Esaimen 2.docx

  • Uploaded by: MUHAMMAD ASYRAF BIN AZMY Pelajar KBM
  • 0
  • 0
  • November 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Esaimen 2.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 1,196
  • Pages: 6
1 PENGENALAN Penulisan ini membincangkan mengenai analisis reflektif kepentingan bahan bantu belajar yang sesuai untuk diaplikasikan ke dalam pengajaran aspek seni bahasa dan aspek tatabahasa. Dalam penulisan ini, penulis akan menguraikan kepentingan dan kesesuaian bahan bantu belajar yang dihasilkan untuk melaksanakan pengajaran aspek seni bahasa dan tatabahasa yang memberikan impak kepada pengajaran guru dan pembelajaran murid sekolah rendah. Dalam penyampaian sesuatu pengajaran terutamanya pengajaran Bahasa Melayu, penggunaan bahan bantu belajar yang sesuai dan menarik adalah amat penting. Bahan bantu belajar yang sering digunakan dalam pembelajaran sebenarnya bukan sahaja digunakan oleh guru dalam menyampaikan sesuatu pelajaran tetapi bahan ini juga boleh digunakan sendiri oleh murid tanpa bimbingan guru. Pengajaran aspek seni bahasa dan tatabahasa, bahan bantu belajar merupakan satu bahan sokongan yang disediakan untuk memastikan objektif pelajaran dapat dicapai secara optimum oleh guru dalam sesi Pengajaran dan Pembelajaran (PdP). Menurut Leela Mohd Ali dan Graham Thurgood (1991), bahan pengajaran adalah berkait rapat dengan pengajaran seseorang guru. Selain pendekatan, kaedah dan teknik yang digunakan dalam sesuatu pengajaran, bahan pengajaran mempunyai peranan yang besar dalam menentukan kelicinan dan keberkesanan pengajaran

1.0 BAHAN BANTU BELAJAR Terdapat beberapa bahan bantu belajar yang boleh digunakan oleh guru dalam pengajaran aspek seni bahasa dan tatabahasa. Antara bahan bantu belajar ialah seperti berikut ; Bahan Maujud

Bahan Multimedia

Bahan Teks

Bahan Autentik

Bahan Grafik

1

2 Namun, penulisan kali ini hanya akan membincangkan dua bahan bantu belajar untuk aspek seni bahasa dan aspek tatabahasa, iaitu bahan grafik dan bahan multimedia. 1.1 BAHAN GRAFIK ASPEK TATABAHASA Pada kebiasaann aktiviti PdP di sekolah, guru menerapkan bahan grafik yang sesuai dalam proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu khususnya bagi aspek seni Bahasa dan tatabahasa. Menurut Noriati A. Rashid et al. (2012) grafik membawa maksud penggunaan visual untuk menerangkan sesuatu konsep yang tidak dapat atau sukar diterangkan oleh teks. Bahan grafik yang menarik mampu menambah daya tarikan kepada sesuatu paparan atau persembahan. Menurut Yusup Hashim (2005), bahan grafik banyak membantu pemahaman bagi pengajaran yang berbentuk abstrak yang sukar untuk difahami oleh murid, konsep yang tidak dapat diterangkan dengan teks serta tajuk yang sukar. Berdasarkan pernyataan tersebut, penggunaan bahan grafik dalam proses pengajaran dan pembelajaran sememangnya dapat membantu murid untuk memahami sesuatu konsep pembelajaran khususnya yang bersifat abstrak. Terdapat pelbagai jenis grafik yang boleh digunakan oleh guru sewaktu mengajar misalnya carta alir, peta minda, peta buih dan peta

I-think. Penggunaan bahan grafik seperti peta I-think dalam proses pengajaran dan

pembelajaran adalah sejajar dengan kehendak pembelajaran abad ke-21 yang menekankan elemen Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT). Penggunaan bahan grafik oleh guru juga dapat menyampaikan maklumat dengan lebih mudah kerana segala bentuk mesej yang diterima oleh manusia melalui penglihatan mempunyai daya ketahanan serta daya ingatan yang lebih tinggi sekiranya direka bentuk dengan tepat (Yusup Hashim, 2005). Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran, penggunaan bahan grafik yang mengandungi bahan visual seperti lukisan, perkataan dan gambar dapat membantu murid untuk mengingati konsepkonsep pembelajaran yang telah disampaikan oleh guru kerana bahan tersebut telah dipersembahkan dalam satu medium yang lebih menarik,mudah diingat serta difahami.

Rajah 1: Peta I-think kata hubung 2

3 Bagi pengajaran aspek tatabahasa berdasarkan Standard Pembelajaran 5.1.6 iaitu memahami dan menggunakan kata hubung yang mudah dengan betul mengikut konteks, penggunaan bahan grafik seperti peta minda dan peta I-think yang menunjukkan jenis-jenis kata hubung misalnya kata hubung gabungan, pancangan dan komplemen dapat membantu murid untuk mengingati fungsi bagi setiap kata hubung. Ringkasnya, penggunaan bahan bantu belajar iaitu bahan grafik dapat membantu murid untuk memahami sesuatu konsep pembelajaran yang bersifat abstrak dan mengingati semula konsep-konsep pembelajaran yang telah disampaikan oleh guru. Melalui pembinaan peta I-think ini, murid akan dapat memproses maklumat dengan lebih cepat kerana maklumat yang ringkas dan padat. Melalui penghasilan peta I-think ini, bahan bacaan yang dihasilkan melalui peta I-think dapat menjimatkan masa untuk mengulang kaji semula kerana peta I-think memuatkan isi-isi ringkas serta mudah difahami oleh murid.

1.2 BAHAN MULTIMEDIA UNTUK PENGAJARAN ASPEK SENI BAHASA Selain bahan grafik yang boleh digunakan oleh guru sebagai bahan bantu belajar, bahan multimedia juga kerap kali diaplikasikan dalam pengajaran Bahasa Melayu di sekolah rendah. Multimedia berasal dari kata “multi” dan “media”. Multi bererti banyak sehingga multimedia dapat diertikan sebagai gabungan dari berbagai media yang terintegrasi. Multimedia merupakan penyebaran maklumat yang menggabungkan dua atau lebih elemen seperti teks, grafik, audio, video, animasi interaktiviti dengan integrasi dan alatan yang membenarkan pengguna

untuk

berkomunikasi,

melakukan

navigasi,

mencipta

dan

berinteraksi

(Norasiah Abdullah et al, 2009). Pengajaran yang menggunakan kombinasi berbagai media boleh dimanfaatkan secara harmonis dan dintegrasikan sehingga menghasilkan satu aktiviti pembelajaran yang sesuai untuk mencapai tujuan pembelajaran tertentu. Terdapat beberapa kepentingan bahan multimedia dalam pengajaran Bahasa Melayu, iaitu guru dapat mempelbagaikan persembahan maklumat pelbagai gaya pembelajaran. Setiap murid mempunyai gaya pembelajaran yang berbeza-beza kemampuan dan keupayaan seseorang. Garger (1985) menyatakan setiap orang dilahirkan dengan gaya pembelajaran yang tersendiri. Persembahan maklumat biasanya mengintergrasikan elemen-elemen multimedia seperti teks, grafik, audio dan video. Persembahan maklumat ini dapat dilihat serta menarik dengan satu persembahan secara berbunyi yang menambahkan minat, meningkatkan daya peringatan dan memperbaiki kadar kejayaan. Di samping itu, pembelajaran dengan kelajuan sendiri dan pelajar dapat menguasai kemahiran tatabahasa seni bahasa secara interaktif selain dapat menambahkan capaian kepada pendidikan dalam subjek tertentu walaupun kekurangan tenaga pengajar dalam mata pelajaran tertentu. Ini 3

4 adalah interaktiviti yang disediakan di dalam elemen multimedia yang membolehkan pelajar mengakses dan mengawal pembelajaran mereka sendiri tanpa bimbingan guru.

Gambar 1: Video Kisah Kancil dan Buaya Bagi pengajaran aspek seni Bahasa Standard Pembelajaran 4.3.1 iaitu mengujarkan dialog dengan sebutan yang betul, intonasi yang jelas dan bahasa badan yang sesuai melalui lakonan secara didik hibur,penggunaan bahan multimedia seperti video yang menunjukkan kronologi sesuatu cerita misalnya “Cerita Sang Kancil dan Sang Buaya” dapat membantu murid untuk mengingati jalan cerita dengan lebih mudah agar mereka dapat bercerita dengan baik dan lancar. Penggunaan bahan multimedia ini dapat merangsang murid untuk mengujarkan dialog dengan sebutan yang betul, intonasi bercerita dan Bahasa badan yang sesuai berdasarkan lakonan tersebut. Hal ini dapat menarik minat seseorang murid supaya dapat menguasai aspek seni bahasa bercerita dengan mudah dan pantas dengan menonton video tersebut. Penggunaan bahaan media ini juga dapat sangat bersesuaian untuk mencapai objektif pembelajaran pada hari tersebut.

RUMUSAN Teknik pengajaran dan pembelajaran bagi seorang guru bukan sekadar chalk and talk tapi lebih dari itu, seperti penggunaan bahan bantu belajar (BBB) dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan BBB perlu dipelbagaikan dengan kaedah dan teknik mengajar agar pengajaran dijalankan dengan berkesan, menarik perhatian, menjimatkan masa dan tenaga serta menghasilkan pembelajaran yang lebih menarik dan menyeronokkan ini menjelaskan kepada kita betapa pentingnya penggunaan BBB kepada guru-guru dalam

4

5 menyampaikan pelajaran kepada pelajar-pelajarnya. Kualiti sesuatu pelajaran yang memusatkan pelajar amat bergantung pada keberkesanan guru memilih dan menggunakan BBB yang sesuai.

5

6 RUJUKAN Garger (1985). Techniques of teaching. New York: APH Publication Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran Tahun 5. Dipetik 27 Februari 2019 daripada https://www.sistemguruonline.my/2014/10/dskp-bahasa-malaysia-tahun-5-sk.html. Leela Mohd Ali dan Graham Thurgood (1991). Amalan penggunaan Bahan Bantu Belajar (BBB). Kuala Lumpur: PTS Professional Pub. Noriati A. Rashid et al. (2012). Murid dan alam belajar. Kuala Lumpur: Oxford Fajar. Norasiah Abdullah & Hassan Ibrahim. (2009). Pedagogi bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors. Yusup Hashim. (2005). Bahan bantu belajar dalam pengajaran dan pembelajaran. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors. Kamus Dewan Edisi Keempat. (2005). Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur

6

Related Documents

Esaimen Moral.docx
November 2019 64
Esaimen Titas.docx
December 2019 28
Esaimen Titas.docx
April 2020 14
Esaimen Fonetik Sem1.docx
October 2019 28
Esaimen Full Amerika
August 2019 29

More Documents from "linah binti kiwoh"

Soalan Test.docx
November 2019 17
Bdp Isi Esaimen 1.docx
November 2019 18
Reflektif.docx
November 2019 10
Kajian Tahap.docx
November 2019 18
Esaimen 2.docx
November 2019 19
Esei 1.docx
November 2019 15