Kajian Tahap.docx

  • Uploaded by: MUHAMMAD ASYRAF BIN AZMY Pelajar KBM
  • 0
  • 0
  • November 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Kajian Tahap.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 1,672
  • Pages: 18
KAJIAN TAHAP, PUNCA, KESAN DAN CARA MENGATASI STRES DALAM KALANGAN PELAJAR DI INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU

1.0 PENGENALAN Webster’s Third New International Dictionary merumuskan statistik sebagai satu proses analisis, pungutan, tafsiran dan persembahan data dalam bentuk nombor. Selain itu, statistik juga merujuk kepada pengiraan nombor (purata) yang diambil daripada data yang dimiliki (Pumadevi, Nurul Shahhida & Fatimah, 2015). Akhir sekali, Stoel Torrie juga berpendapat bahawa statistik ialah satu metadologi yang menggunakan langkah tertentu untuk mengenal pasti ketidakpastian maklumat yang disimpulkan. Jadi, secara ringkasnya statistik merupakan satu teknik untuk menyusun data yang tidak tersusun kepada yang lebih tersusun.

1.1 LATAR BELAKANG KAJIAN Kajian ini dilakukan bagi memenuhi kehendak kerja kursus untuk subjek Statistik Asas (GSA1072) yang mana skop kajian mestilah berkait dengan kehidupan seharian pelajar Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu. Oleh sebab itu, saya memilih kajian tentang tahap, punca, kesan dan cara mengatasi stres dalam kalangan pelajar PPISMP di IPG Kampus Bahasa Melayu. Hal ini demikian kerana Kementerian Kesihatan Malaysia ada menyatakan bahawa tahap stres dalam kalangan pelajar berada pada tahap yang sangat membimbangkan (Utusan Online, 2011). Jadi, saya mengambil peluang ini untuk membuktikan bahawa kenyataan yang dikeluarkan itu adalah benar ataupun tidak . 1.2 PERNYATAAN MASALAH Abdullah, (2007) merumuskan bahawa stres ialah satu keadaan di mana fizikal dan mental seseorang tidak dapat berfungsi dengan baik (Indah Nurmaningtyasih, 2015). Oleh sebab itu, kajian ini dilaksanakan bagi mengetahui tahap stres dalam kalangan pelajar serta punca dan kesannya agar dapat membendung masalah ini daripada terus meningkat. Selain itu, kajian ini juga ingin mengetahui bahawa, “Adakah stres mempengaruhi kehidupan sebagai seorang pelajar?” supaya dapat merumuskan tentang kesan stres terhadap tahap pembelajaran pelajar. 1

1.3 OBJEKTIF KAJIAN Objektif kajian ini ialah untuk manganalisis data kecenderungan memusat dan serakan bagi tahap stres yang sebenar bagi pelajar PPISMP IPG Kampus Bahasa Melayu. Selain itu kajian ini juga bertujuan untuk mengenal pasti mod bagi punca, kesan dan cara pelajar PPISMP ini mengatasi masalah stress yang dihadapi oleh mereka.

2.0 METADOLOGI KAJIAN 2.1 REKA BENTUK KAJIAN Kajian ini dibuat dengan cara melakukan tinjauan dalam kalangan pelajar PPISMP IPG Kampus Bahasa Melayu untuk mencapai objektif kajian. Data yang berkait dengan kajian diperoleh dengan cara mengedarkan borang soal selidik kepada kumpulan sasaran. Borang itu mempunyai dua bahagian iaitu: Bahagian A – data demografi (1 soalan) dan Bahagian B – data mengenai isu stres (5 soalan).

2.2 SOALAN KAJIAN 1. Berapakah peratus bagi tahap stres anda? 2. Adakah stres mempengaruhi kehidupan anda sebagai seorang pelajar? 3. Apakah punca anda mengalami masalah stres? 4. Apakah kesan apabila anda mengalami stres? 5. Bagaimanakah cara untuk anda mengatasi masalah stres?

2.3 PERSAMPELAN Populasi kajian ini ialah pelajar IPG Kampus Bahasa Melayu manakala sampel bagi kajian ini ialah pelajar PPISMP IPG Kampus Bahasa Melayu yang terdiri daripada pelajar lelaki dan perempuan.

2

3.0 DAPATAN KAJIAN DAN ANALISIS DATA 3.1 DATA DEMOGRAFI RESPONDEN a) Jantina JANTINA

KEKERAPAN

PERATUS %

Lelaki

10

33

Perempuan

20

67

Jumlah

30

100

JADUAL 3.1

3.2 DATA MENGENAI SOALAN KAJIAN 3.2.1 Tahap stres responden (peratus) 1. PENYUSUNAN DATA JAWAPAN RESPONDEN 20

40

50

60

50

70

60

80

50

40

25

50

50

40

65

40

50

80

75

50

35

45

40

50

55

40

60

50

75

90

0 0

5 0

0

0

JADUAL 3.2 2. PERWAKILAN DATA 2 3 4 5 6 7 8 9

0 5 0 0 0 0 0 0

5 0 0 0 5 0

0 0 0 5

0 0 0

0 0

RAJAH 3.1 – Gambar rajah batang dan daun

3

5

PERATUS BAGI TAHAP STRESS RESPONDAN

1

0

20

40

60

80

100

RAJAH 3.2 – Plot kotak dan misai 3. PENTAFSIRAN DATA Bagi items pertama, saya telah mengenal pasti tentang tahap peratusan stres bagi pelajar PPISMP semester 2 di IPGKBM. Didapati, terdapat seorang pelajar yang mengalami masalah stres yang teruk sehingga menyebabkan peratusan bagi tahap tekanannya mencapai 90% manakala ada seorang pelajar yang menyatakan bahawa tahap stresnya ialah 10% iaitu tahap yang paling rendah berbanding responden lain. Seterusnya, kebanyakan pelajar merumuskan bahawa tahap stress mereka ialah sebanyak 50%. Selebihnya, seramai sembilan responden manyatakan bahawa tahap stres mereka sekitar 25% sehingga 45% manakala seramai sepuluh orang responden menyimpulkan bahawa stres mereka berada pada tahap 55% sehingga 80%. Jadi, hasil daripada data yang diperoleh, saya dapat mencari nilai min, mod dan median (data kecenderungan memusat) serta nilai varians dan sisihan piawai (data kecenderungan serakan). Nilai min bagi data ini ialah 50.83. Nilai ini diperoleh dengan cara: Min = Hasil tambah nilai jawapan responden Jumlah reponden = 1525 30 = 50.83

4

Seterusnya, nilai mod bagi data ini ialah 50 manakala nilai mediannya juga 50. Mod diperoleh dengan cara mengenal pasti tahap peratusan stres yang paling banyak dipilih oleh pelajar atau responden. Nilai median pula diperoleh dengan cara menyusun data secara menaik kemudian memilih dua nilai tengah. Kedua-dua nilai itu ditambah dan dibahagi dengan dua. Langkahnya ialah: Median = Hasil tambah dua nilai yang berada di tengah 2 = 50+50 2 = 50 Selain itu, data yang telah saya peroleh juga membantu saya untuk mancari nilai sisihan piawai dan varians. Langkah pagi pengiraan untuk mencari nilai-nilai dengan menggunakan formula berikut: Sisihan piawai

= 7453.71 – 2583.89 30 = 162.33

Varians

= √162.33 = 12.74 5

Kesimpulannya, daripada data yang telah saya kumpul saya dapat menganalisis nilai min, median, mod, sisihan piawai dan varians bagi peratus tahap stres dalam kalangan pelajar di IPGKBM. 3.3.2

Adakah stres mengganggu kehidupan sebagai pelajar?

1. PENYUSUNAN DATA JAWAPAN

KEKERAPAN

PERATUS %

YA

21

70

TIDAK

9

30

JUMLAH

30

100

JADUAL 3.3 2. PERWAKILAN DATA

ADAKAH STRES MEMPENGARUHI KEHIDUPAN RESPONDEN? 25 20 15 10 5 0 YA

TIDAK Series1

RAJAH 3.3 3. PENTAFSIRAN DATA Berdasarkan maklumat yang diperoleh daripada soalan kedua dalam borang soal selidik yang telah diedarkan, didapati seramai 21 orang responden bersetuju bahawa masalah stres mempengaruhi kehidupan mereka sebagai seorang pelajar manakala selebihnya tidak bersetuju. Selain itu, daripada data yang diperoleh juga saya dapat menyimpulkan bahawa mod bagi data ini ialah jawapan “ya” kerana mempunyai kekerapan paling tinggi iaitu 21.

6

Kesimpulannya, telah terbukti bahawa stres akan menyebabkan pembelajaran dan prestasi akademik seseorang itu terganggu kerana rata-rata bersetuju dengan persoalan yang saya lontarkan. 3.3.3 Punca responden mengalami stres 1. PENYUSUNAN DATA JAWAPAN

KEKERAPAN

PERATUS %

Kerja kursus

24

80

Program kampus

1

3

Rakan-rakan

5

17

Masalah keluarga

0

0

30

100

JUMLAH

JADUAL 3.4 2. PERWAKILAN DATA

PUNCA YANG MENYEBABKAN RESPONDEN STRES 30 25 20 15 10 5 0 Kerja kursus

Program kampus

Rakan-rakan

Masalah keluarga

Series1

RAJAH 3.4 3. PENTAFSIRAN DATA Hasil daripada data kekerapan bagi punca seseorang responden itu mengalami stres, saya mendapati bahawa mod bagi data ini ialah jawapan pertama iaitu kerja kursus. Seramai 24 orang telah memilih jawapan tersebut. Selebihnya, seramai 5 orang menyatakan bahawa mereka stres kerana mempunyai masalah dengan rakan-rakan manakala seorang sahaja yang menghadapi masalah stres yang berpunca daripada program kampus yang perlu 7

disertainya. Akhir sekali, tiada data yang merekodkan punca pelajar di IPGKBM mengalami stres yang disebabkan oleh masalah keluarga. 3.3.4 Kesan stres kepada responden 1. PENYUSUNAN DATA JAWAPAN

KEKERAPAN

PERATUS %

Sukar tidur

3

10

Cepat marah

11

37

Hilang tumpuan

12

40

Kurang bergaul

4

13

30

100

JUMLAH

JADUAL 3.5 2. PERWAKILAN DATA

KESAN STRES KEPADA RESPONDEN 14 12 10 8 6 4 2 0 Sukar tidur

Cepat marah

Hilang tumpuan

Kurang bergaul

KEKERAPAN

RAJAH 3.5 3. PENTAFSIRAN DATA Bagi soalan ini pula, seramai 12 orang memilih kesan stres kepada pelajar adalah hilang tumpuan ataupun mewakili 40% daripada jumlah keseluruhan responden. Seterusnya, data yang dikumpulkan juga menunjukkan bahawa seramai 11 responden akan cepat marah apabila sedang stres. Manakala selebihnya menyatakan bahawa mereka akan mengalami masalah sukar untuk tidur (3 orang) dan juga menyebabkan diri mereka kurang bergaul (4 orang). Jadi, mod bagi data ini ialah jawapan “hilang tumpuan” kerana mempunyai kekerapan yang tertinggi. 8

3.3.5 Cara responden mengatasi stres 1. PENYUSUNAN DATA JAWAPAN

KEKERAPAN

PERATUS %

Beriadah

9

30

Meluahkan perasaan

3

10

Merujuk pakar kaunseling

0

0

Melakukan perkara yang disukai

18

60

30

100

JUMLAH

JADUAL 3.6 2. PERWAKILAN DATA

CARA RESPONDEN MENGATASI STRES 20 18 16 14 12 10 8 6 4 2 0 Beriadah

Meluahkan perasaan

Merujuk pakar kaunseling

Melakukan perkara yang disukai

KEKERAPAN

RAJAH 3.6 3. PENTAFSIRAN DATA Setelah mengumpul dan menyusun data bagi soalan ini, majoriti responden memilih untuk melakukan perkara yang digemari sebagai langkah untu mengatasi stres. Secara tidak langsung, jawapan ini menjadi mod kepada data ini dengan kekerapan sebanyak 18 orang responden. Seterusnya, sebanyak 30% daripada jumlah sebenar responden atau 9 orang responden memilih untuk beriadah apabila menghadapi masalah stres manakala selebihnya memilih untuk meluahkan perasaan kepada orang lain. Namun, kesemua responden tidak memilih untuk merujuk pakar kaunseling meyebabkan tiada data yang ditunjukkan bagi jawapan tersebut.

9

4.0 KESIMPULAN Sebagai kesimpulannya, saya dapat merumuskan bahawa hampir 100% pelajar IPGKBM mengalami masalah stres. Namun, peratusan tahap bagi stres antara mereka ternyata sangat berbeza. Ada yang melebihi 50% dan sebaliknya. Oleh sebab itu, majoriti responden yang terdiri daripada pelajar PPISMP ini menyatakan bahawa masalah stres yang dihadapi telah mengganggu kehidupan mereka sebagai seorang pelajar. Selain itu, masing-masing mempunyai kesan tersendiri apabila sedang stres. Begitu juga dengan cara untuk mereka mengatasinya. Secara kasarnya, saya dapat menyimpulkan bahawa pelajar ini akan sentiasa cuba untuk mengambil langkah yang sebaiknya untuk mengatasi masalah stres yang dihadapi agar tidak menyebabkan tahap stres itu terus meningkat sekali gus menyebabkan pembelajaran mereka terganggu.

10

RUJUKAN Bobsusanto. (2015). 14 pengertian statistik menurut para ahli terlengkap. Retrieved 16 Februari 2018 from http://www.spengetahuan.com/2015/10/14-pengertian statistik menurut-para-ahli-terlengkap.html Hakimi Ismail. (2011). Tahap stres pelajar kita tinggi. Retrieved 16 Februari 2018 from http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=1006&pub=utusan_malaysia &sec=muka_hadapan&pg=mh_04.htm Mastura Mahfar, Fadilah Zaini & Nor Akmar Nordin. (2007). Analisis faktor penyebab stres di kalangan pelajar. Jurnal kemanusiaan, bil.9, 62-72. Pumadevi Sivasubramaniam, Nurul Shahhida Abu Bakar, & Fatimah Rozihan Wan Muhammad. (2015). Statistik Asas. Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

11

LAMPIRAN 1.0 PENGGUNAAN EXCEL 1. Cara membina rajah 3.1

12

2. Cara membina Rajah 3.2

13

14

3. Cara membina Rajah 3.3

15

4. Cara membina Rajah 3.4

16

5. Cara membina Rajah 3.5

17

6. Cara membina Rajah 3.6

2.0 BORANG SOAL SELIDIK RESPONDEN

18

Related Documents

Kajian
May 2020 50
Kajian Tahap.docx
November 2019 18
Instrumen Kajian
July 2020 28
Kajian Tindakan.docx
December 2019 26
Kawasan Kajian
May 2020 21

More Documents from "wani"

Soalan Test.docx
November 2019 17
Bdp Isi Esaimen 1.docx
November 2019 18
Reflektif.docx
November 2019 10
Kajian Tahap.docx
November 2019 18
Esaimen 2.docx
November 2019 19
Esei 1.docx
November 2019 15