FALSAFAH DAN LOGIKA MELAYU JXEA 1104 KARYA KLASIK
NAMA : SITI ZAHARAH BINTI OTHMAN NO.MATRIK : JEA080140 NAMA PENSYARAH : PROF.DR AMRAN MUHAMMAD SEMESTER : 1 SESI : 2008/2009 NAMA FAKULTI : AKADEMI PENGAJIAN MELAYU NAMA UNIVERSITI : UNIVERSITI MALAYA
PENGENALAN
Sastera hikayat merupakan hikayat-hikayat yang berbentuk cerita atau naratif;bersifat hiburan dan didaktif.Hasil genre ini jelas lahir daripada tradisi tulisan berdasarkan banyaknya manuskrip atau naskhah yang terkumpul di pusat-pusat dokumentasi naskhah melayu. Perkataan `hikayat` itu sendiri secara etimologinya dipetik daripada bahasa arab` hikaya`.Emies (1952)berpendapat hikayat merupakan lanjutan daripada cerita lipur lara yang diperkaya dengan jalinan unsur cerita asing.Kesusasteraan hikayat lahir dalam bentuk prosa dan puisi yang sering membawakan cerita ajaib berbentuk hiburan berdasarkan ilham pengarangnya. Dari sudut etimologi,falsafah berasal daripada perkataan Greek iaitu philosophia yang bermaksud `cinta akan kebijaksanaan`.Cinta akan kebijaksanaan itu sendiri membawa erti bahawa seseorang itu sendiri menyukai dan menginginkan sesuatu yang benar di sebalik hakikat atau kejadian sesuatu perkara.Dalam erti kata lain,falsafah merupakan satu penyelidikan yang berasaskan renungan dan pentaakulan bagi merumuskan sifat,hakikat serta kandungan alam semesta yang dilihat sebagai satu kesatuan berdasarkan fakta yang diambil dari semua aspek alam.Menurut pandangan Hasbullah Bakry(1964:56),falsafah dihuraikan mengikut tiga sudut pandangan iaitu bahasa,praktis dan perbedaannya dengan ilmu-ilmu yang wujud dalam alam semesta.Ilmu falsafah menurut Plato ialah proses meneliti hakikatyang mendasari sesuatu benda atauperkara di sebalik sifat luarannya, iaitu apa sebenarnya yang menjadi asas pembentukan sesuatu benda atau perkara.
FALSAFAH KEBIJAKSANAAN Berdasarkan petikan pertama yang diambil daripada kisah Hikayat Seribu Satu Malam seperti yang dilampirkan di bahagian lampiran terdapat falsafah kebijaksanaan yang digunakan yang dapat di kaitkan dengan teori rasionalisme.Dalam konteks ini,kebijaksanaan yang dimaksudkan adalah kebijaksanaan yang menggunakan fakulti akal dan bukan melalui pengalaman atau inderawi semata-mata. Kebijaksanaan Shahar zad dalam menyelesaikan masalah dengan menggunakan teknik atau pendekatan bercerita berjaya mengubah pendirian Raja Shah Riar.Jika dilihat dari sudut epistemologi,tidak dapat dinafikan bahawa Shahar zad merupakan seorang wanita yang bijaksana di mana beliau telah banyak membaca buku-buku yang berkaitan tawarikh, sejarah rajaraja, dan umat negeri pada zaman lampau.Beliau juga mempunyai puluhan buah simpanan naskhah buku.Jika ditilik secara hakikatnya, agak sukar dipercayai untuk mengubah budi pekerti seorang yang berpangkat tinggi dari segi darjat dan keturunannya apatah lagi Raja Shah Riar yang sarat dengan perasaan dendam.Epistemologi yang dapat dikaitkan dari petikan ini ialah sumber ilmu itu diperoleh secara penggunaan akliah dan kewibawaan akal sehingga berjaya melembutkan hati Raja Shah Riar yang boleh disamakan dengan teori pragmatisme. Ontologinya, petikan ini turut membincangkan hakikat kewujudan Tuhan semesta alam, Allah S.W.T yang dapat dibuktikan melalui perkataan …Demi Allah… Perkataan `Demi Allah ` itu sendiri secara holistiknya merujuk kepada hakikat kewujudan sebenar Tuhan yang dipercayai melalui rasa hati dan kalbu.Oleh itu dapat disimpulkan bahawa masyarakat yang wujud pada zaman itu
mengakui akan hakikat wujudnya Tuhan dan ini boleh disamakan dengan
masyarakat pada zaman kini yang percaya pada kewujudan Tuhan melalui wahyu dan naluri.
Aksiologinya, kewibawaan otoriti yang ditonjolkan oleh Shahar zad itu telah menyelamatkan nyawa beliau dari menjadi mangsa pembunuhan Raja Shah Riar.Jika dikupas dari sudut logika, dapat disimpulkan bahawa penggunaan akliah atau rasionalisme yang digunakan untuk menyelesaikan sesuatu masalah mencetuskan keberhasilan akhirnya.
FALSAFAH KETAATAN Berdasarkan petikan kedua yang diambil daripada kisah Hikayat Seribu Satu Malam seperti yang dilampirkan di bahagian lampiran, falsafah yang dibincangkan ialah ketaatan seorang golongan bawahan terhadap raja atau pemerintah.Ketaatan dalam konteks ini merupakan suatu nilai yang disanjung tinggi apabila menteri iaitu ayahanda Shahar zad sanggup melakukan perintah Raja Shah Riar supaya mencarikan seorang gadis untuk dijadikan isteri. Dari sudut epistemologi, kewibawaan akal yang digunakan menteri iaitu ayahanda Shahar zad tidak dapat mengatasi nilai ketaatan beliau terhadap Raja Shah Riar.Secara hakikatnya,kewibawanan akal beliau mengetahui akan niat dendam Raja Shah Riar namun sudah menjadi adat masyarakat pada zaman itu yang perlu menumpahkan sepenuh taat setia kepada raja.Dari sudut pandangan masyarakat pada zaman itu, seseorang yang ingkar dan derhaka terhadap golongan atasan boleh menimbulkan kemurkaan raja dan menerima hukuman yang berat.Dari sudut sejarah, golongan pemerintah pada zaman itu dianggap tinggi dan tidak boleh dicanggah oleh undang-undang. Secara aksiologi,perbuatan menteri itu sendiri menurut perintah raja membuktikan ketidaksetiaan beliau kepada raja.Logikanya, adalah harus menteri patuh akan arahan pemerintahnya jika dilihat dari sudut masyarakat pada masa itu namun rasionalismenya, adalah sebaliknya jika dikaji dari sudut amalan masyarakat moden masa kini di mana perlembagaan mengatasi kuasa raja.
FALSAFAH KASIH SAYANG
Berdasarkan petikan ketiga yang diambil daripada Hikayat Seribu Satu Malam seperti yang dilampirkan di bahagian lampiran, falsafah yang diketengahkan ialah nilai kasih sayang ang boleh dikaitkan dengan kasih sayang antara hubungan persaudaraan iaitu Raja Shah Riar dan Raja Shah Zaman.Kasih sayang ini merupakan suatu nilai yang disanjung tinggi di mana menggambarkan prhubungan yang erat mlatari kehidupan dua beradik walaupun terpisah kerana mempunyai kerajaan masing-masing. Jika dikaji dari sudut sejarah, adapt masyarakat melayu memang kaya dengan nilai kasih sayang.Kasih sayang yang mendasari budaya tu meliputi kiasih sayang antara ibu dan anak, suami dan isteri, serta kasih sayang antara hubungan persaudaraan seperti ang digambarkan di dalam petikan ini.Hubungan erat yang terjalin antara Raja Shah Riar dan Raja Shah Zaman tetap utuh walaupun secara hakikatnya Raja Shah Zaman menghadapi masalah konflik dalaman apabila menyedari kcurangan isterinya. Dari sudut logika, nilai kasih sayang itu sendiri adalah unsure rohaniah yang lahir dari dalam hati atau kalbu.Secara epistemologinya Raja Shah Zaman bo;leh dikatakan seorang yang bijaksana apabila berjaya mengawal perasaan dan menyembunyikan masalah beliau daripada pengetahuan Raja Shah Riar.Beliau menggunakan kewibawaan akal tanpa pengalaman inderawi semata-mata yang bertujuan untuk menjaga perhubungan mesra beliau dengan saudara kandungnya iaitu Raja Shah Riar.
KESIMPULAN
Sastera hikayat merupakan sebuah cerita yang berkesinambungan daripada cerita lipur lara.Lazimnya, cerita sastera hikayat banyak mengisahkan tentang satu golongan dalam masyarakat yang mempunyai kedudukan yang paling tinggi iaitu raja-raja.Wira dalam cerita itu sendiri biasanya menduduki takhta yang paling tinggi dan memiliki sebuah kerajaan. Sastera hikayat juga mengandungi unsur hiburan dan didaktik serta cerita ajaib yang ternukil dari pemikiran pengarangnya sendiri.Kewibawaan dan ketinggian darjat raja dalam cerita hikayat begitu agung sehingga rakyat-rakyatpatuh dan takut akan kemurkaan raja.Namun begitu, ketinggian darjat ini hanyalah berlaku pada zaman masyarakat zaman feudal sehangga raja atau pemerintah tidak boleh disangkal oleh undang-undang.
LAMPIRAN PETIKAN 1 Sampai disini fajar pun hampir terbit.Shah Riar dan Dunia Zad yang sedang asyik mendengar, terpinga-pinga seketika apabila Shahar Zad menghentikan ceritanya yang aneh itu. Kata Dunia Zad, "Alangkah aneh, lemak manis dan lazatnya cerita yang telah kakanda huraikan tadi.” Shahar Zad menjawab, "Sambungannya lebih-lebih lagi aneh dan lazat.Kakanda akan sambung jika Tuhan panjangkan umur dan Seri Paduka Baginda memberikan keizinannya." Raja Shah Riar yang juga sangat tertarik dengan cerita yang sangat lazat itu berkata di dalam hatinya, Demi Allah, perempuan ini tidak akan kubunuh pagi esok sehingga tamat ceritanya."Kemudian Raja Shah Riar masuk beradu.
PETIKAN 2 Beberapa hari lamanya menteri itu keluar merisik dan mencari seorang gadis untuk dipersembahkan kepada raja, tetapi tidak juga dapat.Ia pun pulang ke rumahnya dengan perasaan cemas dan amat berdukacitakan takutkan kemurkaan raja.
PETIKAN 3 Kemudian kedua beradik itu duduk beramah tamah dalam suasana yang penuh dengan sukacita dan kasih mesra.Pada zahirnya saja, Shah Zaman riang gembira, tetapi dalam hatinya amatlah dukacita.Fikirannya runsing mengenangkan perbuatan permaisurinya yang tidak setia, tergamak hatinya dan berani melakukan perbuatan yang paling jahat dan keji itu.Kecurangan permaisuri itu tidak luput daripada ingatannya, walau satu saat pun.
BIBLIOGRAFI A.K.Zain.1962.Kisah Seribu Satu Malam. Kuala Lumpur:Pustaka Antara.
http://www.Wikipedia.com.my