Hikayat Hang Tuah

  • Uploaded by: Nur Ain Mohd Amin
  • 0
  • 0
  • October 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Hikayat Hang Tuah as PDF for free.

More details

  • Words: 898
  • Pages: 6
NAMA : NOR AFFAF BINTI IBRAHIM NO.MATRIK : JEA080068 TAJUK : MITOS KEPERWIRAAN MELALUI “HIKAYAT HANG TUAH”. Pengenalan. Dalam Hikayat Hang Tuah pengarang cuba memaparkan ciri-ciri keperwiraan yang terdapat pada watak Hang Tuah melalui episod-episod yang dilalui oleh beliau dan rakan seperjuangannya seperti Hang Jebat, Hang Lekir, Hang Lekiu, dan juga Hang Kasturi. Mitos keperwiraan boleh didapati dari peristiwa mimipi bapa Hang Tuah sebelum beliau dilahirkan sehinggalah ke peringkat zaman kejatuhan Melaka di mana pada waktu Hang Tuah sudah uzur. Hal ini menunjukkan mitos tidak pernah lari dari genre karya klasik masyarakat Melayu tradisional.

Sebelum saya menjurus kepada mitos keperwiraan ini, saya ingin menjelaskan apa itu yang dimaksudkan dengan mitos.Istilah mitos diambil dari istilah Yunani muthos iaitu bererti cerita,apa jua cerita sebagaimana yang ditakrifkan oleh para antopologis; iaiitu mitos sebagai kisah yang terkandung didalamnya sesuatu kualiti, kerana sifattnya extaliterary oleh adanya unsur fantastik yang menghasilkan pemikiran berterusan tentangnya.Keperwiraan pula menurut kamus dewan bahasa adalah...............................

Mitos keperwiraan yang terdapat dalam Hikayat Hang Tuah yang cuba dikeluarkan oleh pengarang adalah bertujuan untuk mengemukakan ciri-ciri kepahlawanan Melayu semata-mata.Mitos keperwiraan terus hidup dalam masyarakat Melayu sehingga kini melalui citra tentang Hang Tuah dan Hang Jebat yang muncul dalam sebuah teks pada

masa kini.Hal ini dikuatkan lagi dengan wujudnya kapal yang dinamakan sempena nama pahlawan tersebut dan ada juga segelintir masyarakat yanng masih mengggunakan nama Tuah untuk anak mereka.Ia bertujuan untuk menghidupkan semangat perwiraan mereka sebagai masyarakat Melayu.

Kesusasteraan Melayu menjadi tambah kaya dengan adanya ’Hikayat Hang Tuah’.Lebih penting lagi ialah kewujudan dua watak pahlawan iaitu Hang Tuah dan Hang Jebat yang dihidupkan melalui karya tersebut dan sekali gus menjadikan mereka sebagai lambang perwira bangsa.Hal ini telah menyebabkan perwatakan mereka akhirnnya terangkat sebagai mitos iaitu dari sudut keperwiraan mereka.Namun begitu wujud hanya sebagai mitos, begitu pula daya kuasa mitos sebagai pengiktiraf nilai bangsa Melayu.

Sudah tentu terdapat sesuatu yang menarik dan memikat dalam mitos berkenaan keperwiraan Tuah dan Jebat dalam hikayat ini sehingga mereka terus menerus menjadi sumber nilai bangsa Melayu.Selain itu, mereka terus hidup dalam polimik bangsa setiap kali soal keperwiraan bangsa menjadi persoalan.Namun begitu nilai mitos keperwiraan mereka dipersoalkan oleh pengarang-pengarang baru tetapi kuasa mitos tersebut juga yang dijadikan senjata oleh tokoh-tokoh politik dan para ilmuan tempatan.

Kuasa mitos keperwiraan Tuah dan Jebat turut memikat pengarang secara terus menerus melalui karya-karya drama Melayu menggubah-olah persoalan keperwiraan Tuah dan Jebat. Antaranya:



”Hang Tuah Membuat Jasa” oleh Izhab Alang Ismail



”Hnag Tuah Pahlawan Melayu” oleh Alwi Sheikh Alhady



”Laksamana Melaka di Inderapura” oleh Izhab Alang Ismail



”Tuah Dalam Sejarah” oleh Hamidy Anwar



”Hang Jebat Menderhaka” oleh Ali Aziz



”Jebat” oleh Hatta Azad Khan.

Watak Tuah menerima satu pencitraan yang lebih nyata sebagai wira dalam zaman hikayat itu berkembang. Dalam ”Hikayat Hang Tuah” jelas menggambarkan watak Tuah dan Jebat sebagai pahlawan yang wujud pada zaman kesultanan Melayu Melaka. ”........Tuah tiada mahu menderhaka.Daulat Tuanku,patik persembahkan nyawa patik, patik tiada bertuankan lain.” ( Hikayat Hnag Tuah,1968: 289) Ucapan Tuah itu penting menunjukkan sikap perwira yang mengakuri zamannya sekali gus mengakui kebolehannya sebagai perrwira yang tiada tolok banding ketaatsetiaannya. Hal ini membuuktikan tindakan Tuah menyerahkan nyawanya kepada Sultan adalah atas kehendaknya sendiri kerana terlalu hormat dan menyanjung tinggi institusi kesultanan itu.

Konsep keperwiraan yang diteraskan melalui Hikayyat Hang Tuah adalah sebagai wira negara, hanya itulah tindakan yang boleh diambil dalam konteks susunansistem pemerintahan yang mana tertakluk ia dibawahnya.Keperwiraan Tuah daalam hikayatt ini itu kemudianlah yang menjadi unsur yang memikat daya citra pengarang.Namun begitu semakin banyak karya yang mengemukakan kisah Tuah Jebat itu, semakin berubah pula persepsi mitos keperwiraan mereka sehingga terhasilnya karya-karya yang terkemudian

yang mengalih tentang siapa wira?Hal ini terbukti dalamkarya drama seperti ” Matinya Seorang Pahlawan” yang jelas meletakkan Jebat sebagai wira yang sebenarnya.

Pengubah-olahan tentang siapa sebenarnya wira sama ada Tuah atau Jebat hanyalah berfungsi bagi meneruskan mitos keperwiraan mereka itu.Namun fungsinya tetap sama walaupun tafsirannya sudah berbeza.Dalam hal demikian, masyarakat Melayu beruntung kerana mempunyai mitos seperti Tuah dan Jebat itu, dan lebih beruntung lagi kerana kebangkitan mereka sebagai mitos terungkap dalam dua kemungkinan pemeranan keperwiraan. Hal ini menyebabkan dua wajah wira yang dicitrakan dalam ”Hikayat Hang Tuah” itu akhirnya memungkinkan masyarakat masa kini mencari pengertian yang tersendiri.

Mitos keperwiraan tentang Tuah dan Jebat melalui banyak proses pencitraannya hingga berlaku pengubah-olah yang menarik kerana bermula dengan ”Hikayat Hang Tuah” yang memulakan mitos keperwiraan Tuah dan Jebat, dan berakhir dengan karya-karya drama 9160-an dan 1970-anyang terus mencitrakan mitos keperwiraan mereka.

Hal ini terbukti apabila pengarang sebagai pemikir masyarakat sentiasa menghidupkan watak Tuah dan Jebat kerana hakikat pengorbanan seseorang dengan perjuangan seseorang dalam menghadapi kuasa pemerintahan yang terbuka. Selain itu, ia turut menjadi bukti bahawa orang Melayu memnag sentiasa berfikir dengan pertimbangan dua hala.

Dalam karya ”Hikayat Hang Tuah”, jelas memperlihatkan pemikiran pengarangnya yang bernaung di bawah kuasa mutlak sistem kesultanan Melayu Melaka. Namun hal ini sebaliknya berlaku dalam karya dan drama citra pengarang kurun ke-20 yang mengungkapkan sikap dan pemikiran kearah keutamaan kepada undividu. Hal ini menunjukkan berlaku trasformasi gaya penulisan pengarang pada masa dahulu dengan pengarang masa kini.

Walaubagaimanapun, hal ini adalah mitos masyarakat Melayu yang terlalu taksub dengan konsep keperwiraan pahlawan mereka. Namun begitu, ada benarnya tentang konsep keperwiraan dalam citra Tuah dan Jebat pada zaman kesultanan Melayu Melaka. Walaupun begitu, mitos keperwiraan penting dalam menjana pemikiran generasi pada masa kini dan generasi yang akan datang agar terus mempertahankan serta memartabatkan negara dan bangsa Melayu.

RUJUKAN Sulalatus Salatin Sejarah Melayu [A. Samad Ahmad] Kosmologi Melayu [Yaacob Harun]

Related Documents

Hikayat Hang Tuah
October 2019 42
Hikayat Hang Tuah
October 2019 47
Hikayat Hang Tuah
October 2019 55
Hikayat Hang Tuah
June 2020 31
Hikayat Hang Tuah
October 2019 69
Hikayat Hang Tuah
October 2019 35

More Documents from "Nur Ain Mohd Amin"

Pantun Budi
October 2019 46
Al-ghazali
October 2019 46
Nazam Ajal
October 2019 53
Al-kindi
October 2019 40
Tajus Salatin
October 2019 36
St-01-01
October 2019 48