Gpp Esaimen Tugasan 3.docx

  • Uploaded by: Atikah Abu Samah
  • 0
  • 0
  • November 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Gpp Esaimen Tugasan 3.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 957
  • Pages: 5
TUGASAN 3 Elemen-elemen Profesionalisme Guru dalam Melaksanakan Transformasi PPPM 3.0 PENGENALAN Pelaksanaan

pelan

pembangunan

pendidikan

Malaysia(PPPM)

memperlihatkan kesungguhan pihak Kementerian pendidikan dalam mempersiapkan kemenjadian murid ke arah generasi muda mengikut acuan abad ke-21. Murid bukan sahaja belajar bidang akademik tetapi juga dapat menguasai pelbagai pengalaman belajar berfikir aras tinggi dan bersifat lestari global. Enam ciri utama yang menjadikan mereka berupaya bersaing di peringkat global adalah berilmu pengetahuan, berkemahiran

berfikir, berkemahiran memimpin,

berkemahiran

dwibahasa, beretika kerohanian dan memiliki identiti nasional. Bagi mencapai hasrat tersebut guru memainkan peranan yang penting untuk membentuk kemenjadian muri-murid tersebut. Hal ini kerana profesionalisme guru menghadapi cabaran pendidikan masih banyak terjadi seperti sistem yang berubah-ubah (Aziz Shofi Nurdiansyah, 2011). Oleh itu, elemen profesionalisme guru mestilah seiring dengan dengan PPPM bagi melaksanakan transformasi PPPM.

3.1 Elemen-elemen Profesionalisme Guru dalam Melaksanakan Transformasi PPPM Antara elemen profesinalisme yang perlu ada pada guru ialah guru yang berpengetahuan. Hal ini sejajar dengan ciri utama murid yang menjadikan mereka berupaya bersaing di peringkat global iaitu berilmu pengetahuan. Profesion perguruan merupakan tugas yang berasaskan pengetahuan dan memerlukan guruguru

yang

berpengetahuan

mencorakkan

pendidikan

tinggi

negara.

bagi Guru

menjamin

kualiti

berpengetahuan

pendidikan ialah

guru

dan yang

berketerampilan, berdaya maju, berhemah, berdedikasi, serba boleh dari segi pengajaran, professional dan mempunyai status yang tinggi dalam masyarakat (Abd. Rahim Abd.Rashid, 2007). Elemen tersebut akan menjadikan murid-murid mengambil guru mereka sebagai suri teladan dalam menuntut ilmu. Guru seperti ini mempunyai kredibiliti untuk menyampakan ilmu yang diajar secara berkesan. Guru yang

berpengetahuan

ini

amat

penting

untuk

menghasilkan

murid

yang

berpengetahuan dan berkemahiran berfikir kerana murid akan menerima ilmu daripada guru mereka dan mengaplikasi pengetahuan tersebut dalam kemahiran berfikir untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh mereka. Seterusnya, elemen profesionalisme guru yang perlu untuk melaksanakan transformasi

PPPM

ialah

guru

perlu

mempunyai

kemahiran

mengesan

perkembangan murid dan menyokong mereka. Guru seharusnya peka terhadap keperluan murid untuk membangunkan potensi dan bakat kepimpinan yang ada pada

diri

mereka.

Kepimpinan

yang

perlu

ada

pada

murid-murid

ialah

keusahawanan, berdaya tahan, kecerdasan emosi dan kemahiran berkomunikasi dengan berkesan. Guru perlulah berperanan sebagai pembimbing kepada muridmurid dengan memberikan bimbingan dan maklum balas yang membina untuk melatih dan membentuk diri murid-murid sebagai secara langsung dan tidak langsung semasa di sekolah sama ada semasa aktiviti P&P di dalam kelas atau semasa aktiviti ko-kurikulum yang diadakan (Rom, 2013). Hal ini boleh dilaksanakan dengan menyediakan pelbagai aktiviti untuk murid belajar mengikut kecenderungan dan keupayaan dalam melaksanakan tanggungjawab, berfikir secara kreatif dan kritis serta kemahiran menyelesaikan masalah. Oleh itu, modul aktiviti mengikut aras perlu disediakan bagi mencungkil bakat kepimpinan murid.

Selain itu, PPPM juga mensasarkan murid dapat menguasai lebih daripada satu bahasa. Hal ini kerana murid yang mampu berdaya saing di peringkat global mestilah mahir dalam bertutur dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu maka disini elemen yang diperlukan ialah guru bertindak sebagai fasilitator pembelajaran murid. Guru memainkan peranan untuk mendidik murid agar menguasai kedua-dua bahasa tersebut. kemahiran dwibahasa ini dapat dipupuk oleh guru dengan mendedahkan

pelajar

dengan

dengan

kemahiran

ini

melalui

kegiatan

sastera,lakonan ,nyayian, muzik dan sebagainya (Abdullah Hassan & Zainal Borhan 2016). Guru bertindak sebagai fasilitator dan motivator untuk menggalakkan pelajar terlibat dalam memartabatkan bahasa melayu dan memperkasakan bahasa inggeris. Tugas guru bukan memperbetul bahasa tetapi menggalakkan mereka bercakap dan cuba memperkayakan perbendaharaan kata melalui aktiviti yang dijalankan. Selain itu, elemen yang perlu ada guru ialah guru yang menghayati nilai murni yang hendak diajar. Hal ini kerana PPPM ingin menghasilkan murid yang beretika kerohanian maka guru hendaklah terlebih dahulu mengamal dan menghayati nilai murni hendak diajar (Zakaria Kasa, Abdul Rahman Md. Aroff, Abdul Majid Isa dan Rahil Hj. Mahyuddin, 1996). Tanggungjawab bagi mendidik dan memupuk nilai-nilai mumi tidak boleh diambil ringan. Nilai-Nilai murni merupakan matlamat utama dalam pembangunan pendidikan dan pelaksanaan kurikulum. Justeru, tanggungjawab guru sebagai model penerapan nilai murni, iaitu guru perlu menjadi model dan mentor, mencipta komuniti moral, mengamal disiplin moral, mengajar nilai merentas kurikulum, memupuk keprihatinan melangkaui batas kelas dan membina budaya moral yang positif di sekolah perlu dipraktikkan. Oleh hal yang demikian rohani murid-murid hendaklah dilengkapi dengan nila-nilai murni supaya dapat bersaing secara sihat dalam peringkat global. Pendidikan juga seharusnya menyemai semangat setia dan bangga kepada negara dalam kalangan murid. Identiti nasional akan dapat dicapai bukan hanya dengan belajar memahami dan menerima kepelbagaian, tetapi juga menghayati kepelbagaian (Ahmad Zaharuddin Sani Ahmad Sabri, 2014).Oleh itu elemen profesionalisme yang perlu ada pada guru ialah penghayatan nasional. Guru yang cinta akan negaranya sentiasa menghormati kepelbagaian kaum dan tahu kepentingan perpaduan. Konsep perpaduan, semangat nasionalisme dan cintakan negara telah diterapkan dahulu lagi oleh pemimpin-pemimpin terdahulu.

Tunku Abdul Rahman melalui Parti Perikatan yang dipimpinnya dengan dibantu oleh Tun Tan Cheng Lock dan Tun V.T. Sambathan berjuang bagi mendapatkan kemerdekaan dan kebebasan daripada penjajah British untuk Tanah Melayu (Ahmad Sanusi, 2011). Justeru guru berperanan sebagai agen perpaduan dan

integrasi nasional dalam kalangan murid. Menerusi keimpinan dan kewibawaan, guru berupaya membina

suasan sosial yang sihat. Hal ini

kerana dapat

meningkatkan interaksi nasional antara murid berbilang kaum, latar belakang, dan budaya bagi mewujudkan identiti nasinal yang unggul.

3.2 PENUTUP Konklusinya, sistem pendidikan perlu seiring dengan perkembangan semasa agar modal insan yang terhasil adalah berkualiti serta mampu berfungsi secara holistik selain berpegang teguh kepada agama.

Hal ini adalah seperti yang

termaktub dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 (PPPM, 2013). Guru perlu menerapkan elemenelemen profesionalisme seperti elemen intelektual, elemen kepimpinan dan kewibawaan. Selanjutnya, guru perlu mahir dan pakar dalam bidang Information Technology (IT), mengetahui tentang karakteristik pelajar serta elemen terpenting iaitu tanggungjawab.

Rashid, A. R. (2007). Profesionalisme keguruan: prospek dan cabaran. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Hassan, A., & Borhan, Z. A. (2016). Kami bantah DLP. Kuala Lumpur, Malaysia: Rumah GAPENA. Sabri, A. Z., & Institut Pemikiran Tun Dr. Mahathir Mohamad. (2014). Raksa raya Malaysia. Kuala Lumpur: Institut Terjemahan & Buku Malaysia. Sanusi, A. (2011). 1 Malaysia. Kuala Lumpur: Sabunai Media.

Related Documents

Gpp Esaimen Tugasan 3.docx
November 2019 31
Gpp Tugasan 1.docx
April 2020 21
Esaimen Moral.docx
November 2019 64
Esaimen Titas.docx
December 2019 28
Esaimen Titas.docx
April 2020 14
Fall 2009 Gpp Trade
May 2020 8

More Documents from "Bret Kerr"

Ujian Makanan
August 2019 35
Sel Pipi Dan Tumbuhan
August 2019 42
Gpp Esaimen Tugasan 3.docx
November 2019 31
Amali 1 Kapasitor.docx
November 2019 26
Bahasa Indonesia.docx
April 2020 25