Tugasan 1.docx

  • Uploaded by: Anonymous aHSTPO
  • 0
  • 0
  • April 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Tugasan 1.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 1,063
  • Pages: 5
1.0 PENDAHULUAN Setiap bangsa mempunyai bahasa dan budaya hidup yang tersendiri. Budaya ini muncul akibat proses penyesuaian diri dengan persekitarannya. Dalam proses penyesuaian inilah manusia akan menerbitkan gaya kehidupan yang bersesuaian dengan tuntutan persekitaran. Gaya kehidupan itulah yang disebut sebagai budaya. Budaya dapat dilihat dengan mata kasar disebut sebagai budaya material manakala budaya yang tidak dapat dicerap dengan mata kasar disebut sebagai budaya bukan material. Namun, budaya akan sentiasa berubah mengikut peredaran masa. Perubahan dan percampuran antara entiti budaya yang berbeza ini akan menyebabkan berlakunya asimilasi, akulturasi dan akomodasi budaya.

2.0 KONSEP BUDAYA MELAYU Pelbagai tafsiran telah diberi tentang budaya. Menurut Edward Bernard Tylor (1871), budaya adalah satu kesatuan yang kompleks, mengandungi pengetahuan, kepercayaan, kesenian, tatasusila, undang-undang, adat resam dan lain-lain kebolehan manusia sebagai sebuah anggota masyarakat. Dari segi konsepnya, budaya bererti suatu gelagat, kepercayaan, sikap, nilai dan idea yang dikongsi bersama oleh setiap individu dalam masyarakat. Fungsinya adalah menyediakan cara semula jadi untuk ahli organisasi atau masyarakat melakukan sesuatu perkara ( Ember & Ember, 1993; Busher & Saran, 1992). Pengkaji tempatan, Ahmad Fawzi dan Abdul Rahman (1996) pula mentakrifkan budaya sebagai warisan sosial sesuatu masyarakat, sistem idea, nilai kepercayaan, pengetahuan, norma dan adat yang dikongsi bersama oleh semua orang dalam masyarakat. Siti Zainon Ismail (2003) pula menyatakan bahawa budaya merujuk kepada keseluruhan sistem dan gaya hidup sebuah masyarakat yang bertamadun.

Budaya terbahagi kepada dua bentuk, iaitu budaya material dan budaya bukan material. Elemen budaya ditakrifkan sebagai nilai yang dikongsi bersama, sistem kepercayaan dan artifak-artifak (Banner & Gagne, 1995). Budaya material merujuk kepada objek fizikal yang direka atau dikongsi bersama oleh ahli masyarakat. Sebagai contohnya, rumah, perahu dan senjata. Budaya bukan material merujuk kepada aspek dalaman manusia yang meliputi akal, fikiran dan nilai sosial. Budaya ini dapat dilihat melalui kepercayaan, adat istiadat, undang-undang dan kesusasteraan sesebuah masyarakat.

Setiap masyarakat di dunia ini mempunyai budayanya yang tersendiri.Budaya yang menjadi amalan masyarakatnya melambangkan keperibadian, identity dan jati diri masyarakat tersebut. Justeru, kebudayaan mempunyai ciri-ciri tertentu yang menggambarkan budaya itu terbit daripada tingkah laku dan akal manusia. Antaranya, kebudayaan itu bersifat dinamik, Budaya sentiasa berubah-ubah mengikut peredaran zaman selari dengan perubahan masyarakat itu sendiri. Perubahan yang berlaku akan memperkaya serta mempelbagaikan lagi budaya tersebut. Sebagai contohnya, rumah yang dahulunya beratap rumbia telah digantikan dengan atap genting.

Selain itu, sesuatu budaya itu menerima dan menolak unsur tertentu. Penolakan terhadap perubahan asalnya adalah didorong oleh sikap masyarakat yang ingin mempertahankan dan mengekalkan nilai-nilai dan cara hidup lama yang sedia ada. Penerimaan terhadap unsur baharu berlaku kerana anggota masyarakat bersedia untuk mengetengahkan idea-idea baharu yang membawa kebaikan kepada masyarakatnya.

Ciri budaya yang terakhir adalah bersifat sejagat. Kesejagatan budaya bermaksud kebudayaan itu wujud dalam semua kelompok manusia. Walau bagaimanapun, budaya yang sejagat itu berbeza-beza antara masyarakat kerana factor pengaruh alam, pengaruh luar dan penyesuaian anggota.

3.0 KONSEP MASYARAKAT Secara umumnya, masyarakat adalah individu yang mengikuti satu cara hidup tertentu. Rahim Syam dan Norhale (1985) mentakrifkan masyarakat sebagai individu di dalam satu kelompok manusia. Atan Long (1980) berpendapat satu-satunya masyarakat itu terdiri daripada individu yang telah hidup dengan saling bertindak semenjak beberapa lama dengan mempunyai kebudayaan yang merupakan keseluruhan cara hidup yang meliputi kepercayaan, agama, sikap dan nilai yang telah diwarisi semenjak turuntemurun sehingga menjadikan kumpulan masyarakat itu mempunyai sifatnya yang tersendiri berlainan dengan masyarakat lain.

Asmah Haji Omar (1985) berpendapat bahawa istilah Melayu itu perlu dilihat berdasarkan pengertian yang sempit dan pengertian yang luas. Bagi pengertian yang pertama, istilah Melayu merujuk kepada bangsa Austronesia yang mendiami Semenanjung Tanah Melayu manakala maksud kedua adalah merujuk kepada kawasan tradisional yang disebut sebagai gugusan-gugusan pulau Melayu yang meliputi negara Indonesia ketika ini.

4.0 BIDANG KEBUDAYAAN MELAYU Seperti bangsa-bangsa lain, bangsa Melayu juga mempunyai kebudayaan tersendiri. Kebudayaan Melayu tumbuh dan berkembang mengikut peredaran sejarah.

Tidak dinafikan bahawa politik mempunyai hubungan yang amat signifikan dala proses kebangkitan sebuah negara bangsa. Jatuh bangun sebuah negara bangsa itu bergantung kepada hala tuju kepimpinan dan politik semasa. Secara amnya, konsep politik berkisar kepada pengaruh dan kekuasaan. Syed Ahmad Hussein (1995) berpendapat bahawa politik dalam erti kata lebih khusus melibatkan persoalan seperti kuasa dan persaingan kuasa, kerajaan dan institusi-institusi yang berkaitan dengan pemerintahan, dasar-dasar awam dan keputusan-keputusan pemerintahan yang mengikat keatas seluruh ahli masyarakat, idea-idea politik, peranan individu dan kumpulan manusia dalam proses politik.

Sejarah membuktikan bahawa masyarakat Melayu juga mempunyai pentadbiran dan pemerintahan tersendiri. Sistem pemerintahan masyarakat Melayu traditional terdiri daripada raja, pembesar, rakyat dan hamba. Raja merupakan asas terpenting dalam susun lapis masyarakat Melayu dan mempunyai kedudukan yang paling tinggi dalam piramid organisasi sosial. Baginda mempunyai kuasa dan wibawa yang paling tinggi bagi memerintah seluruh negeri dan jajahan takluknya. Seterusnya, pembesar ialah golongan yang mempunyai kedudukan yang hampir dengan sultan. Biasanya golongan ini terdiri daripada mereka yang bukannya kerabat raja. Rakyat pula terdiri daripada masyarakat peribumi yang bermastautin tetap dan bilangannya ramai. Mereka selalu menjadi pengikut pembesar di peringkat pusat dan menjadi penyokong pentadbir di peringkat jajahan takluk. Akhir sekali, dalam masyarakat Melayu, golongan hamba menduduki susun lapis masyarakat yang paling bawah. Golongan ini dapat dibahagikan kepada tiga kumpulan iaitu hamba raja, hamba berhutang dan hamba biasa.

Sosial adalah perihal tentang kemasyarakatan. Secara umumnya sosial meliputi aspek persahabatan, pergaulan atau ajaran yang bertujuan untuk membangunkan masyarakat secara damai. Ruang lingkup sosial masyarakat Melayu sangat besar. Oleh sebab itu aspek yang dibincangkan dalam bidang sosial masyarakat Melayu meliputi nilai murni, kesenian, undang-undang, dan bahasa. Menurut Rahim Syam dan Nohalee (1985), sistem sosial mengandungi beberapa ciri-ciri. Antaranya adalah keperluan untuk hidup, keperluan kehidupan kekerabatan, keperluan mengatur hidup berkelompok, keperluan ilmu pengetahuan dan keperluan jasmani. Oleh itu, sistem sosial merujuk kepada pola perlakuan yang berpusat kepada aktiviti manusia untuk memenuhi keperluan dalam kehidupan masyarakat.

Ekonomi merupakan satu cabang sains sosial yang mengkaji pembahagian sumber yang terhad untuk memenuhi kehendak manusia. Perkataan ekonomi merupakan perkataan Yunani yang bermaksud peraturan rumahtangga manakala mengikut istilah Kamus Dewan (2000), ekonomi bermaksud ilmu yang mengkaji tentang pengeluaran dan pertukaran wang dalam aktiviti manusia. Aspek ekonomi Melayu terbahagi kepada dua iaitu ekonomi sara diri dan ekonomi komersial. Ekonomi sara diri ialah kegiatan ekonomi yang bertujuan untuk menampung keperluan harian keluarga. Maknanya, hasil kegiatan ekonomi akan digunakan untuk keluarga mereka. Kegiatan ekonomi sara diri yang popular dalam kalangan masyarakat Melayu adalah bercucuk tanam, berburu, bertukang dan menternak binantang. Namun, selepas Tanah Melayu dijajah, didapati sistem ekonomi komersial yang berat kepada pertanian dagangan, perlombongan dan perhutanan mula mengambil alih. Ekonomi komersial pula lebih mementingkan keuntungan dan pengumpulan harta melalui proses penukaran barangan atau jual beli serta melibatkan pembayaran.

Related Documents

Tugasan%20pdpp.docx
November 2019 18
Tugasan Ma
May 2020 17
Tugasan 2
June 2020 19
Tugasan 1
October 2019 38
Tugasan 1
May 2020 19
Tugasan Vb
May 2020 27

More Documents from ""

Gpp Tugasan 1.docx
April 2020 21
Aspek Bahasa.docx
April 2020 24
Tugasan 1 Gpi.docx
April 2020 27
Tugasan 1.docx
April 2020 20
Tg.doc
April 2020 20