Esaimen Moral.docx

  • Uploaded by: debbystanis
  • 0
  • 0
  • November 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Esaimen Moral.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 3,596
  • Pages: 13
SENARAI ISI KANDUNGAN PENGHARGAAN ...................................................................................................................... 2 MAKSUD MORAL DAN ALIRAN PEMIKIRAN MORAL ........................................................... 3 BANDING BEZA JENIS-JENIS NILAI DAN CIRI-CIRI PEMBENTUKAN INDIVIDU ................. 6 KAITAN ANTARA JENIS-JENIS NILAI DENGAN CIRI-CIRI PEMBENTUKAN INDIVIDU ....... 9 KESIMPULAN ..........................................................................................................................11 RUJUKAN ................................................................................................................................12

PENGHARGAAN Saya bersyukur kepada tuhan kerana dengan limpahan rahmat serta nikmat masa, nyawa tenaga yang dianugerahkan kepada saya dapat juga saya menyiapkan tugasan bagi kursus Pengenalan kepada Pendidikan Moral (MPU3102) dengan jayanya. Pertamanya, saya ingin mendedikasikan ucapan penghargaan ini kepada pensyarah tercinta saya, Dr. Roslina binti Suratnu kerana dengan tunjuk ajar serta bimbingan daripadanya membuka ruang untuk saya menyiapkan tugasan ini dengan suksesnya. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada ibu bapa saya yang memberi saya pemudahcara untuk menyiapkan kerja kursus ini. Mereka telah memberikan saya segala kemudahan dan sokongan moral yang hingga saya berjaya mennyiapkan tugasan ini. Ucapan penghargaan ini juga saya tujukan kepada rakan-rakan yang banyak memberi peringatan terhadap setiap perkara yang saya telah alpa. Mereka membantu saya dengan menjawab setiap pertanyaan yang saya utarakan kepada mereka. Akhir madah, saya mengucapkan terima kasih kepada mereka yang terlibat secara lansung atau sebaliknya dalam proses menyiapkan kerja kursus ini.Terima kasih.

MAKSUD MORAL DAN ALIRAN PEMIKIRAN MORAL Perkataan moral adalah sesuatu yang klise dan sering kita dengar dalam perbualan sehari-hari. Antara ungkapan yang sering kita dengar ialah, “Perbuatan kamu ini sungguh tidak bermoral!” atau “Cubalah menjadi orang yang lebih bermoral.” Apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan istilah moral itu? Bak kata pepatah, tak kenal makan tak cinta. Justeru itu, saya akan cuba menjelaskan makna moral dengan lebih terperinci. Istilah moral sebenarnya berasal dari perkataan Latin “Mores” yang bermaksud cara (Vishalache, 2008:2). Dalam Kamus Pelajar Edisi Kedua, moral didefinisikan sebagai ajaran atau pegangan berkaitan baik atau buruk sesuatu perbuatan (Kamus Pelajar Edisi Kedua, 2008). Hurlock (Dian, 2009) pula menyatakan bahawa perilaku moral adalah perilaku yang sesuai dengan kode moral kelompok sosial. Ringkasnya, moral merupakan perbuatan atau tingkah laku berdasarkan kepada standard atau prinsip yang diterima dalam masyarakat. Selaras dengan pendapat itu, Frankena (1973) mendifinisikan moral sebagai pertimbangan berdasarkan aturan, prinsip, idealisasi yang menyatakan tindakan sebagai benar, salah, baik, buruk yang memiliki pengaruh pada perasaan, minat, idealisasi terhadap orang lain atau pengalaman tertentu. Maksudnya, moral merupakan satu cara untuk mempersoalkan isu berkaitan dengan sesuatu tingkah laku iaitu untuk menentukan sesuatu tingkah laku yang baik, buruk, benar atau salah. Tambahan lagi, pertimbangan-pertimbangan yang dilakukan mestilah berdasarkan kepada prinsip dan aturan yang telah ditetapkan dalam sesuatu masyarakat. Sebaliknya, Killen dan Hart (1995: 372) pula mendifinisikan moral dalam konteks yang lebih luas, iaitu; “In our view, morality refers to voluntary actions (at least potentially), have social or interpersonal implications and that are governed by some intrapyshic mechanism (cognitive/emotive).” Killen & Hart (1995) Berdasarkan definisi yang diberikan oleh kedua-dua tokoh ini, moral merujuk kepada tingkah laku yang melibatkan emosi dan kognitif.Maka, moral merupakan tingkah laku yang dipengaruhi bukan sahaja oleh prinsip dan aturan tetapi juga emosi dan kognitif. Berdasarkan beberapa pendapat di atas, moral boleh didefinisikan dari dua aspek iaitu moral sebagai tingkah laku yang mengikut aturan prinsip yang ditetapkan serta boleh diterima oleh emosi dan kognitif secara rasional. Kedua, moral ialah satu cara untuk menentukan tingkah laku yang baik, buruk, benar atau salah dalam sesuatu kelompok masyarakat.

Seterusnya, moral dipengaruhi oleh budaya dalam sesuatu masyarakat. Budaya dalam sesuatu masyarakat memainkan peranan yang penting dalam penghujaan moral. Teori perkembagan kognitif mendakwa bahawa peraturan moral adalah universal (Shahiza & Faridah et.al, 2005: 38). Hal ini bermaksud, isu yang sama dianggap sebagai moral yang merentasi budaya. Dalam istilah yang lebih mudah setiap kelompok masyarakat mempunyai pandangan yang berbeza tentang perlakuan yang bermoral. Jelasnya, tingkah laku yang baik atau buruk bergantung kepada budaya atau kebiasaan dalam sesuatu masyarakat. Terdapat empat aliran pemikiran dalam moral iaitu naturalis, emotivis, intuisionis dan rasionalis. Sebelum mengupas tentang keempat-empat aliran pemikiran atau falsafah ini, ada baiknya jika dibincangkan serba sedikit tentang sebab dan asal-usul munculnya falsafah-falsafah yang ada sekarang. Menurut Yeni Rostikawati (2014), falsafah muncul dari pemikiran kritis manusia melalui cerita, peristiwa yang dialami, atau alam sekitar, yang mempunyai tunjang pemikiran yang berbeza iaitu “godcentered”, “earth-centered” dan “man-centered”. Naturalisme merupakan satu yang pemikiran berasaskan alam. Aliran ini dipelopori oleh John Jacques Rosseau yang dilahirkan di Geneva, Francis pada 6 Jun 1712. Naturalisme ialah satu aliran pemikiran yang menganggap bahawa kebahagiaan manusia diperoleh dari fitrah kejadian manusia. Perbuatan yang baik, iaitu perbuatan yang sesuai dengan fitrah manusia, baik lahir ataupun batin secara seimbang untuk mencapai tujuan dengan menggunakan akal (Riyanto, 2015). Ahli dalam aliran berpendapat bahawa manusia secara fitrahnya adalah rasional (Zhidi et. al, 2014: 42). Manusia dianugerahkan akal yang membezakannya dengan haiwan. Justeru itu, manusia perlu bertindak mengikut akal yang telah dianugerahkan oleh Tuhan kepada mereka (Mardzelah, 2006: 22). Ahli-ahli dalam aliran ini percaya bahawa “naluri itulah jalan yang lurus”. Perbuatan yang bermoral menurut aliran ini ialah perbuatan yang selaras dengan fitrah. Individu yang menganut aliran pemikiran ini cenderung untuk menerima apa sahaja dalam keadaannya yang sebenar. Sebagai contoh, individu dengan pemikiran “rezeki secupak takkan jadi segantang” tidak akan berusaha untuk mencari rezeki lebih kerana mereka percaya hanya itu rezeki yang diberikan oleh Tuhan kepada mereka. Seterusnya, emotivisme pula merujuk kepada manusia yang bertindak mengikut emosi tanpa melihat bukti yang sah (Zhidi et. al, 2014). Selaras dengan hal ini, Stevenson menyatakan bahawa bahawa emotivism tidak memerlukan Principle of Verification, iaitu tidak melihat kepada fakta dan bukti yang sah (Mind, 1937). Golongan emotivis berpandangan bahawa pernyataanpernyataan moral (moral sentences) tidak menyampaikan sebarang maklumat mengenai dunia, tetapi hanyalah ungkapan perasaa individu semata-mata yang digambarkan melalui tingkah laku

atau mimik muka, dan pada masa yang sama cuba untuk mempengaruhi orang lain untuk bersikap seperti yang diinginkan. Stoljar (1992) menyatakan bahawa:

“…our purpose in asserting moral sentences is not to describe the world; …our purpose in asserting moral sentences is to express emotion, and to persuade people to act in certain ways…”

(Daniel, S, 1992) Misalnya, saya berkata kepada seseorang, “Anda bertindak salah dengan mencuri wang tersebut”, tidak ada bezanya jika saya berkata “Anda mencuri wang tersebut”. Bermakna, pernyataan “Anda bertindak salah…” tidak membawa apa-apa maklumat melainkan hanya suatu ekspresi perasaan semata-mata. Justeru itu, menurut aliran ini moral bukanlah sesuatu yang dapat membenarkan atau menyalahkan. Oleh itu, ahli dalam aliran ini cuba untuk menganalisis “apa yang salah” dari segi emosi. Individu dalam aliran emotivism cenderung untuk mengikut perasaan. Contohnya, seorang remaja bunuh diri kerana terlalu kecewa kerana merasakan bahawa masa depannya telah musnah setelah gagal dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia. Aliran pemikiran yang seterusnya ialah Intuisionis. Istilah ‘intuisi’ berasal daripada perkataan Latin ‘intueor’ yang bermaksud ‘saya memandang tepat ke arah sesuatu’ (Zhidi et. al, 2014). Jujun S. Sumantri (1990: 53) menggambarkan intuisi sebagai suatu masalah yang sedang kita fikirkan kemudian kita tunda karena menemui jalan buntu, tiba-tiba muncul di benak kita yang lengkap dengan jawabannya. Ringkasnya, intuisi merupakan pengetahuan yang timbul secara spontan dalam benak tanpa melalui proses pemikiran yang rasional. Selain itu, Immanuel Kant (1724:1804) menyatakan bahawa akal tidak pernah mampu mencapai pengetahuan langsung tentang sesuatu perkara. Akal hanya mampu berpikir perkara yang dilihat terus (fenomena) tetapi hati mampu menatafsir sesuatu tanpa terhalang oleh subjek, objek atau apa-apa perkara lain sesuai dengan peribahasa Melayu yang berbunyi, “sekilas ikan di air sudah tahu jantan betina”. Ahli dalam aliran ini menganggap bahawa terdapat satu kemampuan tingkat tinggi yang tidak mampu dicapai oleh akal pada manusia yang disebut intuisi. Misalnya, seorang ibu dapat merasakan jika sesuatu yang tidak baik terjadi kepada anaknya walaupun anaknya berada jauh. Selain itu, individu yang lebih banyak pengalaman dalam hidup lebih mudah mengenal keperibadian seseorang pada perjumpaan kali pertama. Oleh itu, mereka tidak akan mudah ditipu berbanding remaja yang masih kurang pengalamannya.

Aliran moral yang seterusnya, iaitu rasionalis, berasal daripada perkatan ‘ratio’ yang bermaksud reason atau sebab. Prinsip bagi aliran ini ialah “sumber pengetahuan sejati adalah akal budi” (Wilson, Williams & Sugarman, 1967). Jelasnya, dalam aliran ini, akal merupakan sesuatu yang sangat signifikan dalam membuat pertimbangan dan keputusan. Manusia yang waras menggunakan akal untuk membuat penaakulan, membuat keputusan dan menyelesaikan masalah dengan bijak. Menurut ahli rasionalis, tindakan bermoral adalah berdasarkan kepada teori Imperatif Kategoris. Imperatif Kategoris juga dikenali sebagai etika kewajiban, merupakan keharusan mutlak tanpa syarat dengan prinsip kewajipan merupakan dasar kepada tindakan moral. Teori ini berpandangan bahawa sesuatu yang baik mestilah daripada kehendak yang baik. Individu yang bermoral ialah menurut teori ini ialah individu yang melakukan sesuatu pekerjaan atau perbuatan baik tanpa mengharapkan balasan atau ganjaran melainkan dari hati yang ikhlas. Maka, penilaian tentang seseorang itu baik, tidak bergantung pada luarannya melainkan keinginan yang baik untuk memenuhi kewajipan. Immanuel Kant percaya bahawa moral bukanlah bersifat teori, tetapi praktik iaitu perbuatan untuk memenuhi kewajipannya. Ringkasnya, perbuatan yang bermoral ialah perbuatan yang berasal dari niat yang baik dan ikhlas. BANDING BEZA JENIS-JENIS NILAI DAN CIRI-CIRI PEMBENTUKAN INDIVIDU Terdapat enam jenis nilai utama dalam moral iaitu nilai ekstrinsik atau istrumental, nilai intrinsik, nilai subjektif, nilai objektif, nilai relatif dan nilai mutlak. Setiap nilai mempunyai fungsinya yang tersendiri. Secara ringkas, nilai berfungsi sebagai satu kriteria atau piawai yang konsisten agar individu atau masyarakat bertindak dengan baik, sebagai satu tunjuk arah, rujukan dan panduan untuk menyelesaikan konflik moral dan sebagai batasan (restriction) terhadap perbuatan dan kelakuan individu atau masyarakat mengikut kehendak nilai yang dipegang ( Eow B.H., 2001). Subjektif adalah kualiti yang diterima atau ditolak oleh seseorang individu dengan berdasarkan kepada pandangannya sendiri terhadap sesuatu benda atau perkara. Dengan kata lain, nilai subjektif bergantung kepada diri penilai. Sebagai contoh, Ali berpendapat bahawa Aminah seorang yang cantik. Tetapi Abu pula mempunyai pendapat yang sebaliknya. Bermakna, niali cantik itu adalah sesuatu yang subjektif kerana berbeza mengikut pandangan setiap orang. Nilai objektif pula adalah nilai yang bebas daripada pilihan peribadi. Nilai yang diterima atau ditolak berdasarkan pengalaman dalaman yang dialami atau berpunca dari aspek luar yang dipersetujui oleh kebanyakkan orang. Seterusnya ialah nilai ekstrinsik atau nilai instrumental. Nilai ekstrinsik merupakan nilai yang yang diterima atau ditolak sebagai alat untuk mencapai sesuatu matlamat (Rahman, 1994).

Maksudnya, apabila kita melakukan perkara pertama, sebenarnya kita mempunyai tujuan kedua yang lebih diutamakan. Perkara pertama yang kita lakukan merupakan alat yang digunakan untuk mencapai tujuan utama tersebut. Misalnya, mengebom Hiroshima merupakan tindakan yang dilakukan untuk menghentikan Perang Dunia Kedua. Sementara, nilai intrinsik pula merujuk kepada kualiti dalaman, iaitu merangkumi permikiran dan perasaan seseorang sebelum melakukan sesuatu perbuatan. Kesan daripada tidakan ini tidak diambil kira. Secara umumnya, terdapat tiga kategori pandangan sebelum melakukan sesuatu tindakan iaitu pertama, kualiti yang diterima semata-mata karena tidakan tersebut dianggap baik. Kedua, kualiti ditolak semata-mata karena tindakan itu dianggap buruk dan ketiga, seseorang melakukan tindakan tanpa mengambil kira kesannya kerana dia hanya menjalankan tugas yang diberikan kepadanya. Sebagai contoh, Halim mengikut peruntukan undang-undang semasa menjatuhkan hukuman kepada pengedar dadah dan bukan kerana dia sendiri ingin membasmi kegiatan tersebut. Selain itu, nilai relatif pula merupakan nilai yang dibandingkan antara satu masyarakat degan masyarakat yang lain. Nilai ini tidak sama antara satu masyarakat dengan masyarakat yang lain serta mempunyai alasannya yang tersendiri untuk menolak atau menerima sesuatu nilai (Rahman, 1999). Antara sebabnya ialah adat resam, budaya dan kepercayaan. Perbuatan berpelukan antara seorang lelaki dan seorang wanita dianggap tidak bermoral dalam masyarakat kita. Perbuatan ini dianggap bertentangan dengan nilai masyarakat kita tetapi di negara barat, perbuatan ini adalah norma biasa yang tidak pernah dipertikaikan. Sedangkan, nilai mutlak pula ialah nilai yang tidak terikat kepada kebiasaan sesuatu masyarakat. Nilai ini juga dipraktikkan oleh masyarakat yang lain (Rahman, 1999). Lazimnya, nilai baik yang tidak dapat dinafikan kebenarannya akan juga diterima sebagai baik oleh masyarakat yang lain. Begitu juga dengan nilai buruk atau perbuatan yang keji akan tetap mendapat cemuhan dan tentangan oleh masyarakat lain dalam dunia ini. Sebagai contoh, penderaan haiwan diterima sebagai satu nilai yang tidak baik tidak kira di mana-mana tempat sekalipun. Pembentukan individu bermoral berkait rapat dengan aliran-aliran pemikiran moral yang telah dibincangkan. “Individu yang bermoral ialah mempunyai penaakulan moral, emosi moral dan tingkah laku moral” (Rahman & Lee Hoon, 1994). Berdasarkan pernyataan ini, jelaslah bahawa insan yang bermoral mestilah mempunyai tiga ciri yang telah dinyatakan iaitu penaakulan moral, emosi moral dan tingkah laku moral. Ciri-ciri tersebut perlu saling melengkapi antara satu sama lain dan hubungan yang rapat kukuh bagai isi dengan kuku, cincin dengan permata. Secara ringkas, penaakulan moral merupakan pertimbangan atau fikiran secara rasional dan berautonomi (bebas). Melalui aspek penaakulan moral ini, individu dapat memahami sesuatu isu

moral. Melalui penaakulan, seseorang dapat mengenal pasti alternatif yang ada dan kesannya. Seterusnya, emosi moral seperti suara hati pula merupakan perasaan yang membawa kepada perlakuan individu secara moral serta mengawal perlakuan dan menghalang individu daripada membuat sesuatu yang bersifat antisosial (Rahman, 1999). Emosi moral akan mendorong seseorang untuk lebih berhati-hati dalam setiap keputusan agar tidak menyakiti hati orang lain. Sementara, tingkah laku moral merujuk pula kepada segala perlakuan yang dilakukan oleh individu berdasarkan nilai-nilai dan norma masyarakat. Individu yang mempunyai tingkah laku moral ialah individu yang bertindak dengan penuh tanggungjwab mengikut kemampuan diri sendiri terhadap sesuatu keputusan berlandaskan penaakulan dan emosi moral. Persoalannya, bagaimanakah melahirkan insan yang bermoral ini?

Dalam hal ini,

terdapat tiga prinsip utama dalam moral iaitu prinsip keadilan, prinsip altruism dan prinsip autonomi perlu diamalkan. Nagel & Thomas (1970) menjelaskan perkataan altruisme sebagai sesuatu sikap atau perbuatan yang menyenangkan, bermanfaat dan prihatin terhadap orang lain Oleh itu, altruis (altruist) ialah orang yang pemurah, atau dermawan. Beliau juga berpendapat bahawa orang yang mengamalkan prinsip altruism akan mempuyai sikap empati, bertoleransi terbuka dan boleh percaya akan menerima orang lain orang lain. Seterusnya, konsep autonomi melibatkan pertimbangan serta kebebasan dalam memilih untuk melakukan sesuatu perbuatan atau sebaliknya. Sebenarnya, konsep ini bermaksud, membenarkan seseorang individu tersebut untuk tidak membuat apa yang diingini atau memberi sebab–sebab tertentu jika seseorang itu dihalang daripada melakukan apa yang dirasakannya baik. Ia adalah berdasarkan kepada dua perkara iaitu kemahuan atau paksaan (Hena, 1992). Menurut prinsip ini lagi, pertimbangan atau tindakan seseorang tidak boleh dianggap sebagai bermoral sekiranya dia melaksanakan sesuatu perkara yang disebabkan oleh paksaan luaran atau kepatuhan kepada autoriti secara membuta tuli. Ini disebabkan individu yang berkenaan tidak berupaya untuk bertingkah laku secara rasional dan adil. Individu itu tidak melaksanakan tanggungjawab moral, tetapi hanya mematuhi perintah daridapa kuasa luar (Koo, 1990). Menurut Kamus Dewan “keadilan” bererti sifat yang wajar atau berpatutan, tidak memihak kepada mana¡–mana (apabila memutuskan sesuatu dan sebagainya). Oleh itu, konsep keadilan melibatkan sebarang perbuatan dan kelakuan yang adil terhadap diri sendiri dan orang lain, tidak merugikan diri dan orang lain, serta melayan semua orang dengan cara yang saksama tanpa mengira siapa orang itu. Contohnya, dalam aspek pemikiran, percakapan, perasaan serta perlakuan. Keadilan penting Keadilan sangat penting dalam penilaian moral dan prinsip ini amat berkaitan dengan pemikiran atau penaakulan. Apabila konsep keadilan ini dipegang oleh

seseorang individu, maka individu tersebut akan sentiasa berfikiran secara rasional dalam apa jua keadaan pun. Maka, individu tersebut akan dapat mengawal dirinya daripada unsur–unsur yang buruk seperti perasaan tamak haloba, kemarahan dan sebagainya. Kesimpulannya, individu yang mengamalkan tiga prinsip tersebut akan mempunyai nilai-nilai moral dalam diri. KAITAN ANTARA JENIS-JENIS NILAI DENGAN CIRI-CIRI PEMBENTUKAN INDIVIDU Secara umumnya, terdapat satu hubungan antara jenis-jenis nilai dengan ciri-ciri pembentukan individu bermoral iaitu untuk mengamalkan sesuatu nilai sama ada nilai subjektif, objektif, relatif, mutlak, ekstrinsik atau intrinsik seseorang perlu mempunyai penaakulan moral, emosi moral dan tingkah laku moral. Untuk lebih jelas tentang hubungan ini, saya akan memberikan beberapa situasi yang berlaku di Malaysia dan menghuraikan dengan jelas tentang hubungan antara dua aspek ini. Situasi 1 Seorang gadis berusia 19 tahun telah menderma RM60,000.00 kepada Persatuan Perubatan Malaysia (Mercy) untuk membantu mangsa pencerobohan Amerika Syarikat (AS) di Iraq. Wang tersebut diperolehi melalui kemenangannya dalam peraduan meneka lagu. Beliau ialah Khatijah Khalilul Rahman. Khatijah memang unik, seumur hidupnya belum tentu beliau akan menerima wang yang sebegitu banyak. Beliau mendermakan semua wang kemenangannya tanpa mengambil walau satu sen, tanpa sebarang tujuan mencari nama atau mempromosi syarikat atau pertubuhan. Dalam konteks ini, nilai yang diamalkan oleh Khatijah Khalilul Rahman ialah nilai intrinsik dengan pemikiran bahawa beliau melakukan sesuatu tindakan semata-mata kerana sesuatu tindakan itu dianggap baik. Beliau mempunyai kualiti dalaman iaitu perasaan simpati, empati dan belas kasihan yang tinggi. Buktinya, beliau mendermakan seluruh wang tersebut tanpa mengharapkan sebarang balasan atau tujuan-tujuan tertentu. Dalam konteks ini, jelas bahawa beliau mempunyai emosi dan tingkah laku moral yang tinggi. Hal ini kerana, tanpa emosi moral seperti perasaan simpati dan empati serta sikap perikemanusiaan yang tinggi, sudah tentu dia tidak akan mendermakan wang tersebut. Justeru itu, dia telah melakukan satu perbuatan atau tingkah laku moral iaitu berurah hati mendermakan wang tersebut kepada orang-orang yang lebih memerlukannya. Jelasnya di sini, dengan dorongan emosi moral yang tinggi, dia telah dia telah membuat tingkah laku moral. Secara holistiknya, beliau telah mengamalkan nilai intrinsik.

Situasi 2 Menjelang hari pilihanraya di Malaysia, persaingan antara parti menjadi semakin sengit. Banyak parti yang berasaskan kaum cuba untuk memanipulasi fikiran rakyat dengan memburuk-burukkan satu parti dengan parti yang lain. Lebih membimbangkan, ada sesetengah pihak yang cuba menimbulkan isu perkauman demi untuk kepentingan sendiri. Jika keadaan seperti ini berterusan, maka perpaduan Negara yang terbina sejak dahulu lagi akan tergugat. Berdasarkan situasi di atas, kita sebagai rakyat Malysia perlu mengamalkan nilai subjektif iaitu kita tidak menerima segala kenyataan atau pandangan negatif yang dinyatakan oleh manamana parti tersebut tetapi perlu membuat penilaian berdasarkan kepada pandangan kita sendiri. Dalam hal ini, individu perlu membuat penaakulan moral untuk berfikir dan mengambil keputusan secara rasional dan matang dengan mengambil kira kesan tindakan yang diambil. Kita tidak sepatutnya mengambil tindakan yang membuta tuli dan saling membenci antara satu sama lain. Jika demikian, sudah pasti keamanan negara akan tergugat. Justeru itu, kita perlu membuat keputusan yang tepat untuk mengekalkan keamanan dan perpaduan negara kita. Situasi 3 Amran dan Badrul merupakan dua orang sahabat karib. Pada suatu hari, Amran ternampak Badrul mencuri wang rakan sekelas mereka. Dalam situasi ini, Amran perlu mengamalkan nilai mutlak kerana tindakan mencuri merupakan tindakan salah dalam apa-apa keadaan sekalipun. Justeru itu, dia perlu mempunyai tingkah laku moral dengan bersikap jujur dan melaporkan kejadian itu kepada guru kelasnya. Selain itu, dia juga perlu berfikir secara rasional dan matang iaitu dia tidak seharusnya merahsiahkan hal itu semata-mata kerana Badrul merupakan rakan baiknya. Dia tetap perlu melaporkan perkara itu kerana tindakan itu adalah tindakan yang paling tepat. Seterusnya, perasaan bersalah dan berdosa mendorongnya untuk melakukan tindakan yang betul. Berdasarkan tiga situasi di atas, sudah terang lagi bersuluh bahawa untuk mengamalkan sesuatu nilai seseorang perlu mempunyai penaakulan, tingkah laku dan emosi moral. Kedua-dua aspek ini perlu saling melengkapi dan mempunyai interaksi yang akrab. Tiga dimensi moral ini akan memandu seseorang untuk membuat pertimbangan dan keputusan tentang nilai yang perlu diamalkan dalam setiap situasi.

KESIMPULAN Secara holistiknya, penaakulan, emosi dan tingkah laku moral dalam diri seseorang akan mendorong individu untuk sentiasa berada dalam keadaan yang berjaga-jaga supaya sesuatu yang dilakukan adalah mengikut kehendak normatif masyarakat di sekelilingnya. Oleh hal yang demikian, sebagai seorang bakal guru yang akan menjejakkan kaki ke alam persekolahan yang sebenar tidak lama lagi, kita perlu berusaha menjadikan diri kita sebagai seorang individu yang bermoral iaitu mempunyai emosi moral, penaakulan moral dan tingkah laku moral. Hal ini bagi memastikan kita dapat membuat pertimbangan dan keputusan dalam menyelesaikan sesuatu isu dengan matang. Sebagai guru, kita pasti bahawa kita akan menghadapi pelbagai cabaran dan situasi yang mencabar dan memerlukan kita untuk membuat keputusan yang bijak kerana guru perlu berhadapan dengan masyarakat setiap masa, membuat keputusan dalam pengurusan masa, pengurusan sumber dan sebagainya. Jika guru tersilap langkah, pasti buruk padahnya. Jangan sampai sudah terhantuk, baru nak terngadah. Tambahan lagi, kita peru menunjukkan tingkah laku yang baik kerana kita merupakan suri teladan bagi murid-murid di sekolah. Justeru itu, berusahalah untuk menjadikan diri kita sebagai insan yang bermoral demi melahirkan masyarakat, bangsa dan negara yang lebih baik.

RUJUKAN Abdul Rahman Md. Aroff (1999). Pendidikan moral teori etika dan amalan moral. Serdang: Penerbit UPM. Abdul Rahman Md Aroff. (1986). Makna moral. Jurnal Kementerian Pendidikan Malaysia (68) Abdul Rahman Md. Aroff, (1984). Matlamat pendidikan moral: suatu penilaian terhadap matlamat projek pendidikan moral di malaysia. Diambil daripada http://apjee.usm.my/JPP_06_1984/jilid%2006%20artikel%2006.pdf Abdul Rahman Md. Aroff & Chang Lee Hoon. (1994). Pendidikan moral. dinamika guru. Siri Pendidikan Longman. Petaling Jaya: Longman Malaysia Abdul Rahman Md. Aroff & Chang, L.H. (1994). Pendidikan moral. Petaling Jaya: Longman Malaysia Sdn.Bhd. Abdullah Zhidi bin Omar, Mahdi bin Shuid, Mazlan bin Aris, Fu’ad bin Sam & Roslina binti Suratnu, (2014).Pengantar pendidikan moral. Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd: Selangor Aziah Tajudin, Mohd. Fazli Tajuid, (2008). Kamus pelajar edisi kedua. Dewan Bahasa dan Pustaka: Kuala Lumpur Chang Lee Hoon (2002). Perkembangan domain moral dalam pengajaran dan pembelajaran sains sosial. Kertas yang dibentangkan di Seminar Kebangsaan Pengajaran dan Pembelajaran Sains Sosial, Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya pada 19 Januari 2002. Dian Ibung, (2009). Mengembangkan nilai moral pada anak. Pt. Elex Media Komputindo: Jakarta Eow, B.H. (2000) dalam Chia Yip Lan (2007). Bengkel inovasi pedagogi: alternative method of teaching moral values: concretization of moral values. Diambil daripada http://www.ipbl.edu.my/portal/penyelidikan/seminarpapers/2007/bengkel/chiabengkelipsf p.pdf Frankena, W.K. (1973). Ethics. Englewood Cliffs, New Jersey: Prentice Hall, Inc Hena Mukherjee, (1992). Strategi pengajaran pendidikan moral kbsm. Petaling Jaya: Fajar Bakti Sdn.Bhd. Junjun Suriasumantri. (1990). Filsafat ilmu: sebuah pengantar popular. Pustaka Sinar Harapan: Jakarta

Killen & Hart (1995) dalam Sanders, S. (2015). Unearthing the moral emotive compass: Exploring the Paths to (Un) Ethical Leadership. Diambil daripada https://scholar.google.com/scholar?hl=en&as_sdt=0%2C5&q=Unearthing+the+Moral+E motive+Compass%3A+Exploring+the+Paths+to+%28Un%29Ethical+Leadership&btnG= #d=gs_cit&p=&u=%2Fscholar%3Fq%3Dinfo%3A7u3HZq_4zWIJ%3Ascholar.google.co m%2F%26output%3Dcite%26scirp%3D0%26hl%3Den Mardzelah Makhsin, (2006). Sains pemikiran dan etika. PTS Profesional: Selangor Koo, K.P. & Tang, C.Y. (1990). Pendidikan moral. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn.Bhd. Nagel & Thomas (1970) dalam Mackinnon, P. (1995). Ethics: theory and contemporary issues. USA: Wadsworth Publishing Company Tam, Y.K. (1996) dalam Chia Yip Lan (2007). ). Bengkel inovasi pedagogi: alternative method of teaching moral values: concretization of moral values. Diambil daripada http://www.ipbl.edu.my/portal/penyelidikan/seminarpapers/2007/bengkel/chiabengkelipsf p.pdf Stoljar, D, (1992) dalam Edward N. Zalta (2014). Stanford encyclopedia of philosophy: moral responsibility. Diambil daripada https://plato.stanford.edu/entries/moral-responsibility/ Vishalache Balakrishnan, (2009). Pendidikan moral untuk universiti dan kolej. Arah Publication: Selangor. Wilson, J., Williams, N. & Sugarman, B. (1967). Introduction to moral education. Harmondsworth: Penguin Books.

Related Documents

Esaimen Moral.docx
November 2019 64
Esaimen Titas.docx
December 2019 28
Esaimen Titas.docx
April 2020 14
Esaimen Fonetik Sem1.docx
October 2019 28
Esaimen Full Amerika
August 2019 29

More Documents from "linah binti kiwoh"

Esaimen Moral.docx
November 2019 64
Intuisionis.docx
November 2019 13
Acara Lompat Kijang.pptx
November 2019 19