AKADEMI PENGAJIAN MELAYU UNIVERSITI MALAYA KUALA LUMPUR
JXEA1104 FALSAFAH DAN LOGIKA MELAYU
Karya Klasik : Hikayat Hang Tuah
NAMA: NUR IFFAH BTE ZAIDI
NO MATRIX: JEA080713
1
Petikan 1 Berapa antaranya maka Hang Tuah pun sampailah kepada tempat Aria Putera. Tatkala itu Aria Putera pun sudah turun dari pertapaan. Maka, Hang Tuah kelima bersahabat pun datang, lalu duduk menyembah. Maka ditegur oleh Aria Putera, “Mari lah cucuku duduk; apa pekerjaan cucuku datang padaku ini?” Maka kata Hang Tuah, “Sahaja 2
hamba-hamba datang ini minta diperhambai” Maka kata Aria Putera, “Hai cucuku Hang Tuah, aku ini tiga bersaudara, yang muda menjadi pegawai, Raden Aria Sina, di Majapahit; ynag tua itu duduknya bertapa di Gunung Wirana Pura; namanya Sang Persata Nala. Adapun cucuku , kala datang umur-umur dua puluh tiga tahun, engkau pergi ke Majapahit, jangan tiada engkau berguru padanya, kerana saudaraku itu banyak ilmunya daripadaku, kerana ia dari kecil bertapa, tiada ia merasai dunia.” Setelah sudah Aria berkata-kata, maka katanya , “Marilah cucuku kita kembali ke tempatku.” Maka Hnag Tuah, Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekir, Hang Lekiu pun diajanya barang ilmu dan isyarat. Setelah juga Hnag Tuah diajarnya barang ilmu dan isyarat. Setelah sudah, maka Aria Putera pun berpesan pada Hnag Tuah, “ Hai cucuku, jika engkau pergi ke Majapahitkelak, jangan tidak engkau berguru pada saudaraku bernama Sang Persata Nala itu, terlalu banyak tahunya daripadaku. Ia menjadi ajar-ajar, tiada ia merasai dunia. Bermula aku pun belajar padanya sedikit banyak.” Maka sembah Hang Tuah, “Baiklah, tuanku, sebala tuanku hambamu junjung, kerana hambamu lima saudara ini sudahlah menjadi hamba di bawah kadam tuanku.” Petikan 2 Maka dilihtnya oleh Laksamana Hang Jebat membuka pintu istana itu, maka Laksamana punmenyingsing tangan bajunya. Maka kata Laksamana, “Cih, Si Jebat derhaka! Mati engkauolehku!” Maka Hnag Jebat pun segera menutup pinu istana itu seraya berkata, “Siapa engkau yang datang hendak bertikam dengan aku itu dan siapa namamu?” Maka kata Laksamana, “Hai Si Jebat derhaka, takutkah engkau akan aku bertanya? Akulah Laksamana, baharu datnag dari berguru di hulu Melaka.” Maka sahut Jebat, “Hai Laksamana, bahawa aku tiada takut akan engkau. Ku dengar engkau sudah dibunuh oleh bendahara; sebab itulah maka aku hairan.” Makak kata Laksamana, “Akulah Hang Tuah dititahkan Duli Yang Dipertuan membunuh engkau, kerana aku tiada mati; aku ditaruh oleh bendahara di hulu Melaka.” Setelah Hang Jebat mendengar kata laksamana demikian, maka ia pun hairan, seraya berkata, “Hai Orang Kaya Laksamana, keranamulah maka aku berbuat pekerjaan ini. Pada bicaru ku, engkau tiada dalam dunia ini lagi. Jika aku tahu akan engkau ada hidup, demi Allah dan Rasul-Nya, tiada aku berbuat pekerjaan yang demikian ini.” Maka kata laksaman “ Hai Si Jebat menyesalkah engkau?” Maka kata Hang Jebat, “Hai 3
Laksaman ,sekali-kali tiada aku menyesal dan takut akan mati, tetapi aku sudah tahu akan kematian ku ini pada tanganmu, di mana dapat kusalahi lagi? Tetapi tuan hamba lihatlah tikan Si Jebat derhaka ini, empat puluh hari ornag Melaka membuangkan bangkai di dalam negeri Melaka ini dan tiada menderita bau busuk bangkai. Sepala-pala jahat jangan kepalang; kuperbuat sungguh-sungguh.” Maka sahut Laksamana, “ Hai Si Jebat, tersalah citamu itu. Adapun pekerjaanmu derhaka pada tuanmu itu berapa-berapa dosanya kepada Allah, tiada tertanggung olehmu di dalam akhirat jemah. Akan sekarang engkau hendak membunuh orang yang tiada berdosa pula berpuluh-puluh ribu itu; benarkah bicaramu itu?” Kedua-dua petikan yang tertera diatas diambil daripada sebuah hikayat yang memang tidak asing lagi di dunia Melayu. Iaitu Hikayat Hnag Tuah. Sebagaimana yang kita ketahui, Hang Tuah adalah seorang seorang pahlawan melayu Melaka yang handal dan tangkas. Sudah ramai musuh yang rebah di tangannya. Mempunyai 4 orang sahabat iaitu Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekir danHang Lekiu. Mereka sudah berkawan rapat semenjak kecil lagi. Sama-sama menjadi pangkima raja. Akan tetapi diantara kelima-lima mereka hanya Hang Tuah yang sanagt dikasihi baginda. Sehingga diangkatnya menjadi Laksamana atau Orang Kaya. Disamping itu Hang Tuah juga dianugerahkan dengan keris Taming Sari. Keris yang penuh sakti. Yang dapat mengalahkan sesiapa sahaja. Sudah menjadi adat manausia, sifat hasad dengki dan iri hati memang tidak dapat dipisahkan. Falsafah menuntut ilmu. Itulah yang boleh kita kutip daripada petikan pertama. Hang Tuah bersama-sama dengan empat orang sahabatnya. Hang Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekir dan Hang Lekiu telah bersama-sama pergi menuntut ilmu dengan seseorang lelaki bernama Aria Putera di sebuah bukit.Menuntut ilmu memang sangat digalakkan dan harus diteruskan walaupun pada usia lanjut. Ini bersesuaian dengan hadith nabi “tuntutlah ilmu hingga sampai ke negeri China” atau “Tuntulah ilmu daripada buaian hingga ke liang lahad.” Ilmu itu sangat luas dan mempunyai pelbagai bidang. Keupayaan seseorang manusia itu sememangnya tidak sama. Seperti kata peribahasa melayu. Rambut sama hitam tetapi hati lain-lain. Ada segolongan manusia yang cemerlang kearah bidang ilmu yang bersifat theory. Manakala sebilangan orang yang lain kearah bidang ilmu ynag “practical” atau “hands-on”.Sebagai seorang yang beragama Islam. Kita harus 4
melengkapkan diri bukan hanya dengan ilmu sekular tetapi juga ilmu akhirat. Ilmu-ilmu sekular ini adalah untuk kegunaan semasa hidup didunia. Orang yang berilmu juga adakah orang yang mempunyai adab. Sebagaiman yang diterangkan oleh Syed Naquib Al-Attas akan adab dalam konteks ilmu “adab bererti disiplin intelektual yang mengenal dan mengakui adanya hieraki ilmu berdasarkan kriteria tingkat-tingkat keluhuran dan kemuliaan, yang memungkinkannya mengenal dan mengakui, bahawa seseorang yang pengetahuannya berdasarkan wahyu itu jauh lebih mulia daripada mereka yang pengetahuannya berdasarkan akal.” (Syed Naquib Al-Attas: 1972: 128) Dengan adanya ilmu ini, ia dapat menjadikan kita sebagai seorang ynag berguna. Dapat berbakti kepada negara,bangsa dan agama. Ilmu akhirat pula sangat wajib keatas umat Islam. Ilmu yang dapat menyelamatkan diri seseorang itu daripada terjerumus kedalam api neraka mahupun mendapat kemurkaan Pencipta-Nya. Dengan mempelajari ilmu-ilmu akhirat ini, ia akan menambahkan lagi rasa keimanan , ketakwaan dan kepercayaan yang dalam terhadap Tuhannya. Akhir sekali terdapat juga ilmu-ilmu yang bertujuan untuk mempertahankan diri. Seperti ilmu persilatan, taekwando, judo, karate,wushu dan lain-lain lagi. Ilmu-ilmu sebegini juga amat penting lebih-lebih lagi bagi kaum hawa. Kaum hawa ini lebih terdedah kepada bahaya. Namun yang sedemikian, apabila terdapat banyak ilmu di dada, janganlah sesekali mempunyai sikap sombomg atau bongkak.Mengikut resmi lalang. Makin tinggi makin tegak. Orang yang sombomg itu selalu rugi. Allah telah berkata dimana maksud firman nya itu “ sesungguhnya ilmu Allah itu banyak, apa yang telah diberikan kepada manusia hanyalah sedikit.” Sebelum diteruskan dengan falsafah yang seterusnya, ingin saya menceritakan secara ringkas cerita yang membawa kepada terjadinya petikan tersebut. Tindakan seorang raja yang menjatuhkan hukuman tanpa usul periksa telah membawa kerugian. Bukan hanya kepadanya tetapi juga kepada negara.Hang Tuah telah dihukum mati kerana konon nya beliau telah melakukan perkara yang aib Setelah Hang Tuah dihukum mati, tempatnya dan juga keris sakti keris Taming Sari telah diberikan Raja kepada sahabat 5
karib Hang Tuah. Yaitu , Hang Jebat. Akan terlalu kasih nya Jebat akan Tuah. Beliau telah memberontak.Menggulingkan kerajaan dam memebunuh sesiapa sahaja yang cuba melawan nya. Raja berasa susah hati.Tatkala itu, Bendahari pun membuka rahsia. Bahawa Tuah tidak dibunuh tetapi disembunyikan di Hulu Melaka. Tanpa membuang masa, raja menghantar pengawal-pengawalnya pergi menjemput Tuah. Tatkala Tuah ada didepan mata, raja terlalu gembira dan menceritakan apa yang telah berlaku . Hang Jebat telah mengamuk dan bermaharajela di istana. Tuah pula kerana taat setia nya sangat tinggi terhadap raja, sanggup membuat apa sahaja untuk raja. Falsafah yang boleh dipetik dari petikan 2 ialah ta'at. Keta'atan seorang hamba kepada pemerintah,pemimpin dan rajanya.Tuah melihat raja itu sebagai seorang khalifah yang dihantar oleh Allah ke muka bumi ini. Khalifah yang ditugaskan untuk memimpin manusia ke jalan yang benar. TSebagaimana firman Allah : “Sesungguhnya aku menjadikan engkau sebagai khalifah di muka bumi ini” Surah Al-Baqarah ayat 30 Ta'at nya Tuah kepada raja sangat tinggi hingga dia sanggup berbuat dan menurut apa sahaja perintah raja. Apabila Bendahara memberitahunya bahawa raja menjatuhkan hukuman mati keatasnya,beliau hanya berdiam diri dan menyuruh bendahara menjalankan perintah raja itu. Dan ketika juga raja menyuruhnya pergi membunuh Hang Jebat, kawan sepermainannya. Beliau pun akur. Hang Tuah berpegang teguh akan falsafahnya. Ta'at kepada raja. Melanggar perintah raja sama seperti derhaka kepada Tuhan. Falsafah ini juga dipegang kuat oleh orang-orang Melayu dahulu. Falsafah kedua pula ialah berani kerana benar. Itulah yang dipegang Hnag Jebat. Beliau berasa marah apabila raja telah membabi buta menjatuhkan hukuman keatas sahabatnya Tuah. Adalah menjadi kebiasaan kebanyakan raja-raja dahulu menjatuhkan hukuman tanpa usul periksa. Putih kata bendahara putihlah kata raja. Hitam kata Laksaman, maka hitamlah jadinya. Hang Jebat telah menanam azam dalam dirinya untuk menuntut bela keatas raja kerana menjatuhkan hukuman tanpa menyelidik terlebih dahulu. Beliau mahu merampas tahkta raja dan melakukan kezaliman di Negeri Melaka. Padanya, raja yang adil harus dita'ati manakala raja yang zalim harus ditentang. Kesimpulan 6
Dapat disimpulkan disini bahawa terdapat falsafah-falsafah yang diselitkan oleh penulis di dalam hikayat-hikayat klasik. Penulis cuba menyampaikan mesej-mesej tertentu atau pemikiran orang-orang pada zaman dahulu. Cara mereka meyelesaikan sesuatu perkara, berfikir,pendirian dan cara kehidupan mereka . Contohnya , keta'atan orang melayu pada zaman dahulu terhadap raja atau sultan mereka. Titah raja itu mesti dituruti. Kedua, cara kehidupan orang-orang Melayu dahulu. Mereka ini terutama yang lelaki pergi menuntut ilmu persilatan di kawasan pergunungan dan bukit-bakau. Ilmu pertahanan diri ini sememang nya sudah menjadi kemestian mereka. Akhir sekali, kita harus memelihara dan menghargai karya-karya klasik sebegini kerana ia adalah warisan melayu. Dimana, kita dapat mengkaji segala tentang masyarakat terdahulu menerusi karya-karya klasik ini.
Bibliografi Hikayat Hang Tuah ,Dikaji dan Diperkenalkan oleh Kassim Ahmad dengan pngenalan tambahan oleh Noriah Mohammad 7