Gpp Tugasan 1.docx

  • Uploaded by: Anonymous aHSTPO
  • 0
  • 0
  • April 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Gpp Tugasan 1.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 2,521
  • Pages: 8
Pembelajaran ialah proses pemerolehan maklumat dan pengetahuan, penguasaan kemahiran dan tabiat serta pembentukan sikap dan kepercayaan. Proses pembelajaran berlaku sepanjang hayat seseorang manusia dan berlaku di mana-mana tempat dan pada sebarang masa. Pembelajaran akan membawa kepada perubahan pada seseorang . Walaubagaimanapun perubahan yang disebabkan oleh kematangan seperti berjalan dan makan ataupun penyakit dan kelaparan tidaklah dianggap sebagai pembelajaran. Kamus Dewan mentakrifkan pembelajaran sebagai proses belajar untuk memperoleh ilmu pengetahuan dan menjalani latihan. Menurut pandangan ahli kognitif, pembelajaran boleh ditakrifkan sebagai satu proses dalaman yang menghasilkan perubahan tingkahlaku yang agak kekal. Manakala aliran behavioris pula berpendapat bahawa pembelajaran ialah perubahan dalam tingkahlaku, iaitu cara seseorang bertindak dalam suatu situasi. Dalam psikologi humanis pembelajaran dianggap proses yang dapat membantu seseorang mencapai sempurna kendiri dan nilai individu. Oleh yang demikian pembelajaran sepanjang hayat adalah suatu usaha yang berterusan untuk memperoleh dan memindahan pengetahuan, nilai murni dan kemahiran. Pengalaman pendidikan prasekolah yang mengembirakan dan bermakna akan dapat mengekalkan minat untuk terus belajar dalam diri seseorang itu sejak kecil hinggalah ke akhir hayat.

Sejajar dengan Lonjakan Ketiga dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015 – 2025 (Pendidikan Tinggi), (PPPM (PT) 2015-2025, yang telah dilancarkan pada 7 April 2015, Malaysia seharusnya mempunyai modal insan yang holistik yang mampu untuk menghadapi cabaran dan tuntutan semasa. Kementerian berhasrat untuk membudayakan pembelajaran sepanjang hayat dalam kalangan masyarakat supaya ia menjadi sebati dalam budaya dan gaya hidup rakyat Malaysia menjelang 2025. Hal ini kerana, dalam era ekonomi berasaskan ilmu pengetahuan, negara amat memerlukan modal insan yang berilmu pengetahuan. Malaysia masih baru untuk menjadikan pendidikan sepanjang hayat sebagai agenda pembangunan negara jika dibandingkan dengan negara maju seperti Amerika Syarikat, German dan Australia. Oleh yang demikian Perdana Menteri menekankan dalam konteks dunia global sekarang, modal insan yang benar-benar berkualiti sangat diperlukan jika negara ingin melangkah ke era ekonomi global yang berpaksikan pengetahuan. Sehubungan itu, rakyat sebagai modal insan di negara ini perlu sentiasa menguasai ilmu. Pada hari ini, modal insan yang berkualiti adalah satu kemestian bukan lagi satu kelebihan. Bagi melahirkan modal insan yang berkualiti, kerajaan dan rakyat harus bersama-sama mempunyai tanggungjawab yang perlu dilaksanakan dengan penuh komitmen. Konsep 1

pembelajaran sepanjang hayat seperti yang didefinisikan oleh OECD (Organisation for Economic Cooperation and Development) ialah untuk menjadikan individu dalam sesebuah masyarakat yang telah didorongkan untuk terus belajar menerusi hayat mereka samada secara formal dan takformal (OECD 1996).

Tambahan pula pendidikan sepanjang hayat tidak terhad kepada golongan yang bekerja sahaja malah ia perlu melewati semua golongan termasuk suri rumah, pesara, golongan kurang upaya dan warga emas. Pendidikan sepanjang hayat bermatlamat untuk meningkatkan kualiti kehidupan individu dan masyarakat. Tujuannya ialah untuk memberi latihan dan pendidikan kepada semua orang dengan salah satu matlamat untuk membangunkan modal insan. Di alam persekolahan, pembangunan modal insan difokuskan untuk memberi tumpuan kepada sistem nilai, disiplin, sahsiah, akhlak dan jati diri pelajar bagi melahirkan tenaga kerja yang kompeten dalam bidang sains dan teknologi, inovatif, kreatif serta boleh dipasarkan. Di kalangan orang-orang dewasa proses pembelajaran tidak terhenti selepas alam persekolahan malah mesti ada kesinambungan untuk terus belajar hinggá keliang lahat. Malah, proses pembelajaran sepanjang hayat ini boleh berlaku secara formal dan tidak formal. Pendidikan tidak formal merupakan proses yang berlaku sepanjang hayat dan kaedah pembelajarannya tidak sistematik kerana ia diperolehi menerusi aktiviti harian. Pendidikan formal adalah pengajaran dan pembelajaran secara sistematik dan teratur, berdasarkan falsafah dan sistem pendidikan sesebuah negara. Oleh itu, proses pembelajaran tidak akan berakhir walaupun seseorang itu meninggalkan alam persekolahan.

Oleh itu, pembelajaran sepanjang hayat perlu menjadi amalan hidup setiap rakyat Malaysia yang dahagakan ilmu dan berusaha meningkatkan kemahiran dan kemajuan diri bagi mencapai apa jua matlamat dan objektif mereka. Namun pembudayaan amalan pembelajaran sepanjang hayat mampu direalisasikan sekiranya setiap individu menghayati konsep sosiologi dan psikologi dalam pendidikan. Mengikut Tor Geok Hwa (2004), sosiologi adalah satu bidang sains kemasyarakatan. Sosiologi pendidikan ialah sains sosial yang menggunakan ilmu sosiologi untuk mengkaji bidang pendidikan dalam sesebuah masyarakat .Dalam erti kata lain sosiologi pendidikan melihat kepada pendidikan dari perspektif masyarakat manusia dan tingkah laku sosial manusia. Tujuan sosiologi adalah untuk menyelidik, mengetahui dan memahami struktur asas masyarakat manusia, faktor-faktor yang menyatukan dan melemahkan kumpulan dan untuk mempelajari keadaan-keadaan yang mengubah kehidupan masyarakat. Manakala, psikologi pendidikan adalah sebuah disiplin psikologi yang khusus mempelajari, meneliti, dan membahas seluruh tingkah laku manusia 2

yang terlibat dalam proses pendidikan yang meliputi tingkah laku belajar, tingkah laku mengajar, dan interaksi antara pelajar dan pengajar. Penghayatan dan pemahaman terhadap kedua-dua aspek ini memudahkan kelancaran proses pembelajaran sepanjang hayat.

Konsep pembelajaran sepanjang hayat perlu dipraktikkan dalam kehidupan seharian agar kemaslahatannya dapat diguna pakai ke arah pembangunan modal insan yang sentiasa mengikut acuan semasa. Perubahan yang berlaku di era globalisasi di mana ekonomi berteraskan ilmu pengetahuan menjadikan pendidikan sepanjang hayat sangat penting. Antara kepentingan pembelajaran sepanjang hayat adalah dapat menggalakkan budaya membaca dikalangan masyarakat. Sufean Hussin (2004) menjelaskan bahawa sebahagian besar daripada masyarakat kita pandai membaca, pandai menulis dan pandai mengira tetapi mereka tidak ada minat dan semangat membaca untuk meluaskan ilmu pengetahuan dan pemikiran mereka. Justeru, sifatkan cintakan buku ini perlu dipupuk dalam diri setiap individu kerana amalan membaca bukanlah sekadar untuk lulus peperiksaan semata-mata tetapi juga untuk mengetahui keadaan semasa. Oleh itu, amalan membaca perlu dipupuk sejak di bangku sekolah dengan melaksanakan program seperti program Nadi Ilmu Amalan Membaca (NILAM). Program ini bertujuan untuk menarik minat pelajar untuk membaca dengan lebih kerap. Malah, dalam program ini juga terdapat program Rakan Pembaca yang berfungsi untuk menarik minat pelajar lain untuk membaca. Hal ini kerana pelajar akan berkongsi kelebihan dan keistimewaan buku yang dibaca kepada pelajar-pelajar lain. Seterusnya, orang awam pula dapat memupuk minat membaca pula dengan mengikuti program yang dianjurkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka seperti program pameran buku dan Pesta Buku Kebangsaan. Sesungguhnya, membaca menjadi amalan yang perlu diberi keutamaan pada era ini. Hal ini demikian kerana ledakan ilmu sentiasa berubah dan berkembang.

Kepentingan yang seterusnya adalah melahirkan masyarakat yang berkebolehan dan

berkemahiran.

Budaya

masyarakat

yang

mengutamakan

ilmu

pengetahuan

menyebabkan mereka terhindar daripada menerima gelaran masyarakat primitif atau andaian katak di bawah tempurung. Budaya ilmu juga akan mewujudkan sebuah masyarakat yang mempunyai world-view yang lebih luas, iaitu pemikiran yang lebih terbuka. Jadi, setiap lapisan masyarakat perlu peka dengan perubahan semasa dan merebut setiap peluang pekerjaan yang ada agar mereka mampu mengejar arus pembangunan negara yang kian berkembang pesat. Sebagai contohnya, golongan petani yang masih menggunakan cara tradisional untuk bercucuk tanam perlu menaik taraf teknik penanaman mereka dengan menggunakan peralatan dan teknologi terkini. Antaranya adalah dengan menggunakan jentolak untuk 3

meratakan tanah. Teknologi tersebut boleh memberi kesenangan kepada pekerjaan mereka kerana dapat menjimatkan masa dan tenaga malah produktiviti akan bertambah. Justeru, setiap anggota masyarakat perlu sentiasa menuntut ilmu dan mengambil tahu perkembangan semasa kerana semakin maju sesebuah negara maka semakin meningkat permintaan untuk tenaga mahir dan berkebolehan. Tidak dinafikan bahawa pendidikan merupakan wahana utama bagi menerap idea-idea baru, teknologi terkini dan menerapkan kepakaran dalam masyarakat.

Selain itu, proses pembelajaran sepanjang hayat juga merupakan satu kaedah untuk menyediakan diri setiap individu di era ekonomi digital. Medium perolehan maklumat di zaman mendatang tidak lain tidak bukan ialah Internet. Arus perubahan yang dicetuskan oleh teknologi maklumat dan Internet pada hari ini memerlukan pengendalian yang cekap dan bersistematik agar setiap lapisan masyarakat mendapat faedah sepenuhnya. Programprogram yang dirangka harus dapat menjadi perintis perubahan dalam pendekatan pengajaran dan pembelajaran dengan menekankan pengalaman belajar berasaskan elektronik atau dunia siber. Penggunaan Internet membolehkan sesiapa sahaja mempelajari apa sahaja, tanpa mengira masa walau di mana mereka berada. Pelbagai maklumat mudah untuk diakses dan ini menyenangkan pengguna malah secara tidak lansung mempengaruhi emosi mereka. Perkembangan ini menjadikan dunia semakin moden dan canggih dan telah menjadikan dunia semakin kecil dan lahirlah ‘dunia tanpa sempadan’. Informasi kini bukanlah hanya terletak di perpustakaan atau arkib, tetapi boleh dicapai hanya dengan satu sentuhan jari. Penglobalisasian komunikasi ini boleh menjadi satu batu loncatan ke arah memperkasa pembelajaran sepanjang hayat. Pembelajaran kini tidak lagi terhad kepada persekitaran bilik darjah atau bersemuka, tetapi menjangkaui lebih dari itu. Pembangunan bahan pembelajaran atau learning tools yang berasaskan teknologi maklumat seharusnya dipertingkatkan bagi meluaskan akses masyarakat kepada pembelajaran sepanjang hayat. Oleh itu, setiap individu seharusnya mengambil peluang terhadap kemajuan dan kemakmuran yang dinikmati untuk bangkit dan lebih dinamik dalam perjuangan membudayakan ilmu di semua peringkat usia. Stigma ‘belajar hanya untuk orang muda’ sudah tidak sesuai untuk dijadikan sebagai alasan untuk tidak mahu terlibat dalam aktiviti pembudayaan ilmu.

4

Akhir

sekali,

pembelajaran

sepanjang

hayat

juga

dapat

meningkatkan

profesionalisme dan meningkat kemahiran kerjaya dalam sesuatu bidang pekerjaan seperti bidang pendidikan. Hal ini kerana murid yang hadir ke sekolah pada zaman ini bukan lagi umpama ‘tong kosong’ yang perlu dipenuhkan dengan ilmu pengetahuan. Murid pada abad ke-21 ini pergi ke sekolah berbekalkan pengetahuan yang diperolehi daripada pelbagai sumber dari luar bilik darjah iaitu daripada ibu bapa, rakan sebaya, komuniti setempat dan daripada dunia luar melalui internet. Justeru, peranan guru kini adalah sebagai pembimbing yang dapat menyedarkan murid bahawa proses pembelajaran dan pemerolehan ilmu berlaku di mana-mana sahaja tidak kira masa sepanjang hayat mereka. Usaha untuk membimbing murid ini memerlukan cara yang kreatif; bukan sahaja ilmu yang dikongsi oleh guru menerusi keperluan yang ditetapkan dalam kurikulum standard tetapi juga perkongsian daripada murid melalui ilmu yang diperoleh di luar bilik darjah menerusi pelbagai medium. Guru perlu memupuk Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam kalangan murid melalui kaedah bertanya yang sesuai dengan tahap murid. Murid perlu berkomunikasi, berkongsi idea kreatif dan belajar secara kolaboratif di dalam dan luar bilik darjah. Selain itu, guru juga dapat menggunakan aplikasi seperti Powtoon dan Prezi sebagai alat bantu mengajar untuk menjadikan proses pengajaran lebih menarik. Secara tidak lansung, cara ini dapat menarik minat pelajar untuk menuntut ilmu. Dalam membangunkan murid seimbang dan sejahtera,, guru dan pentadbir perlu kreatif untuk menggunakan sumber yang ada, ataupun yang boleh diperolehi melalui kerjasama pelbagai pihak bagi mengoptimumkan proses pengajaran dan pembelajaran.

Namun begitu, era pendidikan tidak lagi berada dalam satu ruang lingkup yang sama, malah ia semakin berkembang dengan pesat seiring dengan keperluan dan perkembangan semasa. Andai dahulu, proses pengajaran dan pembelajaran hanya terhad kepada aktiviti di dalam bilik darjah dengan penggunaan sumber-sumber yang kurang, kini proses tersebut boleh berlaku di mana-mana sahaja setiap masa. Namun sehingga kini proses pembelajaran pada peringkat awal tetap bermula di sekolah kemudian barulah beralih ke institusi pengajian tinggi. Justeru, sekolahlah yang boleh berperanan memberikan perkhidmatan yang paling rapat dan berpanjangan kepada hampir semua golongan masyarakat dalam komuniti setempat. Masyarakat lebih hampir pada sekolah jika dibandingkan dengan institusi lain kerana ia bersifat setempat sedangkan institusi lain bersifat nasional. Komuniti telah lama menganggapkan sekolah adalah sebahagian daripada mereka. Keadaan ini memudahkan pelaksanaan pembelajaran sepanjang hayat dikalangan orang-orang dewasa dalam komuniti setempat. Malah permaufakatan dalam bidang pendidikan antara sekolah dan komuniti setempat adalah satu perhubungan yang saling memerlukan antara satu sama lain. 5

Hubungan ini berlaku kerana komuniti setempat memerlukan sekolah untuk membentuk masa depan anak-anak mereka manakala pihak sekolah pula memerlukan murid-murid untuk berfungsi sebagai satu sistem dalam pendidikan. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sendiri telah memberi tumpuan untuk membantu sekolah meningkatkan pencapaian dan menjalinkan permaufakatan dengan komuniti. Persoalannya, sejauh manakah programprogram peningkatan ilmu yang dilaksanakan dapat membantu merealisasikan konsep permaufakatan sekolah dan komuniti.

Antara program yang dilaksanakan untuk merealisasikan konsep permaufakatan antara sekolah dan komuniti adalah mengupayakan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) untuk memainkan peranan yang lebih besar. PIBG merupakan satu saluran rasmi yang diiktiraf oleh kerajaan dalam mewujudkan hubungan dengan pentadbiran sekolah. Tambahan pula, peranan PIBG terkandung dalam Akta Pendidikan 1996. menurut Mohd Ismail Othman (2005), fungsi PIBG adalah untuk membantu sekolah memenuhi kehendak dan keperluan kegiatan murid-murid, tempat ibu bapa dan guru-guru bertukar-tukar fikiran, memperbaiki taraf pendidikan, menambah kewangan sekolah dan lain-lain. Penubuhan persatuan ini merupakan satu langkah yang bijak kerana persatuan ini dapat menjalin hubungan dan kerjasama dengan pihak sekolah dan ibu bapa bagi mengatasi masalah yang dilakukan oleh murid. Kerjasama ini akan memudahkan hasrat untuk melahirkan modal insan yang berguna kepada masyarakat, bangsa dan negara lebih mudah dicapai. Contoh program yang boleh dilaksanakan oleh pihak PIBG adalah aktiviti sukan sekolah, hari keluarga dan majlis-majlis seperti sambutan perayaan dan sambutan kemerdekaan. Melalui program-program yang dilaksanakan, ibu bapa dan masyarakat setempat dijemput untuk turut serta dan memeriahkan lagi. Secara tidak lansung, aktiviti seperti ini akan merapatkan lagi jurang antara guru-guru dengan waris pelajar dan hubungan antara kelompok masyarakat itu sendiri. Selain itu, dalam menghadapi abad ke 21 ini, dunia pendidikan menjadi semakin mencabar. Justeru, peranan PIBG harus diletakkan pada landasan yang benar dan harus berfungsi secara proaktif.

Akhir sekali, anggota masyarakat membawa tenaga pengajar pakar dari luar untuk mengajar kursus pendek dan sepanjang hayat di sekolah semasa cuti atau disebelah malam dan pihak sekolah bolehlah mengambil peluang untuk mempelajari ilmu-ilmu yang baru. Ada kalanya guru sekolah juga berpeluang mengajar seperti bahasa Inggeris dan kemahiran hidup kepada suri rumah dan lain-lain golongan dalam komuniti setempat. Di sinilah mereka berpeluang mendekati dan memahami dengan lebih dekat ahli-ahli dalam komuniti secara 6

tidak langsung membantu meningkatkan disiplin anak-anak mereka termasuk kecemerlangan dalam bidang akademik. Hal ini kerana ibu bapa merupakan golongan yang terdekat dengan pelajar. Jadi adalah amat bagus sekiranya ibu bapa mempunyai pengetahuan yang luas dalam pelbagai bidang. Secara tidak lansung mereka boleh membantu proses pengajaran dan memantau perkembangan anak mereka semasa di rumah. Ibu bapa juga merupakan tempat rujukan anak-anak di mana mereka akan bertanya ibu bapa sekiranya terdapat kekeliruan terhadap sesuatu masalah ketika berada di rumah. Justeru, ibu bapa wajib mempunyai pengetahuan yang luas dan serba boleh agar dapat membantu anak-anak mereka.

Kesimpulannya, selepas lima puluh tahun mencapai kemerdekaan, berbagai institusi pendidikan ditubuhkan malah setiap kementerian mempunyai institusi latihannya tersendiri namun jurang kemajuan antara kaum masih besar terutamanya dalam bidang pendidikan, ekonomi dan pembangunan wilayah. Kerajaan hari ini melihat bahawa pembangunan modal insan sangat penting terutamanya menjadikan modal insan berminda kelas pertama. Pembangunan modal insan mestilah menyeluruh terutamanya di kawasan luar bandar dan pendalaman negara. Semua golongan sama ada yang bekerja, tidak bekerja, pesara dan warga emas mestilah berilmu pengetahuan dan boleh menyumbang sesuatu kepada negara terutama dalam bidang pendidikan dan ekonomi. Institusi pendidikan seperti sekolah hanya dilihat sebagai pusat pembelajaran formal yang berorientasikan peperiksaan tidak diberi peluang untuk sama-sama menyumbang kepakaran dalam pendidikan tidak formal terutama pendidikan orang-orang dewasa. Sudah tiba masanya institusi pendidikan yang berpengaruh seperti sekolah dalam komuniti setempat terutamanya di kawasan luar bandar diberi peluang sama-sama membangunkan modal insan. Bagi merealisasikan harapan ini kepimpinan sekolah seperti guru besar haruslah berperanan memikul tanggungjawab tersebut. Bagi tujuan itu mereka perlulah menempatkan diri mereka dalam kepimpinan komuniti setempat. Melalui cara ini mereka berperanan untuk bersama-sama membantu membangunkan modal insan dalam komuniti setempat

7

RUJUKAN

Abd Rahim (2003). Falsafah Budaya Dalam Bidang Pendidikan. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya. A. Rizal, Samsudin, Mohamad Zaid dan Ashaari (2008). Sekolah Dan Masyarakat. Johor: Penerbit Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. Mahmood Nazar Mohamed (2005). Pengantar Psikologi: Satu Pengenalan Asas Kepada Jiwa Dan Tingkah laku Manusia. Kuala Lumpur: Dewa Bahasa dan Pustaka. Mohd. Ismail Othman (2005). Undang-undang Untuk Pengetua dan Guru Besar. Kuala Lumpur: PTS Publishing Sdn. Bhd. Organisation for Economic Cooperation and Development (OECD, 1996). Lifelong Learning for All. OECD : Paris. Sufean Hussin (2004). Pendidikan di Malaysia: Sejarah, Sistem dan Falsafah. Kuala Lumpur: Dewa Bahasa dan Pustaka. Tor Geok Hwa (2004). Mengembangkan Pemahaman Global: Cabaran Arus Globalisasi Terhadap Sistem Pendidikan Di Malaysia. Petaling Jaya: IBS Buku Sdn. Bhd. UNESCO (1972). Learning To Be (The Faure Report). Paris: UNESCO.

8

Related Documents

Gpp Tugasan 1.docx
April 2020 21
Gpp Esaimen Tugasan 3.docx
November 2019 31
Fall 2009 Gpp Trade
May 2020 8
Form Gpp Rsa
November 2019 17
Gpp-2009-02-02
December 2019 24
Gpp Tuagsan 1.docx
October 2019 38

More Documents from "sasukegirls"

Gpp Tugasan 1.docx
April 2020 21
Aspek Bahasa.docx
April 2020 24
Tugasan 1 Gpi.docx
April 2020 27
Tugasan 1.docx
April 2020 20
Tg.doc
April 2020 20