F ALSAFA
H DAN LOGIKA MELAYU JXEA 11O4 HIKAYAT 1001 MALAM
NAMA PELAJAR
:
NOR ASMANIRA BINTI ZAKARIA
NO MATRIK
:
JEA 080187
SESI
:
SEMESTER 1 2008/2009
NAMA PENSYARAH
:DR.AMRAN MUHAMMAD
NAMA TUTOR
:CIK HADIJAH ABD RAHMAN
FAKULTI
:AKEDEMI PENGAJIAN MELAYU
ISI KANDUNGAN
KANDUNGAN
MUKA SURAT
Pengenalan……………………………………………………… 1 Falsafah pemikiran tokoh……………………………………….. 2-4 Penutup………………………………………………………….. 5 Bibliografi………………………………………………………..6
HIKAYAT 1001 MALAM PENGENALAN
Merujuk kepada buku Prof. Dr. Awang Sariyan falsafah dari sudut etimologi berasal daripada perkataan yunani iaitu Philos bererti “cinta” dan Sophia bererti “hikmah” kata falsafah atau falsafah dalam bahasa melayu bererti “cinta akan hikmah”. Manakala bagi pendapat Prof. Hasyim bin Hj Musa falsafah ditaktifkan sebagai satu penyelidikan dan satu pengajian ilmu yang berasaskan renungan (reflective) dan penakulan (reasoning)
Saya memilih
falsafah kecurangan seorang isteri berdasarkan
petikan teks
hikayat 1001 malam. Kecurangan merujuk daripada kamus tatabahasa terbitan Dewan Bahasa Dan Pustaka bermaksud “tidak jujur” dan isteri bermaksud “perempuan yang menjadi pasangan hidup kepada seorang lelaki”. Dalam petikan yang dipetik daripada hikayat 1001 malam yang menceritakan kisah kecurangan permaisuri Raja Malik Shah Zaman yang menjalinkan hubungan cinta dengan seorang biduan istana, Peristiwa ini telah berlaku samasa Raja Malik Shah Zaman keluar dari istana untuk memenuhi jemputan kekandanya Raja Malik Shahriar. Tetapi malangnya di Sebabkan Baginda tertinggalkan sesuatu hadiah untuk kekandanya maka baginda pun berpatah balik untuk mengambilnya, ketika Raja Malik Shah Zaman masuk ke istana di situ banginda melihat permaisuri dengan seorang biduan istana sedang bercekerama, berbalasan pantun, dan bercumbuan. Setahu baginda walaupun sekali permaisuri tidak pernah berani keluar dari
bilik peraduan, disebabkan itulah permaisuri diberi penghormatan sepenuhnya oleh isteriisteri kerabat diraja Sasan
Dalam petikan ini pengarang iaitu Hasan Jauhar, Muhammad Ahmad Beranik dan Ahmin Ahmad Al-Atar ingin mengetengahkan falsafah kecurangan seorang isteri. Kecurangan Permaisuri Raja Malik Shah Zaman mungkin disebabkan kesunyian apabila permaisuri selalu
ditinggalkan oleh baginda.
Ini menunjukkan permaisuri
tidak
mendapat kasih sayang yang sepenuhnya daripada Baginda oleh itulah Permaisuri beralih kasih kepada seorang Biduan Istana. Masalah ini mendorong Permaisuri berlaku curang apabila permaisuri tidak boleh meminta cerai dengan mudah daripada Raja, ini kerana jika berlaku perceraian antara pemerintah dengan permaisuri ia akan dianggap sebagai menghina Kerajaan dan rakyat sikit demi sedikit akan hilang penhormatan kepada pemerintah tersebut. Kerana pemerintah dizaman tersebut mempunyai kuasa tertinggi dan dianggap mulia dalam semua aspek pada masa itu
Kecurangan seorang isteri kepada suami merupakan dosa besar di sisi agama. walaupun apa agama yang dianutinya. Namun kebanyakan isteri sanggup melakukan perbuatan ini kerana terasa selamat apabila perbuatan yang dilakukan tidak diketahui oleh suami. Falsafah kecurangn seorang isteri sinonim untuk dikaitkan dengan masyarakat melayu sekarang kerana banyak masalah perceraian berlaku akibat isteri menjalinkan hubungan cinta dengan pihak ketiga. Bagi pendapat isteri seperti ini mereka menganggap masalah rumah tangga yang dihadapi akan selesai dengan adanya pihak ketiga walhal mereka sepatutnya duduk semeja untuk berbincang masalah yang ditanggung dan
dihadapi masing-masing.
Kecurangan yang berlaku dalam rumah tanggatidak juga
kerana paras rupa dan harta benda, malam petikan 1001 malam baginda digambarkan mempuyai paras rupa dan harta lebih banyak daripada seorang biduan istana yang tidak mempunyai banyak kelebihan namun permaisuri sanggup berlaku curang terhadap Raja Malik Shah Zaman . Begitu juga dalam masyarakat melayu sekarang masalah perceraian yang berlaku kerana seorang isteri yang tidak setia dan menjalinkan hubungan dengan lelaki lain juga terjadi pada golongan berada dan memiliki paras rupa yang elok Seorang isteri yang melakukan perbuatan ini boleh dikatagorikan tidak mempunyai pegangan hidup dan tidak berfikir secara waras bahawa perbuatan yang dilakukan ini
akan
memburukkan dan meretakkan lagi hubungan rumah tangga mereka sendiri
Namun begitu tidak semua para isteri pada zaman sekarang dan dahulu kala berlaku curang kepada pasangannya, hanya segelintir sahaja isteri menduakan suami untuk memuaskan perasaan sendiri.isteri yang berlaku curang adalah kerana mereka tidak boleh menerima kekurangan suami dan merasakan dirinya lebih baik dibanding dengan suaminya. Namun kebanyakkan isteri dalam masyarakat melayu sekarang sudah sedia menerima baik dan buruk suami apabila mereka berkahwin dan isteri-isteri ini akan sentiasa mencari jalan penyelesaian yang terbaik jika berlaku perselisihan faham dalam rumah tangga mereka disamping sentiasa mencari peluang untuk membahagiakan rumah tangga.
Hal ini mungkin juga kerana isteri pada zaman ini lebih berpendidikan
berbanding isteri zaman dahulu yang tiada pendidikan tinggi. Selain itu perkahwinan pada dalam masyarakat melayu sekarang berlangsung apabila pasangan saling menyukai
ini berbeza dengan perkahwinan pada zaman dahulu yang kebanyakkannya perkahwinan berlangsung atas dasar paksaan dan bukan atas kerelaan individu itu sendiri. Namun kita dapat melihat ibu bapa kita dulu, mereka tetap menjadi pasangan yang bahagia dan tidak berlaku curang diantara mereka walaupun perkahwinan mereka dilangsungkan tanpa mengenali antara satu sama lain dan dirancang oleh datuk nenek kita. Ini menunjukkan walaupun pada zaman dahulu mereka tidak mempunyai pendidikan yang tinggi mereka tetap hidup bahagia hinggalah sekarang. Ini bermakna tidak semua para isteri zaman dahulu yang kurang berpendidikan berlaku curang kepada golongan suami mungkin isteri-isteri ini mempunyai pegangan agama yang kuat dan mereka takut dengan azab Allah jika berlaku curang. Tindakan yang diambil oleh suami keatas isteri yang curang bukan lagi bunuh sebagaimana tindakan Raja Malik Shah Zaman yang terus menikam permaisuri apabila baginda melihat perlakuan permaisuri yang hina itu,kerana tindakan ini mengambarkan Raja Malik Shah Zaman suka mengambil tindakan mengikut perasaan bukan terlebih dahulu bertanya kepada pembesar apakah tndakan yang patut dijatuhkan
kepada
permaisuri, dan hukuman yang akan dijatuhkan mistilah setimpal dengan kesalahan yang dilakukan. Ini menunjukkan perbezaan yang besar jika dibandingkan dengan zaman sekarang kerana pada zaman ini setiap kesalahan yang dilakukan mestilah merujuk kepada undang-undang Negara walaupun seorang pemerintah yang bersalah dan tindakan bunuh pula amat susah untuk dijatuhkan kepada seorang pesalah disamping itu setiap hukuman hendaklah mengikut langkah-langkah yang betul contohnya ada hukuman penjara, hukuman sebat dan sebagainya.
PENUTUP
Kesimpulannya kecurangan yang berlaku pada zaman dahulu dan dalam masyarakat melayu sekarang kerana pasangan suami isteri tidak memikul tanggungjawab masing-masing dengan sempurna.masalah ini tidak boleh dipersalahkan
satu pihak
sahaja kerana jika suami menjalankan tanggungjawab dengan baik, pasangannya mungkin tidak akan berpaling arah kepada pihak yang ketiga dan setiap tindakan yang diambil oleh suami hendaklah dilakukan dengan sabar dan murujuk kepada hukum allah bukan mengikut perasaan dan nafsu kerana sabda Allah menyatakan “Maka sabarlah engkau sebagaimana, sabarnya Rasul-rasul Ulul Azmi yang mempunyai keazaman dan ketabahan hati dari kalangan Rasul-rasul yang mendahului daripadamu dan janganlah meminta disegerakan azab untuk mereka.”…(Surah Al-Ahqaf’s)
Petikan Hikayat 1001 Malam
Apabila baginda masok ka-istana, di-dapati-nya permaisuri-nya sedang berchengkerama serta berbalasan pantun dengan sa-orang biduan istana.
Sa-tahu baginda bahawa
permaisuri-nya itu belum pernah berani keluar hatta dari bendul bilek peraduan-nya sakali pun, kerana demikian-lah penghormatan yang telah teradat bagi isteri raja2 bangsa Sasan masa itu.
Demi di-lihat oleh raja Shah Zaman akan peristiwa yang sangat memalukan dirinya itu maka dengan serta-merta timbul-lah kemurkaan baginda dan api kemarahan-nya pun naik menyala2. dengan tidak berfikir panjang lagi baginda pun segera menghunus pedang-nya lalu menerkam permaisuri serta biduan yang sedang berchumbu2an itu. Permaisuri serta biduan itu pun mati ditikam baginda.
BIBLIOGRAFI
Hikayat 1001 malam penggal 1 terbitan Dewan Bahasa Dan Pustaka Mutiara sastera melayu tradisional,penyelanggaraan Majlis Peperiksaan Malaysia. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka 2006 Liaw Yock Fang,1991,Sejarah kesusasteraan melayu klasik1:Jakarta Penerbit Erlangga Vansina,J,1972,Oral Tradition:A Study in Historical Methodology.London Routledge & Kagen paut Ltd Zainal Abidin Ahmad(Za’ba),1962,ilmu pengarang melayu: Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka. Zaliha Sharif dan Jamilah Hj Ahmad(peny),1993.kesusasteraan melayu tradisional, Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka.