FALSAFAH DAN LOGIKA MELAYU JXEA 1104
NAMA
: MUHAMAD ZAIRI BIN IBRAHIM NO.MATRIK : JEA080055 NAMA PENSYARAH : PROF.DR.AMRAN BIN MUHAMAD FALSAFAH PENDERHAKAAN HANG JEBAT DI DALAM HIKAYAT HANG TUAH. SEMESTER 1 , SESI 2008/2009
AKADEMI PENGAJIAN MELAYU UNIVERSITI MALAYA
PETIKAN KISAH HANG JEBAT MENDERHAKA DARI HIKAYAT HANG TUAH Maka segala pegawai dan petuanan pun berjalanlah masuk dalam kota dengan segala hulubalang dan orang yang seribu itu. Maka dikepungnya istana itu dengan tempik soraknya terlalu gempita. Maka katanya, “Hai si Jebat derhaka! Jika engkau berani, turunlah dari istana tuanku itu supaya lehermu ku penggal!” Setelah dilihat oleh Hang Jebat orang banyak dating mengepung dia itu, maka ia pun tertawa, seraya berbangkit lalu berjalan ke muka pintu. Maka dilihatnya segala pegawai yang datang itu muda-muda. Maka dilihat oleh segala pegawai, Hang Jebat berdiri di muka pintu itu; maka sekalian pun datang melihat dia. Maka Hang Jebat pun menghunus kerisnya lalu berjalan turun. Maka oleh Hang Jebat diusirnya orang yang hampir pintu itu, habis mati ditikamnya, setengah lari keluar. Maka setelah dilihat oleh segala pegawai dan orang banyak itu Hang Jebat turun mengamuk itu, maka segala pegawai itu pun habis lari mendapatkan Patih Kerma Wijaya, setengah lari kembali ke rumahnya. Setelah dilihat oleh Hang Jebat segala orang itu habis lari, maka ia pun kembali ke istana duduk makan minum .
KUPASAN DARI ASPEK SEJARAH
Menurut Sejarah Melayu, sejarah derhaka bermula apabila Demang Lebar Daun pembesar dari Palembang membuat perjanjian derhaka dengan Sri Tri Buana raja dari Bukit Siguntang. Perjanjian ini dicatat kerana Sri Tri Buana tidak mahu hamba Melayu menjadi zalim dalam budi pekerti dan tidak mahu hamba Melayu mencabar kedaulatan negerinya serta menderhaka kepada rajanya. Selain itu perjanjian ini juga membuatkan raja tidak boleh bertindak zalim ke atas rakyat. Menurut Sejarah Melayu juga, jika salah seorang cuba melanggar perjanjian itu, maka akan dibinasakan Allah kehidupannya. Contoh pelanggaran perjanjian yang di lakukan oleh salah seorang pihak ialah apabila Sultan Mahmud Syah bertindak zalim dengan membunuh seluruh ahli keluarga pembesar seri maharaja dan negeri Melaka mendapat malapetaka apabila negeri Melaka di tawan Portugis. Pejanjian ini digambarkan oleh penulis Sejarah Melayu sebagai perjanjian dengan Allah yang tidak boleh di langgar dengan sesuka hati dan di anggap suci. Selain itu, ia juga mahu hamba Melayu taat setia pada raja dan akan di binasakan oleh Allah sekiranya menderhaka. Peranjian ini juga telah di anugerahkan oleh Allah kedaulatan kepada rajaraja.
KONSEP DERHAKA Menurut kamus dewan edisi keempat , derhaka bermaksud tidak taat atau khianat kepada negara , menentang kekuasaan yang sah iaitu menentang kerajaan atau melanggar perintah pemerintah. Ini termasuklah cuba merampas kuasa kerajaan atau ingkar terhadap dasar-dasar yang di buat kerajaan. Orang yang menderhaka pula di takrifkan oleh kamus dewan sebagai orang yang mengkhianati negara. Jadi dapatlah ditakrifkan setiap pekara yang menentang pemerintah seperti cuba melanggar perintah raja , memberontak menentang raja , membocorkan rahsia negara kepada negara lain dan membunuh raja di anggap sebagai derhaka.
Menurut pandangan Islam pula , umat Islam mesti mentaati perintah ketua-ketua ,tidak kira sama ada perintah itu di sukai atau tidak , asalkan perintah itu tidak bertentangan dengan ajaran Islam. Rasulullah S.A.W ada bersabda :“Barang siapa yang benci terhadap sesuatu tindakan penguasanya , maka hendaklah ia bertaubat kerana sesungguhnya orang yang meninggalkan raja walaupun sejenggkal , maka hatinya seperti mati pada zaman jahilliyah”. Ini bermaksud setiap perintah raja harus dipatuhi dan mesti taat setia pada raja walaupun tindakan yang diambil tidak munasabah. Jika tidak mereka samalah dengan orang jahilliyah yang hidup dalam keadaan gelap yang sering memberontak terhadap pemerintahnya.
Islam tidak menghalang daripada menyuarakan pendapat jika tidak
berpuas hati terhadap sesuatu pekara tetapi pendapatnya mestilah membina dan disertai dengan kejujuran . ini bermaksud ia boleh dilaksanakan dengan bermusyawarah bukan menderhaka jika tidak berpuas hati dengan tindakan yang diambil oleh pemerintah .
Menurut pandangan sarjana pula seperti Azmi Rahman , ungkapan “pantang melayu derhaka kepada raja” sebati dalam diri orang melayu. Berdasarkan huraian ini dapatlah dikatakan bahawa logiknya raja berada di tempat yang tertinggi kerana orang melayu meletakkan raja sebagai “jelmaan tuhan” dan dikaitkan dengan salasilah keturunan Iskandar Zulkarnain. Ini sesuai raja dikonsepkan sebagai “Orde Kosmos” yang dikatakan mempunyai konsep tulah sesuai dengan pegangan transendental masyarakat melayu dahulu. Di dalam sejarah melayu Tun Sri Lanang pernah merakamkan kisah pembesar melayu yang marah-marah kepada rajanya kerana tuannya itu berzina dengan isterinya. Lalu dimarahi raja itu dengan ancaman tombak:“Jika tidak di fikirkan anak Melayu itu pantang derhaka , nescaya ku
tinju
raja ini dengan tombakku di dadanya” marah pembesar itu di depan sang raja dan raja itu tidak berkata apa-apa lagi melainkan “janganlah di apa-apakan kepadanya kerana dia memang berhak. Jika dia tidak mengingatkan amba melayu patang derhaka , nescaya bercerailah jiwa dari ragaku ini”. Ini dapat didefinisikan bahawa orang melayu dahulu rela hilang maruah daripada mendehaka kepada raja
KUPASAN DARI SUDUT FALSAFAH
Derhaka boleh ditafsirkan sebagai satu perasaan tidak puas hati terhadap sesuatu pekara..Penderhakaan Hang Jebat boleh disifatkan sebagai satu perasaan balas dendam kerana membela kematian Hang Tuah dan menyanggah tindakan raja yang menjalankan hukuman tanpa melakukan usul periksa. Namun apabla dinilai kebenaran penderhakaan Hang Jebat melalui rasa atau hati kalbu , penderhakaannya dapat menyedarkan kesilapan raja yang tidak patut dilakukan. Logiknya penderhakaan yang dilakukan adalah untuk membuang sesuatu yang buruk dan digantikan dengn sesuatu yang lebih baik tetapi apabila di lihat dari sudut pandangan lain seperti penderhakaan terhadap ibu bapa , ia dapat di lihat untuk memenuhi kepentingan individu dan memberi kepuasan terhadap diri sendiri. Selain itu derhaka boleh di erti juga sebagai untuk menjaga air muka sehingga terlupa nilai diri dan hakikat asal usul.
Fenomena penderhakaan Hang Jebat ni juga berlaku di sebabkan oleh yang tidak dapat dikawal oleh manusia. Ini kerana dari ciri-ciri metafizikanya , nafsu adalah sesuatu naluri yang dapat ditembusi oleh syaitan dan dapat dikawal oleh syaitan. Ini terjadi kerana syaitan telah bersumpah dengan Allah untuk menyesatkan umat Nabi Adam sehingga hari kiamat. Jadi tidak hairan apabila fenomena derhaka ini berlaku. Rasionalnya apabila kita mederhaka , ini bermakna kita telah terpesong dari ajaran yang sepatutnya , ini kerana derhaka di golongkan sebagai satu sifat yang mungkar dan melanggar perintah Allah. Allah telah memerintahkan hambanya supaya tidak
menderhaka kepada pemerintah , ibu bapa , Rasul dan Allah dan mesti menanamkan perasaan taat setia. Derhaka boleh di simbolkan sebagai kehilangan petunjuk dari Allah. Ini menyebabkan hati menjadi gelap. Derhaka menyebabkan kehilangan pedoman dan rasional peiiran seperti yang berlaku pada Hang Jebat yang menderhaka tanpa berfikir secara waras dan kehilangan petunjuk serta cahaya dalam hati menyebabkan keimanan dalam diri Hang Jebat hilang dan telah mendorong Hang Jebat untuk melakukan penderhakaan kerana bertindak mengikut nafsu semata-mata. Apabila kehilangan cahaya keimanan , ia akan membuahkan akhlak yang tidak mulia dan tidak murni yang akan memberi keburukan kepada makhluk lain seperti penderhakaan yang di lakukan oleh Hang Jebat yang telah menyebabkan Melaka menjadi huru-hara.
Pada pandangan masyarakat Melayu dahulu , penderhakaan kepada raja adalah tidak dibenarkan kerana ia adalah satu pantang kepada masyarakat Melayu dahulu. Ini kerana mereka berpegang teguh pada kepercayaan terhadap kedaulatan raja dan adat melayu. Oleh itu penderhakaan Hang Jebat telah di tentang walaupun Hang Jebat menegakkan kebenaran. Selain itu anak-anak di ajar supaya berbakti dan setia kepada raja. Bagi orang Melayu dahulu , derhaka kepada raja adalah satu dosa yang besar dan mencabar pantang larang orang Melayu. Ini kerana raja pada masa itu di anggap sebagai “Orde Kosmos” , iaitu raja di anggap sebagai pemerintah alam semesta , sesuai dengan konsep transendental masyarakat Melayu pada masa itu. Orang yang derhaka kepada raja akan di kutuk dan di hina serta di bunuh. Mereka sanggup kehilangan keluarga sendiri jika ada ahli keluarga yang menderhaka kepada raja. Ini kerana mereka tidak mahu keturunan mereka di kutuk sepanjang zaman. Ini dapat dilihat apabila Hang Jebat menderhaka ,
sahabat , saudara dan ahli keluarganya menentang dan sanggup membunuhnya. Ini dapat dibuktikan apabila Hang Tuah sanggup membunuh Hang Jebat kerana Hang Tuah berpegang
kepada
“Pantang
melayu
derhaka
kepada
sultan”.
Derhaka pada ketika itu dianggap sebagai sumpahan yang akan memberi kesan kepada keturunannya sepanjang zaman. Ini dapat dilihat apabila seluruh ahli keluarga Hang Jebat di bunuh dan telah dikutuk oleh masyarakat sehingga hari ini walaupun pada hakikatnya Hang Jebat cuba menegakkan kebenaran. Mayat Hang Jebat pula telah di campak ke dalam laut kerana sumpahan atau tulah dari raja yang mengatakan mayat orang yang derhaka tidak diterima bumi. Ini bersesuaian dengan konsep kedaulatan raja yang di anggap sebagai “Orde Kosmos”.
Derhaka pada ketika itu di anggap sebagai maruah orang Melayu. Ianya tidak boleh di jual beli. Bagi mereka anak Melayu pantang derhaka kepada sultan. Apabila ada seseorang yang menderhaka, ini bermakna ianya talah mencabar kredebiliti dan pegangan orang Melayu yang menganggap raja adalah segala-galanya. Ini dapat dibuktikan apaila Hang Tuah sanggup membunuh sahabat karibnya sendiri iaitu Hang Jebat kerana telah melanggar pantang orang Melayu iaitu dengan menderhaka kepada raja dan telah mencabar pegangan orang Melayu. Namun , apabila dilihat secara positivisme logikalnya, Hang Jebat menderhaka kerana untuk mencari kebenaran. Ini dapat dibuktikan apabila banyak kajian epistemologi yang dibuat dan dapat di simpulkan Hang Jebat ingin membela kematian Hang Tuah. Bagi Hang Jebat , Hang Tuah tidak patut di
hukum bunuh jika hendak dibandingkan dengan jasa yang telah di taburkan oleh Hang Tuah. Selain itu, fenomena ini terjadi kerana kezaliman raja Melaka yang hanya mementingkan diri sendiri dan menjatuhkan hukuman bunuh ke atas Hang Tuah tanpa menjalankan usul periksa terlebih dahulu. Secara empirikalnya, Hang Jebat hanya ingin membuang sesuatu yang buruk dan menggantikan dengan sesuatu yang baru bertepatan dengan ideologi yang di pegang oleh Hang Jebat iaitu raja yang adil akan ku turuti dan raja yang zalim patut disanggah. Jika ditafsir dari sudut aksiologi , derhaka juga boleh di sifatkan sebagai satu hikmah yang di berikan oleh Allah. Penderhakaan Hang Jebat telah menyedarkan raja Melaka pada ketika itu menjadi menyesal kerana membunuh Hang Tuah yang tidak bersalah dan mempercayai pembesar yang tidak berguna iaitu Patih Kerma Wijaya dan banyak menzalimi rakyat jelata. Pandangan Islam tentang penderhakaan Hang Jebat pula adalah sesuatu yang menyalahi ajaran agama islam. Islam sendiri tidak membenarkan umatnya mendehaka kepada raja. Ini kerana raja adalah ketua kerajaan yang telah di beri kepercayaan oleh rakyat . Rakyat harus menurut segala perintah raja selagi tidak terpesong dari ajaran agama. Banyak ayat al-quran yang menyuruh supaya taat setia kepada Allah , Rasul , ibu bapa dan pemerintah.
Namun, jika raja itu zalim , rakyat berhak memberontak untuk mendapatkan kembali hak mereka. Ini kerana pemerintah di pilih berdasarkan musyawarah dan suara rakyat. Jadi rakyat berhak menjatuhkan pemerintah yang tidak berupaya untuk memerintah dan banyak membawa kesusahan kepada rakyat. Memberontak yang dimaksudkan adalah tidak melakukan pembunuhan dan tidak membuat rusuhan dalam negeri. Namun ,
pemberontakkan yang dilakukan oleh Hang Jebat dengan menderhaka adalah salah. Bila dibuat kajian secara symplitik , Hang Jebat telah menderhaka kepada raja dengan menghuru-harakan istana , membunuh seluruh isi istana , dan mengamuk di Melaka. Perbuatan ini dilarang oleh Allah. Hang Jebat telah bertindak secara melulu tanpa berfikir panjang. Tindakan yang diambil telah menyusahkan orang lain dan telah menyebabkan Melaka menjadi huru-hara. Hang Jebat sepatutnya menerima hakikat kematian Hang Tuah dan jika untuk mendapatkan keadilan sekalipun , Hang Jebat boleh menukar dasar kerajaan Melaka atau mengubah hukuman yang sering dilaksanakan oleh raja supaya kes seperti Hang Tuah tidak berulang lagi . Ini kerana Hang Jebat pada waktu itu telah menjadi orang kepercayaan raja Melaka . Rumusan yang dapat dibuat , derhaka dapat dinilai dari pelbagai sudut . Ia dapat dilihat dari sudut positif dan negatif . Penderhakaan Hang Jebat ialah sesuatu yang positif tetapi tindakannya adalah sesuatu yang negatif . Selain itu , penderhakaan juga adalah sesuatu yang negatif jika kita melihat pegangan masyarakat Melayu dahulu tetapi ia boleh menjadi positif jika raja yang ditentang itu adalah raja yang zalim tetapi tindakan yang diambil mestilah positif dan tidak lari daripada ajaran Islam .
BIBLIOGRAFI 1 . A . BAKAR HAMID . 1979 . (PERISTIWA-PERISTIWA DARI HIKAYAT HANG TUAH) . KUALA LUMPUR . DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA . 2. A . SAMAD AHMAD . 1979 (SULALATUS SALATIN) KUALA LUMPUR . DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA . 3 . SHEIKH OTHMAN BIN SHEIKH SALIM . 2005 . (KAMUS DEWAN EDISI KEEMPAT) KUALA LUMPUR . DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA . 4 . AWANG SARIYAN . 2007 . (FALSAFAH DAN LOGIKA MELAYU) SELANGOR . SYNERGYMATE SDN . BHD . 5 . HASHIM BIN HAJI MUSA . 2001 . (FALSAFAH , LOGIK , TEORI NILAI DAN ETIKA MELAYU SUATU PENGENALAN) AKADEMI PENGAJIAN MELAYU . UNIVERSITI MALAYA .