FALSAFAH DAN LOGIKA MELAYU JXEA 1104 HIKAYAT HANG TUAH NAMA : EMMELY ELVIRA JANNICCA JAITING NO. MATRIK : JEA080013 NAMA PENSYARAH : DR. AMRAN
SEMESTER 1 SESI 2008/2009 AKADEMI PENGAJIAN MELAYU UNIVERSITI MALAYA
Hikayat Hang Tuah
Maka orang banyak itu pun sebagai naik ke atas birai istana itu dari kisi-kisi istana itu. Maka Laksamana pun menyarungkan kerisnya lalu duduk di atas talam itu. Maka Hang Jebat pun menyarungkan kerisnya juga lalu pada sebuah talam itu berhadapan dengan Laksamana. Maka kata Laksamana, “Hai Si Jebat apatah dayaku, kerana aku dititahkan raja, membuangkan engkau? Dalam pada itu pun,jika engkau berdosa ini lain daripada dosa yang demikian, tahu juga kupohonkan. Yang engkau dan Hang Kasturi, Hang Lekir, Hang Lekiu ini bukanlah sahabat lagi kepadaku, penaka saudarakulah. Sukar aku berkata, “Setelah Hang Jebat mendengar kata Laksamana itu, maka ia pun menangis, katanya, “Kerana kita pun lima bersaudara berkecil-kecilan bukan lagi bersahabat. Penaka bersaudaralah.” Maka dilihat oleh Laksamana Hang Jebat berkata-kata itu adalah alpanya. Maka Laksamana pun matanya tiada lepas mengerling hulu keris Hang Jebat juga sungguhpun Laksamana berkata-kata itu, kaki tangannya sudah hamper mrnantikan Si Jebat cedera sedikit juga. Maka dengan takdir Allah, maka Hang Jebat pun meleng matanya memendang kepada pintu istana itu meihat orang banyak mengintai dari kisi-kisi itu. Maka Laksamana pun segera melompat, maka disentaknya keris pada pinggang Hang Jebat itu, dapat ke tangan Laksamana. Maka Hang Jebat pun terkejut, dilihatnya Laksamana menyentak kerisnya. Maka Hang Jebat pun berbangkit, serta diusirnya akan Laksamana, katanya, “Hai Si Tuah, demi Allah, bunuhlah aku,kerana aku tiada bekeris. “Maka Laksamana pun undur sedikit seraya berkata smbil tetawa, “ Hai saudaraku, kerana kerisku dianugerahkan oleh Betara Majapahit; sebab itulah maka aku ambil pula daripadamu. “ Maka sahut Hang Jebat, “ Hai laksamana, manatah katamu hulubalang besar lagi berani ternama? Sekarang membunuh aku tiada bersenjata. Jika tiada mau engkau membunuh aku tiada berkeris, pintalah aku keris yang lain supaya bertikam, supaya aku bangat mati dengan bersenjata; supaya mahsyurlah namaku.”
( Hikayat Hang Tuah : halaman 346)
Hikayat Hang Tuah merupakan satu contoh teks tertua yang muncul pada zaman klasik. Zaman klasik merupakan suatu zaman yang banyak membuahkan teks-teks hikayat yang berunsur mitos, sejarah mahupun lagenda. Antara contoh hikayat terkenal yang muncul pada zaman klasik ialah Hikayat Hang Tuah, Hikayat Merong Mahawangsa, Hikayat Raja Pasai, Hikayat Malim Deman, Hikayat Awang Sulung Merah, dan Hikayat Terung Pipit.
Hikayat Hang Tuah ini pertama kali disebut pada kurun ke-17 dan terdapat
sekurang-kurangnya 20 menuskrip teks tersebut. Hikayat Hang Tuah nampaknya telah wujud antara tahun 1641 dan tahun 1721.
Perkataan hikayat merupakan kata pinjaman dari Arab yang bermaksud semua jenis sejarah. Maksud perkataan hikayat dalam bahasa Melayu telah beubah mengikut peredaran masa sehingga dalam judul sesuatu karya, perkataan hikayat hanya membawa maksud cerita. Hikayat pada kebiasaannya membingangkan pokok ceritanya mengenai raja dan jurai keturunannya, disertakan pula dengan kejadian yang sakti an ajaib. Ceritacerita dalam Hikayat Hang Tuah pada keseluruhannya mengemukakan mengenai pengalaman-pengalaman hidup yang tulin yang disuburkan dengan idealisme yang tebal melalui penggunaan unsure-unsur mitos, rekaan dan dengan membesar-besarkan peristiwa yang melibatkan watak Hang Tuah.
Malalui petikan teks yang diambil dari Hikayat Hang Tuah, dapat digambarkan bahawa berlakunya peristiwa pertelingkahan antara watak Hang Tuah dan Hang Jebat. Hal demikian terjadi kerana terdapat keridaksefahaman antara kedua-dua watak. Hang
Tuah dan Hang Jebat ingin menegakkan keadilan dan kebenaran serta berpegang pada prinsip atau paradigma masing-masing yang tidak mahu tunduk kepada pihak lawan. Keadaan sedemikian menyebabkan kedua-dua watak in yang pada awalnya merupakan sahabat karib yang sama-sama berganding bahu dalam menjaga keamanan negeri dimana mereka menentang kejahatan dan menumpaskan musuh yang zalim.
Melalui kertas kerja saya ini, saya akan mengupas mengenai soal keperwiraan dan ketaatsetiaan watak antara dua orang sahabat dalam Hikayat Hang Tuah. Kebanyakan pengulas mahupun pengkritik teks in biasanya akan lebih menekankan pada watak Hang Tuah.
Hang Tuah biasanya akan dikaitkan sebagai watak utama yang mempunyai
perwatakan yang boleh dikatakan sempurna dan sentiasa diagung-agungkan sebagai seorang wira. Namun pada kertas kerja saya ini, saya akan lebih menekankan pada watak Hang Jebat yang juga memainkan peranan penting dalam perjalanan cerita Hikayat Hang Tuah.
Petikan teks berkenaan menunjukkan bahawa Hang Jebat adalah seorang yang lebih rasional, cerdik dan pintar. Hang jebat melakukan penderhakaan bukan didoronh oleh keinginannya untuk merampas kuasa raja, tetapi oleh kesetiaannya kepada sahabatnya dan penentangannya terhadap kezaliman. Hal demikian dapat dikukuhkan melalui sikap Hang Jebat yang tidak pernah gentar untu berhadapan dengan Hang Tuah kerana dia percaya bahawa dia berada di pihak yang benar. Hanh Jebat tidak sama sekali gentar walaupun mengetahui bahawa nyawanya akan melayang oleh keris Taming Sari kepunyaan Hang Tuah.
Berdasarkan salah satu daripada jenis ilmu pengetahuan iaitu ilmu falsafah, dapat dihuraikan bahawa pengukuran kebenaran adalah berasaskan kepada akal yang rasional berlandaskan paradigma berfikir yang logikal. Perkara ini dapat dilihat melalui watak Hang Jebat yang percaya kepada kebenaran dan tidak takut walaupun terdapat tentangan terhadap dirinya iaitu oleh sahabat karibnya sendiri iaitu Hang Tuah. Pertelingkahan berlaku apabila dua prinsip yang sama tetapi mempunyai cara pngukuran logikal yang berbeza bertembung antara satu sama yang lain dalam cerita ini.
Menyentuh mengenai bidang-bidang kajian ilmu falsafah pula, pelbagai aliran falsafah yang telah wujud akibat arus perkembangan masa kini. Perbezaan alliran itu disebabkan oleh sudut pandangan semesta, nilai dan kepercayaan yang berbeza-beza dalam kalangan pendukungnya.
Antara aliran-aliran falsafah yang utama adalah
rasionalisme, emperisme, idealisme, eksistensialisme, dan realisme. Pada pandangnan saya, pengarang teks Hikayat Hang Tuah ini lebihi menjurus kepada aliran realisme. Aliran relisme ini merupakan satu aliran pemikian klasik awal dan diasaskan oleh Aristotle. Hal demikian keana pengarang menceritakan peristiwa yang terdapat alam cerita dengan penelitian secara realiti yang terdapat dalam alam tabii.
Teori keserasian kebenaran juga dapat dikaitkan dengan petikan teks Hikayat Hang Tuah berkenaan.
Perkaitan ini wujud kerana teori keserasian kebenaran
menegaskan bahawa sesuatu perkara atau perbuatan itu adalah benar dan patut jika serasi dengan keperluan dan keadaan masyarakat. Sebagai contoh, tindakan Hang Jebat yang
dianggap sebagai menderhaka kepada raja adalah wajar kerana Hang Jebat mempunyai alas an yang kukuh iaitu menuntut pembalasan ke atas tindakan raja menjatuhkan hukuman bunuh ke atas sahabatnya Hang Tuah walaupun Hang Tuah berkelakuan setia terhadap raja dan banyak memberikan sumbangan kepada raja. Oleh itu, Hang Jebat bangkit untuk menbalas dendam dan menuntut keadilan agar perkara yang sama tidak alan berulang lagi terhadap orang lain setelah Hang Tuan mengalaminya disamping terkilan dengan sikap raja yang menjatuhkan hukuman tanpa sebab yang munasabah.
Selain itu, penggunaan akal amat penting dalam menilai sesuatu perkara. Contohnya, sewaktu pertelingkahan Hang Tuah dan Hang Jebat berlaku, Hang Tuah seakan-akan bersikap tegas demi untuk mendapatkan kembali haknya yang telah dirampas oleh Hang Jebat iaiti keris Taming Sari. Hang Tuah mempunyai alas an untuk menentang Hang Jebat sekiranya Hang Jebat bertindak keatasnya. Hang Jebat turut mempunyai alas an untuk bertindak balas sekiranya ditentang oleh Hang Tuah untuk mempertahankan dirinya. Kejadian perebutan keris Taming Sari ini telah menyebabkan kedua-dua sahabat itu daling bertikam lidah dan membunuh antara satu sama yang lain. Jelas kelihatan bahawa penggunaan akal adalah amat penting dalam menghadapi dan menangani sesuatu situasi di luar kawalan.
Secara keseluruhannya, kejadian petelingkahan melalui petikan berkenaan menunjukkan bahawa ia tidak membawa kepada kebaikan tetapi membawa kepada keburukan akibat kekerasan hati antara kedua-dua pihak. Keburukan yang dimaksudkan ialah kejadian bunuh-membunuh antara satu sama lain.
Akibat daripada peristiwa
berkenaan, Hang Jebat akhirnya mati ditikam dan ditetak oleh Laksamana Hang Tuah dan Hang Jebat telah diperlakukan seperti seorang yang tidak berguna. Mayat Hang Jebat dipertontonkan kepada seluruh rakyat dengan perintah raj pengaruh daripada kata-kata Hang Tuah. Keadaan sedemikian jelas menunjukkan bahawa Hang Tuah merupakan seorang yang tidak mempunyai belas kasihan yang sepatutnya dipunyai oleh seorang wira. Kesetiaan yang melampau keatas raja telah menyebabkan sahabat karibnya Hang Jebat terkorban.
Hal sedemikian sepatutnya amat tidak wajar berlaku dalam kalangan masyarakat Melayu. Ketaatan kita terhadap seseorang seharusnya tidak memberikan kesan terhadap orang lain.
Sikap berperikemanusiaan haruslah ada dalam diri setiap masyarakat.
Keadaan demikian akan dapat mewujudkan keharmonian hubungan antara masyarakat. Melalui tindakan Hang Tuah itu, Hang Jebat lah yang seharusnya digelar sebagai seorang wira mahupun pahlawan kerana beliau sanggup mati untuk mempertahankan pendiriannya. Beliau juga tidak mahu mengaku kalah dengan begitu sahaja dan sekaligus sanggup mati sebagai seorang pahlawan.
Menerusi hujah yang telah saya kemukakan diatas, dapat saya simpulkan bahawa Hang Tuah dan Hang Jebat sememangnya mendokong dua prinsip yang sama tetapi membawa kepada tindakan yang bertentangan. Pertikaman mereka berdua bukan sahaja menyerupai suatu sengketa pendirian, bahkan suatu pertikaian social yang melibatkan seluruh anggota masyarakay. Namun, oleh kerana sikap Hang Tuah yang jujur dan
progresif, maka kita dapat menganggap Hang Jebat sebagai seorang pahlawan yang lebih utama berbanding Hang Tuah dalam cerita ini.
BIBLIOGRAFI Ahmad Sarji . 2004 . Hang Tuah Tokoh Epik Nasional . Kuala Lumpur . Pelanduk Publication (M) Sdn. Bhd. Amir Hamzah . 1982 . Sastera Melayu Lama dan Raja-rajanya . Jakarta . Penerbit PT. Dian Rakyat. Kassim Bin Ahmad . 1966 . Characterization in Hikayat Hang Tuah. Kuala Lumpur . Dewan Bahasa dan Pustaka. Kassim Ahmad . 1975 .Hikayat Hang Tuah . Kuala Lumpur .Dewan Bahasa dan Pustaka.