Aspek Bahasa.docx

  • Uploaded by: Anonymous aHSTPO
  • 0
  • 0
  • April 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Aspek Bahasa.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 1,859
  • Pages: 10
1.0 Pengenalan Standard Kurikulum merupakan pernyataan yang merangkumi pengetahuan, kemahiran dan nilai yang mesti dikuasai oleh murid sepanjang sesi pembelajaran di sekolah. Oleh demikan, Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran dibentuk bagi menggariskan panduan kepada guru-guru di Malaysia untuk membentuk murid yang serba boleh seperti yang dihasratkan oleh Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Standard Kurikulum dibina berpandukan enam tunjang, iaitu komunikasi, kerohanian, sikap dan nilai, kemanusiaan, keterampilan diri, perkembangan fizikal dan estetika, serta sains dan teknologi (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2015). Reka bentuk yang diselitkan ke dalam kurikulum bahasa Melayu adalah dalam aspek standard kurikulum, kemahiran bahasa, pendekatan modular, dan sistem bahasa.

Reka Bentuk KSSR

Standard Kurikulum

Kemahiran bahasa

Pendekatan Modular

Sistem Bahasa

Pengisian kurikulum

standard kandungan

kemahiran mendengar dan bertutur

modul kemahiran mendengar dan bertutur

tatabahasa

ilmu

standard pembelajaran

kemahiran membaca

modul kemahiran membaca

sistem ejaan

nilai murni

kemahiran menulis

modul kemahiran menulis

sebutan dan intonasi

patriotisme

modul seni bahasa

kosa kata

sains dan teknologi

modul tatabahasa

Rajah 1 : Reka Bentuk Kurikulum

1

teknologi maklumat dan komunikasi

1.1 Kemahiran Bahasa Kemahiran bahasa meliputi kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis (Kamarudin Hussin, 1999). Kemahiran berbahasa ini merupakan teras kepada penguasaan bahasa baku. Penguasaan kesemua kemahiran ini amat penting dalam memastikan kelancaran dan keberkesanan proses pengajaran dan pemudahcaraan (pdpc). Kemahiran bahasa yang berhubung dengan kemahiran lisan melibatkan dua komponen asas, iaitu mendengar dan bertutur. Kemahiran membaca dan bertulis pula merupakan kemahiran bukan lisan. Kemahiran membaca kebiasaannya diperolehi setelah murid menguasai kemahiran lisan iaitu kemahiran mendengar dan bertutur.

Asmah

Haji

Omar

(2004),

menyatakan

bahawa

membaca

adalah

memindahkan tulisan kepada suara. Hal ini kerana semasa membaca, pembaca akan menyuarakan tulisan, mengambil isi dan fikiran serta memahami isi kandungannya. Namun begitu, penelitian terhadap kemahiran membaca adalah rumit kerana melibatkan aktiviti kognitif, psikolinguistik dan metakognitif (Farida Rahim, 2007). Membaca merupakan proses mendapatkan maklumat dan pengetahuan bagi tujuan membentuk makna. Sehubungan dengan itu, kemahiran membaca memerlukan pembaca melalui beberapa proses seperti merancang, memeriksa, mentaksir, memahami dan menaakul bahan bacaannya. Namun begitu, seseorang individu akan dianggap mampu membaca jika mereka boleh menyuarakan tulisan walaupun tidak memahami kandungan bahan bacaan, akan tetapi tahap penguasaan kemahiran membaca mereka masih berada di tahap yang rendah.

Oleh hal yang demikian, bagi melatih kemahiran membaca dalam diri muridmurid, guru perlu melaksanakan aktiviti-aktiviti yang bersesuaian dengan kemahiran yang ingin dilatih. Berikut merupakan antara aktiviti yang boleh dilaksanakan oleh guru semasa proses pengajaran dan pemudahcaraan (pdpc): 2

Rancangan Pengajaran Harian Bahasa Melayu Tahun

: 5 Teguh

Masa

: 1 jam (9 pagi hingga 10 pagi)

Standard

: 2.4 Membaca dan memahami maklumat yang tersurat dan tersirat

Kandungan

daripada pelbagai bahan untuk memberi respons dengan betul.

Standard

: 2.4.3 Membaca dan memahami maklumat yang tersurat dan

Pembelajaran tersirat dengan tepat daripada pelbagai bahan untuk membuat ulasan yang betul. Objektif Pembelajaran

:

1. Murid dapat menyatakan 3 maklumat yang tersurat dengan tepat daripada petikan teks bertajuk ‘Makanan Ringan’. 2. Murid dapat menyebut 6 maklumat yang tersirat daripada petikan teks bertajuk ‘Makanan Ringan’ dengan tepat. 3. Murid dapat berkongsi ulasan yang betul berdasarkan petikan teks bertajuk ‘Makanan Ringan’.

Pelaksaan Aktiviti 1. Murid dibahagikan kepada lima kumpulan yang terdiri daripada empat orang ahli. 2. Murid membaca petikan teks bertajuk ‘Makanan Ringan’ yang dipaparkan oleh guru. 3. Murid berbincang bersama ahli kumpulan untuk mencari 3 maklumat yang tersurat dan 6 maklumat tersirat yang terdapat dalam petikan teks ‘Makanan Ringan’ dan kemudiannya mencatat maklumat yang diperoleh pada kertas mahjung yang disediakan oleh guru. 4. Setiap kumpulan menampal kertas mahjung yang telah siap dicatat maklumat yang diperoleh di hadapan kelas.

3

5. Guru berbincang bersama murid-murid mengenai maklumat tersurat dan tersirat yang ditulis pada kertas mahjung tersebut. Guru akan membuat pembetulan sekiranya terdapat kesalahan. 6. Setiap murid kemudiannya bergilir-gilir membuat ulasan terhadap dapatan mereka selepas membaca petikan teks bertajuk ‘Makanan Ringan’. Bahan Bantu Mengajar: 1. Kertas Mahjung Rajah 2 : Rancangan Pengajaran Harian Bahasa Melayu

Noriati A. Rashid et.al (2016), ada menyatakan bahawa setiap individu perlu menguasai

kemahiran

membaca

kerana

melalui

membaca,

pelbagai

ilmu

pengetahuan dapat diperoleh sama ada secara formal atau tidak formal. Beliau turut menekankan kepentingan membaca. Hal ini kerana amalan membaca merupakan salah satu elemen penting dalam pembelajaran sepanjang hayat (Sahara Hj. Ismail, 2015).

Budaya membaca wajar mendarah daging dalam setiap individu selaras

dengan matlamat membudayakan pembelajaran sepanjang hayat sekaligus sejajar dengan FPK iaitu melahirkan insan yang seimbang dan berilmu pengetahuan. Sesungguhnya matlamat untuk melahirkan budaya belajar sepanjang hayat perlu diberi keutamaan pada era ini. Hal ini demikian kerana ledakan ilmu yang sentiasa berubah dan berkembang. Sekiranya murid tidak membaca dan terus belajar setelah menamatkan pelajaran merupakan satu kerugian dalam pembangunan modal insan negara. Justeru, guru-guru perlu mendedahkan kepada murid-murid mengenai teknik membaca mekanis, mentalis, scanning, skimming serta mendedahkan kepada murid teknik untuk mengecam maklumat tersurat dan tersirat agar mereka dapat menguasai kemahiran membaca sepenuhnya.

4

1.2 Sistem Bahasa Sejajar dengan hasrat FPK untuk melahirkan masyarakat yang berilmu pengetahuan, kerajaan telah menyelitkan aspek sistem bahasa ke dalam Standard Kurikulum. Sistem bahasa meliputi aspek sintaksis dan morfologi bahasa Melayu. Ini adalah bagi menggalakkan murid memelihara martabat bahasa Melayu dengan menggunakan bahasa yang betul mengikut hukum tatabahasa yang betul. Kemahiran insaniah dalam aspek pembelajaran berterusan mampu diwujudkan dalam setiap diri murid. Hal ini kerana, sistem bahasa yang dipelajari di sekolah merupakan ilmu yang berterusan atau berpanjangan kerana ilmu tersebut akan digunakan pada masa-masa yang akan datang misalnya dalam penggunaan ayat yang betul ketika berkomunikasi kelak.

Menurut Yahya Othman (2005), salah satu cara untuk meningkatkan kemahiran komunikasi seseorang itu adalah dengan melakukan semua aktiviti berbahasa di dalam kelas. Oleh hal yang demikian, murid berkeupayaan untuk berkomunikasi bagi menjalinkan hubungan serta mampu menyampaikan maklumat, perasaan dan pendapat dengan sebutan serta intonasi yang betul. Sejajar dengan hasrat yang dinyatakan dalam FPK iaitu, ‘memperkembangkan lagi potensi individu’, kemahiran ini mampu menggilap bakat murid dalam kemahiran bertutur misalnya mula menceburi pertandingan yang melibatkan komunikasi. Contohnya, pertandingan bercerita, berdebat, forum dan sebagainya.

Secara tidak langsung, hasrat negara untuk mengembangkan lagi potensi yang ada pada individu mampu dicapai melalui pengaplikasian kemahiran ini. Selain itu, perkara ini juga memenuhi dasar tunjang KSSR iaitu dalam aspek komunikasi iaitu berlaku penggabungjalinan kemahiran bahasa secara lisan dan bukan lisan semasa melakukan interaksi seterusnya melahirkan individu yang mempunyai kemahiran insaniah iaitu kemahiran dalam berkomunikasi dengan masyarakat luar dengan menggunakan laras bahasa yang sesuai. 5

Rancangan Pengajaran Harian Bahasa Melayu Tahun

: 5 Teguh

Masa

: 1 jam (9 pagi hingga 10 pagi)

Standard

: 4.3 Mengujarkan bahasa yang indah menggunakan bahasa

Kandungan

badan dengan kreatif melalui lakonan secara didik hibur.

Standard

: 4.3.2 Mengujarkan dialog dengan sebutan yang jelas dan

Pembelajaran

intonasi yang betul serta menggunakan bahasa badan yang kreatif melalui lakonan.

Objektif Pembelajaran: 1. Murid dapat mengujarkan dialog lakonan kisah ‘Asal Usul Melaka’ dengan sebutan yang jelas dan intonasi yang betul. 2. Murid dapat melakonkan kisah ‘Asal Usul Melaka’ menggunakan bahasa badan yang kreatif. Pelaksaan Aktiviti: 1. Murid dibahagikan kepada empat kumpulan yang terdiri daripada enam orang ahli. 2. Murid membaca dialog lakonan kisah ‘Asal Usul Melaka’ yang tertera pada kertas yang diberikan oleh guru. 3. Murid-murid kemudiannya berlatih mengujarkan dialog kisah ‘Asal Usul Melaka’ dengan sebutan yang jelas dan intonasi yang betul. Guru memantau dan membetulkan gaya serta intonasi murid. 4. Guru akan menayangkan paparan slaid situasi di dalam hutan berserta bunyibunyian haiwan. 5. Setiap kumpulan kemudiannya akan melakonkan kisah ‘Asal Usul Melaka’ menggunakan bahasa badan yang kreatif serta intonasi yang betul. Bahan Bantu Mengajar: 1. Paparan Slaid Rajah 2 : Rancangan Pengajaran Harian Bahasa Melayu 6

Oleh hal yang demikian, bagi melatih kemahiran komunikasi dalam diri muridmurid, guru perlu melaksanakan aktiviti-aktiviti yang bersesuaian dengan kemahiran yang ingin dilatih. Guru sebagai penggerak pemikiran murid perlu memastikan murid menguasai aspek-aspek lain dalam sistem bahasa agar dapat meningkatkan keupayaan mempelajari bahasa. Berdasarkan sukatan pelajaran, objektif pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu mengunjurkan agar murid bukan sahaja dapat menguasai kemahiran berbahasa tetapi mereka juga mahir dalam aspek sistem bahasa (Raminah Haji Sabran, 1991). Justeru, bagi mencapai tahap berbahasa yang kompeten, guru perlu menyediakan situasi pembelajaran yang lebih kondusif dan menggunakan pendekatan didik hibur agar pembelajaran Bahasa Melayu tidak dilihat sebagai mata pelajaran yang membosankan (Yahya Othman, 2003). Contoh rancangan pengajaran harian pada rajah 3 merupakan antara aktiviti yang boleh dilaksanakan oleh guru semasa proses pengajaran dan pemudahcaraan (pdpc).

Aktiviti ini adalah berasaskan kepada aspek seni bahasa. Dalam modul seni bahasa, disertakan aspek kebahasaan, keindahan dan kehalusan dalam bahasa Melayu yang perlu difahami oleh murid. Sufean Hussin (1989) berpendapat bahawa modul ini dapat melatih kecekapan murid dalam memahami, mengungkap, dan menghayati

bahasa

yang

indah

seterusnya

mampu

menghasilkan

dan

mempersembahkan karya kreatif secara lisan atau bertulis melalui penggunaan variasi teknik yang menarik. Contohnya, murid menceburi bidang penghasilan sajak, syair, pantun dan lain-lain seterusnya dapat mempersembahkan karya tersebut mengikut kreativiti tersendiri. Malah, murid juga dapat mempraktikkan gaya penyampaian intonasi yang berbeza mengikut kesesuaian situasi dan gaya tersendiri. Mereka belajar untuk menyebut perkataan dengan standard tetapi menggunakan pendekatan yang lebih menarik seperti aktiviti lakonan dan bercerita. Berdasarkan modul ini, murid bukan sahaja mampu menguasai kemahiran membaca dan menulis malah mampu menceburi bidang karya sastera untuk memartabatkan bahasa Melayu itu sendiri. Menurut Siti Khariah Mohd Zubir (2015), penulisan kreatif membantu para belia menjana intelektual dan kreativiti mereka. 7

1.3 KESIMPULAN Dokumen Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) telah dirangka dengan penelitian terhadap hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2013). Hal ini adalah bagi melahirkan insan yang berilmu pengetahuan seiring dengan arus pembangunan kini. Justeru, bagi melahirkan insan yang mampu menyesuaikan diri seiring dengan arus kemajuan, mereka perlu didik bermula daripada pendidikan di sekolah rendah. Guru-guru perlu memastikan setiap murid mampu menguasai kemahiran berbahasa dan segala komponen yang terkandung dalam komponen sistem bahasa kerana seseorang yang berilmu pengetahuan perlu mahir dalam kemahiran berbahasa. Ketidakmampuan untuk menguasai satu kemahiran bahasa akan mengganggu proses pembelajarannya dan menyebabkan kadar pemerolehan ilmu pengetahuan terbatas. Guru merupakan komponen teras yang menentukan kejayaan pelaksanaan kurikulum tersurat dan tersirat yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK), disamping pembentuk wajah pelapis kepimpinan dan pemacu pembangunan negara (Awang Hadi Salleh, 1998). Oleh sedemikian, guru perlulah memberikan komitmen yang sepenuhnya dalam membantu kerajaan merealisasikan hasrat FPK tersebut.

8

Rujukan Asmah Haji Omar. (2004). Penyelidikan, pengajaran dan pemupukan bahasa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Awang Hadi Salleh. (1998). Latihan perguruan untuk sekolah berkesan. Prosiding seminar kebangsaan Lumpur: Universiti

JPPG, Pendidikan Guru untuk sekolah Berkesan. Kuala Malaya.

Farida Rahim. (2007). Pengajaran membaca di sekolah dasar. Jakarta: PT Bumi Aksara.

Kamarudin Hussin. (1999). Bahasa Kebangsaan (A): (untuk warganegara Malaysia). Kuala Lumpur. Kumpulan Budiman.

Kementerian Pelajaran Malaysia. (2015). Standard Kurikulum Bahasa Melayu.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2013). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-

2025.

Noriati A. Rashid, Lee Keok Cheong, Zulkifli Mahayudin & Zakiah Noordin. (2016). Falsafah dan

pendidikan di Malaysia. Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Raminah Haji Sabran. (1991). Penilaian dan pengujian bahasa Malaysia penerapannya pada peringkat sekolah rendah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 9

Sahara Hj. Ismail. (2015). Pembangunan Insan dalam falsafah pendidikan kebangsaan. Jounal

of Human Capital Develoment: 2(8).

Siti Khariah Mohd Zubir. (2015). Penulisan kreatif dalam menjana minda dan sumber pendapatan belia. Malaysian Journal of Youth Studies. 2(1), 157-167.

Sufean Hussin. (1989). Pengajaran nilai dalam kurikulum. Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti Sdn.

Bhd.

Yahya Othman. (2003). Pelaksanaan kemahiran berfikir dalam pengajaran Bahasa Melayu. Jurnal Bahasa. 3(1), 136-159.

Yahya Othman. (2005). Trend dalam pengajaran bahasa Melayu. Pahang: PTS Professional Sdn. Bhd.

10

Related Documents

Aspek Pasar.docx
June 2020 24
Aspek Keuangan
June 2020 21
Aspek Keuangan
June 2020 16
Aspek Hukum.docx
May 2020 29
Aspek Teknis.docx
May 2020 37
Aspek Pemasaran.docx
April 2020 25

More Documents from "Tiwi Pratiwyy"

Gpp Tugasan 1.docx
April 2020 21
Aspek Bahasa.docx
April 2020 24
Tugasan 1 Gpi.docx
April 2020 27
Tugasan 1.docx
April 2020 20
Tg.doc
April 2020 20