bermuafakat untuk bersamasama dengan Ahmad berperang menentang orang-orang Habsyi yang dihantar untuk membunuh mereka berdua.Rasulullah s.a.w memberikan penjelasan secara sempurna bahawa kaum Muslimin dituntut agar bekerjasama dan bermuafakat, sekalipun berbeza keturunan dan bahasa mereka. Bermula dari kerjasama dan permuafakatan masyarakat akan mencapai ketinggian kedisiplinan ilmiah.
Pemikiran falsafah seterusnya yang dapat dipetik daripada petikan karya Melayu klasik, Hikayat Ahmad Muhammad di atas ialah kasih sayang. Perasaan kasih sayang akan membentuk hubungan kemesraan zahir dan batin diantara individu dengan individu yang lain terutamanya dalam hubungan persaudaraan. Ikatan tali persaudaraan yang mendalam akan melahirkan satu perasaan yang istimewa dikenali sebagai kasih sayang. Sebagai manusia yang bermoral, seseorang itu semestinya menanamkan perasaan kasih sayang untuk mengukuhkan lagi ikatan tali persaudaraan supaya keamanan dan kesejahteraan dapat dirasai dalam seluruh aspek kehidupannya. Sesungguhnya perasaan kasih sayang itu akan menjadi tunjang atau dasar kepada keteguhan ikatan tali
persaudaraan. Ibarat isi dan kuku, kasih sayang dan ikatan tali persaudaraan itu memang tidak dapat dipisahkan.
Kasih mengasihi antara Ahmad dan Muhammad sememangnya wujud dalam diri mereka semenjak mereka kecil lagi, perasaan kasih sayang antara mereka sesama saudara amatlah erat.
Gambaran kasih sayang antara mereka dalam petikan di atas terlihat
apabila Muhammad dapat bertemu semula dengan Ahmad setelah mereka terpisah dengan memeluk cium adiknya, Ahmad. Begitu juga, sebaliknya yang dilakukan oleh Ahmad. Sifat kasih sayang dalam diri mereka untuk menyayangi antara satu sama lain sememangnya sudah tertanam dalam diri mereka.Rasulullah s.a.w telah bersabda, “Apabila seseorang mencintai saudaranya, maka hendaklah ia mengatakan rasa cintanya kepada saudaranya tersebut” (Hadis Riwayat Abu Daud dan Tirmizi)
Sememangnya sukar untuk kita menemui perasaan kasih sayang yang sudah tertanam dalam diri sejak kecil lagi pada masa kini,sepertimana yang digambarkan dalam Hikayat Ahmad Muhammad, tetapi ibu bapa pada masa kini hendaklah bijak dalam memainkan peranan mereka mendidik anak-anak mereka. Ibu bapa hendaklah mengajar atau memupuk anak-anak mereka dengan sifat kasih mengasihi antara sesama saudara atau adik-beradik. Bertepatan dengan pepatah Melayu, melentur buluh biarlah daripada rebungnya iaitu mendidik atau mengasuh anaka-anak hendaklah ketika mereka masih kecil lagi.
Berdasarkan penganalisisan struktur petikan, dapatlah dirumuskan bahawa petikan karya Melayu klasik, Hikayat Ahmad Muhammad di atas menonjolkan falsafah keteguhan ikatan tali persaudaraan, permuafakatan dan kasih sayang.Berdasarkan kepada unsur-unsur falsafah yang telah digarap dalam petikan di atas, didapati Hikayat Ahmad Muhammad selain daripada member hiburan, Hikayat Ahmad Muhammad juga membawa nilai-nilai pendidikan.Unsur-unsur tersebut dirasakan dapat membentuk unsurunsur pendidikan moral kepada masyarakat.
Bibliografi Abdul Aziz Ismail. 1995. Hakikat Persaudaraan Islam. Kuala Lumpur: Al-Hidayah Publisher. Awang Sariyan. 2007. Falsafah dan Logika Melayu. Selangor: Synergymate Sdn.Bhd. Hashim Ismail. . Hikayat Ahmad Muhammad. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Hashim Musa. 2001. Falsafah, Logik, Teori Nilai dan Nilai Etika. Suatu Pengenalan. Kuala Lumpur: Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya. http://www.google.com http://www.yahoo.com