Hikayat 1001 Malam

  • Uploaded by: Firda
  • 0
  • 0
  • October 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Hikayat 1001 Malam as PDF for free.

More details

  • Words: 1,532
  • Pages: 8
FALSAFAH HIKAYAT 1001 MALAM (KARYA KLASIK) JXEA1104 6

AL FATIHAH BT AMRAN JEA080003 PROF. DR. AMRAN BIN MUHAMMAD SEM 1 SESI 2008/2009

12

AKADEMI PENGAJIAN MELAYU UNIVERSITI MALAYA

Perkataan falsafah mula diperkenalkan atau digunakan oleh Pythagoros pada (570-504 sebelum Masihi). Perkataan ini berasal daripada bahasa Yunani atau Greek purba, dari sudut Etimologi perkataan falsafah di sebut sebagai philosophiedalam bahasa Yunani, philo bererti “cinta” 18 manakala sophie bererti “hikmah” atau “kebenaran”.falsafah ialah cinta akan kebenaran. Falsafah adalah suatu bidang yang menkaji, mengungkap, menperincikan dan merenungkan sesuatu dalam pelbagai bidang ilmu yang wujud atau alam semesta mulai dari peringkat bawah hingga ke akar umbi. Menurut pandangan atau huraian Hasbullah Bakry (1946:5 6), beliau telah menbahagikan falsafah kepada tiga sudut pandangan yang berbeza, iaitu sudut bahasa, sudut pengertian pratis 24 dan daripada sudut perbezaan daripada segala ilmu pengetahuan lain. Dari sudut bahasa beliau menyatakan falsafah bererti cinta akan hikmah atau cinta akan kebenaran yang berasal daripada perkataan Yunani iaitu “philosophie”. Dari sudut pengertian pratis pula ialah sesuatu pekara yang difikirkn secara mendalam tentang hakikat sebenarnya. Manakala sudut perbezaan daripada ilmu lain menurut beliau pula falsafah dibahagikan kepada dua cirri yang khusus yang pertama ialah ilmu pengetahuan lain 30 tidak menkaji secara mendalam atau skop penkajiannya adalah sempit manakala falsafah mengkaji atau melihat alam wujud atau semesta sesuatu pekara atau kejadian yang belum diterokai atau dikaji sepenuhnya lagi. Ciri yang kedua ialah falsafah melihat atau menjalankan kajian penyelidikannya secara menyeluruh dan mengatasi segala ilmu pengetahuan lain untuk mengungkapkan tiga persoalan yang penting iaitu apa, darimana dan kemana. Sementara ilmu lain hanya sekadar menbahaskan sebab dan akibat sesuatu kejadian sahaja. Dengan erti kata lain 36 falsafah merujuk kepada kegiatan pencarian atau pemerolehan kebijaksanaan,yang sesuai dengan

erti kata itu menurut etimologinya. Falsafah juga adalah bidang ilmu yang menbatasi segala bidang ilmu pengetahuan. Saya ingin menkaji atau menjelaskan falsafah yang saya nampak atau yang saya faham dengan menggunakan sebuah karya klasik iaitu Kesusasteraan Hikayat mengenai Hikayat 1001 Malam. Hikayat 1000 Malam adalah salah satu karya hikayat yang berunsur Islam yang berasal 42 daripada Arab Parsi yang tergolong dalam kesusasteraan hikayat. Perkataan hikayat berasal daripada perkatan arab iaitu “hikaya” yang bermaksud “pelbagai sejarah”

tetapi akibat

peredaran zaman maksudnya berubah menjadi cerita rekaan yang berunsur naratif dan kecenderungannya lebih kepada hiburan. Hasil-hasil karya hikayat terdiri daripada puisi dan prosa. Disebabkan ini hasil-hasil karya hikayat banyak terdapat cerita-cerita ajaib yang berunsurkan hiburan hsil daripada 48 imaginasi pengarang pada masa tersebut yang bertujuan untuk menarik minat masyarakat pada zaman dahulu. Dalam sastera melayu tradisional kesusasteran hikayat dapat dibahagiakan kepada tiga kelompok atau jenis yang bersesuaian dengan zaman yang diwakilinya, iaitu hikayat yang berunsur Hindu contoh karya yang dihasilkan pada zaman ini ialahua epik yang terkenal pada masa itu iaitu epik Rayamana dan Mahabhrata, terdapat beberapa karya melayu yang dihasilkan melalui kedua-dua epik tersebut contohnya Hikayat Pendawa Lima dan Hikayat Seri 54 Rama. Kelompok yang kedua pula ialah sastera hikayat yang berunsur Hindu Islam. Pada mulanya hikayat yang berunsur Hindu Islam ini adalah hikayat yang berunsur hindu tatapi telah diterap atau disesuaikan dengan masa dan unsur-unsur agama Islam oleh itu ia dipanggil sastera hikyat yang berunsur Hindu Islam. Contoh karyanya ialah Hikayat Ahmad Muhamad, Hikayat Inderaputra dan sebagainya. Kelompok atau jenis yang terakhir ialah sastera hikayat yang

60 berunsur Islam yang berasal daripada Arab Parsi seperti Hikayat Qamar al-Zaman, Hikayat Damsyik dan banyak lagi termasuklah Hikayat 1001 Malam. Falsafah yang ingin dikaji dalam Hikayat 1001 Malam ialah berdasarkan satu cerita yang terdapat dalam hikayat tersebut yang bertajuk Mulut Gatal Dadan Binasa. Cerita ini adalah diceritakan oleh seorang watak dalam hikayat tersebut iaitu seoarang pembesar kepada anak perempuannya yang menawarkan diri untuk berkahwin dengan seorang raja yang zalim yang 66 akan membunuh isterinya selepas dikahwininya dalam satu malam. Tujuan pembesar itu adalah untuk menyedarkan anaknya dan akibat daripada perbuatannya itu. Secara ringkasnya cerita mulut gatal badan binasa ini menceritakan tentang kehidupan seorang saudagar yang mempunyai banyak ladang dan menternak pelbagai jenis binatang. Saudagar ini diberi keistimewaan oleh tuhan kerana dapat mengerti bahasa binatang. Lembu telah meluahkan perasaan tidak puas hatinya kepada keldai dengan erti kata lain 72 lembu cemburu dengan keldai yang mendapat segala kesenagan dan kemewahaan sedangkan dia terpaksa bekerja dari pagi hingga ke malam dan diberikan makanan serta tempat tinggal yang serba kekurangan. Mendengar luahan lembu tersebut keldai telah menasihati lembu supaya berpura-pura sakit apabila disuruh bekerja pada keesokan harinya. Akibat mulut keldai yang gatal telah menyebabkan beliau disuruh mengantikan pekerjaan lembu kerana semua nasihatnya telah di 78 dengari oleh saudagar.Keldai amat menyesal atas segala perbuatannya. Falsafah yang ingin saya kaji atau yang saya dapat lihat melalui petikan dalam cerita tersebut ialah falsafah mengenai kesyukuran atau parasaan tidak bersyukur makhluk tuhan dengan apa yang di anugerahkan. Falsafah ini dapat dilihat melalui watak atau perwatakan makhluk tuhan iaitu lembu yang tidak

mensyukuri nikmat yang diperolehinya walaupun tidak setanding dengan yang dimiliki oleh makhluk lain. 84

(Hampir waktu senja baharulah balik ke bangsal yang kotor lagi busuk, bercampur gaul demgan anjing-anjing, kambing-kambing dan ayam itik. Dalam keadaanku yang begitu letih lesu dan lapar, khadam mencampakkan seberkas jerami atau rumput kering untuk makananku). Di sini saya bukan melihat melalui watak binatang tetapi melalui watak dan perwatakan manusia pada zaman tersebut,Dengan erti kata lain perwatakan yang diberikan kepada watak binatang tersebut sebenarnaya adalah perwatakan atau sifat manusia pada zaman tersebut yang

90 cuba disampaikan melalui watak bintang.

Pengarang cuba memperlihatkan perwatakan

masyarakat pada masa itu yang tidak mensyukuri segala pemberian tuhan kerana pada masa ini perkembangan agama islam atau pengamalan agama Islam dikalangan masyarakat masih di tahap yang rendah. Pada pandangan saya masyarakat pada masa itu tidak menggunakan akal yang waras untuk melakukan sesuatu pekerjaan dan tidak berpegang kepada ajaran yang benar kerana segala 96 tindak tanduknya berdasarkan pengalaman, melihat dan mendengar tanpa berfikir secara waras, hal ini jelas dalam tindakan lembu yang tanpa berfikir secara waras dan menyelidik dahulu apa yang diberitahu oleh keldai. Selain daripada petikan itu terdapat juga petikan yang menbicangkan atau menunjukan falsafah yang tidak meggunakan akal dan berlandaskan ajaran agama.Ini jelas melalui watak saudagar yang telah mendengar perbualan antara ayam dengan anjing yang mengutuk saudagar 102 dan disini ayam menceritakan pengalamanya menyelesaikan masalah isterinya yang ramai. Tanpa berfikir menggunakan akal saudagar terus menpratikkan apa yang didengarinya kepada isterinya yang degil tanpa mengira dan berlandaskan hukum agama Islam.

Hal ini adalah bersesuai dengan aliran falsafah Eksistensialisme yang dikaitkan dengan pandangan Kiekergaard (1813-1855) yang menekakan pengalaman atau penghidupan sebenar manusia ialah yang menjadi fokus segala pemikiran dan pertimbangan dan menolak aliran 108 falsafah yang lain contohnya idealisme,rasionalisme dan sebagainya. Akal adalah sumber ilmu pengetahuan manusia tetapi akal tidak lengkap tanpa pegagang agama atau matlamat hidup yang akan menbimbing seseorang itu ke arah kebaikan dan kebahagian. Menurut Ibn Bajjah iaitu seorang ahli falsafah Islam mengatakan akal dan wahyu adalah bersatu padu dan tidak dapat dipisahkan, apabila ia dipisahkan akan meruntuhkan segala akhlak manusia dan pincanglah masyarakat dan merosakan Negara. Tuhan memuliakan manusia dan 114

melebihkannya daripada makhluk-makhluk Nya yang lain dengan mengurniakan akal. Agama Islam meletakkan akal sebagai asas aqidah dan pertanggungjawapan manusia, adalah satu dosa apabila akal kurnian Nya di abaikan, hal ini di tegaskan dalam al-Quran Surah al-Mulk,ayat 1011, yang mengatakan al-Quran menyeru manusia supaya menggunakan akal fikirannya. Di sini jelaslah bahawa akal dan wahyu tidak dapat di pisahkan dan manusia perlu menggunakan keduaduanya untuk melengkapkan hidup di dunia dan mencari atau mengamalkan sebanyak mungkin

120

perintah Nya untuk bekalan hari akhirat. Kesimpulanya falsafah adalah suatu bidang yang menkaji segala unsur atau benda yang terdapat di alam semesta atau wujub

untuk menyelesaikan atau menjawab persolan apa,

mengapa dan ke mana tetapi hendaklah berdasarkan atau tidak keluar dari landasan agama Islam. Agama islam sendiri menggalakan umatnya menjalankan atau menkaji segala yang telah dijadikan oleh Yang Maha Kuasa untuk mengetahui dan mencari maklumat mengenainya dengan 126 erti kata lain setiap apa yang dijadikan oleh Allah mempunyai manfaat dan berdasarkan sebab atau kegunaan tertentu dan menjadi tugas manusia untuk mengkajinya dan menggunakannya a.

lampiran

“Alangkah besarnya tuah saudara. Duduk di tempat yang bersih, berasingan pula dari binatang132

binatang lain. Makan pun benda-benda yang baik, dan cukup dibela, dan dijaga orang. Aku ini hamba yang sial malang. Gelap-gelap subuh khadam sudah datang menyeret aku kerana mengangkat air untuk keperluan rumah. Kemudian, aku dihela pergi menbajak tanah dan mengisar gandum. Di sebelah petang pula mengangkat air lagi untuk menyiram tanam-tanaman. Hampir waktu senja baharulah balik ke bangsal yang kotor lagi busuk, bercampur gaul dengan anjing-anjing,kambing-kambing dan ayam itik. Dalam keadaanku yang begitu letih dan

138

lapar,khadam mencampakkan seberkas jerami atau rumput kering untuk makananku. Beginilah rupanya kehipanku selama-lamanya.” Ayam Jantan: “Aku berani bilang, tuan kita itu,tidak pandai mengajar isterinya. Kalaulah aku, aku cari dua atau tiga batang rotan,aku seret biniku itu ke dalam bilik. Setelah dikunci dari dalam,terus belasah dia sehingga minta ampun dan bertaubat. Selepas itu dia tak akan mengunlangi lagi pertanyaannya.”

144

Selepas mendengar percakapan di antara ayam jantan dengan anjing itu, maka saudagar itu berkata dalam hatinya, “ Betul juga kata ayam jantan itu. Apa fasal aku membunuh diri kerana seorang isteri yang degil?” Dia pun mengambil keputusan menurut apa yang dicakapkan oleh ayam jantan tadi.

BIBLIOGRAFI

150

Awang Sariyan, (Falsafah dan Logika Melayu) Selangor : Synergate Sdn. Bhd.

156 Hashim Musa, 1998. (Falsafah) . Kuala Lumpur. Akademi Pengajian Melayu

Http://www.friendster

Http://en, wikipedia.org/wiki/Ibn Bajjah

162

Related Documents

Hikayat 1001 Malam
May 2020 26
Hikayat 1001 Malam
October 2019 38
Hikayat 1001 Malam
October 2019 34
Hikayat 1001 Malam
October 2019 41
Hikayat 1001 Malam
October 2019 45
Hikayat 1001 Malam
October 2019 76

More Documents from "Nur Ain Mohd Amin"

Daftar Pustaka.docx
April 2020 31
Al-ghazali
October 2019 45
Plato
October 2019 71
Al-farabi
October 2019 46
Pantun
October 2019 40