BMM 3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU
71
BMM 3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU
SINOPSIS Tajuk ini akan membolehkan anda mengetahui perkara-perkara yang berikut:
konsep Transformasi-Generatif
konsep penerbitan ayat dalam bahasa Melayu
konsep ayat terbitan
konsep pengguguran dalam penerbitan ayat bahasa Melayu
Dalam tajuk yang terdahulu, anda telah diperkenalkan dengan konsep ayat bahasa Melayu. Anda telah mengenali bagaimana konstituen-konstituten ayat digabungkan untuk membentuk satu ayat yang lengkap. Dalam bab ini, anda akan diperkenalkan dengan teori atau konsep Transformasi Generatif atau ringkasnya TG. Teori ini diperkenalkan oleh Noam Chomsky (1957). Teori TG sesuai untuk menghuraikan pembentukan ayat seperti yang dinyatakan oleh Chomsky, ”the rules of a generative grammar all and only the sentence of a language” (1975:92). HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir unit ini, anda seharusnya dapat:
menjelaskan konsep transformasi generatif.
menyatakan hubungan transformasi generatif dengan pembentukan ayat-ayat bahasa Melayu.
menghuraikan maksud ayat terbitan.
menjelaskan peranan pengguguran dalam penerbitan ayat bahasa Melayu.
11.1
Kerangka Tajuk-tajuk
72
BMM 3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU
Tatabahasa Transformasi Generatif menekankan kemampuan berbahasa, perlakuan bahasa, struktur dalaman dan struktur permukaan. Kemampuan berbahasa merujuk kepada kemampuan individu untuk mengujarkan bahasa Struktur dalaman merupakan struktur yang mengandungi ayat dasar. Struktur permukaan ialah struktur yang telah mengalami perubahan daripada struktur dalamannya dan merupakan bentuk ayat yang diujarkan oleh seseorang penutur. Struktur dalaman dan struktur permukaan diterbitkan oleh dua rumus tatabahasa, iaitu rumus struktur frasa dan rumus transformasi. Ayat terbitan terbentuk melalui proses transformasi yang melibatkan pengguguran, penyusunan semula dan peluasan. 11.2
Kandungan Isi
Tajuk ini merangkumi huraian tentang konsep teori Transformasi Generatif dan hubungannya dalam proses penerbitan ayat bahasa Melayu. Perbincangan seterusnya menjurus kepada tiga proses utama dalam penerbitan ayat, iaitu proses pengguguran, proses penyusunan semula dan proses peluasan.
11.3
Konsep Transformasi Generatif
Tahukah anda bahawa setiap penutur jati sesuatu bahasa seharusnya dapat membezakan satu jenis binaan ayat dengan binaan ayat yang lain. Dalam erti kata yang lain, seseorang individu itu secara intuisi dapat mengenali kegramatisan sesuatu ayat. Hal ini berkait rapat dengan kemampuan seseorang individu untuk membentuk dan memahami ayat yang tidak terhad bilangan dalam bahasanya.
Kemampuan
sedemikian sering dihubungkaitkan dengan kecekapan atau kemampuan berbahasa seseorang. Konsep ini dikemukakan oleh Noam Chomsky (1957) melalui dasar analisis Transformasi Generatif. Yang dimaksudkan dengan Transformasi Generatif ialah kemampuan berbahasa, perlakuan bahasa, struktur dalaman dan struktur luaran.
Kemampuan berbahasa 73
BMM 3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU
merujuk kepada segala pengetahuan yang terdapat dalam otak manusia, sama ada secara sedar atau tidak sedar. Proses ini juga mengkaji cara atau proses mengujarkan bahasa yang terdapat dalam bentuk rumus-rumus. Perlakuan bahasa pula mengkaji cara seseorang itu mengujarkan bahasa. Menurut Transformasi Generatif juga, struktur dalaman wujud daripada kemampuan seseorang individu untuk berbahasa serta cara menyusun ayat-ayat yang diujarkan. Struktur luaran pula wujud daripada apa yang diujarkan. Ini bermakna ayat diungkapkan dalam bentuk bunyi dan ejaan. Noam Chomsky (1956) menyatakan bahawa penutur jati sesuatu bahasa mempunyai kebolehan semula jadi untuk menghasilkan bilangan ayat yang tidak terhad.
Sehubungan dengan itu, Chomsky memperkenalkan konsep kemampuan
bahasa (linguistic competence) dan perlakuan bahasa (linguistic performance). Kemampuan bahasa ialah kebolehan generatif yang ada pada seseorang penutur jati sesuatu bahasa dari segi penggunaan atau perlakuan bahasa, yakni keupayaannya untuk mengujarkan bilangan ayat yang tidak terhad jumlahnya.
Dalam konteks ini,
konsep kemampuan dan perlakuan bahasa membahagikan ayat kepada dua bahagian, iaitu struktur dalaman dan struktur permukaan atau luaran. Struktur dalaman merujuk kepada interpretasi makna yang ingin disampaikan oleh penutur.
Struktur dalaman
inilah yang akan menerbitkan struktur permukaan melalui proses-proses transformasi yang tertentu. Secara umum, terdapat empat sistem rumus dalam teori TG, iaitu: (i)
Rumus struktur frasa (RSF) yang apabila diaplikasikan akan menghasilkan struktur-struktur dalaman.
(ii)
Rumus interpretasi semantik yang memberikan makna (interpretasi semantik) kepada struktur dalaman.
(iii)
Rumus transformasi (RT) yang menukarkan struktur dalaman kepada struktur permukaan.
(iv)
Rumus
interpretasi
fonologi
yang
menginterpretasikan
struktur
permukaan, yakni memberitahu cara-cara menyebutkannya. Model sistem rumus tersebut dapat digambarkan dalam rajah yang berikut:
74
BMM 3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU
Rumus (i) Rumus struktur frasa (menghasilkan)
struktur dasar
Rumus (iii) Rumus transformasi (menghasilkan)
Rumus (ii) Rumus interpretasi semantik (menghasilkan makna)
Rumus (iv) Rumus interpretasi fonologi (menghasilkan cara pengujaran))
Rajah 11.1 Model Sistem Rumus dalam Teori TG Unit terpenting dalam kajian sintaksis, menurut teori TG ialah ayat. Anda pasti masih ingat bahawa ayat merupakan suatu bentuk linguistik yang lengkap maknanya dan mempunyai susunan tertentu berdasarkan intonasi, hentian dan tekanan tertentu. Salah satu perkara penting tentang ayat ialah kewujudan dua struktur.
Pertama,
struktur dlaaman yag menghasilkan makna sesuatu ayat dan yang kedua ialah struktur permukaan yakni struktur yang dihasilkan daripada struktur dalaman. Dalam hal ini, rumus transformasi berperanan menghubungkan kedua-dua struktur supaya jumlah ayat yang tidak terhad dalam sesuatu bahasa tidak hanya dibahagikan kepada jenisjenisnya, malah kebolehan menerangkan segala perkara yang terlibat dalam pembentukan ayat (Jacobs & Rosenbaum, 1970).
Jacobs dan Rosenbaum
merumuskan perbezaan struktur dalaman dengan struktur luaran seperti yang berikut:
A structure to which any transformational has been applied is no longer a deep structure. It is then either a surface or intermediate surface. A surface structure is one to which no more transformations are applied .. intermediate structure is one to which futher transformations must be applied.” 75
BMM 3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU
(Jacobs & Rosenbaum, 1970:7) 11.4
Konsep Ayat Terbitan
Semua bahasa mempunyai bilangan ayat yang tidak terbatas. Walau bagaimanapun, ayat-ayat tersebut pada dasarnya terdiri daripada dua kategori sahaja, iaitu ayat dasar dan ayat terbitan. Dalam bab yang lepas, anda telah pelajari tentang ayat dasar serta pola-pola ayat dasar yang terdapat dalam bahasa Melayu. Huraian seterusnya dalam bab ini akan difokuskan kepada ayat terbitan. Setelah memahami konsep TG, maka tidak dapat dinafikan bahawa penerbitan sesuatu ayat sebagai struktur permukaan adalah berpunca daripada sesuatu ayat yang lain. Dalam konteks ini, ayat yang dimaksudkan ialah ayat dasar, manakala penerbitan sesuatu ayat di sini pula merujuk kepada hasil daripada terlaksananya suatu proses gramatis
yang
melibatkan
pelaksanaan
rumus
transformasi.
Rumus-rumus
transformasi yang terlibat berfungsi untuk mengubah struktur ayat tersebut, selain memperluas sesuatu unsur dalam ayat atau frasa.
Dalam bahasa Melayu, proses
transformasi yang terlibat dalam penerbitan ayat adalah seperti yang berikut: (i)
proses pengguguran
(ii)
proses penyusunan semula
(iii)
proses peluasan
11.4.1 Proses Pengguguran Proses pengguguran merupakan satu proses transformasi yang berlaku pada struktur ayat. Proses ini akan mengakibatkan pengguguran unsur-unsur tertentu dalam binaan sesuatu ayat. Oleh hal yang demikian, unsur yang digugurkan tidak lagi wujud pada peringkat struktur permukaan. Secara umum, terdapat tiga jenis pengguguran dalam bahasa Melayu, iaitu: (i)
Pengguguran frasa nama sebagai subjek
(ii)
Pengguguran frasa predikat
(iii)
Pengguguran frasa nama yang mendahului frasa relatif. 76
BMM 3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU
11.4.1.1 Pengguguran Frasa Nama Sebagai Subjek Terdapat dua bentuk pengguguran frasa nama sebagai subjek dalam penerbitan ayat bahasa Melayu. Bentuk pengguguran yang dimaksudkan ialah: (i)
Pengguguran subjek kata ganti nama diri orang kedua dalam ayat perintah
(ii)
Pengguguran subjek yang serupa dalam ayat majmuk 11.4.1.1.1 Pengguguran Subjek Kata Ganti Nama Diri Orang Kedua dalam Ayat Perintah
Dalam ayat perintah jenis suruhan, kata ganti nama diri kedua yang berfungsi sebagai subjek dalam ayat lazimnya digugurkan. Perhatikan contoh-contoh yang berikut: (1)
Engkau pergi!
Pergi!
(2)
Awak semua keluar dari sini!
(3)
Anda boleh duduk di sini.
(4)
Kamu tidurlah dahulu.
(5)
Tuan jemputlah minum.
Jemputlah minum.
(6)
Awak jangan tipu saya.
Jangan tipu saya.
Keluar dari sini! Boleh duduk di sini. Tidurlah dahulu.
Proses transformasi pengguguran frasa nama sebagai subjek yang terdiri daripada kata ganti nama diri orang kedua secara kasarnya boleh digambarkan dalam rajah yang berikut. Subjek (kata ganti nama orang kedua ) + Predikat
(a)
A S
Ø + Predikat
(b) P
A S
transformasi pengguguran frasa nama sebagai subjek
P
77
BMM 3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU
FN
FK
FN
FK
KN
KK
KN
KK
Ø
pergi
kamu
(a)
pergi
A
(b)
A
S
P
S
P
FN
FK
FN
FK
KN awak semua
KK keluar
FS dari sini
KK Ø
keluar
FS
dari sini
Dalam ayat-ayat (1) hingga (6) serta kedua-dua rajah di atas, subjek kata ganti nama diri orang kedua yang digugurkan ialah engkau, awak semua, anda, kamu, tuan dan awak. 11.4.1.1.2 Pengguguran Subjek yang Serupa dalam Ayat Majmuk Dalam ayat yang mempunyai beberapa frasa nama yang berfungsi sebagai subjek yang sama, maka subjek frasa nama yang sama boleh digugurkan. Walau bagaimanapun, jika subjek frasa nama itu hadir pada awal ayat majmuk, maka subjek tersebut harus dikekalkan. Perhatikan contoh-contoh yang berikut: (7)
Dia sangat kaya + Dia rajin berusaha. Dia sangat kaya kerana dia rajin berusaha. Dia sangat kaya kerana rajin berusaha. 78
BMM 3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU
Ayat di atas terdiri daripada gabungan dua ayat dasar, iaitu (a) Dia sangat kaya dan (b) Dia rajin berusaha. Dalam kedua-dua ayat dasar ini, subjeknya terdiri daripada kata ganti nama diri orang kedua, iaitu dia. Apabila ayat-ayat itu digabungkan menjadi ayat majmuk, subjek dia yang merujuk kepada orang yang sama bolehlah digugurkan. Proses pengguguran tersebut oleh diperhatikan dalam rajah di bawah. A A1
KH
A2
S
P
S
P
FN
FA kerana
FN
FA
dia
sangat kaya
dia
rajin berusaha
transformasi pengguguran frasa nama sebagai subjek yang serupa A A1
KH
A2
S
P
S
P
FN
FA kerana
FN
FA
dia
sangat kaya
Ø
rajin berusaha
Contoh-contoh lain: (7)
Salmah sangat gembira. Salmah lulus dalam peperiksaan. Salmah sangat gembira kerana Salmah lulus dalam peperiksaan. Salmah sangat gembira kerana lulus dalam peperiksaan.
(8)
Budak itu pergi ke sekolah. Budak itu sakit. 79
BMM 3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU
Budak itu pergi ke sekolah walaupun budak itu demam. Budak itu pergi ke sekolah walaupun demam. (9)
Aiman bukan pengerusi. Aiman bendahari. Aiman bukan pengerusi tetapi Aiman bendahari. Aiman bukan pengerusi tetapi bendahari.
(10)
Kanak-kanak itu ketawa. Kanak-kanak itu menyanyi. Kanak-kanak itu menari. Kanak-kanak itu ketawa dan kanak-kanak itu menyanyi dan kanak-kanak itu menari. Kanak-kanak itu ketawa, menyanyi dan menari. 11.4.1.2 Pengguguran Frasa Predikat
Selain bahagian subjek, bahagian predikat juga boleh digugurkan dalam keadaankeadaan yang tertentu. Frasa predikat seperti yang anda ketahui boleh terdiri daripada frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif dan frasa sendi nama. Terdapat dua jenis proses pengguguran, iaitu: (i)
Pengguguran seluruh frasa predikat
(ii)
Pengguguran bahagian-bahagian frasa predikat
(i)
Pengguguran Seluruh Frasa Predikat
Sekiranya dalam sesuatu ayat majmuk gabungan itu, terdapat frasa predikat yang sama, maka kesemua frasa predikat yang sama itu, kecuali yang terakhir boleh digugurkan. Perhatikan contoh bagi keempat-empat jenis frasa predikat.
(a) Pengguguran Frasa Kerja yang Serupa Perhatikan contoh pengguguran frasa kerja yang serupa dalam ayat yang berikut: (11)
Adik Rosman bermain di padang. Sepupunya bermain di padang. Adik Azlan bermain di padang dan sepupunya bermain di padang. Adik Azlan dan sepupunya bermain di padang. 80
BMM 3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU
(a)
A A1
KH
S
P
FN
FK
adik Azlan
bermain di padang
A2 S
dan
P
FN
FK
sepupunya
bermain di padang
transformasi pengguguran predikat frasa kerja yang yang serupa (b) A A1
KH
S
P
FN
FK
adik Azlan
Ø
(c)
A2 S
dan
P
FN
FK
sepupunya
bermain di padang
A S FN
KH
adik Azlan
dan
P FN sepupunya
FK bermain di padang
Contoh-contoh lain: (12)
Bersukan boleh mencergaskan badan. Bersenam boleh mencergaskan badan.
81
BMM 3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU
Bersukan
boleh
mencergaskan
badan
dan
bersenam
boleh
mencergaskan badan. Bersukan dan bersenam boleh mencergaskan badan. (13)
Guru-guru datang ke sekolah. Murid-murid datang ke sekolah. Guru-guru datang ke sekolah dan murid-murid datang ke sekolah, Guru-guru dan murid-murid datang ke sekolah.
(14)
Kerajinan
menghasilkan
kecemerlangan.
Kesungguhan
menghasilkan
kecemerlangan. Kerajinan menghasilkan kecemerlangan dan kesungguhan menghasilkan kecemerlangan. Kerajinan
dan
kesungguhan
menghasilkan
kecemerlangan.
(b) Pengguguran Frasa Nama yang Serupa (15)
Kesopanan amalan kita. Kesantunan amalan kita. Kesopanan amalan kita dan kesantunan amalan kita. Kesopanan dan kesantunan amalan kita.
Rajah pohon bagi contoh di atas adalah seperti yang berikut: (a)
A A1
KH
S
P
FN
FN
A2 S FN
P FN
dan
82
BMM 3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU
kesopanan
amalan kita
kesantunan
amalan kita
transformasi pengguguran predikat frasa nama yang serupa (b) A A1
KH
S
P
FN
FN
A2 S
P
FN
FN
kesantunan
amalan kita
dan kesopanan
Ø
(c)
A S FN
KH
P FN
kesopanan dan kesantunan
FN amalan kita
Contoh-contoh lain: (16)
Jalur Gemilang lambang negara. Bunga raya lambang negara. Jalur Gemilang lambang negara dan bunga raya lambang negara. Jalur Gemilang dan bunga raya lambang negara,
(17)
Budak ini bukan anaknya. Budak itu bukan anaknya. Budak ini bukan anaknya dan budak itu bukan anaknya. Budak ini dan budak itu bukan anaknya.
(18)
Kami penduduk Taman Jasa. Mereka penduduk Taman Jasa. Kami penduduk Taman Jasa dan mereka penduduk Taman Jasa. Kami dan mereka penduduk Taman Jasa. (c) Pengguguran Frasa Adjektif yang Serupa
83
BMM 3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU
Frasa adjektif yang serupa pada bahagian predikat boleh juga digugurkan seperti dalam contoh-contoh yang berikut: (19)
Ibu saya sangat peramah. Ibu Ammar sangat peramah. Ibu saya sangat peramah dan ibu Ammar sangat peramah. Ibu saya dan ibu Ammar sangat peramah. Rajah pohon di bawah dapat menjelaskan proses pengguguran yang
dimaksudkan. (a)
A A1
KH
S
P
FN
FA
A2 S
P
FN
A
ibu Ammar
sangat peramah
dan ibu saya
sangat peramah
(b)
A A1
KH
S
P
FN
FA
ibu saya
Ø
(c)
A2 S FN
dan
ibu Ammar
P FA sangat peramah
A S FN
KH
P FN
FA
84
BMM 3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU
ibu saya dan
ibu Ammar
sangat peramah
Contoh-contoh lain: (20)
Wajahnya sangat cantik. Kasutnya sangat cantik. Bajunya sangat cantik dan kasutnya sangat cantik. Bajunya dan kasutnya sangat cantik.
(21)
Para ibu bapa riang gembira. Para pelajar riang gembira. Para ibu bapa riang gembira dan para pelajar riang gembira. Para ibu bapa dan para pelajar riang gembira.
(22)
Perangainya sangat pelik hari ini. Sikapnya sangat pelik hari ini. Perangainya sangat pelik hari ini dan sikapnya sangat pelik hari ini. Perangainya dan sikapnya sangat pelik hari ini.
(d) Pengguguran Frasa Sendi Nama yang Serupa Contoh frasa sendi nama yang serupa pada bahagian predikat ayat yang boleh digugurkan adalah seperti yang berikut: (23)
Asmadi masih di Ipoh. Isterinya masih di Ipoh. Asmadi masih di Ipoh dan isterinya masih di Ipoh. Asmadi dan isterinya masih di Ipoh. (a)
A A1
KH
S
P
FN
FS
Asmadi
masih di Ipoh
A2 S FN
dan
isterinya
P FS masih di Ipoh
85
BMM 3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU
(b)
A A1
KH
S
P
FN
FS
Asmadi
Ø
(c)
A2 S
P
FN dan
isterinya
FS masih di Ipoh
A S FN
Asmadi
KH
dan
P FN
isterinya
FS
masih di Ipoh
Contoh-contoh lain: (24)
Beg di dalam almari. Buku di dalam almari. Beg di dalam almari dan buku di dalam almari. Beg dan buku di dalam almari.
(25)
Munirah akan ke Los Angeles. Daniel akan ke Los Angeles. Munirah akan ke Los Angeles dan Daniel akan ke Los Angeles. Munirah dan Daniel akan ke Los Angeles.
(26)
Resit pada Puan Hasnita. Tiket pada Puan Hasnita. Resit pada Puan Hasnita dan tiket pada Puan Hasnita. 86
BMM 3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU
Resit dan tiket pada Puan Hasnita. 11.4.1.3 Pengguguran Bahagian-bahagian Frasa Predikat Proses pengguguran boleh juga berlaku pada beberapa bahagian dalam frasa predikat. Antaranya: (i)
oleh + FN dalam ayat pasif
(ii)
kata bantu yang serupa
(iii)
FN sebagai objek yang serupa
(iv)
FN sebagai objek selepas kata kerja yang membawa makna adjektif
(i)
Pengguguran oleh + FN dalam ayat pasif
Struktur oleh + FN yang mengikuti kata kerja dalam binaan ayat pasif boleh digugurkan. Perhatikan contoh yang berikut: (27)
Dia dimarahi oleh gurunya. Dia dimarahi. (a)
A S
P
FN KN dia
FN KK
FS
dimarahi oleh
gurunya
transformasi pengguguran oleh (a) + FN A S FN
P FN
87
BMM 3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU
KN
KK
dia
dimarahi
FS Ø
Contoh-contoh lain: (28)
Raja itu disanjungi oleh rakyat jelata. Raja itu disanjungi.
(29)
Dia tidak dipedulikan oleh rakan-rakannya. Dia tidak dipedulikan.
(30)
Perbuatan Ayu dipuji oleh guru besar. Perbuatan Ayu dipuji. (ii)
Pengguguran Kata Bantu (KB) yang Serupa
Kata-kata bantu yang serupa atau sama dalam bahagian predikat frasa kerja dan predikat frasa adjektif, boleh digugurkan sehingga tinggal satu sahaja, yakni yang pertama dalam ayat-ayats yang digabungkan. Perhatikan contoh yang berikut: (31)
Dia boleh berpantun. Dia boleh bergurindam Dia boleh berpantun dan dia boleh bergurindam. Dia boleh berpantun dan bergurindam.
(32)
Suasana masih sunyi. Suasana masih sepi. Suasana masih sunyi dan suasana masih sepi. Suasana masih sunyi dan sepi.
(33)
Ibu akan membeli sayur. Ibu akan membeli ikan. Ibu akan membeli telur. Ibu akan membeli sayur dan ibu akan membeli ikan dan ibu akan membeli telur. Ibu akan membeli sayur, ikan dan telur. (iii)
Pengguguran Frasa Nama sebagai Objek yang Serupa
88
BMM 3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU
Dalam ayat-ayat yang digabungkan, sekiranya ayat itu mengandungi beberapa frasa nama sebagai objek yang serupa, maka objek itu boleh digugurkan sehingga tinggal satu objek sahaja, iaitu objek yang terakhir. Perhatikan contoh yang berikut: (34)
Rosni membasuh cadar itu. Rosni menyidai cadar itu. Rosni membasuh cadar itu dan Rosni menyidai cadar itu. Rosni membasuh dan menyidai cadar itu. Proses pengguguran ayat di atas dapat diperjelas dalam rajah pohon yang
berikut.
(a)
A A1
KH
S
P
FN
FK
KN Rosni
A2 S
P
FN
KK
FN
membasuh
cadar itu
KN dan
Rosni
FK KK
FN
menyidai cadar itu
transformasi pengguguran frasa nama sebagai objek (b)
A S FN
KN
P FK
KK
KH
FN
KK
Rosni membasuh dan menyidai
cadar itu
89
BMM 3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU
Contoh-contoh lain: (35)
Kami menyokong pergerakan itu. Mereka membantah pergerakan itu. Kami menyokong peraturan itu tetapi mereka membantah pergerakan itu. Kami menyokong tetapi mereka membantah pergerakan itu.
(36)
Puan Lim membeli gelang emas itu. Cik Punitha membeli gelang emas itu. Puan Lim membeli gelang emas itu dan Cik Punitha membeli gelang emas itu. Puan Lim dan Cik Punitha membeli gelang emas itu.
(37)
Sadiq membelai anaknya. Sadik memeluk anaknya. Sadiq membelai anaknya dan Sadiq memeluk anaknya. Sadiq membelai dan memeluk anaknya. (iv)
Pengguguran Frasa Nama sebagai Objek Selepas Kata Kerja yang Membawa Makna Adjektif
Frasa nama sebagai objek boleh digugurkan dalam kedudukan selepas kata kerja transitif yang membawa maksud adjektif. Contoh kata kerja yang sedemikian adalah menghairankan, menggembirakan, mendukacitakan, menakjubkan dan lain-lain. Katakata kerja sebegini menggambarkan perasaan tertentu dan boleh didahului oleh kata penguat seperti amat, sungguh, sangat dan sebagainya. Objek frasa nama sebegini boleh digugurkan dalam bahagian predikat ayat seperti dalam contoh yang berikut: (37)
Peristiwa itu sungguh menghairankan kami. Peristiwa itu sungguh menghairankan. (a)
A S
P
FN1
FK
peristiwa itu
Penguat
KK
FN2 (Obj)
90
BMM 3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU
sungguh menghairankan kami
transformasi pengguguran (b) nama sebagai objek frasa
A
S
P
FN1
FK
peristiwa itu
Penguat
KK
FN2 (Obj)
sungguh menghairankan
Ø
Contoh-contoh lain: (38)
Persembahan artis itu sanggat menghiburkan (para penonton). Persembahan artis itu sangat menghiburkan.
(39)
Keputusan adik amat membanggakan (ibu). Keputusan adik amat membanggakan.
(40)
Kelakuannya sungguh menyenangkan (saya). Kelakuannya sungguh menyenangkan. 11.4.1.3 Pengguguran Frasa Nama yang Mendahului Frasa Relatif
Dalam ayat gabungan jenis pancangan, frasa nama yang serupa yang mendahului frasa relatif boleh digugurkan. Perhatikan contoh yang berikut: (41)
Pemuda itu abang saya. Pemuda itu memakai songkok. 91
BMM 3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU
Pemuda yang memakai songkok itu abang saya. Yang memakai songkok itu abang saya. Rajah pohon yang berikut dapat menjelaskan proses pengguguran yang dimaksudkan.
(a)
A S
P
FN
A1
pemuda itu
pemuda itu memakai songkok
(b)
abang saya
A S
P
FN
Rel
pemuda itu
yang memakai songkok itu
(c)
abang saya
A S
P
FN Rel
92
BMM 3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU
yang memakai songkok itu
abang saya
Dalam contoh di atas, frasa nama yang digugurkan pada bahagian predikat ayat, berlaku pada kedudukan frasa nama sebagai subjek. Proses yang sama juga berlaku pada frasa nama yang mendahului frasa relatif dalam kedudukannya sebagai objek. Perhatikan pula contoh yang berikut: (42)
Suraya membeli kasut itu. Kasut itu merah. Suraya membeli kasut yang merah itu. Suraya membeli yang merah itu. (a)
A S
P
FN
FK FK
Suraya
(b)
A1
KK
Obj
S
membeli
kasut itu
FN
FA
kasut itu
merah
A S
P
FN
FK FK
Suraya
(c)
P
(obj)
KK
FN
membeli
kasut
Rel yang merah itu
A
93
BMM 3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU
S
P
FN
FK KK
Suraya
membeli
Rel yang merah itu.
Contoh-contoh lain: (43)
Beg itu ungu. Beg itu pilihan Zawani. Beg yang ungu itu pilihan Zawani. Yang ungu itu pilihan Zawani.
(44)
Mereka mendahului kumpulan itu. Kumpulan itu lemah. Mereka mendahului kumpulan yang lemah itu. Mereka mendahului yang lemah itu.
(45)
Bibi membasuh kain itu., Kain itu kotor. Bibi membasuh kain yang kotor itu. Bibi membasuh yang kotor itu. 11.4.1.4 Pengguguran Kata Nama yang Berfungsi sebagai Inti dalam Frasa Nama
Dalam binaan frasa nama yang mana kata nama yang terkandung dalam binaan ayat tersebut yang berupa KN (inti) + Penerang boleh digugurkan sehingga yang tertinggal dalam frasa nama itu hanyalah bahagian penerangnya sahaja. Penerang itu mungkin bukan daripada golongan ka ta nama seperti dalam contoh ayat di bawah. (46)
Aktiviti beriadah baik untuk kesihatan. Beriadah baik untuk kesihatan. (a)
A S
P
FN
FK
94
BMM 3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU
KN Inti
Pen
aktiviti
beriadah
transformasi pengguguran KN Inti (a)
baik untuk kesihatan
A
S
P
FN
FK
KN Inti
Pen
Ø
beriadah
baik untuk kesihatan
Contoh-contoh lain: (47)
Tabiat merokok mengancam kesihatan. Merokok mengancam kesihatan.
(48)
Sifat sopan-santun patut menjadi amalan kita. Sopan-santun patut menjadi amalan kita.
(49)
Amalan kebersihan dituntut oleh Islam. Kebersihan dituntut oleh Islam.
95
BMM 3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU
Aktiviti (1)
Nyatakan perbezaan antara struktur dalaman dengan struktur permukaan mengikut tatabahasa transformasi generatif.
(2)
Dengan memberikan contoh-contoh yang sesuai, huraikan proses pengguguran dalam penerbitan ayat bahasa Melayu.
96