Proses Pembentukan Kata.docx

  • Uploaded by: Anonymous aHSTPO
  • 0
  • 0
  • April 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Proses Pembentukan Kata.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 3,553
  • Pages: 25
1.0 PROSES PEMBENTUKAN KATA

Menurut Dr. Ali Mahmood et al, (2008, terdapat empat jenis bentuk kata iaitu kata tunggal, kata majmuk, kata ganda dan kata terbitan. Setiap jenis bentuk kata ini mengalami proses pembentukan kata. Proses pembentukan kata menerangkan cara sesuatu kata itu dibentuk sehingga dapat menghasilkan ayat dan ujaran dalam sesuatu bahasa. Justeru, terdapat beberapa cara untuk membentuk perkataan iaitu melalui proses pembentukan kata tunggal, pengimbuhan atau penerbitan, pemajmukan dan penggandaan. Contoh perkataan yang terbentuk melalui proses pengimbuhan adalah ‘menjalani’ manakala contoh perkataan yang dibentuk melalui proses pemajmukan pula adalah ‘jalan raya’. Malah ada juga perkataan yang dibentuk melalui proses penggandaan, misalnya ‘jalan-jalan’. Walaupun perkataan yang dibentuk ini terdiri daripada kata dasar yang sama, namun proses pembentukan kata yang berbeza menyebabkan setiap perkataan yang diterbitkan mempunyai maksud yang berbeza.

Perkataan-perkataan dalam bahasa Melayu yang tidak menerima sebarang imbuhan dan tidak mengalami proses penggandaan tergolong ke dalam jenis kata tunggal. Dalam bahasa Melayu, kata tunggal boleh terdiri hanya satu suku kata atau mempunyai lebih daripada satu suku kata. Contohnya: Kata tunggal satu suku kata,

had, am

Kata tungga dua suku kata

bulat, meja

Kata tunggal tiga suku kata

bahaya, cahaya

Kata Tunggal Empat Suku Kata dan lebih

universiti, sayembara

Rajah 1.1: Kata tunggal

Selain itu, akronim juga terlibat dalam proses pembentukan kata tunggal. Menurut Tatabahasa Dewan edisi ke tiga, akronim ialah bentuk yang dihasilkan melalui percantuman bunyi-bunyi pertama dalam sejumlah perkataan, atau percantuman bahagian-bahagian daripada beberapa perkataan untuk membentuk satu perkataan baru.

1

Cara Penulisan Akronim

Contoh

Gabungan huruf awal

ABIM (Angkatan Belia Islam Malaysia)

Gabungan suku kata

cerpen (cerita pendek)

Gabungan suku kata dengan suku kata Mara (Majlis Amanah Rakyat) atau dengan huruf awal Rajah 1.2: Contoh Akronim

Menurut Kamarudin Hussin (1999), kata terbitan turut disebut sebagai pengimbuhan. Pengimbuhan ialah proses membentuk perkataan yang terbentuk dengan mencantumkan imbuhan kepada kata dasar. Kata dasar boleh terdiri daripada morfem bebas atau terikat manakala imbuhan adalah morfem terikat iaitu morfem yang tidak dapat berdiri sendiri. Imbuhan mesti dicantumkan kepada kata dasar terlebih dahulu. Terdapat empat jenis imbuhan, iaitu awalan, akhiran, apitan, dan sisipan. Imbuhan-imbuhan ini, apabila digandingkan dengan kata dasar membentuk kata terbitan daripada pelbagai golongan kata iaitu kata kerja, dan kata adjektif.

Kata dasar +

Imbuhan +

awalan, di-

Imbuhan +

akhiran, -kan

apitan,

Imbuhan Imbuhan me-…- sisipan, -el-

kan tunjuk

ditunjuk

tunjukkan

menunjukkan

telunjuk

Rajah 1.3: Jenis Imbuhan Seterusnya, proses pemajmukan adalah proses yang merangkaikan dua kata dasar atau lebih sehingga menghasilkan perkataan yang membawa makna yang khusus (Tatabahasa Dewan,2010). Kata majmuk dieja terpisah dan bertindak sebagai satu unit iaitu bentuknya tidak dapat disisipkan sebarang unsur. Misalnya, kerusi malas ialah kata majmuk kerana tidak dapat disisipkan unsur lain seperti ‘yang’. Sebaliknya pinggan mangkuk bukan kata majmuk kerana dapat diselitkan kata hubung ‘dan’. Seterusnya, kata majmuk adalah besar, berdasarkan jenisnya, kata majmuk dapat digolongkan kepada tiga kategori, iaitu kata majmuk rangkaian bebas, kata majmuk istilah khusus dan kata majmuk kiasan. Contohnya;

2

1. Kata Majmuk yang terdiri daripada rangkaian kata bebas bandar hijau

Ketua Setiausaha

hijau daun

Timbalan Ketua Perpustakaan Rajah 1.4: Kata Majmuk Bebas

2. Kata Majmuk yang Berbentuk Istilah khusus deria rasa

segi tiga

telefon dail terus

pita suara Rajah 1.5: Kata Majmuk Istilah Khusus

3. Kata Majmuk yang Mendukung Maksud Kiasan, iaitu Simpulan Bahasa kaki ayam

panjang tangan

rabun ayam

pilih kasih Rajah 1.6: Kata Majmuk Kiasan

Namun begitu, terdapat sebilangan kecil kata majmuk yang penggunaannya sudah dianggap mantap sebagai satu perkataan yang utuh, walaupun bentuk kata tersebut ternyata mempunyai dua kata dasar. Perkataan-perkataan sedemikian tetap dieja sebagai satu perkataan. Contohnya; antarabangsa

setiausaha

sukarela

bumiputera Rajah 1.7: Kata Majmuk

Selanjutnya, menurut Siti Hajah Abdul Aziz (2011), proses penggandaan dalam bahasa Melayu pula adalah proses yang menggandakan kata dasar. Dalam proses ini, kata dasar boleh mengalami penggandaan penuh, penggandaan separa dan penggandaan berentak. Kata ganda penuh ialah kata ganda yang mengalami ulangan secara keseluruhan seperti jalan-jalan. Seterusnya, kata ganda separa pula merupakan kata ganda yang terbentuk melalui penggandaan sebahagian kata dasar sahaja. Kata dasar boleh merupakan kata tunggal ataupun kata terbitan. Kata Tunggal

Kata Ganda Separa

Laki

Lelaki

Tikus

Tetikus

3

Rajah 1.8: Penggandaan separa kata tunggal Akhir sekali, kata ganda berentak ialah kata ganda yang mengalami penggulangan kata dasar mengikut rentak bunyi tertentu dalam kata dasar. Seluruh kata dasar digandakan dan bunyi-bunyi tertentu diulang atau diubah. Berdasarkan pengubahan dan pengulangan bunyi-bunyi tertentu, kata ganda berentak terbahagi kepada tiga jenis iaitu, penggandaan berentak pengulangan vokal, penggandaan berentak pengulangan konsonan dan penggandaan berentak bebas. Penggandaan Berentak Penggandaan Berentak Penggandaan Berentak Pengulangan Vokal

Pengulangan Konsonan

Bebas

kuih-muih

batu-batan

lintang-pukang

Rajah 1.9: Penggandaan Berentak

2.0 GOLONGAN KATA Terdapat empat golongan kata dalam bahasa Melayu, iaitu kata nama, kata kerja, kata adjektif dan kata tugas. Golongan kata nama merangkumi sejumlah perkataan yang boleh menjadi unsur inti kepada binaan frasa nama dan lazimnya perkataan ini menamakan orang, tempat atau benda. Golongan kata nama ini boleh dibahagikan pula kepada sub golongan berdasarkan ciri-ciri semantik, iaitu kata nama khas, kata nama am dan kata ganti nama

Nik Safiah Karim et al.(1996) menyatakan, kata nama khas ialah kata yang digunakan untuk rujukan khusus pada sesuatu nama orang, haiwan, benda, perbadanan (institusi), undang-undang, bangsa, bahasa, pangkat, dan seumpamanya. Huruf pertama kata nama khas ditulis dengan huruf besar dalam tulisan. Kata nama khas pula dibahagikan kepada dua, iaitu nama khas hidup dan nama khas tidak hidup. Nama khas hidup dibahagikan kepada dua, iaitu manusia dan bukan manusia.

Rajah 2.1: Kata nama khas 4

Seterusnya, kata nama am ialah perkataan yang merujuk benda, perkara atau konsep yang umum sifatnya. Kata nama am boleh dibahagikan kepada kumpulan-kumpulan kecil berdasarkan ciri makna perkataannya, iaitu;

Rajah 2.2: Kata Nama Am

Selain itu, kata ganti nama adalah perkataan yang menjadi pengganti kata nama khas dan kata nama am. Kata ganti nama dibahagikan kepada dua golongan kecil, iaitu kata ganti nama diri; dan kata ganti nama tunjuk. Penggolongan kata ganti nama ditunjukkan seperti berikut:

5

Rajah 2.3: Kata Ganti Nama Golongan kata yang kedua adalah kata kerja. Kata kerja merangkumi sejumlah kata dasar yang menjadi unsur inti dalam binaan frasa kerja. Golongan kata kerja dapat dibahagikan kepada dua kumpulan, iaitu kata kerja transitif dan kata kerja tak transitif. Kata kerja transitif pula boleh dibahagikan kepada kata kerja transitif dan kata kerja tak transitif. Kata kerja tak transitif ialah kata kerja yang tidak memerlukan objek atau penyambut sesudahnya manakala kata kerja transitif ialah kata kerja yang memerlukan objek yang terdiri daripada frasa nama untuk melengkapkan maksudnya.

Rajah 2.4: Kata Kerja

6

Kata adjektif pula menerangkan keadaan atau sifat sesuatu nama atau frasa nama. Kata adjektif mudah dikenali jika kata berkenaan didahului oleh kata penguat seperti amat, sangat, sungguh, sekali, paling, agak, benar. Kata adjektif boleh terbentuk berdasarkan kata itu sendiri atau terbentuk secara menerima imbuhan; sama ada imbuhan awalan, apitan, atau sisipan (Ali Mahmood et.al. 2007). Kata adjektif terbahagi kepada sembilan jenis, iaitu; Jenis-Jenis Kata Adjektif

Contoh

sifatan

baik, sihat,

warna

merah, biru

ukuran

panjang, tohor

bentuk

bulat, leper

pancaindera

sedap, mersik

waktu

cepat, lewat

perasaan

rindu, geram

cara

perlahan, laju

jarak

jauh, dekat Rajah 2.5: Jenis-Jenis Kata Adjektif

Akhir sekali adalah golongan kata tugas. Kata tugas ialah sejenis perkataan yang hadir dalam ayat, klausa, atau frasa untuk mendukung sesuatu tugas tertentu seperti kata penyambung ayat, berfungsi sebagai kata praklausa, prafrasa, atau sebagai kata pascakata. Kata Tugas

Contoh

Kata hubung

dan

Kata seru

aduh

Kata tanya

bila

Kata perintah

jangan

Kata pangkal ayat

hatta

Kata bantu

belum

Kata penguat

paling

Kata penegas

-lah

Kata nafi

tidak

Kata pemeri

ialah

Kata sendi nama

di

Kata pembenar

ya

Kata bilangan

sedikit 7

Kata arah

antara

Kata adverba

selalu

Kata pembenda

-nya

Kata penekan

-nya Rajah 2.6: Kata Tugas

3.0 FRASA Frasa ialah suatu unit tatabahasa dalam tatatingkat sintaksis suatu bahasa. Frasa merupakan komponen terpenting dalam sintaksis. Ini kerana frasa memainkan peranan atau fungsi-fungsi tertentu dalam binaan ayat. Bagi Nik Safiah Karim et al (2008), frasa ialah unit yang boleh berdiri daripada satu susunan yang mengandungi sekurang-kurangnya dua perkataan ataupun satu perkataan yang berpotensi untuk diperluas menjadi dua perkataan atau lebih. Oleh itu, frasa ialah satu unit bahasa di mana suatu konstruksi yang mungkin terdiri daripada suatu susunan kata-kata ataupun hanya satu kata yang berpotensi diperluaskan menjadi dua atau lebih kata dengan kehadiran subjek dan predikat atau kedua-duanya sekali atau tanpa kehadiran kedua-duanya. Di samping itu, frasa mestilah suatu konstituen yang tidak bersifat sebuah klausa dan dari segi taburannya suatu frasa itu boleh menjadi unsur klausa ataupun frasa sendiri.

3.1 FRASA NAMA

Frasa nama (FN) ialah binaan yang dari sudut nahu boleh terdiri daripada satu perkataan atau beberapa perkataan yang boleh berfungsi sebagai satu konstituen dalam binaan ayat. Binaan ayat dasar dalam bahasa Melayu terdiri daripada dua konstituen utama, iaitu subjek dan predikat. Frasa nama juga boleh hadir dalam konstituen objek iaitu konstituen yang hadir sesudah kata kerja transitif dalam frasa kerja. Malahan, frasa nama juga boleh hadir sebagai unsur dalam frasa sendi nama.

8

FRASA NAMA SUBJEK PENJODO H BILANGAN -

INTI

Sekumpula n

pensyarah

universiti

awam

-

-

pengkaji

bidang

pendidikan

-

-

PENERANG 1 INTI PENERAN G Universiti Exeter

PREDIKAT KATA SENDI NAMA di

PENERANG INTI PENERAN G England -

-

Amerika Syarikat

KATA KERJA

INTI

PENERANG 1 INTI PENERANG

meneliti

kaedah

penjanaa n

pendapatan

mengadak an

-

-

lawatan

menyaran kan

-

pihak

universiti

KETERANGAN

melalui berapa saranan penting. untuk memasarkan program pengajian mereka di beberapa buah negara di Asia Tenggara barubaru ini. mengadakan lebih banyak mesyuarat, seminar dan persidangan dengan industri di kampus.

Kesimpulannya, berdasarkan petikan yang di analisis, terdapat beberapa frasa nama dalam petikan tersebut. Frasa nama dalam petikan tersebut berfungsi sebagai satu konstituen dalam subjek dan predikat. Frasa nama dalam petikan tersebut turut hadir dalam konstituen objek sesudah kata kerja transitif dalam frasa kerja. Malahan, frasa nama juga boleh hadir sebagai unsur dalam subjek frasa sendi nama. 9

3.2 FRASA ADJEKTIF Frasa Adjektif sebagai frasa endosentrik berintipati kata adjektif. Frasa adjektif boleh menjadi predikat. Sebagai unsur keterangan, frasa adjektif hadir setelah kata kerja atau frasa kerja, manakala sebagai unsur penerang frasa adjektif hadir setelah kata nama atau frasa nama.

FRASA ADJEKTIF SUBJEK PREDIKAT PENJODOH FRASA NAMA PENERANG FRASA PENERANG KETERANGAN BILANGAN KERJA INTI PENERANG Bil elektrik melambung tinggi Sebuah universiti awam sederhana terpaksa membayar kirabesar kira RM300 ribu untuk bil elektrik sebulan amalan terbaik dijadikan teladan

Kesimpulannya, frasa adjektif dalam petikan berfungsi sebagai predikat, iaitu sebagai penerang kepada frasa kerja. Selain itu, fungsi frasa adjektif dalam petikan turut berfungsi sebagai penerang dalam subjek frasa nama.

3.3 FRASA KERJA Frasa kerja boleh terdiri daripada satu atau beberapa perkataan dengan kata kerja sebagai intinya. Dalam ayat, frasa kerja wujud dalam predikat. Frasa kerja terbahagi kepada dua jenis, iaitu frasa kerja transitif dan frasa kerja tak transitif. Binaan frasa kerja secara umumnya sama dengan kata kerja.

10

FRASA KERJA SUBJEK PENJODOH INTI BILANGAN

KATA SENDI NAMA

PENERANG 1 INTI PENERANG

KATA KERJA TRANSITIF

OBJEK

PREDIKAT KATA PELENGKAP KERJA TAK TRANSITIF -

Sekumpulan

pensyarah -

Amalan universiti

terbaik awam

dijadikan mengadakan

teladan lawatan

-

Mereka

-

Bil -

elektrik -

-

-

melambung berubah

tinggi -

-

Universiti California

di

Amerika Syarikat

-

-

-

berjaya

meraih AS$182 juta

KETERANGAN

untuk memasarkan program pengajian mereka. menjadi lebih korporat dan profesional melalui fi hak cipta dan harta intelek pada tahun 2011.

Kesimpulannya, berdasarkan analisis petikan tersebut, fungsi frasa kerja hanyalah pada konstituen predikat. Namun, penggunaan frasa kerja ini berbeza mengikut jenis kata kerja itu sendiri.

11

3.4 FRASA SENDI NAMA Menurut Hashim Musa (1990), frasa sendi nama ialah satu binaan dalam ayat yang terdiri daripada satu kata sendi nama dan satu frasa nama yang menjadi pelengkap kepada kata sendi nama itu. Kata sendi nama ialah bentuk morfem atau kata yang letaknya di hadapan frasa nama. Antara kata frasa sendi nama yang sering digunakan dalam Bahasa Melayu termasuklah di, ke, dari, daripada, pada, kepada, untuk, akan, bagi dan sebagainya. Frasa sendi nama juga boleh didahului dengan kata bantu, FRASA SENDI NAMA PREDIKAT SUBJEK

FRASA KERJA

FRASA NAMA

blog dan artikel jurnal penyelidikan tentang penjimatan tenaga perlu tujuh orang yang datang

dijadikan

audio video

dijadikan

agenda utama

mendaftar

FRASA SENDI NAMA untuk di

dari

KETERANGAN

menjanakan pendapatan universiti awam

negara berkenaan

Kesimpulannya, terdapat empat jenis frasa yang digunakan untuk membentuk ayat dalam petikan tersebut. Namun begitu, penggunaan frasa kerja paling banyak dan kerap digunakan dalam petikan. Hal ini kerana petikan ini lebih menjurus kepada perana dan tindakan yang perlu diambil oleh pihak universiti swasta dalam menjaga kestabilannya. Manakala frasa adjektif merupakan frasa yang paling sedikit digunakan. Hal ini kerana huraian dalam petikan ini tidak memerlukan penjelasan yang terperinci kerana ayat dalam petikan lebih kepada fakta.

12

4.0 KLAUSA Klausa pula merupakan satu rangkaian perkataan yang terdiri daripada subjek dan predikat. Klausa menjadi konstituen kepada ayat dan terbahagi kepada dua jenis iaitu klausa bebas dan klausa tidak bebas. Klausa bebas ialah klausa yang boleh berdiri sendiri sebagai ayat yang lengkap manakala klausa tak bebas tidak dapat berdiri sendiri kerana maknanya bergantung pada klausa bebas.

KLAUSA BEBAS

KLAUSA TERIKAT

(KLAUSA UTAMA)

(KLAUSA KECIL)

Universiti Exeter di England meneliti melalui beberapa saranan penting kaedah penjanaan pendapatan Budaya

kebergantungan

pada

dana kerana memerlukan proses transformasi

kerajaan bukan mudah untuk diubah suai Sekumpulan pensyarah universiti awam untuk memasarkan program pengajian mengadakan lawatan

mereka di beberapa buah negara

13

14

1.0 AYAT TUNGGAL Ayat ialah unit pengucapan yang paling tinggi letaknya dalam susunan tatabahasa dan mengandungi makna yang lengkap. Pengucapannya dimulai dan diakhiri dengan kesenyapan serta mengandungi intonasi yang sempurna. Tambahan pula, terdapat tiga jenis ayat, iaitu ayat dasar, ayat tunggal dan ayat majmuk. Ayat tunggal ialah ayat yang mengandungi satu klausa sahaja, iaitu yang mempunyai satu konstituen subjek dan satu konstituen predikat.

Ayat 1: Badan manusia mengandungi hampir tujuh peratus air.

Rajah 1.1: Rajah Pohon Ayat Tunggal

Rajah pohon di atas menunjukkan ayat tunggal yang telah di analisis daripada artikel ‘Air dan Kehidupan’. Ayat tersebut diklasifikasikan sebagai ayat tunggal kerana binaan ayatnya terdiri daripada satu klausa sahaja iaitu klausa bebas. Klausa bebas merupakan klausa yang boleh berdiri sendiri sebagai ayat yang lengkap dan hanya mempunyai satu konstituen subjek dan konstituen predikat. Konstituen subjek dalam ayat di atas adalam badan manusia manakala konstituen predikat bagi ayat di atas pula adalah mengandungi hampir tujuh puluh peratus air. Binaan ayat tersebut tidak mempunyai kata hubung dan menyebabkan ayat tersebut tidak dipancangkan kepada ayat yang lain. Hal ini kerana klausa bebas boleh dipancangkan dengan ayat yang lain untuk menjadi lebih panjang dan kompleks.

15

Ayat 2: Ingatan jangka pendek mereka akan terganggu.

Rajah 1.2: Rajah Pohon Ayat Tunggal

Rajah pohon di atas menunjukkan ayat tunggal yang telah di analisis daripada artikel ‘Air dan Kehidupan’. Ayat tersebut diklasifikasikan sebagai ayat tunggal kerana binaan ayatnya terdiri daripada satu klausa sahaja iaitu klausa bebas. Klausa bebas merupakan klausa yang boleh berdiri sendiri sebagai ayat yang lengkap dan hanya mempunyai satu konstituen subjek dan konstituen predikat. Konstituen subjek dalam ayat di atas adalah ‘ingatan jangka pendek mereka’ manakala konstituen predikat bagi ayat di atas pula adalah ‘akan terganggu’. Binaan ayat tersebut terdiri daripada kata nama, kata kerja tak transitif, kata sendi nama, kata adjektif dan kata ganti nama diri kedua. Selain itu, binaan ayat tersebut tidak mempunyai kata hubung dan menyebabkan ayat tersebut tidak dipancangkan kepada ayat yang lain. Hal ini kerana klausa bebas boleh dipancangkan dengan ayat yang lain untuk menjadi lebih panjang dan kompleks.

16

2.0 AYAT MAJMUK Ayat majmuk ialah ayat yang dibina dengan mencantumkan dua ayat tunggal atau lebih, dan percantuman ayat-ayat itu disusun mengikut cara tertentu sehingga menjadikannya sebagai ayat yang baharu. Tambahan pula, ayat majmuk terdiri daripada ayat majmuk gabungan, ayat majmuk pancangan dan ayat majmuk campuran.

2.1 AYAT MAJMUK GABUNGAN Ayat majmuk gabungan ialah ayat yang terdiri daripada dua ayat atau lebih dan kemudiannya dijadikan satu dengan cara menggabungkan atau mencantumkan ayat-ayat tersebut dengan kata hubung dan, atau, tetapi, dan sebagainya.

Ayat 1: Nutrien dan oksigen dibawa ke sel-sel tubuh badan oleh air.

Sebenarnya terdapat dua ayat dalam ayat tersebut, iaitu: Ayat 1: Nutrien dibawa ke sel-sel tubuh badan oleh air. + Oksigen dibawa ke sel-sel tubuh badan oleh air.

Dalam contoh ayat di atas, ayat nutrien dibawa ke sel-sel tubuh badan oleh air telah digabungkan dengan ayat oksigen dibawa ke sel-sel tubuh badan oleh air. Keseluruhan predikat dalam ayat 1, iaitu dibawa ke sel-sel tubuh badan oleh air telah digugurkan oleh sebab klausa ini diulang pada ayat kedua kemudiannya diganti dengan kata hubung dan. Contohnya:

Ayat 1: Nutrien dibawa ke sel-sel tubuh badan oleh air. Ayat 2: Oksigen dibawa ke sel-sel tubuh badan oleh air.  Nutrien dibawa ke sel-sel tubuh badan oleh air dan oksigen dibawa ke sel-sel tubuh badan oleh air.  Nutrien dan oksigen dibawa ke sel-sel tubuh badan oleh air.

17

Proses ini telah menggabungkan dua ayat tunggal menjadi ayat majmuk gabungan. Setelah berlakunya proses pengguguran frasa predikat ini, maka struktur susunan ayat baru terbentuk. Susunan ayat tersebut telah diperjelaskan dalam rajah 2.1.1.

Rajah 2.1.1: Rajah Pohon Ayat Majmuk Gabungan

2.2 AYAT MAJMUK PANCANGAN Dalam ayat majmuk pancangan, terdapat satu ayat utama atau ayat induk dan satu atau beberapa ayat kecil lain yang dipancangkan ke dalam ayat induk dan menjadi sebahagian daripada ayat induk itu. Terdapat tiga jenis ayat majmuk pancangan, iaitu ayat majmuk pancangan relatif, ayat majmuk pancangan keterangan dan ayat majmuk pancangan komplemen.

Ayat 1: Kanak-kanak yang kurang minum air akan menghadapi kesukaran untuk menumpukan perhatian dalam pelajaran.

18

Sebenarnya terdapat dua ayat dalam ayat tersebut, iaitu: Ayat 1: Kanak-kanak akan menghadapi kesukaran untuk menumpukan perhatian dalam pelajaran. Ayat 2: Kanak-kanak kurang minum air.

Dalam contoh ayat di atas, kanak-kanak adalah frasa nama yang bertindak sebagai subjek. Perkataan kanak-kanak itu diulang dalam kedua-dua ayat itu. Justeru, frasa nama tersebut boleh diluaskan melalui proses relativisasi, iaitu proses pemancangan ayat ke dalam satu ayat lain sebagai frasa relatif kepada subjek ayat yang menerima pancangan. Frasa relatif terbentuk dengan menggunaka kata hubung pancangan relatif yang. Oleh itu, ayat kanak-kanak kurang minum air telah dipancangkan kepada ayat induk, iaitu kanak-kanak akan menghadapi kesukaran untuk menumpukan perhatian dalam pelajaran. Perkataan kanak-kanak dalam ayat 1 kemudiannya digantikan dengan kata relatif yang. Hal ini dapat diperjelaskan dengan contoh di bawah:

Ayat 1: Kanak-kanak akan menghadapi kesukaran untuk menumpukan perhatian dalam pelajaran. Ayat 2: Kanak-kanak kurang minum air.  Kanak-kanak yang kurang minum air akan menghadapi kesukaran untuk menumpukan perhatian dalam pelajaran.

Proses ini telah menggabungkan dua ayat menjadi ayat majmuk pancangan relatif. Setelah berlakunya proses peluasan frasa nama sebagai subjek ini, maka struktur susunan ayat baru terbentuk. Susunan ayat tersebut telah diperjelaskan dalam rajah 2.2.1.

19

Rajah 2.2.1: Rajah Pohon Ayat Majmuk Pancangan Relatif

20

2.3 AYAT MAJMUK CAMPURAN Ayat majmuk campuran ialah ayat yang mengandungi lebih daripada satu jenis ayat, yakni terdiri daripada campuran ayat majmuk atau deretan berbagai-bagai jenis ayat majmuk.

Ayat 1: Air yang bersih dapat menghalang penyebaran toksin yang menjadi punca kepada kebanyakan penyakit.

Sebenarnya terdapat tiga ayat dalam ayat tersebut, iaitu: Ayat 1: Air dapat menghalang penyebaran toksin Ayat 2: Air bersih. Ayat 3: Penyebaran toksin menjadi punca kepada kebanyakan penyakit.

Dalam contoh ayat di atas, air dan toksin adalah frasa nama yang bertindak sebagai subjek. Perkataan air dan toksin itu diulang dalam ayat-ayat itu. Justeru, frasa nama tersebut boleh diluaskan melalui proses relativisasi, iaitu proses pemancangan ayat ke dalam satu ayat lain sebagai frasa relatif kepada subjek ayat yang menerima pancangan. Frasa relatif terbentuk dengan menggunaka kata hubung pancangan relatif yang. Oleh itu, ayat air besih telah dipancangkan kepada ayat induk, iaitu air dapat menghalang penyebaran toksin. Perkataan air dalam ayat 2 kemudiannya digantikan dengan kata relatif yang. Hal ini dapat diperjelaskan dengan contoh di bawah: Ayat 1: Air dapat menghalang penyebaran toksin Ayat 2: Air bersih.  Air yang bersih dapat menghalang penyebaran toksin.

Proses ini telah menggabungkan dua ayat menjadi satu ayat baru kerana berlakunya proses peluasan frasa nama sebagai subjek ini. Kemudian, ayat yang baru itu dipancangkan pula ke dalam ayat 3, iaitu penyebaran toksin menjadi punca kepada kebanyakan penyakit melalui proses peluasan frasa predikat. Hal ini dapat diperjelaskan dengan contoh di bawah:

21

Ayat 3: Penyebaran toksin menjadi punca kepada kebanyakan penyakit. Ayat Baru: Air yang bersih dapat menghalang penyebaran toksin.  Air yang bersih dapat menghalang penyebaran toksin yang menjadi punca kepada penyebaran penyakit.

Perkataan toksin dalam ayat 3 kemudiannya digantikan dengan kata relatif yang. Proses ini telah menggabungkan tiga ayat menjadi ayat majmuk campuran. Setelah berlakunya proses peluasan pada subjek dan predikat, maka struktur susunan ayat baru terbentuk. Susunan ayat tersebut telah diperjelaskan dalam rajah di bawah.

a)

Transformasi relativisasi

22

b)

Transformasi relativisasi

c)

23

RUJUKAN

Asmah Haji Omar. (2008). Nahu kemas kini. Kuala Lumpur: Publishing Sdn. Bhd.

Asmah Haji Omar. (2004). Penyelidikan, pengajaran dan pemupukan bahasa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Atan Long. (1978). Menguji kemahiran bahasa: Prinsip, teknik dan contoh. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Dr. Ali Mahmood, Mahsuri Badari, Dr. Seman Salleh dan Musyi Zainal Abidin Kasim. (2008). Pembelajaran morfsintaksis bahasa melayu. Kuala Lumpur: Open University Malaysia.

Hashim Musa. (1990). Sintaksis bahasa Melayu: Suatu huraian berdasarkan rumus struktur frasa. Kuala Lumpur: Agensi Penerbitan Nusantara.

Ismail Omar. (2017). Cabaran universiti awam menjanakan pendapatan sendiri. Dewan Masyarakat, 6, 21-22.

Kamarudin Hussin. (1999). Bahasa Kebangsaan (A): (untuk warganegara Malaysia). Kuala Lumpur. Kumpulan Budiman

Nik Safiah Karim. (1989). Frasa nama dalam Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Nurin Enterprise.

Nik Safiah Karim. (2008). Tatabahasa dewan edisi baharu. Kuala Kumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Siti Hajar Abdul Aziz. (2011). Siri Pendidikan Guru: Bahasa Melayu II. Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Zulkifley Hamid. (2005). Penilaian pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

24

25

Related Documents


More Documents from "vicki yugasworo"

Gpp Tugasan 1.docx
April 2020 21
Aspek Bahasa.docx
April 2020 24
Tugasan 1 Gpi.docx
April 2020 27
Tugasan 1.docx
April 2020 20
Tg.doc
April 2020 20