ASSIGNMENT FALSAFAH JXEA 1104 SHAMIHAH BT BERAHIM JEA 080126
“ SEBERMULA maka tersebutlah perkataan Hang Tuah anak Hang Mahmud di Sungai Duyong dan segala orang duduk di Sungai Duyong mendengar warta demikian itu; apabila Hang Mahmud mendengar khabar itu, maka kata Hang Mahmud pada bininya yang bernama Dang Merdu itu, “ Ayo tuan, baiklah kita pergi ke Bentan; negeri besar lagi pula kita tiga beranak; baiklah kita pergi pindah ke Bentansupaya mudah kita mencari makan.” Maka sahut Dang Merdu, “ Benarlah seperti tuan kata itu.”
PENGENALAN Hikayat merupakan satu bahan untuk menceritakan mengenai asal-usul, sejarah, ketokohan dan sebagainya. Melalui hikayat ini, kita dapat mengetahui serba sedikit mengenai sesuatu yang berlaku pada masa lampau. Hikayat yang saya kaji adalah Hikayat Hang Tuah. Dalam Hikayat Hang Tuah ini telah menunjukkan bertapa besarnya pengaruh hikayat tersebut kepada jiwa, pemikiran dan cara hidup orang-orang Melayu. Selain itu juga, dalam Hikayat Hang Tuah ini banyak nilai-nilai yang baik untuk dijadikan teladan kepada masyarakat hari ini bagi memudahkan hal-hal pentadbiran terutamanya dalam bidang pentadbiran negara, keluarga dan diri sendiri. Dengan erti kata lain Hikayat Hang Tuah ini menkjadi sumber rujukan bagi masyarakat hari ini untuk memudahkan urusan pentadbiran.
Berdasarkan petikan satu dalam bab 2 Hikayat Hang Tuah ini dapat diceritakan bahawa Hang Tuah merupakan satu nama yang dikenali umum oleh segenap lapisan masyarakat. Hang Tuah adalah anak kepada Hang Mahmud dan Dang Suria. Hang
Mahmud mengajak mereka sekeluarga untuk berpindah ke Bentan kerana disana peluang untuk mencari nafkah adalah lebih luas kerana Bentan merupakan sebuah negeri yang besar. Sebagai seorang isteri yang amat taat pada suaminya Dang Suria hanya menurut apa yang dikehendaki oleh suaminya itu.
Daripada sudut falsafah, dapat diungkapkan bahawa petikan diatas dapat menjelaskan bahawa manusia dan alam sekitar adalah saling bergantungan. Hal ini dapat dijelaskan bahawa manusia memerlukan sumber alam untuk menguruskan kehidupan sehari-hari contohnya manusia menjalankan aktiviti pertanian untuk mendapatkan sumber kewangan dan sumber makanan untuk menampung kehidupan keluarga. Salah satu contoh aktiviti pertanian yang dapat dikaitkan dengan masyarakat Melayu adalah aktiviti penanaman padi. Aktiviti penanaman padi ini dapat menghasilkan beras yang digunakan oleh masyarakat kita sehari-hari untuk dijadikan sumber makanan iaitu nasi.Dapat kita perhatikan bahawa nasi adalah salah satu makanan asasi manusia. Oleh hal yang demikian alam sekitar dapat memberi banyak kesan terhadap kehidupan manusia kini.
Banyak faktor yang dapat kita ungkapkan tentang perkaitan manusia dengan alam sekitar ini sendiri antaranya ialah tentang hakikat kejadian manusia itu sendiri. Dalam Islam dapat kita kata katakan bahawa manusia itu sendiri dijadikan daripada tanah. Ini dapat dibuktikan melalui firman Allah S.W.T melalui surah Al-Mukminun ayat 12-15 yang membawa maksud “ Dan sesungguhnya kami telah menciptakan manusia dari suatu saripati ( bearasal ) daripada tanah. Kemudiannya Kami jadi saripati itu air mani ( yang disimpan ) dalam tempat yang kukuh ( rahim ) kemudian air mani itu kami jadikan
segumpal darah, itu Kami jadikan segumpal daging dan segumpal daging itu Kami jadikan tulang belulang lalu tulang belulang itu Kami bungkus dengan daging. Kemudian Kami jadikan dia makhluk yang berbentuk lain. Maka Maha Suci Allah, Pencipta yang paling baik”.
Selain itu, kita juga dapat mengungkapkan daripada aspek ilmu sains bahawa manusia dan alam sekitar adalah saling bertautan. Contohnya manusia memerlukan oksigen untuk melakukan sistem pernafasan. Ini perlu kita tahu bahawa sumber oksigen dapat kita perolehi melalui tumbuhan, dan tumbuhan pula memerlukan cahaya mataharii untuk pembekalan oksigen tersebut dan menjalankan proses fotosintesis.Oleh hal yang demikian, terbuktilah bahawa kehidupan manusia diatas muka bumi Allah S.W.T ini mempunyai banyak perkaitan dan saling bertautan antara satu sama lain. Sesungguhnya setiap penciptaan Allah S.W.T seperti matahari,bulan, bintang, planet-planet adalah mempunyai fungsi yang tersendiri dan bertautan antara satu sama lain untuk menjalankan tugas-tugas mereka. Oleh hal yang demikian kita seharusnya sentiasa bersyukur dan menghayati sepenuhnya dengan apa yang telah dikurniakan kepada kita itu.
Disamping itu juga, petikan diatas juga turut menggambarkan tentang kasih sayang seorang ayah atau suami dalam keluarga iaitu kasih sayang Hang Mahmud terhadap anak dan isterinya. Walau bagaimanapun sifat kasih sayang masyarakat kita hari ini amat berbeza dengan masyarakat zaman sebelum pemodenan. Padahal kasih sayang amat dituntut dalam islam dimana Allah S.W.T telah berfirman dalam surah Al-Balad ayat 17-18 yang bermaksud “ Dan dia termasuk dalam kalangan orang-orang yang
beriman dan saling berpesan untuk bersabar dan saling berpesan untuk berkasih-sayang. Mereka adalah golongan kanan.” Oleh itu sifat kasih sayang perlu disemai dalam setiap diri individu terutamanya dalam kalangan ketua keluarga itu sendiri kerana anak-anak perlu dididik dengan kasih sayang yang tinggi supaya mereka tidak terjerumus dalam kancah maksiat mahupun gejala sosial. Dapat kita katakana bahawa tugas seorang suami buakn sahaja menjadi ketua keluarga tetapi mereka hendaklah memberi nafkah
zahir
atau batin, mendidik dan juga menjaga keluarga daripada kesusahan kerana mereka adalah salah satu orang yang diamanahkan oleh Allah S.W.T bagi menjaga keluarga itu.
Selain itu, seorang ketua keluarga juga harus memberi pendidikan kepada anakaanak mereka secukupnya supaya masa depan mereka terjamin. Oleh hal yang demikian pendidikan adalah amat penting dalm mencorakkan kehidupan sehari-hari. Pendidikan yang diterapkan haruslah bermula di peringkat awal lagi kerana bak kata pepetah melayu “Melentur Buluh Biarlah Dari Rebungnya”. Dalam hal ini Palto sendiri telah mendefinisikan pendidikan sebagai ‘ Latihan yang telah diberikan oleh kebiasaan yang sesuai dan naluri mereka yang terawal
ayng ada dalam diri kanak-kanak. Apabila
keseronokkan dan kesakitan dengan betul ditanam di dalam jiwa yang bukan rasional. Latihan ini mengenai keseronokkan dan kesakitan yang membawa kepada anda membenci dan mencintai apa yang sepatutnya anda benci dan cintakan,digelar pendidikan. Selain itu juga Schofield turut mendefinisikan pendidikan dengan ‘ Pendidikan yang lengkap membolehkan seseorang itu bertindak dengan adil dan saksama,mahir dan bertimbang rasa dalam segala bidang kerja dalam kedua-dua sktor
awam dan swasta, pada masa damai dan perang.’ Hal ini turut ditekankan dalam islam supaya umatnya menuntut ilmu yakni ‘tuntutlah ilmu sehingga ke negeri China’.
KESIMPULAN
Kesimpulannya, dapat kita huraikan bahawa alam sekitar memainka perenannya dan amat berpengaruh dalam kehidupan masyarakat kita hari ini. Semakin kita rancak dengan pemodenan negara semakin moden pemikiran masyarakat kita hari ini. Oleh itu, kita hendakalah pandai mengawal perwatakan dan peribadi kita supaya kita tidak terus diacam oleh anasir-anasir barat dalam pemikiran kita itu. Hal ini bagi mengawal pemikiran diri kita dari dijajah supaya negara kita sentiasa aman dan makmur tanpa berlaku penjajahan barat.
RUJUKAN
Awang Sariyan,2007,Falsafah Dan Logika Melayu, Jabatan Bahasa Melayu,Akademi Pengajian melayu Universiti Malaya
Hahsim Bin Haji Musa,2001,Falsafah Logik Teori Nilai.Suatu Pengenalan. Akademi Pengajian Melayu Universiti Malaya Al-quran