Esei 1.docx

  • Uploaded by: MUHAMMAD ASYRAF BIN AZMY Pelajar KBM
  • 0
  • 0
  • November 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Esei 1.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 1,318
  • Pages: 6
1.0 PENGENALAN Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud, “Aku berwasiat kepada kamu supaya menjaga wanita dengan sebaik-baiknya kerana mereka dijadikan daripada tulang rusuk dan sebengkok-bengkok tulang rusuk adalah yang di bahagian teratas. Sekiranya kamu cuba meluruskannya, kamu akan mematahkannya dan sekiranya kamu membiarkannya ia akan terus bengkok selama-lamanya. Justeru, berpesan-pesanlah tentang wanita dengan kebaikan.” (Riwayat Muslim ). Secara ringkasnya, hadis ini merupakan seruan baginda Nabi Muhammad SAW untuk para lelaki (suami) memainkan peranan mereka untuk mendidik wanita (isteri) menjadi seorang yang solehah sekali gus dapat mendidik generasi yang bakal dilahirkan menjadi ummah yang beriman dan bertaqwa.

1

2.0 PERANAN SUAMI UNTUK MEMBENTUK ISTERI KE ARAH KEBAIKAN Umum mengetahui bahawa suami merupakan tonggak kepimpinan dalam sebuah institusi kekeluargaan. Hal ini dikukuhkan dengan adanya firman Allah dalam Surah al-Nisa ayat 34 yang bermaksud, “Lelaki itu adalah pemimpin yang bertanggungjawab terhadap wanita”. Justeru, seorang suami mestilah sentiasa berperanan ke atas semua perkara yang berkait dengan isterinya supaya dapat menghasilkan seorang isteri yang solehah dan seterusnya mampu membina sebuah keluarga yang bukan sahaja bahagia di dunia malah bahagia di akhirat. Antara peranan yang perlu para suami lakukan ialah seperti berikut: i.

Memberi didikan agama yang secukupnya

Dalam Surah at Tahrim ayat yang keenam, Allah SWT telah berfirman yang bermaksud “Hai orang-orang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api negara …”. Justeru, tidak dapat disangkal lagi bahawa didikan agama yang utuh merupakan aspek yang paling utama dalam usaha seorang suami untuk menjalankan tanggungjawab yang dipegangnya untuk mendidik isteri. Menurut Abdul Halim (1993), didikan yang berkait dengan agama ini ialah satu cara membentuk akal, jasmani, emosi dan rohani manusia berpandukan kitab suci al-Quran dan hadis-hadis nabi. Burlian (1998) dan Mohd Yusof (2004) mempunyai pandangan yang sama mengenai tujuan didikan agama ini diberikan kepada isteri iaitu untuk menjadikannya seorang yang mempunyai akhlak yang baik serta tinggi nilainya mengikut persepsi Islam. (Kamarul Azmi Jasmi, 2007). Selain itu, didikan agama bertujuan untuk mewujudkan isteri yang solehah sekali gus yakin untuk menjadi khalifah ke atas manusia lain agar dapat mengecapi keberkatan di dunia dan di akhirat kelak. Seterusnya, didikan agama yang juga dapat mengelakkan berlakunya konflik dalam sesebuah keluarga. Hal ini berlaku apabila tonggak kepemimpinan sesebuah keluarga ( ibu bapa atau suami isteri) itu mempunyai ilmu agama yang tinggi, sudah pasti ilmu agama itu juga diterapkan kepada anak-anak mereka. Justeru, terbuktilah bahawa seorang suami diwajibkan untuk mendidik isterinya dengan didikan agama dan suami yang kurang mahir dalam ilmu agama wajib membenarkan isterinya untuk menuntut ilmu agama (fardhu ain) dengan ustaz atau ustazah. Sebagai lelaki yang bertanggungjawab, suami itu juga mestilah menyertai kelas agama yang dihadiri oleh isterinya. ii.

Memberi nasihat dan tunjuk ajar

Seorang suami yang bertanggungjawab mestilah menjadi contoh teladan yang baik buat isteri dengan cara memberi tunjuk ajar serta nasihat yang berguna berkaitan dengan agama, pergaulan dan sebagainya. Hal ini demikian kerana tunjuk ajar dari seorang suami merupakan 2

hak seorang isteri yang perlu ditunaikan oleh suami (Robiatul Adawiah, 2009). Perkara ini bertepatan dengan sabda Rasulullah SAW yang bermaksud “Setiap di antaramu adalah pemimpin dan setiap orang akan dipertanggungjawabkan atas kepimpinannya …” (HR Ahmad, Abu Dawud dan Tirmizi). Jadi, antara kaedah yang terbaik untuk membimbing dan menasihati isteri ialah dengan cara yang lembat lembut. Hal ini kerana sifat seorang wanita ciptaan Allah itu sangat istimewa. Perkara ini dijelaskan oleh Allah dalam Surah al-Rum ayat 30 yang bermaksud “ Dan diantara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan-Nya, bahawa Dia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikan-Nya antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan…” Dengan contoh teladan yang baik serta nasihat yang terkesan, isteri tidak akan sama sekali terjerumus ke dalam kancah yang membawa kepada kemudaratan bagi kedua-dua pihak. Hal ini berlaku disebabkan oleh wujudnya kerjasama di antara suami dan isteri untuk sama-sama berganding bahu untuk menjaga aib masing-masing serta menjaga batas pergaulan dengan masyarakat luar sekali gus mempunyai panduan yang khusus untuk mendidik anak-anak ke arah yang lebih baik. iii.

Membentuk akhlak mulia

Secara umumnya, Kamus Dewan Edisi Keempat merumuskan bahawa akhlak ialah budi pekerti, tabiat, watak dan kelakuan. Proses membentuk akhlak ini mestilah dilalui oleh setiap orang dengan cara yang berhemah. Justeru, suami haruslah berperanan untuk membentuk akhlak mulia isteri supaya dapat mewujudkan sebuah keluarga yang harmoni. Sebagai mana yang kita ketahui, Dalam Islam, Rasulullah SAW merupakan contoh yang terbaik untuk merujuk kepada keperibadian akhlak yang unggul. Baginda dikatakan seorang yang berakhlak, berbudi pekerti, berkelakuan, bertabiat dan berperwatakan persis alQuran kerana sifatnya maksum dan sempurna. Contoh kelakuan yang menunjukkan seseorang itu berakhlak ialah menghormati antara satu sama lain, tolong-menolong, tidak menindas golongan bawahan, tidak kedekut, tidak membazir dan sebagainya. Jadi, suami mestilah terlebih dahulu mencontohi akhlak baginda Nabi Muhammad SAW sebelum membentuk akhlak terpuji ini dalam diri isteri. Suami boleh menasihati atau mengajarkan kepada isterinya tentang peribadi yang ada pada isteri-isteri nabi. Hal ini secara tidak langsung menyedarkan sesorang individu itu untuk membina akhlak mulia dalam diri mereka. Selain itu, suami juga pelu memberikan didikan peribadi atau moral kepada si isteri.

3

Contohnya, sekiranya isteri didapati menderhaka kepada suami, suami bertanggungjawab mendidiknya dengan bijak supaya tidak mengulangi kesalahan yang sama. 3.0 CARA ISTERI MEMBINA UMMAH YANG BERIMAN DAN BERTAQWA Setiap makhluk ciptaan Allah ada peranan masing-masing mengikut ketentuan-Nya. (Ku Asmadi & Nur Aida, 2017). Oleh sebab itu, wanita yang telah didik oleh suaminya sehingga menjadi isteri yang solehah mestilah menjalankan tanggungjawabnya pula untuk mendidik anak-anak supaya menjadi ummah yang beriman dan bertaqwa di masa akan datang. Perkara ini dikukuhkan lagi dengan adanya firman Allah yang bermaksud: Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanat kepada yang berhak menerimanya, dan (menyuruh kamu) apabila menetapkan hukum di antara manusia supaya kamu menetap dengan adil. Sesungguhnya Allah memberi pengajaran sebaik-baiknya kepadamu. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Melihat. (Surah al-Nisa’ : 58) Secara amnya, isteri berperanan untuk mengasuh, memelihara, mendidik, merawat dan memotivasikan anak-anaknya agar menjadi insan yang beriman dan bertaqwa. Ramai yang menganggap bahawa gagal atau berjayanya seseorang anak itu bergantung kepada asuhan dan didikan yang diberikan oleh ibu. Jadi, para ibu mestilah memainkan peranan untuk melahirkan anak-anak yang beriman dan bertaqwa. Antara perkara utama yang perlu dilakukan ialah mendidik anak-anak bermula dari dalam kandungan. Menurut Islam, usia seseorang itu bermula apabila dia telah berada di alam rahim selama 120 hari. Oleh sebab itu, ibu mestilah mempunyai tingkah laku yang baik semasa mengandung dan menghindarkan diri daripada melakukan dosa atau perkara yang diarang oleh agama Islam kerana perkara ini memberi impak yang negatif kepada anak dalam kandungan. Sebaliknya, ibu yang sedang hamil itu sewajarnya sentiasa memperdengar ayatayat suci al-Quran kepada anak dalam kandungannya serta sentiasa berdoa untuk kebaikan anak itu. Antara doa yang boleh diamalkan ialah sebagamaina firman Allah yang bermaksud: “ Ya Tuhanku, berilah aku dari sisi Engkau seorang anak yang baik. Sesungguhnya Engkau Maha Mendengar doa” (Ali Imran : 38). Justeru, dengan izin Allah anak-anak yang bakal dilahirkan akan terus membesar menjadi anak yang soleh dan solehah. Namun, didikan agama dan akhlak mulia ini mestilah diteruskan sehingga mereka terus meningkat dewasa supaya mereka tidak lalai kerana iman manusia bersifat dinamik (ada turun dan naik).

4

4.0 KESIMPULAN Kesimpulanya, sebuah keluarga yang bahagia menurut Islam akan terbentuk bermula daripada seorang suami yang berjaya menjaga dan mebawa isterinya ke jalan yang benar. Kemudian, isteri itu pula berjaya mendidik anak-anak menjadi anak yang soleh dan solehah. Jadi, suami dan isteri mestilah memainkan peranan masing-masing dan sentiasa bekerjasama untuk membentuk keluarga yang bahagia di dunia dan di akhirat.

5

RUJUKAN Al-Quran. Jawiah Dakir. (1996). Asas pembentukan keluarga menurut perspektif al-Quran dan al Sunnah. Jurnal Islamiyyat 17, 3-18. Kamarul Azmi Jasmi. (2007). Pendidikan dan pembangunan keluarga cemerlang. Johor: Penerbit Universiti Teknologi Malyasia. Ku Muhammad Asmadi Ku Mohd Saad & Nur Aida Muhammad. (2017). Pendidikan Islam Teras. Selangor: Pustaka al-Ehsan. Robiatul Adawiyah Mohd. (2009). Hak-hak isteri dalam perkahwinan menurut al-Quran dan al-Sunnah. Latihan Ilmiah. Selangor: Kolej Universiti Islam Malaysia. Warsito. (2013). Perempuan dalam keluarga menurut konsep Islam dan Barat. Jurnal Studi Islam, Vol. 14, No. 2, 148 - 163.

6

Related Documents

Esei
June 2020 35
Esei
May 2020 38
Esei
June 2020 32
Ict Esei
June 2020 26
Esei Angkasa.docx
November 2019 42
Esei Merdeka
May 2020 9

More Documents from "NuRuN sYaZwAnI bT mD rAdZi"

Soalan Test.docx
November 2019 17
Bdp Isi Esaimen 1.docx
November 2019 18
Reflektif.docx
November 2019 10
Kajian Tahap.docx
November 2019 18
Esaimen 2.docx
November 2019 19
Esei 1.docx
November 2019 15