Gpp Tuagsan 1.docx

  • Uploaded by: sasukegirls
  • 0
  • 0
  • October 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Gpp Tuagsan 1.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 1,983
  • Pages: 6
Permuafakatan antara sekolah dengan komuniti dalam pendidikan telah berlaku sebelum penjajahan dan berkesinambungan hingga ke hari ini. Perkara ini dinyatakan mulamula dalam Penyata Razak (1956) sehinggalah dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025. Permuafakatan dalam pendidikan ialah proses perbincangan dua hala, berkongsi tanggungjawab, membuat keputusan bersama, sukarela membantu sekolah, berkongsi idea, merancang dan menilai aktiviti yang dilaksanakan melibatkan pihak sekolah dengan komuniti. Permuafakatan itu adalah selari dengan teras strategik ketiga Rancangan Malaysia Kesebelas 2016-2020 iaitu menambah baik hasil pelajar dan mempertingkat tadbir urus sistem persekolahan melalui peningkatan tadbir urus dan permuafakatan pihak berkepentingan untuk sokongan sekolah yang lebih baik. Sekolah adalah sebuah komuniti dalam masyarakat. Sekolah merupakan tempat memberi pendidikan dan menghasilkan perubahan positif ke atas pelajar mengikut norma dan nilai sesuatu masyarakat. Sekolah juga merupakan pengaruh utama yang mendatangkan kesan dalam pembentukkan sahsiah pelajar itu sendiri. Menurut Covey (1990) terdapat tiga faktor yang mempengaruhi seseorang iaitu faktor genetik, faktor psiko dan faktor persekitaran. Faktor ketiga merupakan elemen yang ada kaitannya dengan tajuk iaitu permuafakatan pendidikan. Justeru itu, Permuafakatan Pendidikan merupakan satu gerakan menyatukan sumber komuniti dan sekolah untuk memenuhi keperluan bersama. Ianya bertujuan untuk mewujudkan satu suasana dan persekitaran belajar yang sempurna. Penglibatanya terdiri dari sekolah, keluarga, PIBG, masyarakat, agensi kerajaan dan pihak swasta bersama-sama berusaha bukan sahaja untuk kebaikan pelajar tetapi juga untuk kesejahteraan masyarakat keseluruhannya. Konsep permuafakatan atau perkongsian menyarankan perkaitan dan peranan setiap ahli komuniti dalam hubungan antara sekolah, masyarakat, dan agensi-agensi masyarakat termasuk pihak berkuasa peringkat daerah. Perkongsian ini memerlukan setiap ahli komuniti memberikan pandangan dan pendapat dalam menjalankan tugas dengan tujuan untuk membolehkan sesebuah sekolah dapat mempertingkatkan prestasi pencapaian murid dan kemajuan sekolah itu sendiri. Tugas utama permuafakatan dalam komuniti ini adalah mengenal pasti arah tujuan kemajuan sekolah, membuat perancangan selaras dengan tindakan-tindakan yang perlu bagi mencapai objektif ibu bapa, masyarakat dan agensi-agensi masyarakat yang lain. Komponen “Permuafakatan Komuniti dalam Pendidikan” yang utama adalah melibatkan insititusi sekolah. Sekolah pada hari ini merupakan institusi formal yang melaksanakan proses pendidikan dari tahap prasekolah hingga menengah atas. Setiap

peringkat disediakan suaktan atau kurikulum yang mempunyai matlamat dan objektif. Bagi membangunkan proses pendidikan, satu kumpulan tenaga pengajar dan pengurus dibentuk dan dilatih. Hal ini bertujuan menjaga kualiti pendidikan supaya mencapai tahap yang dikehendaki. Guru bukanlah hanya menyampaikan ilmu pengetahuan tetapi guru juga menanam sikap, nilai dan sahsiah yang sempurna dan mematuhi peraturan masyarat. Guru bukan sekadar berperanan sebagai ejen perubah malah turut memikul tanggungjawab sebagai ejen pembentukkan permuafakan bagi memupuk semangat kekitaan dalam kalangan anak didik. Marisca, Corredor dan Cabezas (2014) menyifatkan guru sebagai agen sosialisasi yang dapat menanam nilai sosial dalam diri pelajar seperti demokrasi, persamaan, toleransi, kefahaman budaya, hormat-menghormati dan kerjasama antara satu kaum dengan kaum yang lain. Oleh itu, guru perlu sentiasa peka serta bersedia untuk menambahkan pengetahuan tentang kepelbagaian budaya dalam masyarakat bagi mengelak salah faham antara guru dan pelajar yang akan memberi kesan negatif terhadap pembentukan perpaduan di sekolah. Guru yang mempamerkan nilai negatif dalam melaksanakan pengajaran di sekolah juga berupaya menjejaskan semangat permuafakatan dalam kalangan pelajar mahupun dalam kalangan guru lain di sekolah. Sebagai agen sosialisasi, guru perlu bertindak sebagai penyebar ilmu kemasyarakatan, pembentuk sahsiah, sesuai dengan norma dan nilai masyarakat, pembentuk masyarakat penyayang, role model untuk dicontohi oleh murid dalam masyarakat, penghubung antara guru, ibu bapa, pengawai kerajaan dengan masyarakat, penyumbang kepada masyarakat. Sekiranya terdapat perkongsian atau permuafakatan yang baik dengan sekolah, institusi masjid dan institusi masyarakat yang lain, banyak faedah yang akan diperoleh oleh masyarakat setempat seperti kelas tuisyen, kelas motivasi dan sebagainya. Guru boleh membentuk permuafakatan melalui guru bertindak sebagai suri teladan atau idola kepada pelajar. Dalam konteks ini, guru sebagai suri teladan atau idola kepada pelajar di sekolah harus menunjukkan. Segala tingkah laku yang dilakukan oleh guru mudah diikuti oleh pelajar di sekolah dan berupaya mempengaruhi sikap dan pembelajaran pelajar. Contohnya seseorang guru memaparkan perlakuan positif di hadapan pelajarnya, nilai murni baik yang ditunjukkan oleh guru di sekolah mudah diterapkan dalam jiwa pelajar dan sebaliknya. Manakala tingkah laku yang negatif terutamanya sikap perkauman perlulah dihindari oleh guru supaya mekanisme imitasi yang berlaku dapat membimbing pelajar ke arah perpaduan. Tingkah laku guru sering diikuti oleh pelajar terutamanya pelajar sekolah rendah kerana pelajar menganggapkan guru sebagai idola mereka. Sebahagian berpendapat bahawa guru mudah mempengaruhi minda dan tingkah laku pelajar. Oleh itu,

tanggungjawab seorang guru sebagai agen permuafakatan dalam komuniti amat penting untuk mempertahankan keamanan dan kestabilan negara. Seterusnya, selain berperanan menyampaikan ilmu pengetahuan am kepada pelajar, guru juga mempunyai peluang untuk mempengaruhi pelajar tentang kepentingan nilai, sikap dan kepercayaan budaya antara kaum. Ini boleh dilaksanakan dengan baik melalui perancangan kurikulum yang baik dan sesuai untuk menerapkan permuafakatan komuniti. Contohnya pendidikan Sejarah bertujuan untuk memupuk semangat warganegara yang setia kepada negara dan berperasaan bangga pada diri sebagai rakyat Malaysia melalui pengetahuan dan penghayatan sejarah tanah air. Pembentukan semangat kenegaraan sangat penting supaya pelajar sedar akan kepentingan diri mereka sebagai seorang warganegara yang baik. Melalui pendidikan Sejarah, pelajar akan lebih memahami dan menyedari kepentingan perpaduan kaum. Manakala, sikap toleransi antara kaum yang menjadi asas kepada perrpaduan dalam masyarakat yang berbilang kaum di negara ini. Sejak di alam persekolahan, seseorang warganegara akan menerima ilmu tentang kenegaraan hanyalah menerusi pengajaran pendidikan Sejarah, Sosial dan Moral (Haynes 2009). Hal ini demikian kerana pendidikan Sejarah mengandungi elemen utama dalam membina warganegara yang bersatu padu dan cintakan akan negara. Sehubungan itu, para guru perlu menghayati dan melaksanakan keperluan sepenuhnya kurikulum yang dirangka oleh pihak kerajaan

untuk

memastikan

mereka

berjaya

memupuk

dan

memantapkan

nilai

permuafakatan dalam kalangan pelajar dan komuniti luar. Selain itu, guru juga perlu menghayati salah satu elemen dari Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang berkaitan dengan permuafakatan, iaitu “rakyat Malaysia yang dapat memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara”, Sehubungan ini, guru diharapkan dapat menghayati dan melaksanakan keperluan berdasarkan matlamat Falsafah Pendidikan Negara untuk melahirkan insan yang bersifat toleransi, bertimbang rasa, bersemangat kekitaan dan hormat-menghormati. Dalam konteks ini, guru perlu memiliki kreativiti yang tinggi dalam menggalakkan permuafakatan ketika proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan sama ada secara langsung mahupun tidak langsung. Situasi sebegini sangat diperlukan bagi menyedarkan para pelajar tentang kepentingan permuafakatan dalam komuniti. Perkara ini pernah ditegaskan oleh bekas Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin bahawa guru perlu lebih kreatif serta menggunakan kebijaksanaan mereka dalam menyusun aktiviti di dalam dan di luar bilik darjah serta melibatkan pelajar daripada pelbagai kaum supaya selaras dengan usaha kerajaan dalam memupuk perpaduan. Kenyataan ini turut seiring dengan pandangan salah

seorang informan yang bersetuju dengan peranan guru sebagai agen perpaduan dalam menghubungkaitkan ilmu kenegaraan dalam pengajaran. Pendekatan pengajaran sambil menghubungkaitkan ilmu kenegaraan kepada pelajar sebenarnya akan memberi ruang kepada guru untuk memupuk nilai murni dan semangat patriotik bagi mendedahkan pelajar tentang peranan dan tanggungjawab mereka menjadi seorang warganegara yang baik. Pengetahuan tentang ilmu kebudayaan pelbagai kaum penting bagi seseorang guru kerana mereka akan menjadi sumber rujukan utama pelajar. Pelajar mungkin akan mempunyai fahaman yang salah tentang kaum lain jika guru tidak mempunyai pengetahuan yang sebaiknya khasnya apabila melibatkan sensitiviti kaum tertentu. Dalam konteks ini, para guru perlu sentiasa melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu dan juga kemahiran untuk menyampaikannya tanpa menyentuh sebarang isu-isu sensitif terutamanya kebudayaan kaum supaya ilmu tersebut dapat disebarkan oleh guru kepada pelajar dengan tepat dan berkesan. Umumnya, pemikiran pelajar terutamanya di peringkat sekolah rendah masih mentah. Mereka masih perlu dibimbing serta ditunjuk ajar oleh guru mereka dengan kemahiran ilmu, panduan dan kaedah untuk menerima ilmu tentang kebudayaan kaum lain. Oleh itu, penerangan guru tentang ilmu kebudayaan kaum lain kepada pelajar mestilah tepat dan tidak membawa kekeliruan kepada pelajar. Guru perlu proaktif bukan hanya menerima apa yang ada atau menunggu maklumat yang dibekalkan oleh pihak lain. Budaya ilmu akan berkembang di atas landasan mengejar pengetahuan yang baik dan pemupukan budaya itu sendiri. Peningkatan kendiri dalam mempelajari budaya kaum lain merupakan sebahagian daripada tanggungjawab guru untuk meningkatkan profesional seseorang guru yang mengajar di sekolah terutamanya apabila guru perlu berinteraksi dengan ibu bapa kepada pelajar yang berlainan kaum. Hal ini kerana guru merupakan orang yang biasa berhadapan dengan guru lain, ibu bapa kepada pelajarnya dan kakitangan sekolah dari semasa ke semasa di sekolah. Selain itu, guru juga kurang menghadapi masalah ketika berinteraksi dengan ibu bapa yang berlainan kaum terutamanya mereka yang tidak fasih dalam bahasa rasmi. Secara tidak langsung hubungan para guru dan komuniti luar juga akan makin akrab. Hasil daripada keakraban pihak sekolah dan komuniti luar, pihak agensi luar juga akan mula melibatkan diri dalam pendidikan di Malaysia. Hal ini dapat membina hubungan luar dan masyarakat. Pihak agensi luar ini juga mengambil bahagian dalam pelbagai cara untuk cuba memenuhi keperluan pendidikan tinggi negara. Kerjasama antara pihak sekolah dengan komuniti adalah penting dalam menjayakan program dan aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Sumber komuniti boleh diperoleh menerusi agensi luar yang menawarkan perkhidmatan yang boleh dimanfaatkan kepada warga sekolah.

Pendidik

boleh mendapatkan kerjasama dengan komuniti untuk membantu aktiviti-aktiviti pengajaran

dan pembelajaran. Sebagai contoh, tajuk “Penjagaan Kebersihan Gigi”, guru boleh menjemput atau membuat lawatan ke pejabat kesihatan atau klinik yang berdekatan. Konsep kolaborasi antara pihak sekolah dengan komuniti dapat membantu meningkatkan keberkesanan perlaksanaan program dan aktiviti di sekolah khususnya bilik darjah. Agensi kerajaan terdiri daripada Kementerian dan jabatan kerajaan. Sebagai contoh jabatan yang biasanya terdapat di persekitaran Bandar dan luar Bandar ialah Klinik Kesihatan, Balai Polis, Balai Bomba, dan Jabatan pertanian. Di Sekolah Menengah aliran Pertanian wujud di Tingkatan 4 dan 5 dan sekiranya terdapat agensi kerajaan seperti Jabatan Pertanian lebih mudah dijadikan sebagai sumber komuniti untuk menjalankan aktiviti yang berkaitan dengan pertanian. Guru boleh menjemput Pegawai Pertanian untuk berkongsi pengetahuan dalam bidang pertanian. Selain itu, pihak sekolah boleh mengadakan lawatan ke jabatan pertanian untuk melihat projek pertanian yang dijalankan. Agensi swasta adalah agensi yang bukan di bawah kerajaan. Terdapat agensi swasta yang berurusan dengan pihak sekolah sama ada secara langsung atau tidak langsung. Sebagai contoh, syarikat pembekal alat tulis, syarikat pembekal perabot dan lain-lain. Pihak sekolah hendaklah mengenalpasti agensi atau syarikat yang boleh memberi kerjasama terhadap aktiviti yang dirancang. Pertubuhan sukarela merupakan badan yang tidak berkonsepkan keuntungan. Badan ini lebih menumpukan kepada kerja-kerja amal untuk komuniti. Pihak sekolah boleh mendapatkan perkhidmatan yang bersesuaian daripada pertubuhan sukarela. Antara badan pertubuhan sukarela yang memberikan sumbangan kepada pihak sekolah ialah Pertubuhan anti dadah, Rukun tetangga dan lain-lain. Pihak sekolah boleh meminta bantuan daripada rukun tetangga untuk memastikan pemantauan keselamatan sekolah khususnya pada sebelah malam. Ini memberi kerjasama yang baik antara pihak sekolah dengan komuniti. Bentuk hubungan yang boleh diberikan seperi Polis membuat tinjauan di kawasan sekolah dan memberi laporan kepada pihak sekolah. Selain itu, pihak bomba dan penyelamat boleh memberikan taklimat kebakaran dan teknik-teknik menyelamatakan diri. Secara tidak langsung dua agensi ini membantu pihak sekolah jika berlaku kemalangan seperti kecurian, kemalangan, dan lain-lain. Komuniti perlu menyokong setiap program yang dianjurkan di sekolah. Ia bagi mengeratkan hubungan antara masyarakat dengan pihak sekolah. Komuniti perlu peka tentang program Sekolah Selamat, pelan dan prosedur tindakan serta peranan dan tanggungjawab mereka terhadap program yang dianjurkan di sekolah. Selain itu, komuniti boleh membantu dalam melihat perkembangan pelajar khususnya dalam bidang akademik dengan member idea untuk meningkatkan mutu

pendidikan serta memantau tingkah laku pelajar di sekolah mahupun di rumah. Sebagai contoh menghadiri ke Majlis Penyampaian Anugerah Pelajat Cemerlang, Hari GotongRoyong, Mesyuarat PIBG dan sebagainya. Komuniti juga perlu melibatkan diri bersama bagi membanteras masalah disiplin dalam kalangan pelajar di sekolah. Agensi yang terlibat seperti Polis, Rukun Tetangga dan PIBG sekolah. Mereka perlu peka terhadap gejala yang berlaku di sekitar atau kawasan mereka. Komuniti juga perlu melaporkan dengan segera kepada pihak sekolah atau pihak berkuasa apabila melihat keadaan yang mencurigakan. Yang paling penting, komuniti tidak perlu rasa “menjaga tepi kain orang” kerana keselamatan semua memerlukan setiap orang prihatin apa yang berlaku di sekeliling. Hal ini adalah untuk membentuk sikap saling bergantungan antara satu sama lain. Tanpa komuniti, sesebuah kawasan akan hidup dalam keadaan sunyi tanpa ada penghuninya. Begitu juga dengan pihak sekolah, secara tidak langsung komuniti dapat memberi bantuan dalam pelbagai bentuk. Sebagai contohnya, sebuah sekolah yang memiliki asrama dan tidak ada kemudahan masjid untuk pelajar lelaki menunaikan Solat Jumaat. Maka di sini pihak komuniti akan memberi bantuan dengan membenarkan pelajar-pelajar lelaki untuk solat bersama-sama dengan komuniti setempat.

Related Documents

Gpp Tuagsan 1.docx
October 2019 38
Fall 2009 Gpp Trade
May 2020 8
Form Gpp Rsa
November 2019 17
Gpp Tugasan 1.docx
April 2020 21
Gpp-2009-02-02
December 2019 24

More Documents from "Renz Leonato"

Gsa Kajian.docx
October 2019 33
Gpp Tuagsan 1.docx
October 2019 38
Amali Penebat.docx
October 2019 36