Bdp Isi Esaimen 1.docx

  • Uploaded by: MUHAMMAD ASYRAF BIN AZMY Pelajar KBM
  • 0
  • 0
  • November 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Bdp Isi Esaimen 1.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 845
  • Pages: 4
IMPLIKASI PROGRAM KEPELBAGAIAN SOSIOBUDAYA DI INSTITUT

Pada 1 Mac 2019, seorang pensyarah daripada Unit Pendidikan Islam dan Moral (UPIM) di bawah naungan Jabatan Pengajian Pendidikan di Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu (IPGKBM), Lembah Pantai Kuala Lumpur telah ditemu bual berkaitan programprogram sosiobudaya yang telah diadakan di IPGKBM ini. Beliau ialah Ustazah Zaiton binti Mat Deris. Beliau telah ditemu bual pada jam 12.30 tengah hari di ruangan UPIM aras 11 bangunan Menara IPGKBM. Temu bual ini dijalankan untuk mengetahui sejauh manakah implikasi atau kesan yang berlaku ke atas pelajar-pelajar hasil daripada penganjuran program-program yang melibatkan sosiobudaya. Oleh itu, beberapa soalan telah dikemukan kepada Ustazah Zaiton bagi mendapatkan jawapan yang dicari-cari.

Hasil daripada temu bual, Ustazah Zaiton berpendapat bahawa program sosiobudaya amat bagus untuk diketengahkan kerana ia mampu memberi pengetahuan dan kefahaman kepada orang lain yang berlainan bangsa dan agama. Program-program seperti ini juga akan memberi pendedahan kepada semua pelajar akan kesedaran hidup bermasyarakat berbilang kaum di bawah satu bendera. Bagi Ustazah Zaiton lagi, sangat sesuai jika program-program sosiobudaya diadakan untuk pelajar IPGKBM yang berbilang kaum dan agama. Hal ini kerana satu perpaduan dapat dibuktikan dengan kelancaran program yang dijalankan. Melalui program sosiobudaya juga pelajar yang berbagai kaum juga mengetahui serba sedikit berkaitan agam-agama lain yang dianuti oleh masyarakat Malaysia.

Menurut Ustazah Zaiton, program-program sosiobudaya merupakan satu usaha dan berjaya

menyatupadukan

perpaduan

antara

kaum

di

IPGKBM.

Program-program

sosiobudaya yang diadakan lebih kepada medium dalam mendedahkan budaya kepada khalayak ramai supaya dikenali dan diterima oeh segenap lapisan masyarakat. Maka dengan sambutan program sosiobudaya yang diadakan, setiap individu memahami apa yang dibawa oleh kaum-kaum atau agama-agama lain seperti sambutan Tahun Baru Cina, Hari Raya Aidilfitri dan sebagainya. Seperti kata pepatah “Tak kenal, maka tak cinta”. Dengan pendedahan yang diutarakan dalam setiap sambutan program sosiobudaya, para pelajar yang berbilan bangsa akan menghakis rasa curiga mereka terhadap ajaran-ajaran yang diamalkan oleh bangsa lain.

Meskipun program-program sosiobudaya yang telah diadakan dalam status bagus, namun masih terdapat kelemahan dan kekurangan dalam sambutan tersebut. Ustazah Zaiton telah memberi cadangan penambahbaikan iaitu selitkan sedikit penerangan ringkas 1

melalui apa jua medan untuk menerangkan perkara khusus berkaitan dengan perayaan itu sendiri dari sudut sejarah atau faktor-faktor wujudnya perayaan tersebut. Sebagaimana sambutan terdekat yang telah berlalu di IPGKBM iaitu sambutan Tahun Baru Cina. Sambutan tersebut lebih berfokus kepada budaya tarian, nyanyian dan situasi masyarakat Cina menyambut Tahun Baru Cina di kampong. Penambahbaikan yang boleh dimasukkan dalam sambutan ini ialah selitkan sedikit penerangan ringkas tentang sejarah wujudnya sambutan Tahun Baru Cina itu sendiri supaya kaum lain lebih memahami tujuan sambutan yang diadakan dalam masyarakat mereka.

Harapan Ustazah Zaiton dalam program sosiobudaya yang akan datang ialah program yang tidak hanya menonjolkan kebudayaan tarian, nyanyian serta pakaian sesuatu tradisi sahaja bahkan perlu diselitkan penerangan berkaitan sejarah, faktor kewujudan sambutan, bagaimana mahu menyambut sambutan tersebut dan

apa kesan sambutan

tersebut kepada agama masing-masing. Contohnya, sambutan Tahun Baru Cina dianggap tiada masalah bagi kaum muslimin kerana ia hanya sambutan yang berkaitan dengan budaya masyarakat Cina. Namun, berbeza dengan sambutan Deepavali yang melibatkan keagamaan. Maka, setiap warga harap memahami situasi Muslimin yang memilih untuk tidak meraikannya secara terbuka dan besar-besaran kerana perlu menjaga sensitiviti agama dan pegangan akidah. Begitu juga dengan sambutan April Fool yang tidak boleh disambut kaum Muslimin kerana ia merupakan sambutan bagi meraikan hari pembantaian kaum Muslimin di Sepanyol suatu ketika dahulu. Oleh itu, semua orang perlu pandai membezakan antara adat dan ibadat di samping menyediakan makanan yang halal untuk Muslimin sekiranya makanan ada disediakan dalam setiap program.

Seterusnya,

Ustazah Zaiton membahagikan

implikasi penganjuran program

sosiobudaya kepada tiga aspek iaitu aspek tingkah laku, pemikiran dan sosial. Dari segi tingkah laku, pelajar hormat-menghormati antara satu sama lain meskipun tidak sama bangsa dan agama kerana program sosiobudaya yang diadakan telah menyedarkan masyarakat bahawa jangan mencemuh amalan kaum lain. Dari segi pemikiran pula, pelajar tidak akan menghalang semua orang untuk beribadat kerana telah didedahkan tentang cara hidup sesuatu masyarakat dalam program-program sosiobudaya yang telah diadakan. Kemudian, dari aspek sosial, pelajar sudah mengetahui serta memahami cara untuk tidak menyentuh sensitiviti agama atau kaum supaya ikatan yang terbina tidak mudah terlerai sehingga menjadi perpecahan. Bukan sahaja pergaulan antara pelajar, namun interaksi antara pensyarah juga sangat baik disebabkan pemikiran matang mereka.

2

Secara kesimpulannya, program sosiobudaya yang diadakan di IPGKBM telah mendatangkan implikasi dan impak yang positif secara dominan. Perpaduan kaum dapat terus dipupuk dan dipertingkatkan lagi dengan adanya program-program sosiobudaya diadakan secara berkala supaya pelajar mendapat pendedahan banyak lagi perkara yang tidak pernah dipelajari oleh mereka.

3

SOALAN TEMU BUAL

1. Apakah pendapat Ustazah Zaiton tentang program sosiobudaya di IPGKBM?

2. Sangat sesuaikah jika program sosiobudaya ini ditujukan kepada pelajar yang berbilang kaum dan agama?

3. Macam mana program itu boleh menyatupadukan antara kaum di IPGKBM?

4. Apakah kelemahan dan kekurangan dalam program sosiobudaya yang terdekat atau baru sahaja berlalu? Sertakan penambahbaikan terus.

5. Apakah harapan Ustazah untuk program-program yang akan datang?

6. Adakah program sosiobudaya memberi impak terhadap tingkah laku pelajar?

7. Adakah program sosiobudaya memberi impak terhadap pemikiran pelajar?

8. Adakah program sosiobudaya memberi impak terhadap kemahiran sosial pelajar?

Rajah: Aktiviti temu bual bersama Ustazah Zaiton di aras 11 bangunan Menara.

4

Related Documents

Bdp Isi Esaimen 1.docx
November 2019 18
Bdp
May 2020 11
Esaimen Moral.docx
November 2019 64
Bdp Presentatn
July 2020 5
Esaimen Titas.docx
December 2019 28
Esaimen Titas.docx
April 2020 14

More Documents from "AL Black"

Soalan Test.docx
November 2019 17
Bdp Isi Esaimen 1.docx
November 2019 18
Reflektif.docx
November 2019 10
Kajian Tahap.docx
November 2019 18
Esaimen 2.docx
November 2019 19
Esei 1.docx
November 2019 15