Hikayat 1001 Malam

  • Uploaded by: ladyrozy
  • 0
  • 0
  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Hikayat 1001 Malam as PDF for free.

More details

  • Words: 815
  • Pages: 8
HIKAYAT SERIBU SATU MALAM

Ciri-ciri Hikayat 1001 Malam 1. Dari segi isi cerita Dari segi isi cerita menceritakan pemaisuri Shahar Zad bercerita berbagai-bagai cerita kepada suaminya Raja Shah Riar untuk mengelakkan dibunuh oleh suaminya yang menganggap kesemua wanita ada curang kepada suaminya. Shahar Zad juga bercerita bagi menyedarkan suaminya bahawa tidak semua wanita curang terhadap suaminya. Shahar Zad bercerita selama 1001 malam atau selama 3 tahun sehingga Raja Shah Riar insaf daripada perbuatannya. 2. Struktur isi cerita Struktur isi cerita terbahagi kepada 2 bahagian iaitu bahagian pertama pokok cerita dan bahagian kedua ialah cerita sisipan. Cerita pokok dalam cerita ini ialah Hikayat Seribu Satu Malam. Manakala cerita sisipan ialah cerita yang terdapat dalam cerita pokok itu yang diceritakan oleh Shahar Zad seperti :

1. Kisah Saudagar dengan Jin Ifrit 2. Nasib Ibu Tiri Yang Kejam Selain dari itu cerita sisipan yang lain seperti Mulut Gatal Badan Binasa dan Jin Ifrit Bahlul Terpedaya. Cerita pokok terletak di bahagian pendahuluan dan dibahagian peleraian atau kesudahan cerita. Manakala di bahagian tengah ceritanya terletak cerita sisipan. 3. Watak dan perwatakan Watak-watak dalam cerita terdiri dari watak manusia dan watak binatang. Watak manusia pula terdiri dari kalangan istana dan watak rakyat biasa. Contohnya watak-watak manusia ialah Raja Shah Riar , Raja Shah Zaman, Shahar Zad, Menteri dan sebagainya. Watak binatang diberi sifat-sifat personifikasi iaitu boleh bertutur dan bertindak seperti manusia. Contoh watak binatang ialah lembu, keldai, ayam jantan, jin ifrit dan anjing.

Persoalan Di Dalam Hikayat 1001 Malam 1. Ikatan kasih sayang dan persaudaraan Raja Shah Riar dan Raja Shah Zaman saling berkasih sayang. Apabila rindu akan saudaranya, Raja Shah Riar telah menjemput adindanya itu keistana dan apabila melihat adindanya berdukacita baginda mengajaknya berburu. Mereka kemudianya sama-sama mengembara untuk mencari pengalaman. 2. Kecurangan Persoalan ini dipaparkan menerusi isteri Raja Shah Zaman dan Raja Shah Riar. Kedua-dua permaisuri ini telah menduakan suami mereka dengan menjalin hubungan sulit dengan para hamba semasa suami masing-masing tiada di istana. Sebagai akibatnya,mereka telah dibunuh oleh suami masing-masing. 3. Dendam Selepas mengalami dan melihat sendiri kecurangan isterinya dan kemudiannya kecurangan isteri jin ifrit. Raja Shah Riar telah berdendam terhadap semua wanita. Baginda telah membunuh setiap isteri yang dikahwininya bagi melunaskan rasa dendamnya itu.

4. Pengorbanan Shahar Zad telah menawarkan diri untuk diperisteri oleh Raja Shah Riar walaupun ditentang oleh ayahnya,seorang menteri yang dipertanggungjawabkan oleh Shah Riar mencarikan isteri untuknya. Beliau mengambil tindakan ini supaya ayahnya itu terlepas daripada kemurkaan Raja Shah Riar serta untuk membebaskan dan menggantikan gadis-gadis lain daripada kekejaman raja itu. 5. Kebijaksanaan Shahar Zad telah mengatur satu strategi yang berkesan untuk mengelakkan dirinya daripada dibunuh oleh Raja Shah Riar. Beliau yang bijak dan terpelajar serta banyak membaca buku, telah memanfaatkan kelebihannya itu dengan menampilkan sebuah cerita yang agak aneh sehingga menarik minat Raja Shah Riar untuk mendengar sambungan cerita itu pada malam yang berikutnya sekali gus menyelamatkan nyawanya daripada dibunuh oleh raja itu. 6. Persahabatan dan semangat setiakawan Keldai memperlihatkan semangat setiakawan yang tinggi dengan berusaha membantu lembu yang teruk bekerja. Dia telah memberikan satu cadangan yang nyata memberi manfaat kepada lembu walaupun cadangan itu kemudiannya menyusahkan dirinya pula.

7. Jujur dan amanah Saudagar yang hendak dibunuh oleh jin ifrit telah memperlihatkan sikap jujur dan amanahnya. Dia telah meminta Jin Ifrit menangguhkan dahulu hasratnya untuk membunuhnya semata-mata untuk membolehkannya memulangkan amanah orang. Apabila beroleh kesempatan itu, dia segera pulang untuk melaksanakan amanah itu dan kemudiannya kembali semula menemui Jin Ifrit sebagaimana yang dijanjikannya.

Unsur dan Pengaruh dalam Cerita 1001 Malam 1. Latar tempat Terdapat nama negeri yang dikaitkan dengan nama-nama negara Islamiaitu Samarkand. Adajuga disebut biji kurma yang dikaitkan dengan negara di Timur Tengah. 2. Nama-nama Watak Banyak nama watak dalam cerita ini yang terdiri daripada nama-nama Islam seperti Shah Zaman, Shah Riar, Shahar Zad, Masood dan lain-lain. 3. Pemakaian nama “Allah” dalam pertuturan Shah Zaman ada mengucapkan “Demi Allah, bencana yang menimpa diriku lebih ringan dari bencana ini ….” 4. Ibadat dalam Islam Saudagar yang membawa kijang telah mengorbankan seekor lembu bagi melaksanakan ibadat korban pada Hari Raya Haji seperti yang diceritakan dalam “Kisah Nasib Ibu Tiri Yang Kejam”.

5. Kepercayaan bahawa manusia sebagai makhluk Allah Keempat-empat saudagar yang sedang menanti kedatangan Jin Ifrit dikatakan sebagai makhluk Allah. 6. Konsep sihir Amalan sihir memang wujud dalam pemahaman agama Islam tetapi bertentangan dengan ajaran Islam dan berdosa besar. Penggunaan sihir terdapat dalam cerita “Nasib Ibu Tiri Yang Kejam. 7. Kewujudan Jin Kewujudan makhluk ini selari dengan kepercayaan dalam agama Islam. Jin merupakan makhluk yang jahat kerana menyesatkan manusia. Kewujudan jin diceritakan jahat kerana menyesatkan manusia. Kewujudan jin diceritkan dalam “Kisah Saudagar dan Jin Ifrit” 8. Konsep Amanah Konsep ini merupakan amalan yang wajib dilaksanakan oleh setiap umat Islam kerana hadis ada mengatakan bahawa orang yang tidak amanah tergolong sebagai orang yang munafik. Saudagar dalam “Kisah Saudagar dan Jin Ifrit” digambarkan sangat menitikberat soal amanah ini hingga beliau telah meminta Jin Ifrit menangguhkan hukuman bunuh ke atasnya. Beliau kemudianya datang semula menemui Jin Ifrit

Related Documents

Hikayat 1001 Malam
May 2020 26
Hikayat 1001 Malam
October 2019 38
Hikayat 1001 Malam
October 2019 34
Hikayat 1001 Malam
October 2019 41
Hikayat 1001 Malam
October 2019 45
Hikayat 1001 Malam
October 2019 76

More Documents from "Nur Ain Mohd Amin"

Cerita Metos
April 2020 21
Cerita Penglipulara
April 2020 11
Hikayat 1001 Malam
May 2020 26