1.0 PENGENALAN
Pada arus pemodenan ini kita dapat lihat pelbagai jenis masalah dalam masyarakat di negara kita. Hal ini berlaku kerana kurangnya ajaran agama dalam segelintir masyarakat di negara kita. Namun tidak dapat dinafikan bahawa masih wujud sebahagian daripada masyarakat di negara kita yang menerapkan ajaran agama islam yang berasaskan syariah islam yang betul supaya mempunyai sebuah institusi masyarakat yang beteraskan syariah agama islam yang kukuh. Hal ini boleh dilihat dengan pengaruh institusi kekeluargaan dan peranan wanita dalam mendirikan masyarakat yang aman.
2.0 PERANAN INSTITUSI KELUARGA DAN WANITA ISLAM DALAM MEMBENTUK MASYARAKAT SEJAHTERA.
Keluarga merupakan komponen penting dalam proses pembentukan masyarakat dan seterusnya negara. Tanpa institusi keluarga, kewujudan negara tidak akan sempurna. Islam memandang keluarga sebagai sebuah institusi pencorak masyarakat yang bakal dibina. Pada umumnya, keluarga didefinisikan sebagai unit kecil dalam sesebuah masyarakat dan unit terkecil dalam sesebuah negara serta keluarga memainkan peranan yang penting dalam membentuk sesebuah masyarakat. Lain daripada itu, kamus Dewan Bahasa mendefinisikan keluarga sebagai seisi rumah tangga yang terdiri daripada suami dan isteri sahaja atau bersama anak-anak. Keluarga juga merupakan tonggak utama sesebuah masyarakat yang mempunyai jalinan interaksi dari segi kognitif atau efektif antara ahli keluarga. Jelaslah, keluarga yang baik akan membina sebuah masyarakat yang berakhlak mulia dan mempunyai sahsiah yang terpuji.
Pembangunan dan pembentukan sesebuah institusi keluarga dalam masyarakat itu akan menjadi faktor penentu dalam pembangunan sesebuah masyarakat. Keluarga ialah satu institusi sosial yang paling penting dalam masyarakat dan wanita juga adalah individu yang penting dalam membentuk masyarakat yang sejahtera. Oleh itu, keluarga Islam perlu diwujudkan dan wanita Islam amat diperlukan kerana keluarga yang bersifat islam dan wanita Islam mampu melahirkan sebuah sifat kesatuan. Hal ini kerana, Islam mementingkan nilai persepaduan dalam diri penganutnya. Hal ini terjadi kerana, nilai perpaduan yang ada dalam diri seseorang akan menjalinkan hubungan yang baik terhadap individu lain tanpa mengira bangsa dan agama. Oleh itu jelaslah bahawa 1
pembentukan
sebuah
institusi
keluarga
dalam
masyarakat
penting
dalam
membangunkan masyarakat yang damai.
Ibu bapa dalam sesebuah institusi kekeluargaan berperanan memberikan kasih sayang yang secukupnya kepada anak-anak mereka. Kehidupan anak-anak harus diisi dengan kasih sayang oleh ibu bapa dengan menyemai sikap penyayang dalam diri anak-anak sejak kecil lagi. Sifat kasih sayang yang dipupuk sejak kecil akan lebih mudah terlaksana malah akan terus sebati dalam diri anak-anak apabila mereka dewasa. Dalam hal ini, kehadiran ibu bapa amat penting dalam tempoh anak-anak membesar. Sebagai contoh, ibu bapa harus sentiasa berada di samping anak-anak semasa mereka dalam kekecewaan seperti gagal dalam peperiksaan untuk menenangkan hati mereka. Sekiranya, hal ini diberikan perhatian oleh ibu bapa maka anak-anak akan berasa dihargai dan masalah yang mereka alami akan dapat diselesaikan melalui pertolongan ahli keluarga. Tegasnya, ibu bapa harus sedia melapangkan waktu untuk mencurahkan kasih sayang kepada anak anak agar anak anak mempunya nilai-nilai murni dalam bersosial dengan rakan seumur dan kawannya yang lain semoga sebuah masyarakat yang tenteram dapat diwujudkan.
Tambahan lagi, adik beradik yang lebih tua atau ibu bapa dalam sesebuah keluarga bolehlah membiasakan anak untuk beradab dan berakhlak dengan akhlak yang baik supaya dapat membentuk masyarakat yang sejahtera. Hal ini boleh berlaku bila ibu bapa yang baik menunjukkan kepada anak-anak atau ahli keluarga yang lebih tua mengajar ahli keluarga yang lain mengenai cara pergaulan yang betul supaya lamakelamaan mereka akan terbiasa dengan akhlak yang baik. Sebagai analoginya, mereka boleh menggalakkan ahli keluarga yang lain untuk solat secara berjemaah dan mewajibkan anak mereka menjaga adab pergaulan dan menutup aurat seperti yang diajarkan oleh agama Islam. Hal ini penting kerana, apabila wujudnya sebuah personaliti yang berakhak mulia terhadap seseorang individu tersebut, individu lain akan menghormatinya kerana sikapnya yang bagus. Secara tidak langsung juga, ianya akan memberi contoh kepada masyarakat yang lain seperti kaum india ataupun kaum cina. Oleh itu, sebuah masyarakat yang tenteram dapat dilahirkan dengan ahli keluarga yang lebih tua membiasakan ahli keluarga yang lain untuk berakhlak mulia supaya mereka terbiasa.
2
Selain itu, didikan agama juga penting dalam melahirkan masyarakat yang sejahtera di negara kita. Hal ini demikian kerana, tidak ada agama yang diturunkan oleh Allah s.w.t yang mengajar penganutnya bersikap kasar dan ganas kepada individu lain apatah lagi dalam kalangan ahli keluarga sendiri. Sehubungan dengan itu, ibu bapa seharusnya mengajar anak-anak mereka mendalami ilmu agama dan mendekatkan diri kepada Tuhan. Hal ini sekaligus menghakis sifat-sifat mazmumah dalam diri anak-anak kecil seperti sifat keganasan yang mana pada suatu hari nanti anak-anak kecil tersebut akan menjadi pemimpin kepada negara dan menjadi acuan kepada masyarakat pada zaman mereka nanti. Antara contoh amalan yang boleh diajar kepada anak-anak adalah menunaikan solat fardhu, membaca Al-Quran dan berzikir. Bagi penganut-penganut agama lain, ibu bapa harus kerap mengajak anak-anak mereka ke rumah ibadat. Pada masa yang sama juga, ibu bapa juga boleh menceritakan mengenai sejarah sejarah nabi terdahulu atau cerita kanak-kanak yang mengandungi banyak pengajaran dalamnya.
Perkara
ini
merupakan
pembentukkan peribadi mereka.
didikan
awal
kepada
anak-anak
dalam
Amalan-amalan ini akan melembutkan hati dan
mententeramkan jiwa serta melahirkan anak-anak yang bersahsiah mulia yang seterusnya menjurus kepada sebuah masyarakat yang aman.
Pada masa yang sama juga kita dapat melihat wanita sebagai pemegang amanah yang juga turut bertangungjawab dalam melaksanakan tugas untuk mendidik masyarakat di Negara kita. Hal ini berlaku kerana wanita hari ini diberi peluang yang sama dengan golongan lelaki terutama dalam bidang pendidikan. Sejurus dengan itu kita dapat lihat peningkatan tahap ilmu yang ada pada diri wanita pada zaman ini. Apabila mereka semakin pandai, maka cita-cita mereka semakin tinggi dan pastinya banyak cabaran yang terpaksa dihadapi. Semuanya itu hanya dapat dicukupi oleh isteri yang mampu, cerdas dan bercita-cita tinggi. Pada zaman ini, wanita yang bercita-cita tinggi akan mampu untuk menangani pelbagai masalah yang mendatang tidak kira masalah itu datangnya daripada anak-anak ataupun dari sumber yang lain. Hasilnya proses pemeliharaan dan pendidikan anak-anak akan menjadi lebih sempurna. Apa yang dimaksudkan dengan memelihara di sini ialah bukan sekadar memelihara jasmani, tetapi memelihara hati dan jiwa wanita tersebut. Ini kerana hanya wanita yang terpelihara zahir dan batinnya sahaja yang dapat mendidik anak-anaknya dengan baik dan sempurna.
3
Seterusnya. wanita islam juga memainkan peranan yang besar dalam membentuk masyarakat sejahtera iaitu dengan menjadi pendidik dan pendorong kepada mereka yang mahram dengan perempuan tersebut. Wanita adalah seorang pendidik generasi akan datang. Wanita telah dikurniakan kemampuan dan kesabaran yang tinggi untuk mendidik anak-anak. Oleh sebab itu, memberikan pendidikan dan dorongan kepada anak-anak adalah salah satu tanggungjawab terbesar bagi wanita di samping memberi pendidikan kepada mereka yang bukan anak wanita tersebut. Contoh pendidikan yang wajib diberi ialah, fardhu ain dan juga fardhu kifayah. Pendidikan anak-anak bermula dari rumah. Islam telah memberikan kesempatan yang secukupnya kepada wanita untuk menunaikan tanggungjawabnya. Hal ini akan menebabkan pemahaman dan tahap pendidikan seseorang itu akan bertambah sekaligus meningkatkan akhlak.
Tambahan pula, wanita juga berperanan sebagai pencegah kemungkaran sama seperti lelaki. Hal ini kerana Allah telah berfirman yang bermaksud “Kamu adalah umat terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah daripada yang mungkar dan beriman kepada Allah.” (Surah Ali Imran, ayat 110). Hal ini jelaslah bahawa wanita juga berperanan mencegah kemungkaran dan menyuruh kepada amal kebaikan dalam usaha membentuk sebuah masyarakat yang berteraskan agama Allah supaya masyarakat tersebut menjadi masyarakat yang aman. Sebagai contoh, seorang perempuan yang mempunyai jawatan atau kuasa dalam sesebuah komuniti atau di tempat kerjanya bolehlah mengharamkan perkara yang tidak elok di tempat yang dijaganya seperti melarang untuk sesiapa sahaja yang bukan mahram untuk berdua-duan. Hal ini adalah untuk mengelak perkara-perkara yang tidak diingini daripada terjadi sekali gus memupuk sifat takut akan maksiat yang boleh menyebabkan kepada rosaknya sesebuah masyarakat. Oleh itu jelaslah bahawa wanita yang menyeru kepada kebaikan dan melarang kepada keburukan dapat membina sebuah masyarakat yang aman.
Jika dilihat dari aspek lain pula, tidak dapat dinafikan bahawa wanita juga berperanan sebagai medium pembentukan anak. Hal ini kerana wanita merupakan ibu yang akan menjaga anak mereka dengan penuh kasih sayang dan merekalah yang mengenali sepenuhnya anak-anak mereka. Pembentukan anak juga bermula di institusi rumah serta di rumahlah anak anak dicorakkan menjadi sesuatu yang berguna. Ibu sebagai wanita yang melahirkan anak mereka bertanggungjawab dalam menjalankan tugasnya sebagai medium pembentukan anak dengan pertolongan suami sebagai 4
ketua keluarga. Hal ini boleh dilaksanakan dengan ibu sebagai wanita haruslah mendorong anak-anak untuk mengamalkan sunnah nabi kerana segala sikap yang baik yang penting untuk membina sebuah masyarakat yang aman boleh diterapkan dengan mengamalkan sunnah nabi. Sebagai contoh, berbuat baik dan suka tolong menolong antara satu sama lain merupakan sunnah Nabi menyelesaikan tugasan ini, saya dapat memahami lebih peranan sesebuah institusi kekeluargaan Muhammad s.a.w. Oleh itu, wanita sebagai medium pembentukan anak wajib menggalakkan anak untuk mengamalkan sunnah nabi supaya mereka memiliki sifat integriti dalam diri mereka sekaligus memantapkan masyarakat di negara kita.
Tuntasnya, semua pihak haruslah bekerjasama dalam membentuk sebuah masyarakat yang teguh kerana masyarakat yang teguh akan membawa kepada pelbagai kebaikan. Diantaranya iaitu sesebuah negara yang mempunyai masyarakat yang sejahtera akan mengalami kemerosotan kes-kes jenayah serta ekonomi negara mereka juga akan bertambah baik. Masyarakat sekarang terutamanya umat islam lalai kerana terpengaruh dengan budaya barat serta kemewahan dunia yang sedia ada. Oleh sebab itu, usaha perlu dilipat gandakan supaya masyarakat islam tidak lagi terpesong daripada landasan islam yang sebenar. Keluarga dan wanita islam amat diperlukan dalam menyeru dan mencegah segala kemungkaran bagi melahirkan masyarakat yang baik.
5
RUJUKAN
Abu Mohd Jibril Abdur Rahman. (1986). Wanita solihah: Ciri-ciri dan fungsinya. Kuala Lumpur: Pustaka Syuhada. Aishah Yusoffea. (2009). Sukses dalam karier untuk muslimah panduan harian wanita Berkerjaya. Selangor: PTS Millenia Sdn. Bhd. Ande Masnah Andek Kelawa. (1999). Kepimpinan wanita dalam islam kedudukannya dalam syariah. Selangor: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia. Azrina Sobian. (2006). Wanita Islam dan Bekerja Sendiri. Petaling Jaya, Selangor: MPH Group Publishing Sdn. Bhd. Kamus Dewan Edisi Baru. (1993). Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pendidikan Malaysia. Mashitah Ibrahim. (1999). Wanita dan pembentukan keluarga bahagia. Teregganu: Percetakan Yayasan Islam Terengganu Sdn. Bhd.
6