Hikayat Ahmad Muhammad

  • Uploaded by: Nur Ain Mohd Amin
  • 0
  • 0
  • October 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Hikayat Ahmad Muhammad as PDF for free.

More details

  • Words: 1,746
  • Pages: 10
ASSIGNMENT FALSAFAH DAN LOGIKA MELAYU JXEA 1104 TAJUK : KUPASAN FALSAFAH (HIKAYAT) NAMA : NOOR HAZLIANI BINTI GHAZALI NO. MATRIK : JEA 080066 NAMA PENSYARAH : PROF.DR.AMRAN B. MUHAMMAD SEMESTER 1, SESI 2008/ 2009, AKADEMI PENGAJIAN MELAYU, UNIVERSITI MALAYA

Antara petikan yang terdapat dalam Hikayat Ahmad Muhammad yang ingin dikupas ialah :“Jangan tuanku khuatir bersama-samanya manusia itu tidak boleh membunuh jikalau tidak dengan takdirnya Allah s.w.t. jua. Tiada boleh manusia memberi cedera itu melainkan daripada tuhan yang memerintah serta sekalian alam jua. Dan, marilah cucuku itu aku berpesan, jikalau cucuku berperang kepada orang kafir itu jangan tuanku meminta mati dan jangan tuanku siarkan yang lain-lain pun kerana daripada perangnya sabilillah itu. Jikalau cucuku mati pun reda dan lagi nanti mendapat syafaatnya nabi kita Muhammad s.a.w. akhirat jua”.

“Serta mendengar katanya budak itu maka lalu nakhoda pun marah dan mukanya pun seperti api yang bernyala-nyala serta disepak kepala budak itu dan disuruh pulang ke rumahnya, hendak disuruh panggil budak-budak Habsyah itu beri lima ratus orang disuruh bunuh akan kepada anak itu dua bersaudara yang bernama Ahmad (dan) Muhammad itu”.

“Serta mendengar katanya budak itu maka lalu nakhoda pun marah dan mukanya pun seperti api yang bernyala-nyala serta disepak kepala budak itu lalu disuruh pulang ke rumahnya”.

HIKAYAT AHMAD MUHAMMAD PENGENALAN Perkataan ‘falsafah’ berasal daripada bahasa Yunani atau Greek purba dan pertama kali digunakan oleh Phytagoras pada abad ke-6 SM. Perkataan ‘falsafah’ berasal daripada gabungan dua perkataan iaitu ‘philo’ dan ‘sophia’. ‘Philo’ bererti ‘cinta’ manakala ‘sophia’ bermaksud ‘kebijaksanaan’ atau ‘hikmah’. Oleh itu, gabungan dua perkataan ini membentuk perkataan ‘philosophia’ yang membawa maksud ‘cinta akan kebijaksanaan atau hikmah’. Kata majmuk philosophia yang menerbitkan kata philsophy dalam Bahasa Inggeris, kata filosofia dalam bahasa Sepanyol, kata philosophie dalam bahasa Perancis dan Jerman, kata falsafah dalan bahasa Arab, dan kata falsafah atau filsafat dalam Bahasa Melayu dan semua ini dapat diertikan sebagai ‘cinta akan kebijaksanaan atau hikmah’. Falsafah juga dapat dikaji dalam Kesusasteraan Melayu Tradisional seperti hikayat, syair, sajak, pantun, seloka, gurindan, teromba, dan lain-lain. Saya ingin mengupas falsafah dalam aspek hikayat. ‘Hikayat’ menurut Hooykas pada tahun 1940 merujuk kepada ‘buku yang mengandungi fantasi india’. Manakala menurut Emies pada tahun 1952 mentakrifkan ‘hikayat sebagai lanjutan daripada cerita-cerita lipur lara yang diperkaya dengan jalinan unsur-unsur asing’. Menurut Zalila Sharif pada 1993 memberi pengertian bahawa ‘hikayat’ merupakan hikayat-hikayat yang berbentuk cerita atau naratif, bersifat hiburan dan didaktik. Perkataan ‘hikayat’ berasal daripada bahasa Arab iaitu ‘hikaya’ yang membawa maksud ‘pelbagai sejarah’. Kesusasteraan hikayat ini dihasilkan dalam bentuk puisi dan prosa.

Kesusasteraan hikayat dalam sastera melayu tradisional terbahagai kepada tiga kelompok yang bersesuaian dengan zaman yang diwakilinya iaitu kesusasteraan hikayat berunsur Hindu, kesusasteraan hikayat berunsur Islam dan kesusasteraan hikayat berunsur Hindu-Islam. Hikayat berunsur Hindu berkonsepkan kepada dua buah epik iaitu Ramayana dan Mahabrata dan dengan itu terciptalah beberapa buah karya seperti Hikayat Seri Rama, Hikayat Pendawa Jaya dan sebagainya. Kesusasteraan hikayat berunsur Islam pula ialah hikayat yang berasal dari Arab-Parsi. Contohnya Hikayat 1001 Malam, Hikayat Hassan Damsyik, dan lain-lain lagi. Seterusnya kesusasteraan hikayat berunsur Hindu-Islam ialah karya yang pada asalnya berunsur Hindu telah diubahsuaikan dengan memasukkan unsur-unsur Islam. Contohnya Hikayat Ahmad Muhammad, Hikayat Si Miskin dan lain-lain.

KUPASAN FALSAFAH YANG TERDAPAT DALAM HIKAYAT AHMAD MUHAMMAD Dalam kesusasteraan melayu tradisional, Hikayat Ahmad Muhammad dipilih untuk mengkaji dan mengupas falsafah yang terdapat di dalamnya. Hal ini demikian kerana dalam hikayat ini menerapkan banyak unsur keagamaan iaitu Agama Islam. Dalam Hikayat Ahmad Muhammad dapat dilihat bahawa hikayat ini lebih memfokuskan kepada falsafah ketuhanan apabila banyak babak dalam hikayat ini menunjukkan unsur agama Islam dan watak-watak dalam hikayat ini berpegang teguh dalam ajaran Islam. Falsafah ketuhanan yang terdapat dalam Hikayat Ahmad Muhammad ini dapat dikaitkan dengan teori epistemologi. Teori ini merupakan ilmu pengetahuan mengenai sesuatu yang wujud atau mungkin wujud dalam alam semesta ini dan untuk membuktikan semua

kewujudannya,

ia

dikaji

dalam

epistemologi

termasuklah

cara

penyampaian,

penghujahan, pengungkapan harus jelas, tersusun dan berkonsekuan serta harus berteraskan logik akal. Contoh teori epistemologi yang dapat dikaitkan dalam Hikayat Ahmad Muhammad ialah:“Jangan tuanku khuatir bersama- samanya manusia itu tidak boleh membunuh jikalau tidak dengan takdirnya Allah s.w.t. Tiada boleh manusia memberi cedera itu melainkan daripada tuhan yang memerintah serta sekalian alam jua. Dan, marilah cucuku itu aku berpesan, jikalau cucuku berperang kepada orang kafir itu jangan tuanku meminta mati dan jangan tuanku siar yang lain-lain pun kerana daripada perangnya sabilillah itu. Jikalau cucuku mati pun reda dan lagi nanti mendapat ganjarannya daripada tuhan kita dan mendapat syafaatnya nabi kita Muhammad s.a.w. akhirat jua”.

Hal ini menunjukkan bahawa penutur iaitu Tuan Syeikh Khialuddin menyampaikan serta berhujah mengenai ilmu pengetahuan yang beliau ada kepada Ahmad dan Muhammad bahawa tidak ada seorang yang mampu membunuh atau menyebabkan seseorang cedera kerana hanya Allah s.w.t. yang berkuasa melakukannya. Selain itu, beliau juga berhujah tentang sesiapa yang berperang dengan orang kafir dan jika mereka mati mereka harus menerimanya kerana mereka akan mendapat ganjaran daripada Nabi Muhammad pada hari akhirat kelak. Hal ini secara langsung dapat dikaitkan dengan teori epistemologi yang menunjukkan bahawa Tuan Syeikh Khialuddin berhujah kepada Ahmad dan Muhammad mengenai ilmu pengetahuan tentang kewujudan

Allah s.w.t. dan Nabi Muhammad s.a.w. Ilmu pengetahuan tentang kewujudan Allah dan Nabi Muhammad itu diungkapkan dan disampaikan secara teratur dan yakin walaupun beliau sendiri tidak pernah melihat Allah s.w.t. dan Nabi Muhammad s.a.w. tetapi berdasarkan ilmu pengetahuan yang ada, beliau yakin dan percaya bahawa Allah dan Nabi Muhammad itu wujud mungkin berdasarkan sesuatu yang beliau kaji. Hujahan yang beliau nyatakan itu adalah logik dan dapat diterima akal. Falsafah ketuhanan yang terdapat dalam hikayat ini menunjukkan bahawa mereka berpegang teguh dengan ajaran agama islam sehingga mereka percaya dan yakin bahawa Allah wujud dan berkuasa terhadap alam ini, walaupun mereka tidak pernah melihatnya. Teori metafizika juga boleh dikaitkan dengan falsafah ketuhanan kerana ia merupakan salah satu ilmu pengetahuan mengenai sesuatu esansi, zat dan hakikat yang wujud dan mungkin wujud. Jadi, dalam Hikayat Ahmad Muhammad, teori ini jelas dilihat kerana mereka sangat yakin tentang kewujudan Allah s.w.t. dan Nabi Muhammad s.a.w. dan ia selaras dengan pendapat seorang tokoh falsafah islam iaitu Imam Al-Ghazali yang menyatakan bahawa terdapat tiga pemikiran falsafah metafizika yang sangat bertentangan dengan agama islam iaitu pemikiran yang menyatakan bahawa ala mini bersifat qadim, tuhan tidak mengetahui sesuatu perkara kecil yang berlaku dan mereka engkar terhadap kebangkitan semula sesuatu jasad. Namun, dalam Hikayat Ahmad Muhammad, mereka tidak tergolong dalam golongan yang menentang ajaran islam kerana mereka sangat yakin dan percaya dengan ajaran islam sehingga mereka dapat mengatasi segala cabaran dan dugaan yang timbul. Oleh kerana itu juga, Imam Al-Ghazali menolak pemikiran ahli falsafah islam seperti Ibnu Sina dan Al-Farabi yang terpengaruh dengan idea pemikiran Aristotles yang ingin

mengungkap kejadian alam ini dan persoalan ketuhanan. Maka, terdapat pandangan ahli falsafah itu yang bertentangan dengan ajaran islam sehingga boleh menyebabkan kesesatan. Selain itu, dalam Hikayat Ahmad Muhammad dapat dikaitkan juga dengan aliran falsafah yang berkonsepkan idealisme. Dalam aliran falsafah idealisme, ia merujuk kepada pandangan yang dibawa oleh Plato dan Leibniz yang merupakan orang yang pertama yang menggunakannya. Idealisme ialah idea atau pemikiran atau representasi serta gambaran akal yang wujud hakikat yang sebenar, empiri atau zahiriah yang bergantung kepada kewujudan dalam bentuk fikiran dan ia tidak boleh wujud secara bersendirian. Daripada aspek metafizika, golongan idealisme hanya mengiktiraf mental dan kerohanian sebagai sesuatu yang realiti. Contoh aliran falsafah idealisme yang terdapat dalam Hikayat Ahmad dan Muhammad ialah:“Serta mendengar katanya budak itu maka lalu nakhoda pun marah dan mukanya pun seperti api yang bernyala-nyala serta disepak kepala budak itu dan disuruh pulang ke rumahnya, hendak disuruh panggil budak-budak Habsyah itu lima ratus orang disuruh bunuh akan kepada anak itu dua bersaudara yang bernama Ahmad (dan) Muhammad itu”.

Berdasarkan petikan itu dapat menunjukkan bahawa nakhoda mendapat idea atau fikiran dan gambaran awal untuk membunuh Ahmad dan Muhammad. Nakhoda berasa tidak senang hati dengan kehadiran Ahmad dan Muhammad yang menganggap mereka berdua akan menggugat kedudukannya. Nakhoda hanya mengikut

fakulti

akalnya

dalam

membuat

membuat

keputusan

untuk

menghapuskan Ahmad dan Muhammad tanpa wujud perasaan simpati dan belas kasihan. Dalam akal nakhoda, wujud idea atau fikiran untuk membunuh Ahmad dan Muhammad kerana bagi nakhoda sekiranya Ahmad dan Muhammad dibunuh, kehidupan nakhoda akan menjadi lebih senang. Dalam hal ini, seharusnya nakhoda tidak berfikir untuk membunuh Ahmad dan Muhammad tetapi sebaliknya memikirkan cara yang terbaik untuk menyelesaikan masalah tersebut. Menurut Imam Al-Ghazali lagi, beliau tidak menolak penggunaan akal dalam pembicaraan falsafah dan dalam menghasilkan ilmu pengetahuan yang lain. Beliau berpendapat perkembangan sesuatu ilmu pengetahuan bukan sahaja berdasarkan kepuasan akal fikiran, tetapi juga perlu mengambil kira aspek perasaan dan hati murni juga. Al-Ghazali menyarankan agar umat islam menjadikan al-Quran sebagai sumber dalam mencari kebenaran bukannya melalui proses pemikiran dan akal semata-mata. Oleh itu, seharusnya nakhoda tidak terlalu mengikut akal dan perasaan marah serta dendam kepada Ahmad dan Muhammad untuk mendapat kepuasan dirinya sahaja. Tetapi, seharusnya nakhoda berfikir dengan kebijaksanaan serta bersikap berperikemanusiaan dan disulami perasaan kasih sayang sesama manusia serta sebagai seorang islam seharusnya menjadikan al-Quran sebagai sumber untuk menyelesaikan masalah. Nakhoda juga tidak boleh membuat keputusan untuk membunuh hanya menggunakan saluran pemerolehan ilmu melalui pancaindera sahaja yang mana pancaindera hanya merangkumi lima deria. Ia termasuklah pendengaran, penglihatan, pembauan, pengecapan dan penyentuhan.

Yang mentafsir ialah fakulti-fakulti akal dalaman iaitu daya perlambangan tentang objek luaran itu, daya pengukurannya, daya imaginasinya serta daya ingatannya.

Contohnya:“Serta mendengar katanya budak itu maka lalu nakhoda pun marah dan mukanya pun seperti api yang bernyala-nyala. Serta disepak kepala budak itu lalu disuruh pulang ke rumahnya”.

Hal ini menunjukkan nakhoda hanya menggunakan saluran pemerolehan ilmu melalui pancaindera pendengaran sahaja. Nakhoda berasa sangat marah apabila mendengar budak itu menceritakan perlakuan Ahmad dan Muhammad yang tidak disenanginya. Pancaindera pendengaran sahaja tidak mencukupi dalam membuat sesuatu keputusan. Nakhoda seharusnya melihat sendiri serta menggunakan semua saluran ilmu seperti hujahan yang logik berdasarkan dua organ minda manusia iaitu fikiran untuk mentafsir kejadian dalam alam yang dapat diterima dan difahami umum dan satu organ akal atau intelek iaitu unsur rohaniah yang dinamakan hati atau kalbu. Sekiranya, nakhoda tidak menggunakan pancaindera pendengaran sahaja, nescaya, dia tidak akan mendapat idea untuk membunuh Ahmad dan Muhammad. Dia mendapat idea untuk membunuh Ahmad dan Muhammad kerana dia tidak menggunakan seluruh ilmu pengetahuan yang ada pada manusia. Kesimpulannya, dalam Hikayat Ahmad Muhammad terdapat pelbagai falsafah yang boleh dikupas. Dalam hikayat ini, falsafah ketuhanan tentang agama islam merupakan falsafah yang paling banyak diketengahkan.

SUMBER RUJUKAN Zainon binti S.Ahmad, Sejarah Kesusasteraan Melayu Tradisional, Kota Bharu, Kelantan. (Muka surat 110-120) Prof. Dr. Awang Sariyan, Jabatan Bahasa Melayu, Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya. Falsafah dan Logika Melayu. Hashim bin Haji Musa, Ph.D, Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya. Falsafah, Logik, Teori Nilai dan Etika Melayu (Suatu Pengenalan), 2001.

http://www.alhukelantan.tripod/tokoh(Al-Ghazali) http://forum.ekpkm.com(Al-Ghazali)

Related Documents


More Documents from ""

Pantun Budi
October 2019 46
Al-ghazali
October 2019 46
Nazam Ajal
October 2019 53
Al-kindi
October 2019 40
Tajus Salatin
October 2019 36
St-01-01
October 2019 48