Esaimen Fonetik Sem1.docx

  • Uploaded by: mimi 10
  • 0
  • 0
  • October 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Esaimen Fonetik Sem1.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 2,926
  • Pages: 14
SENARAI KANDUNGAN PENGHARGAAN ................................................................................................................................. 2 1.0 PENGENALAN ............................................................................................................................. 3 2.0 KONSEP FONEM DAN FONEM SEGMENTAL ..................................................................... 4 2.1 Fonem Vokal ........................................................................................................................... 6 2.2 Fonem Konsonan .................................................................................................................. 9 3.0 KEPENTINGAN ILMU FONOLOGI KEPADA BAKAL GURU BAHASA MELAYU....... 11 4.0 RUMUSAN .................................................................................................................................. 13 5.0 BIBLIOGRAFI ............................................................................................................................. 14

1

PENGHARGAAN Segala puji bagi Allah SWT yang telah mengurniakan limpah kurnia dan izinnya serta selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad saw. Syukur ke hadrat ilahi kerana telah memberikan nikmat tenaga, masa dan nyawa kepada saya sehingga tugasan ini dapat saya siapkan dengan jayanya. Pertama sekali, penghargaan ini ingin saya dedikasikan buat pensyarah yang saya hormati, Cik Wan Mardziyah yang tidak pernah berputus asa untuk memberikan bimbingan dan panduan kepada saya serta rakan-rakan dalam usaha untuk menyiapkan tugasan ini. Seterusnya , saya juga ingin memberi penghargaan ini kepada kedua ibu bapa saya yang turut tidak ketinggalan dalam memberikan saya sokongan dan dorongan yang tidak terhingga sehinggalah tugasan ini berjaya saya siapkan. Tidak lupa juga kepada rakan-rakan yang telah menjadi pemudah cara untuk saya menyiapkan tugasan ini. Mereka membantu saya dalam memperbetulkan kesilapan dalam tugasan dan juga sentiasa merungkaikan setiap persoalan yang saya utarakan. Akhir kata, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak yang telah terlibat sama ada secara langsung ataupun tidak langsung dalam menyelesaikan tugasan ini. Segala bantuan dan kerjasama yang mereka berikan amatlah saya hargai kerana tanpa bantuan mereka, tugasan ini tidak akan dapat saya siapkan dengan sebaiknya.

2

1.0 PENGENALAN

Bahasa merupakan satu alat komunikasi yang penting antara manusia dalam menjalani kehidupan seharian. Kamus Dewan (2016:106) mendefinisikan perkataan bahasa sebagai sistem lambang bunyi suara yang dipakai sebagai alat perhubungan dalam lingkungan satu kelompok manusia. Oleh itu, bahasa merupakan alat terpenting bagi setiap manusia bagi berkomunikasi antara satu sama lain. Bahasa Melayu mempunyai sistem bunyi tersendiri yang boleh dikuasai dengan cara mempelajarinya. Hal ini adalah kerana, seseorang pengguna bahasa perlulah mempunyai pengetahuan yang mendalam mengenai sesuatu bahasa bagi mengusainya. Kajian bunyi lazimnya terbahagi kepada dua bidang iaitu fonetik dan fonologi. Bahasa memainkan peranan penting dalam kehidupan manusia. Oleh itu, bagi menguasai sesuatu bahasa, penguasaan bidang-bidang fonetik dan fonologi adalah begitu penting. Fonetik dan fonologi merupakan salah satu bidang kajian yang yang terdapat dalam aspek bahasa. Menurut Indirawati dan Mardian Shah (2006), dalam buku yang berjudul Fonetik dan Fonologi, fonetik ialah kajian mengenai bunyi-bunyi bahasa yang dihasilkan oleh manusia. Bunyi-bunyi bahasa yang dimaksudkan ialah bunyi yang digunakan dalam bahasa untuk berkomunikasi. Manakala fonologi pula didefinisikan sebagai satu kajian mengenai sistem bunyi bahasa serta sifat-sifat semula jadi sistem tersebut secara umum. (Kamus Dewan Edisi Keempat, 2016) mendefinisikan fonologi sebagai kajian tentang bunyi sebutan dalam sesuatu bahasa (2016:414). Walaupun fonetik dan fonologi mengkaji bidang yang sama, namun terdapat sedikit perbezaan antara Secara ringkasnya, fonetik dan fonologi merupakan salah satu bidang kajian yang terdapat dalam aspek bahasa. Fonetik mengkaji bunyi bahasa dari segi penyebutan dan pendengaran atau sifatnya. Fonologi pula mengkaji bunyi-bunyi yang berfungsi dalam sesuatu bahasa.

3

2.0 KONSEP FONEM DAN FONEM SEGMENTAL

Pada asasnya bahasa terdiri daripada beberapa unit. Ayat merupakan unit paling besar manakala fonem ialah unit paling kecil. Nor Hashimah Jalaluddin (2015), mendefinisikan fonem sebagai unit bahasa yang terkecil dan boleh dipenggal-penggalkan. Fonem merupakan unit penggalan bahasa yang terkecil yang dapat membezakan makna (Kamus Linguistik, 1997). Hal ini bermaksud dalam susunan unit tatabahasa Melayu, fonem merupakan unit terkecil selepas morfem. Banyak bunyi boleh diujarkan oleh alat artikulasi dan digolongkan kepada beberapa bunyi yang penting sahaja. Bunyi-bunyi yang tergolong ke dalam keluarga yang sama dikenali sebagai fonem. Setiap fonem itu mempunyai anggota-anggota yang terdiri daripada fon-fon yang mempunyai ciri-ciri fonetik yang sama. Setiap fon yang menjadi anggota fonem itu dipakai dalam lingkungannya sendiri. Fonem dianggap lebih besar daripada fon. Misalnya, fon [o], [ე] dan bunyi sengau kedua-dua fon ini membentuk satu fonem sahaja, iaitu /o/. Fonem tidak dapat berdiri sendiri kerana belum mempunyai maksud. Fonem dan transkripsinya hendaklah diletakkan dalam tanda kurung / / yang berbentuk bunyi. Fonem juga boleh didefinisikan sebagai himpunan bunyi yang mempunyai lambang asas yang sama, yang berbeza hanyalah lambanglambang diakritiknya (Indirawati & Mardian Shah, 2006). Tegasnya, fonem ialah unit pada tingkat bunyi yang distingtif, iaitu sifat bunyi yang mampu membezakan makna bagi sesuatu kata. Dalam bahasa Melayu, terdapat 33 fonem yang terdiri daripada 24 fonem asli dan 9 fonem pinjaman. Daripada 24 fonem asli Melayu, terdapat 6 fonem vokal dan 18 fonem konsonan. Kedua-dua fonem vokal dan konsonan bahasa Melayu berperanan dalam membezakan makna. Konsonan dan vokal menggambarkan huruf-huruf yang mempunyai bunyi yang saling berkaitan. Pasangan kata yang menunjukkan perbezaan perkataan yang paling kecil tetapi kedua-dua perkataan yang berpasangan itu mempunyai makna yang berlainan, dinamakan pasangan minimal atau pasangan terkecil. Sekiranya pasangan perkataan yang mempunyai perbezaan yang paling minimum tadi tidak berbeza maknanya, maka bunyi yang berbeza itu bukanlah dua fonem yang berlainan tetapi merupakan alofon daripada satu fonem. Keadaan ini disebut sebagai variasi atau kelainan bunyi yang bebas. Alofon ialah variasi bagi fonem. (Ladefoged. P, 2006). Kamus Linguistik (1997) pula mendefinisikan alofon sebagai kelainan bunyi bagi satu fonem. Oleh itu, alofon boleh dijelaskan sebagai anggota-anggota kepada satu fonem. Alofon juga merupakan kelainan bunyi antara satu sama lain tetapi masih tergolong ke dalam satu fonem. Fonem terdiri daripada anggota fonem yang dipanggil alofon. Misalnya fonem /p/ dalam [palu], [lupa] dan 4

[luwap]. Bunyi [p] dalam [palu] dan [lupa] diujarkan sebagai letupan bibir yang sempurna , tetapi dalam [luwap], bunyi [p] diujarkan sebagai letupan bibir yang tidak sempurna, yakni tidak diletupkan. Dengan itu, daripada ketiga-tiga contoh kata di atas, fonem /p/ mempunyai dua alofon. Peter Ladefoged (1975) berpendapat bahawa fonem dapat dibahagikan kepada dua jenis iaitu fonem segmental dan fonem suprasegmental. Fonem segmental atau bunyi penggalan merujuk kepada proses mengeluarkan unit linguistik daripada ujaran atau teks yang berurutan (Nor Hashimah, 2015). Fonem ini dapat dianalisis kewujudannya. Fonem segmental dapat dibahagikan kepada vokal dan konsonan. Perbezaan antara vokal dan konsonan hanya terletak pada ada atau ketiadaan halangan ketika bunyi-bunyi itu dibunyikan. Sekiranya bunyi itu mendapat halangan ketika dibunyikan, maka fonem itu disebut sebagai konsonan misalnya /b/, /d/, /g/, /h/, /k/, /l/, dan sebagainya. Jika bunyi itu keluar secara leluasa dan bebas tanpa halangan ketika dibunyikan, maka bunyi tersebut digelar vokal misalnya, /a/, /i/, /u/, /o/, /e/, dan /ǝ/. Sebagai contoh, apabila disegmenkan atau dipenggal, maka perkataan /makan/ terbahagi kepada fonem-fonem berikut, iaitu /m/, /a/, /k/, /a/, /n/. Fonem segmental berfungsi membawa perbezaan maksud dalam sesuatu perkataan yang disegmenkan dan digantikan fonem tertentu dalam pasangan minimal yang berkontras. Unit-unit kecil yang dipenggalkan menjadi tidak bermakna jika diletakkan secara berasingan. Fonem segmental juga dikatakan sebagai fonem yang terhasil daripada analisis pertuturan kontinum (berterusan) kepada segmen (penggalan) yang bererti. Contohnya, dalam pasangan perkataan /palaղ/, dan /galaղ/, /p/ dan /g/ dianggap dua fonem yang berbeza. Bunyi-bunyi bahasa diujarkan secara kontinum. Sebagai contoh, secara kasar perkataan [nota] mengandungi empat fon iaitu [n], [o], [t], [a]. Fon [o] sebagai contoh. Berdasarkan kajian fonetik bahasa, fon [o] dalam perkataan itu disengaukan menjadi [õ]. Dalam masa yang sama [o] juga boleh disebut [ᴐ] dan boleh juga disengaukan. Oleh itu terdapat empat fon yang mempunyai ciri-ciri fonetik yang sama, dengan sedikit perbezaan tanpa mengubah maknanya dalam pasangan terkecil berkontras

(pasangan minimal).

Dengan kata

lain, keempat-empat

fon

itu

dapat

digolongkan dalam satu keluarga yang dinamakan fonem, iaitu fonem /o/.Fonem /o/ mempunyai empat variasi bunyi yang dinamakan alofon.

5

2.1 Fonem Vokal

Dalam bahasa Melayu, fonem terbahagi kepada tiga iaitu fonem vokal, konsonan, dan diftong. Vokal merupakan bunyi bersuara iaitu ketika dihasilkan udara dari paru-paru keluar berterusan melalui rongga tekak dan rongga mulut tanpa sebarang gangguan. (Indirawati Zahid, Mardian Shah Omar, 2006). Terdapat enam fonem vokal dalam bahasa Melayu standard, iaitu /a/, /e/, /i/, /o/, /u/, dan /ә/. Oleh itu, keenam-enam vokal tersebut merupakan bunyi bersuara. Cara penyebaran fonem vokal adalah seperti yang berikut:

Huruf

A

E

I

O

U

E

Penggunaan Fonem Vokal

Fonem

/a/

/e/

/i/

/o/

/u/ /ә/

Awal

Tengah

Akhir

/awa?/

/cakap/

/mana/

/aku/

/gagap/

/pula/

/ena?/

/leher/

/tauge/

/ekor/

telen

/ole-ole/

/ikat/

/pilih/

/tuli/

/iman/

/gigih/

/tari/

/oleh/

/bohoŋ/

/pidato/

/oraŋ/

/toloŋ/

/solo/

/ubat/

/bulat/

/sudu/

/ular/

/pulut/

/palu/

/әmak/

/pәnat/

/nasionalismә/

/әmpat/

/tәpat/

/mekanismә/

Kedudukan Fonem Vokal Bahasa Melayu

6

Setiap vokal saling berkontras antara satu sama lain dalam pasangan minimal. i. Vokal depan berkontras dengan vokal depan yang lain ; [kelah] – piknik [kalah] – tewas ii. Vokal belakang berkontras dengan vokal belakang yang lain ; [buruղ] – unggas [boroղ] – membeli barang dengan banyak iii. Vokal tengah dengan pasangan minimal dengan semua vokal yang lain ; [hǝmpas] – campak [hampas] – sisa benda yang telah diambil patinya

Penyebaran fonem vokal dalam kata Menurut Teoh Boon Seong (1994: 16), dalam bahasa Melayu standard penyebaran sesetengah segmen vokalik dalam kata akar bergantung kepada bentuk vokal tersebut. Struktur suku kata juga memainkan peranan penting dalam mengehadkan penyebaran segmen vokalik, sama ada terbuka atau tertutup dan juga kedudukan suku kata sama ada suku kata awal, tengah atau akhir dalam perkataan. Semua fonem vokal boleh hadir dalam lingkungan awal suku kata terbuka dan tertutup. Sebaliknya pada lingkungan akhir kata terbuka, hanya fonem /i/, /u/ dan /ә/ sahaja yang boleh hadir. Manakala fonem /e/, /a/ dan /o/ hanya boleh hadir pada lingkungan akhir suku kata tertutup. Vokal /e/ dan /o/ tidak hadir pada lingkungan akhir kata terbuka kecuali bagi perkataan yang mengalami pengguguran /r/ seperti, /kasar/ - /kasa/. Lingkungan awal suku kata terbuka ; Fonem /i/ /e/ /a/ /u/ /o/ /ә/

Struktur suku kata /ikan/ /bilә/ /ekor/ /belot/ /anaɁ/ /bakol/ /gulә/ /udaղ/ /rosaɁ/ /oraղ/ /әmaɁ/ /bәlut/

7

Lingkungan awal suku kata tertutup ; Fonem /i/ /e/ /a/ /u/ /o/ /ә/

Struktur suku kata /insan/ /bimbiղ/ /enjin/ /tendaղ/ /ambel/ /baղku/ /tumbuh/ /uncaղ/ /ombaɁ/ /bombә/ /әmpat/ /sәmpot/

Lingkungan akhir suku kata terbuka ; Fonem /i/ /e/ /a/ /u/ /o/ /ә/

Struktur suku kata /guli/ /susu/ /lukә/

Lingkungan akhir suku kata tertutup ; Fonem /i/ /e/ /a/ /u/ /o/ /ә/

Struktur suku kata /bimbiղ/ /puteh/ /tanah/ /timbol/ -

8

2.2 Fonem Konsonan

Dalam bahasa Melayu, terdapat 18 fonem konsonan asli. Boleh dikatakan hampir setiap huruf rumi mewakili satu sebutan fonem dan ini menjadi salah satu faktor bahasa Melayu itu mudah dipelajari, iaitu disebabkan sistem fonologinya yang juga mudah. Konsonan terhasil apabila terdapat gangguan atau halangan oleh alat artikulasi terhadap udara dari paru-paru. Konsonan terdiri daripada konsonan bersuara dan konsonan tidak bersuara. Konsonan bersuara bermaksud konsonan yang terhasil apabila tekanan udara yang keluar dari paruparu menggetarkan pita suara manakala konsonan tidak bersuara adalah konsonan yang terhasil apabila udara dari paru-paru tidak menggetarkan pita suara. Dalam bahasa Melayu konsonan terbahagi kepada 2 iaitu konsonan asli dan konsonan pinjaman. Konsonan asli bahasa melayu merupakan konsonan yang sedia ada dan diguna oleh penutur bahasa melayu tanpa sebarang perlakuan adaptasi oleh penutur. Terdapat 7 jenis fonem konsonan bahasa Melayu iaitu letupan, letusan, sisian, getaran, geseran, sengauan, dan separuh vokal. Letupan terdiri daripada fonem /p, b, t, d, k, g/, letusan /c, j/, sengauan /m, n, ny, ng/, geseran /s, h/, getaran /r/, sisian /l/, dan separuh vokal /w, y/. Setiap konsonan saling berkontras antara satu sama lain dalam pasangan minimal ; i. Semua konsonan letupan bersuara berkontras dengan yang tidak bersuara melainkan pada akhir perkataan apabila /k/ tidak berlaku dan diambil alih oleh /Ɂ/ ; /p/ dan /b/ [paru] [baru] ii. Setiap konsonan sengauan berkontras dengan yang lain dalam pasangan minimal ; /m/ dan /ng/ [lǝmaղ] – masakan pulut dalam buluh [lǝղaղ] – sepi iii. Kedua-dua konsonan geseran berkontras antara satu sama lain dalam pasangan minimal ; /s/ dan /h/ [samun] – rompak [hamun] – maki iv. Kedua-dua fonem letusan saling berkontras dalam pasangan minimal ; /c/ dan /j/ [bača] – memahami tulisan, lambing bahasa 9

[baǰa] – makanan pokok v. Konsonan getaran /r/ dan konsonan sisian /l/ berkontras antara satu dengan yang lain ; /r/ dan /l/ [rawat] – menjaga supaya sembuh [lawat] – menziarahi vi. Kedua-dua konsonan separuh vokal saling berkontras dalam pasangan minimal /w/ dan /y/ [waղ] – duit [jaղ] – kata hubung relatif

Penyebaran fonem konsonan dalam kata Fonem-fonem konsonan asli /p/, /t/, /d/, /s/, /h/, /l/, /r/, /m/, /n/ dan /ng/ boleh hadir dalam semua lingkungan kata dalam kata bahasa Melayu. Sebaliknya, fonem letupan tidak bersuara /k/ dan fonem separuh vokal /w/ dan /y/ boleh hadir dalam lingkungan awal dan tengah kata sahaja. Pada lingkungan akhir kata, fonem /k/ diganti oleh fonem hentian glotis [Ɂ]. Fonem-fonem /b/, /g/, pula hanya hadir pada lingkungan awal dan tengah kata dalam kata asli bahasa Melayu. Fonem-fonem ini dapat hadir pada lingkungan akhir kata hanya dalam kata pinjaman sahaja.

Fonem /p/ /b/ /t/ /d/ /k/ /g/ /s/ /h/ /r/ /l/ /m / /n/ /ր/ /ղ/ /w / /j/

Awal /pasar/ /bawә/ /tali/ /dagu/ /kasut/ /gatal/ /sakit/ /hasil/ /ramai/ /labu/ /makan/ /nampa/ /րaman/ /ղaղa/ /waղ/ /jaղ/

Lingkungan Tengah /lapar/ /bebas/ /litar/ /dadu/ /tәkan/ /gugup/ /asas/ /mahal/ /parah/ /boleh/ /sama / /nәnas/ /aրam/ /aղin/ /awan/ /sajaղ/

10

Akhir /tәtap/ /kәtat/ /had / /kataɁ/ /beg/ /rimas/ /lәmah/ /halal/ /malam/ /aman/ /pasaղ/ -

3.0 KEPENTINGAN ILMU FONOLOGI KEPADA BAKAL GURU BAHASA MELAYU

Sebagai seorang bakal guru bahasa Melayu, merupakan satu kewajipan bagi mengusai ilmu yang terdapat dalam cabang linguistik. Ilmu fonologi merupakan salah satu ilmu yang terdapat dalam bidang kajian linguistik. Oleh itu, tidak dapat dinafikan bahawa penguasaan ilmu fonologi bagi seorang guru bahasa Melayu itu penting. Abdullah Hassan (1993), menyatakan bahawa fonologi mengkaji bunyi-bunyi yang berfungsi dalam sesuatu bahasa itu. Manakala Abdul Hamid Mahmood (2007), menyimpulkan fonologi sebagai kajian terhadap fungsi-fungsi bunyi bahasa. Ringkasnya dapat difahami bahawa ilmu fonologi merupakan satu kajian tentang fungsi-fungsi bunyi bahasa yang terdapat dalam bahasa Melayu. Raminah Sabran dan Rahim Syam (1985), menyimpulkan bahawa penguasaan terhadap ilmu fonetik dan fonologi membantu guru untuk mengetahui cara melafazkan setiap perkataan berdasarkan sistem sebutan baku. Oleh itu, secara kesimpulannya dapat dilihat betapa pentingnya penguasaan ilmu fonetik dan fonologi terhadap guru. Antara kepentingan ilmu fonologi kepada saya sebagai seorang bakal guru yang akan mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu ialah saya dapat mengaplikasikan ilmu tersebut secara praktik semasa mengajar. Hasilnya, saya dapat mengajar Bahasa Melayu dengan menggunakan sebutan bunyi bahasa yang betul. Sebutan bunyi bahasa yang betul dapat memudahkan lagi murid-murid untuk memahami apa yang disampaikan, dan maklumat tersebut mudah difahami secara tidak langsung menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lancar. Memandangkan saya telah ditetapkan opsyen bakal mengajar di sekolah jenis kebangsaan Cina (SJKC), maka beban untuk memastikan murid-murid faham apa yang saya sampaikan begitu tinggi. Hal ini adalah kerana, kebanyakan murid-murid SJKC merupakan murid yang berbangsa Cina. Seperti yang kita ketahui, kebanyakan murid yang berbangsa Cina kurang fasih berbahasa Melayu, oleh itu menjadi satu tanggungjawab besar kepada saya sebagai seorang bakal guru bahasa Melayu bagi memastikan murid-murid faham dan menguasai mata pelajaran Bahasa Melayu, dan boleh bertutur dalam bahasa Melayu dengan fasih. Selain itu, ilmu fonologi membolehkan saya melatih murid-murid yang kurang fasih berbahasa Melayu, dan melatih lidah mereka yang bukan berbangsa Melayu untuk menyebut sebutan bahasa Melayu yang betul. Bahasa Melayu mempunyai sistem bunyi yang tersendiri dan untuk menguasai kemahiran bertutur dalam bahasa Melayu dengan baik dan berkesan, seseorang pengguna bahasa perlulah mempunyai pengetahuan yang mendalam tentangnya. Dengan penguasaan ilmu tersebut dapat membantu pembakuan bahasa Melayu yang secara tidak langsung menjadikan kita fasih berbahasa

11

Melayu. Hal ini adalah kerana, bahasa baku berfungsi untuk menyatukan semua dialek dan variasi yang lain. Memandangkan murid-murid di dalam bilik darjah terdiri daripada berbilang bangsa dan masing-masing mempunyai dialek tersendiri, oleh itu mereka agak sukar untuk menyebut perkataan dalam bahasa Melayu dengan betul dan baku. Dengan ilmu fonologi yang guru saya akan dapat memudahkan lagi untuk saya melatih murid-murid berbahasa Melayu dengan betul dan mengurangkan bunyi dialek mereka semasa bertutur bahasa Melayu. Akhir sekali, ilmu fonetik dan fonologi ini dapat membantu guru-guru untuk membetulkan sebutan bunyi sesuatu bahasa terutamanya melatih murid yang gagap semasa bertutur. Oleh itu, saya dapat mengaplikasikannya di sekolah sekiranya terdapat murid yang gagap atau mengalami masalah dalam pertuturan secara tidak langsung mampu membantu mereka menjadi lancar dalam bertutur. Terapi pertuturan merupakan salah satu aktiviti yang membantu murid yang mempunyai masalah dengan alat artikulasi mereka seperti gagap, sengau, sumbing dan sebagainya. Terdapat beberapa kepentingan terapi pertuturan ini, antaranya ialah mampu melatih murid menguasai kemahiran tertentu, khususnya kemahiran bertutur. Murid akan dapat bertutur dengan lebih baik dari semasa ke semasa jika terapi ini dijalankan secara berterusan sehingga membuahkan hasil. Terapi pertuturan ini dapat membantu murid mengeluarkan bunyi-bunyi bahasa yang lebih bermakna dan difahami. Kebanyakan murid yang mengalami masalah pertuturan akan mengeluarkan bunyi yang kurang difahami oleh orang lain. Dengan pelaksanaan terapi pertuturan, murid dapat menghasilkan bunyi bahasa yang lebih bermakna dan membawa maksud yang boleh difahami orang sekeliling. Oleh itu, sebagai seorang bakal guru saya dapat membantu murid-murid yang kelainan upaya sekali gus menjadi pemudah cara kepada mereka.

12

4.0 RUMUSAN

Bahasa mempunyai satu sifat yang dikatakan sebagai simbol bunyi. Fonem merupakan unit bahasa yang terkecil yang mampu mengubah maksud sesuatu perkataan apabila dipenggalkan dan digantikan dengan fonem yang lain. Penggunaannya juga manusia dapat bertutur dengan sempurna dan membezakan sebutan huruf-huruf vokal dan konsonan. Penguasaan ilmu fonetik dan fonologi ini dapat memudahkan pelajar untuk mempelajari cara menghasilkan bunyi dengan sebutan yang betul. Ringkasnya, ilmu fonetik dan fonologi inin banyak membantu perkembangan bahasa seseorang individu terutama bagi mereka yang mengalami masalah dalam alat artikulasi.

13

5.0 BIBLIOGRAFI

BUKU Indirawati Zahid, Mardian Shah Omar. (2006). Fonetik dan Fonologi. Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd. Kamus Dewan Edisi Keempat. (2016). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Ladefoged, P. (2006). A course in phonetics. 3rd edition. London: Harcourt Brace Jovanovich Publishers. Nor Hashimah Jalaluddin. (2015). Asas Fonetik. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Raminah Sabran & Rahim Syam. (1987). Kaedah Pengajaran Bahasa Malaysia. Selangor: Fajar Bakti.

Asmah Haji Omar (1995). Rekonstruksi Fonologi Bahasa Melayu Induk. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka

INTERNET http://melayuonline.com/ind/culture/dig/1925 diakses pada 2 Ogos 2017 ttps://www.pdfcoke.com/doc/132837534/Maksud-fonem-segmental diakses pada 29 Julai 2017

14

Related Documents

Esaimen Fonetik Sem1.docx
October 2019 28
Fonetik
April 2020 11
Fonetik
May 2020 15
Esaimen Moral.docx
November 2019 64
Esaimen Titas.docx
December 2019 28
Esaimen Titas.docx
April 2020 14

More Documents from "AL Black"

Penghargaan.docx
April 2020 6
Esaimen Fonetik Sem1.docx
October 2019 28
Shakespeare English
April 2020 18
Chirurgie-toracica.docx
December 2019 27
Organigrama_2013.xls
December 2019 29