ASSIGMENT FALSAFAH JXEA1104 Tajuk : Hikayat 1001 Malam (Kisah Shahar Zad Di Istana Raja) Nama : Farah Athirah Binti Mohamed Arifin No. Matrik : JEA080016 Nama Pensyarah : Profesor Dr . Amran bin Muhammad Semesta 1 SESI 2008/2009 Akademi Pengajian Melayu , Universiti Malaya
PENGENALAN Falsafah adalah makna di sebalik sesuatu. Perkataan falsafah menggabungkan dua perkataan iaitu ‘philo’ bermaksud cinta dan ‘sophia’ bermaksud kebijaksanaan dan kebenaran. Oleh itu falsafah boleh di maksudkan ‘cinta kepada kebenaran’. Falsafah juga adalah
pengetahuan insan terhadap dirinya sebagai mikrokosmos. Namun takrif ilmu falsafah seharusnya lebih terpeinci daripada pengertian yang begitu luas dan longgar. Falsafah boleh di takrifkan sebagai satu proses mengasah, menajam, menghalusi akal budi pekerti bagi mengangkat martabat insan hampir kepada Tuhan. Hal ini adalah menerangkan tentang peranan falsafah. Selain itu falsafah juga adalah bidang ilmu yang menjadi fitrah kehidupan dan yakin itu adalah kebenaran. Untuk pengetahuan umum falsafah di katakana wujud sebelum kelahiran Nabi Isa. Falsafah boleh di bahagikan kepada enam ilmu pengetahuan iaitu matematik, logik, fizik, metafizik, politik, dan etika. Bidang-bidang ini kadangkala selari dengan agama dan kadangkala pula sangat berlawanan dengan agama. Manakala menurut erti kata falsafah, Hasbullah Bakry, menghuraikannya daripada tiga sudut pandangan iaitu daripada sudut bahasa, sudut praktis, dan sudut perbezaannya. Jika di lihat daripada sudut bahasa iaitu ‘philosophy’ yang bermaksud ‘cinta akan kebenaran’ iaitu menyukai, mencari, menginginkan, sesuatu yang benar. Sudut Praktis pula ialah ilmu, penyelidikan, kajian secara mendalam dan melihat sesuatu secara terpeinci. Manakala sudut perbezaan pula ialah perbezaan daripada skop, kesatuan keseluruhan dan melihat hakikat kewujudan dan menghubungkaitkan antara satu sama lain. Contohnya perkaitan antara falsafah dengan ilmu kimia, fizik, bahasa matematik dan sebagainya. (1) Oleh itu, saya telah mengambil Kesusasteraan Hikayat iaitu salah satu daripada hikayat berunsur islam iaitu Hikayat 1001 Malam. Dalam perbendaharaan kesusasteraan Melayu Tradisional genre kesusasteraan hikayat merupakan genre terbesar dari segi bilangannya. Hikayat merupakan lanjutan daripada cerita-cerita lipur lara yang di perkaya dengan jalinan unsur-unsur cerita asing. Sastera hikayat ini merupakan hikayat-hikayat yang berbentuk cerita atau naratif, bersifat hiburan dan didaktik. Hasil genre ini jelas lahir daripada tradisi tulisan yang berdasarkan
banyaknya manuskrip atau naskhah yang terkumpul di pusat-pusat dokumentasi naskhah Melayu di serata dunia. Perkataan ‘hikayat’ berasal daripada bahasa Arab, hikaya. Makna asal yang didukung oleh perkataan Arab ini alah “pelbagai sejarah” tetapi menerusi peredaran zaman maksudnya boleh berubah menjadi cerita rekaan yang berunsur naratif dengan kecenderungan menghibur yang ketara. Kesusasteraan hikayat ini dihasilkan dalam bentuk prosa dan puisi dan karya-karyanya banyak membawakan cerita ajaib yang berunsur hiburan hasil daripada imaginasi pengarangnya. Manakala hikayat berunsur Islam ialah hikayat yang berasal dari Arab-Parsi contohnya Hikayat 1001 Malam, Hikayat Darmata’siah, Hikayat Qamar al-Zaman, dan Hikayat Damsyik (Siti Hawa Salleh, 1993).
(2) HURAIAN FALSAFAH DI DALAM KISAH SHAHAR ZAD DI ISTANA RAJA Falsafah pertama yang ingin saya kupas dalam hikayat ini dari segi aliran falsafah iaitu pragmatime. Maksud pragmatisme ialah kegunaan, kelebihan, dan manfaat yang praktikal sebagai hasil bagi sesuatu fikiran, kegiatan dan perbuatan itulah yang menentukan nilai dan kebenaran serta kebaikannya. Pragmatisme juga adalah sesuatu rancangan atau tindak-tanduk untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Jika dikaitkan dengan cerita yang telah saya kaji di dalam Hikayat 1001 Malam ini dapat di lihat apabila Shahar Zad iaitu anak kepada salah seorang menteri kepada Raja Shah Riau telah membuat keputusan untuk berkahwin dengan Raja Shah Riau yang kejam itu. Baginya setelah dia berkahwin dengan Raja Shah Riau, ayahandanya
terlepas daripada kemurkaan. Shahar Zad telah menggunakan kebijaksanaannya dan sanggup berkorban demi ayahandanya. Dalam konteks falsafah sesuatu yang praktikal dan membawa hasil yang bermanfaat, itulah yang mempunyai nilai dan kebenaran yang tinggi. Selain itu nilai kebijaksaaan juga dapat dilihat pada diri Shahar Zad apabila dia membuat satu strategi bercerita selama 1001 malam kepada Raja Shah Riau, justeru itu Shahar Zad terselamat daripada di bunuh oleh Raja Shahar Zad yang tidak berhati perut itu, hal ini demikian berlaku kerana Raja Shah Riau tertarik dan terpegun dengan setiap episod bersambungan yang di ceritakan oleh Shahar Zad itu sepanjang 1001 malam. Kebijaksanaan Shahar Zad adalah aliran pragmatisme yang ekstrim boleh mewajarkan sebarang langkah, kaedah, dan strategi di gunakan, asalkan ianya mendatangkan hasil yang baik, yang dengan itu boleh mengorbankan sebarang prinsip dan akal, bahkan prinsip
(3) dan idealnya ialah keuntungan dan keberhasilan pada akhirnya atau “happy ending”. Shahar Zad telah menggunakan pemikiran reflektif iaitu memikir kali ke2 (2nd order thught). Shahar Zad pandai memikirkan sesuatu penyelesaian yang reflektif atau membawa kesan yang positif. Selain itu falsafah dari segi antologi iaitu kajian tentang hakikat kewujudan. Hal ini demikian yang dapat di kaitkan dengan Hikayat 1001 Malam ialah ayahanda kepada Shahar Zad menerima tentang hakikat kewujudan bahawa Raja Shah Riau yang terlalu kejam itu. Ayahanda Shahar Zad juga harus menerima hakikat kewujudan sifat keberaniaan, kebijaksanaan dan pemgorbanan anaknya yang sanggup bergadai nyawa demi menyelamatkan dirinya daripada dimurkai oleh Raja Shah Riau. Secara analisisnya Shahar Zad telah menyelesaikan pelbagai masalah yang menimpa ayahanda dan dirinya setelah berkahwin dengan Raja Shah Riau. Didalam falsafah analisis
bermaksud menghuraikan data, menghuraikan masalah, memecahkan dan membahagikan segala masalah dan kerumitan. Secara logiknya Shahar Zad telah menggunakan akal fikiran iaitu pentaakulan yang efektif bagi mengelak daripada ayahandanya di murkai dan menyelesaikan masalah tentang Raja Shah Riau yang suka berkahwin dan setelah berkahwin Raja Shah Riau membunuh isterinya. Namun, kaedah pentaakulan yang ada pada Shahar Zad telah menyelamatkan dirinya serta gadis-gadis lain. Seterusnya falsafah yang dapat di lihat pada cerita Kisah Shahar Zad Di Istana Raja dalam Hikayat 1001 Malam ini ialah idealisme yang bermaksud hakikat wujud yang sebenar, wujud empiri atau zahiriah ini berpunca dan bergantung kepada wujud dalam bentuk fikiran itu, dan tidak boleh wujud bersendirian. Hal ini dapat di lihat apabila Shahar Zad menegakkan (4) keadilan dirinya dan anak-anak gadis daripada maut di tangan Raja Shah Riau. Idealisme yang ada pada diri Shahar Zad telah berjaya menewaskan atau menundukkan Raja Shah Riau itu. Selain itu ilmu falsafah epistimologi yang bermaksud kajian tentang ilmu pengetahuan. Kajian atau ilmu itu memberi makna satu bentuk limpahan yang memberi makna atau kuasa dalaman, oleh itu dalam cerita Kisah Shahar Zad Di Istana Raja ialah pengorbanan Shahar Zad yang tidak sampai hati melihat ayahandanya dalam kesusahan. Dia sanggup berkahwin dengan Raja Shah Zad. Oleh itu hal ini dapat dilihat dari segi ilmu mistik iaitu ilmu tentang objek yang abstrak atau transcendental yang berdasarkan paradigma pemikiran yang mistikal dan supralogikal melalui kaedah latihan yang bersifat jasmani dan rohani. Contohnya ayahanda kepada Shahar Zad begitu terharu dan sedih dengan pengorbanan anakandanya itu. Ilham, kasyat dan wahyu dengan nilai kebenarannya berasaskan pengukuran rasa kalbu atau hati iaitu lebih tumpuan kepada hati ayahandanya itu dan sangat risau tentang keputusan Shahar Zad untuk berkahwin dengan Raja Shah Riau.
Falsafah seterusnya yang dapat di kupas dari cerita Kisah Shahar Zad Di Istana Raja ini ialah dari segi saluran pemerolehan ilmu iaitu intuisi yang bermaksud unsur rohaniah yang bertempat di hati yang dapat menanggapi dan mengerti secara terus dan spontan makna sesuatu perkara melalui perkara melalui fikiran dan akalnya. Dalam cerita Kisah Shahar Zad Di Istana dapat di kupas tentang sifat-sifat ayah kepada Shahar Zad salah satu dari sifatnya ialah kesetiaan. Sifat kesetiaan adalah sifat yang positif dan terpuji. Hal ini demikian ayahanda Shahar Zad begitu taat setia terhadap Raja Shah Riau walaupun dia tahu bahawa Raja Shah Riau seorang raja yang suka mengambil kesempatan dan kejam. Namun ayahanda kepada Shahar Zad iaitu salah (5) seorang menteri di Istana Raja runsing memikirkan titah raja dan bagaimana hendak menghadap Raja Shah Riau dengan tangan kosong. Lalu Shahar Zad telah membuat keputusan untuk berkahwin dengan Raja Shah Riau dan ayahandanya boleh terselamat daripada kemurkaan Raja Shah Riau. Jika di kaitkan dengan intuisi yang kedua ialah kesedaran dan pemahaman tentang alam dan kewujudan yang tinggi yang merentasi alam zahiriah ini yang membawa kepada pemahaman tentang keseluruhan eality atau alam kewujudan, yang terkhusus kepada manusia yang menjalani kehidupannya dalam kebenaran agama berasaskan kebaktian kepada Tuhan secara ikhlas(jujur), khusu’(penuh ingatan), dan tawaddu’(penuh kerendahan hati). Justeru itu fajsafah intuisi ini sangat bersesuaian dengan sifat kesetiaan ayahanda Shahar Zad dan pengorbanan Shahar Zad.
(6)
KESIMPULAN Secara konklusinya dapatlah di simpulkan bahawa ilmu falsafah akan memberikan asasasas falsafah dan logika secara umum, membandingkan falsafah dan logika melayu daripada falsafah dan logika barat dan juga menerapkan falsafah dan logika melayu dalam gerak kerja lisan dan tulisan. Justeru itu daripada hikayat ini dapatlah dikupas secara perspektif ilmu falsafahnya terhadap karya Melayu klasik. Terdapat beberapa ilmu falsafah telah di masukkan atau di kupas dalam karya Melayu klasik ini antaranya ialah pragmatisme, intuisi, trasendental, epistimologi, idealisme dan lainlain. Manakala antara nilai-nilai murni yang di tampilkan dalam Kisah Shahar Zad di Istana Raja ini ialah pengorbanan, kasih sayang, kebijaksanaan, taat setia, keberaniaan, dan banyak lagi. Oleh sebab itu, amat sesuailah ilmu-ilmu falsafah di masukkan atu di kupas ke dalam nilai-nilai positif tersebut.
(7) PETIKAN “Kenapa anakanda lihat ayahanda termenung berduka cita hari ini? Apakah yang ayahanda susahkan, padahal ahli-ahli syair telah berpesan : Wahai sesiapa yang menanggung duka, jangan selalu menaruh duka,” kata Shahar Zad setelah melihat keadaan ayahnya seperti seorang yang kesusahan yang amat sangat. “Ayahanda sekarang sedang runsing memikirkan titah raja, dan bagaimana hendak menghadap baginda dengan tangan kosong.” “Ayahanda yang dikasihi! Kahwinkan sahaja anakanda ini dengan raja yang kejam itu supaya ayahanda terlepas dari kemurkaan. Sekiranya Tuhan mengizinkan anakanda hidup, dapatlah dimerdekakan nyawa gadis-gadis saudara sejenis dengan anakanda daripada maut. Dan jika pendek umur, biarlah anakanda menjadi korban menggantikan nyawa gadis yang lain.” “Wahai
anakku
yang
kucintai!
Janganlah
ceburkan
dirimu
kedalam
bahaya
kebinasanaan,” sahut menteri itu. “Anakanda tidak berganjak daripada apa yang telah anakanda katakan. Janganlah kiranya ayahanda tolak.” “Wahai anakku dan jangtung hatiku! Ayahanda takut peristiwa yang telah berlaku ke atas diri keldai dan lembu serta tuannya, berlaku pula kelak ke atas diri anakanda sendiri.” Shahar Zad pun segera bertanya apakah yang telah berlaku ke atas diri kedua ekor binatang itu. Anak yang cerdik dan bersedia mengorbankan dirinya itu berperi-peri sangat hendak mengetahui apakah gerangan nasib menimpa binatang-binatang tersebut. Menteri itu pun menceritakan peristiwa itu kepada anaknya.
BIBLIOGRAFI
Awang Sariyan.2008.Falsafah dan Logika Melayu. Selangor : Synergate Sdn.Bhd. Hasyim Musa.1998.Falsafah.Kuala Lumpur. Akademi Pengajian Melayu. A.k.Zain,1992.Kisah Seribu Satu Malam.Kuala Lumpur. Pustaka Antara. http://www.wikipedia.com.my
(8)