Esaimen Full Amerika

  • Uploaded by: linah binti kiwoh
  • 0
  • 0
  • August 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Esaimen Full Amerika as PDF for free.

More details

  • Words: 4,120
  • Pages: 14
AJ20703 SEJARAH AMERIKA SYARIKAT SEBELUM REVOLUSI AMERIKA NAMA PENSYARAH : PROF.MADYA DR.BILCHER BALA SOALAN 4 “The history of the colonial Massachusetts I even more closely connected with the history of contemporary England than is that of Colonial Virginia or New York. For it is only by a study of the religious and political condition in England than is becomes possible to understand what induced men and woman to leave comfortable homes in order to face life in an unexplored wilderness with an untried climate” [Phillips, 1916:5].

Berdasarkan pandangan Phillips (1916) tersebut, galurkan sejarah penubuhan dan perkembangan Koloni Massachusetts hingga tahun 1691.

1.0 PENGENALAN Amerika Syarikat terletak di tengah-tengah benua Amerika Utara, dibatasi oleh Kanada di sebelah Utara Mexico di sebelah Selatan. Negara Amerika Syarikat terbentang dari

1

samudera Atlantik di pesisir timur hingga Samudera Pasifik di sebelah barat, termasuk kepulauan Hawaii dilautan Pasifik iaitu negara bahagian Alaska di ujung utara benua Amerika1. Pada hakikatnya, penemuan benua Amerika tidaklah bermula dengan peristiwa kejayaan penjelajahan Christopher Columbus pada tahun 1492 Masihi. Penemuan sebenarnya telahpun bermula pada beberapa ribu tahun lebih awal bila manusia buat pertama kalinya telah migrasi dari benua Asia ke wilayah yang kini dikenali sebagai Alaska, iaitu salah sebuah negeri dalam Kesatuan Amerika Syarikat. Sejak pada itu telah beransur-ansur mewujudkan pendudukan manusia di benua Amerika Utara hingga Amerika Selatan. Tidak ada kata sepakat di kalangan sarjana tentang persoalan bila bermulanya proses migrasi tersebut. Mengikut cadangan awal menyebutkan bahawa migrasi manusia terawal melalui darat (berjalan kaki) dari Asia melintasi pelantar Bering ke Amerika Utara telah berlaku sekitar di antara 35 ribu dan 25 ribu tahun yang lalu. Para saintis percaya bahawa kedua-dua benua Asia dan benua Amerika dihubungkan pada bahagian timur-laut Siberia dengan bahagian utara Alaska melalui pelantar Bering pada suatu ketika dahulu, iaitu semasa zaman ais2.

Namun selepas zaman ais, pelantar Bering telah tenggelam atau dilimpah air dan membentuk Laut Bering ataupun disebut Selat Bering yang memisahkan Siberia dan Alaska seperti mana yang kita lihat pada hari ini. Selat Bering yang seluas hanya 56 batu memisahkan Kesatuan Soviet (Russia) dengan Amerika Utara.Sekitar pada tahun 2000 Sebelum Masihi, berlakulah proses migrasi kumpulan manusia dengan perahu. Penetap pertama wilayah yang kini menjadi Amerika Serikat berasal dari Asia sekitar 15.000 tahun yang lalu. Mereka menyeberangi jembatan darat Bering ke Alaska. Selanjutnya, penduduk asli Amerika bermukim di wilayah tersebut selama ribuan tahun sebelum kedatangan para kolonis Eropa. Pada tahun 1492, Christopher Columbus berhasil mencapai Amerika. Orang-orang Inggris lalu bermukim di Jamestown, Virginia pada tahun 1607. Permukiman ini dianggap sebagai permukiman pertama di Amerika Serikat3. Selanjutnya, Amerika Serikat terus didatangi oleh orang-orang Inggeris. Orang Perancis, Spanyol, dan Belanda juga bermukim di sebagian Amerika Serikat. Pada tahun 1770-an, tiga belas koloni Inggris meliputi dua setengah juta penduduk. Koloni-koloni ini tumbuh dan berkembang dengan pesat, serta mengembangkan sistem politik dan hukum sendiri. Meskipun demikian, perkembangan koloni-koloni Inggris

Blum John. M, The National Experience: A History of the United States, Harcourt Brace Jovanovich, 1985, hlm 91. 1 2 3

Ibid.

Robert A Devine, America Past and Present America: Addition Wesly Education Publisher inc, 1999, hlm 10. 2

berakhir tidak baik bagi penduduk asli Amerika, karena banyak dari mereka yang tewas akibat penyakit, dan mereka kehilangan negeri mereka.

Menjelang akhir kurun Ke-15, penduduk peribumi Amerika telah mengharungi revolusi pertanian seperti penduduk peribumi lain-lain di dunia. Masyarakat peribumi di wilayah yang dikenali sebagai Amerika Syarikat kini telah beransur-ansur mengalami perubahan dalam cara hidup sepert penemuan sumber baru untuk makanan, pakaian dan perlindungan. Semua perubahan amat bergantung kepada struktur adat dan ritual sosial mereka. Agama amat penting dalam sistem sosial masyarakat peribumi Indian.4 Mereka menyebah banyak tuhan atau dewa yang berhubung kait dengan aktiviti pertanian, memburu, memungut hasil hutan dan lain-lain elemen semulajadi. Semua suku etnik Indian meletakkan tanggungjawab menjadi anak-anak, menyediakkan hidangan makan, dan memungut makanan tertentu. Namun tanggungjawab yang lain adalah berbeza-beza antara suku-suku etnik.5 Ada kumpulan suku yang memberi tugas bertani kepada kaum lelaki sepenuhnya seperti suku Pueblos di kawasan barat-daya. Manakala suku-suku yang lain, seperti suku Algonquin, Iroquis dan Muskogean, akan meletakkan tugas bertani itu kepada kaum wanita sementara kaum lelaki memburu, berperang dan membersih kawasan bertani. Keadaan ini membolehkan kaum wanita untuk cenderung mengawal organisasi sosial dan ekonomi di petempatan dan memainkan peranan terpenting dalam institusi keluarga.

2.0 SEJARAH PENUBUHAN DAN PERKEMBANGAN KOLONIAL MASSACHUSETTS HINGGA TAHUN 1916. 2.1 Sejarah Penubuhan Koloni Massachusetts. Idea hidup baru yang baru. Itulah yang dilakukan oleh jemaah apabila mereka melintasi Atlantik pada tahun 1620. Pendaratan pertama di dekat hujung Cape Cod, dan kemudian melintasi teluk di tempat tanah besar yang kemudiannya mereka namakan sebagai Plymouth, para peneroka akhirnya mendapat kehidupan yang lebih baik di tempat tersebut. Idea baru timbul apabila mereka menetapkan peraturan untuk memerintah tempat mereka sendiriMayflower Compact (dokumen pentadbiran pertama bagi koloni Plymouth). Sejak itu, ideaidea Massachusetts telah memberi pengaruh yang besar terhadap kehidupan Amerika dalam

4 5

Poul Johnson, A History of The American People, Great Britian: Weidenfield & Nicolson, 1997, hlm 25.

Ibid.

3

kerajaan, pendidikan, perniagaan dan budaya. Ciri-ciri yang paling terkenal di Bay State adalah Cape Cod, iaitu lencongan seperti lengan di sekitar teluk besarnya. Ini dan banyak landskap yang dibentuk oleh glasier besar yang ditolak ke bahagian selatan lebih 10,000 tahun lalu. Lembah Sungai Connecticut dibuang dan kemudian diisi dengan tanah yang subur.6 Tanah nipis di mana-mana had pertanian. Lembaran ais menimbun jurang berpasir, yang kekal hari ini sebagai Cape Cod dan pulau-pulau yang terkenal seperti Nantucket dan Martha's Vineyard. Barat dari dataran pesisiran pantai berpunca gunung, termasuk Bershires. Rumah jemaah (pilgrims) baru ini dikenali sebagai Massachusetts, selepas salah satu kumpulan masyarakat berbahasa Algonquian yang tinggal di sana. Pendatang lain menetap berdekatan di Naumkeag (Salem) dan Shawmut (Boston), yang menjadi sebahagian daripada Massachusetts Bay Colony. Di sini, kebebasan politik dan kerajaan perwakilan telah dimulakan, walaupun semua orang masih harus menjadi Puritan. Konflik mempunyai peranan dalam sejarah kolonial di sini juga. Hubungan antara peneroka dan orang asli mula bersahabat tetapi bertambah buruk dari masa ke masa. Raja Philip, ketua rakyat Wampanoag, mengisytiharkan perang terhadap penjajah pada tahun 1675. Ratusan mati di kedua belah pihak sehingga yang mana akhirnya pihak penjajah menang.7

Bahagian utara wilayah Amerika Utara agak lambat menarik penduduk berbanding bahagian selatannya. Ini adalah kerana Syarikat Plymouth tidak berjaya membina koloninya setelah dianugerahkan piagam oleh putera James I pada tahun 1606. Sebaliknya syarikat tersebut telah menaja satu kumpulan lain untuk menjelajah ke bahagian utara benua Amerika sebagaimana menurut peruntukkan piagam tersebut. Kapten John Smith yang telahpun berjaya memulihkan keadaan buruk di Jamestown telah belayar ke arah utara dan mendapati wujud sebuah koloni di Plymouth. Dalam catatan pengalaman pelayarannya, beliau telah menamakan tempat tersebut sebagai New England8. Pergolakan politik di England pada tahun 1620 telah melahirkan dorongan yang kuat dalam proses kolonialisasi di kalangan kumpulan aliran Puritan yang lain. Putera James I telah menimbulkan keadaan huru hara berikutan usahanya menuntut divine right golongan istana England ke atas rakyat, terutamanya golongan Puritan. Keadaan di England bertambah buruk apabila baginda diganti oleh anaknya, Charles I pada tahun 1625. Raja Charles I dikatakan bersikap lebih autokratik berbanding

Priyanka Sherman And Amy Briggs, et.al, United States Encyclopedia : America’s People, Places And Events, Washington D.C USA : National Geography Society, 2015, hlm 58. 6 7 8

Ibid.

Edward J. Davies II, The United States in World History, New York: Tylor & Francis inc, 2006, hlm 47. 4

dengan ayahnya9. Raja baru ini telah berusaha untuk mengembalikan kepercayaan Roman Katholik di England dan membenteras semua aliran kepercayaan yang lain. Para penganut Puritan menjadi sasaran utama polisi baginda. Ramai yang telah ditangkap dan dipenjarakan. Malah baginda telah membubarkan Parlimen pada tahun 1629 bagi memastikan tidak wujud golongan rakyat yang menentang politiknya.

Dalam suasana huru-hara ini, sekumpulan saudagar Puritan mula menyusun satu syarikat perdagangan persendirian dengan matlamat untuk mencari peluang perdagangan di benua Amerika Utara. Mereka mendapat satu geran tanah di New England, khususnya meliputi Massachussetts dan New Hampshire pada hari ini. Dengan menyembunyikan indentiti aliran kepercayaan sebenar, mereka telah berjaya mendapatkan piagam daripada raja Charles I yang membenarkan mereka menubuhkan syarikat Massachusetts Bay Company dengan matlamat untuk membina satu koloni di benua Amerika Utara10. Pada tahun 1629, mereka sudah bersedia untuk menghantar satu kumpulan besar koloni ke New England.

Akan tetapi, sebahagian ahli syarikat Massachusetts Bay Company (MBC) berpendapat bahawa syarikat ini sebenarnya mempunyai tujuan lain yang lebih penting daripada tujuan asal, iaitu untuk menerokai perniagaan. Mereka telah menawar diri sendiri menjadi migran dan cuba menjadikan New England sebagai tempat pemindahan penganutpenganut Puritan. Setalah membeli semua saham ahli-ahli syarikat yang memilih untuk menetap di England, para pemilik baru syarikat telah memilih seorang gabenor, JohnWinthrop yang memimpin expedisi mereka ke New England11. Expedisi telah dilancarkan pada tahun 1630 dengan 17 buah kapal bersama 1,000 orang penghijrah yang kebanyakannya terdiri daripada kumpulan keluarga. Ia merupakan expedisi penghijrah yang paling besar jumlahnya yang pernah dibuat dalam satu masa pada sepanjang abad ke-17. Winthrop membawa bersamanya sebuah piagam yang membenarkan hak bidang kuasa penuh kepada syarikat MBC tanpa hubung kaitan dengan pihak kerajaan di England.

9

Ibid, hlm 49.

10 11

John A. Gratty, The America Nation: A History of the United States, Columbia University, 1998, hlm 20. Edwin D. Mead, The Meaning of Massachusetts, The New England Quartterly: Inc, 1930 hlm 25. 5

Sejak ketibaan mereka, para koloni di Massachusetts, New England telah membina beberapa petempatan baru12. Pelabuhan Boston yang terletak di muara Sungai Charles telah menjadi bandar penting, tetapi dalam tempoh beberapa dekad seterusnya di sebelah bahagian timur Massachusetts telah muncul beberapa buah bandar lain seperti, Charlestown, Newtown, Roxbury, Dorchester, Watertown, Ipswich, Concord, Sudbury dan sebagainya. Justeru itu, syarikat MBC telah bertukar menjadi kerajaan kolonial Massachusetts. Selama tiga tahun sejak kedatangan mereka di situ, Winthrop dan rakan-rakan dalam syarikat telah mendominasi politik di teluk Massachusetts. Namun pada tahun 1634 dan tiap-tiap tahun seterusnya, mereka terpaksa menerima hakikat kewujudan sistem pilihanraya di koloni Massachusetts. Kumpulan penghijrah Puritan di Massachusetts tidak mempunyai tujuan mengasingkan diri dari gereja induk di England. Di bandar-bandar lain, kumpulan-kumpulan gereja tidak terikat dengan asas dogma gereja Anglikan, baik dari segi hirarki mahupun ritualnya. Sebaliknya mereka lebih bersifat complete liberty to stand alone. Setiap gereja telah memilih pemimpin dan menubuhkan prinsip-prinsip agama mereka sendiri tanpa perkaitan dengan Anglikan, yakni gereja England13. Kesannya, telah mewujudkan institusi Congregational church, iaitu institusi gereja yang dikawal oleh jemaahnya sendiri. Kumpulan Puritan di Massachusetts dikatakan tidak zalim atau berduka (joyless), sebaliknya tegas dan taat (pious) dalam amalan kegerejaan mereka.

Mereka berusaha keras untuk mencapai kehidupan yang sempurna dan mempunyai pandangan bahawa pencapaian kejayaan dari segi material merupakan bukti kebaikan tuhan. Winthrop dan rakan-rakan pengasas koloni Massachusetts memiliki kepercayaan bahawa mereka telah menemui sebuah holy commonwealth iaitu satu model "city upon a hill" untuk dilihat dan ditauladani oleh dunia lain yang dipandang sebagai kurop14. Pada akhirnya, kesan daripada kerjasama yang rapat antara golongan pemerintah dengan golongan pemimpin gereja maka kebebasan beragama di Massachusetts telah lenyap, atau tidak seperti kebebasan yang dinikmati oleh pengikut Puritan di England.

12 13

Ibid, hlm 30. Ibid, hlm 32.

Steven M. Gillion & Cathy D. Matson, The America Experiment (A History of United States), USA: Houghton Mifflin Company, 2002, hlm 18. 14

6

2.2 Sejarah Perkembangan Koloni Massachusetts. Orang kulit putih yang pertama membina petempatan di New England pada amnya telah berjaya mewujudkan hubungan yang baik dengan penduduk peribumi Indian, malah mempelajari banyak hal daripada mereka. Peribumi Indian telah mengajar koloni kulit putih untuk bercucuk tanam seperti jagung, kacang, labu dan ubi kentang. Mereka juga mengajar teknik pertanian huma seperti pembakaran tapak pertanian sekali setahun untuk menambah kesuburannya dan menanam kacang untuk melindungi tanah yang subur daripada elemen hakisan. Peladang-peladang kulit putih juga mendapat manfaat daripada tanah-tanah yang telah dibersih dan ditinggalkan ataupun dijual oleh peribumi Indian15. Para saudagar kulit putih juga telah menggunakan orang Indian menjadi rakan kongsi dalam aktiviti perniagaan mereka, terutamanya perniagaan bulu binatang di wilayah Amerika Utara. Sebenarnya, perdagangan dengan orang Indian merupakan perintis kepada pengembaraan kaum kulit putih di kawasan-kawasan Amerika Utara yang lain. Manakala terdapat juga kaum kulit putih yang cuba memberi pendidikan agama dan budaya baru kepada kaum peribumi Indian.

Mubaligh-mubaligh aliran Protestan telah berjaya mengkristiankan ramai peribumi, dan segelintir yang telah diasimilasikan dalam masyarakat kaum kulit putih. Namun begitu, di beberapa tempat lain di New England telah wujud keadaan huru-hara akibat permusuhan antara kaum kulit putih dan peribumi Indian. Punca permusuhan adalah disebabkan pencerobohan kaum kulit putih ke atas tanah dan wilayah petempatan peribumi Indian16. Ciri khusus yang menimbulkan beberapa konflik yang dahsyat berlaku adalah terletak pada sikap pengikut Puritan itu sendiri terhadap peribumi Indian. Misalnya, pemimpin agama di New England telah menyifatkan kaum peribumi sebagai ancaman terhadap cita-cita koloni untuk menubuhkan sebuah komuniti yang suci di dunia baru mereka, terutamanya kemunculan Roger William yang mengikat hubungan baik dengan peribumi. Justeru itu, imej orang Indian yang dilihat sebagai "helpful neighbors" telah ditukar menjadi "heathens" dan "barbarian".

Petempatan orang Inggeris di Massachusetts tidak mengambil masa yang lama untuk berkembang luas dari teluk Massachusetts ke lain-lain bahagian di New England dan lebih

15 16

Edwin D. Mead, Op.Cit, hlm 42. Ibid. 7

jauh lagi. Sebahagian daripada penduduknya telah pindah kerana mencari mencari tanah yang subur berbanding tanah berbatu-batan di sekitar bandar Boston. Manakala yang lainnya turut berpindah keluar dari Massachusetts disebabkan dominasi golongan gereja dalam pemerintahan. Terutamanya toleransi terhadap penduduk yang tidak mengamal ajaran Puritan adalah terhad, dan ini menyebabkan tiada pilihan lain melainkan mereka terpaksa berpindah ke tempat lain. Sejak awal tahun 1630an lagi, lembah Sungai Connecticut yang terletak lebih kurang 100 batu dari Boston mula menarik perpindahan kumpulan keluarga koloni Inggeris tanpa memperdulikan ancaman peribumi Indian dan tuntutan pihak kuasa penjajah Belanda ke atas kawasan tersebut17. Para penghijrah bukan sahaja tertarik dengan kesuburan tanah yang terdapat di lembah Connecticut, malah berkesempatan untuk menjauhkan diri daripada tekanan corak keagamaan yang terdapat di teluk Massachusetts.

Pada tahun 1635, Thomas Hooker, seorang paderi di bandar Newton (kini Cambridge) telah mengkritik dasar pemerintahan Massachusetts. Ekoran daripada pada itu, beliau memimpin kumpulan pengikut gerejanya untuk berpindah ke arah barat dan membina sebuah bandar baru yang diberi nama Hartford 18 . Empat tahun berikutnya, penduduk Hartford berserta penduduk di dua buah bandar berdekatan telah menubuhkan sebuah kerajaan kolonial sendiri dan menubuhkan satu perlembagaan yang dikenali sebagai Fundamental Orders of Connecticut. Perlembagaan ini telah membentuk sebuah kerajaan Connecticut yang lebih mirip dengan bentuk kerajaan di teluk Massachusetts. Tetapi kerajaan Connecticut memberi hak mengundi yang luas dan jawatan kepada kaum lelaki. Kaum wanita tidak dibenarkan mengundi. Sementara itu, bandar New Haven, sebuah koloni baru telah muncul di kawasan pantai Connecticut. Tidak seperti Hartford, New Haven merupakan satu gambaran atau refleksi keadaan muram yang wujud di Boston, iaitu penguasaan pihak gereja. Perlembagaan, Fundamental Articals of New Haven yang ditubuhkan pada tahun 1639 adalah ditulis berdasarkan dogma ajaran kitab Bible malahan dikatakan mengandungi peraturan yang lebih keras lagi berbanding dengan perlembagaan di teluk Massachusetts19. New Haven kekal independent hingga tahun 1662 apabila satu piagam diraja dianugerahkan kepada Hartford yang memberi hak kuasa pemerintahan ke atas penduduk New Haven.

17 18 19

Mary Schuyler Phillips, Colonial Massachusetts, Ohio: Colonial Dames of America, 1916, hlm 24-30 Ibid.

Ibid.

8

Petempatan orang Eropah di wilayah yang kini dikenali sebagai Rhode Island adalah kesan daripada penentangan terhadap politik dan diskriminasi agama di bawah pimpinan Roger William iaitu seorang paderi muda yang tinggal di Salem, Massachusetts suatu ketika dahulu. William merupakan salah seorang ahli Separatist telah menegur pihak gereja di Massachusetts untuk memutuskan hubungan langsung dengan gereja induk di England. Beliau juga mempunyai hubungan yang mesra dengan penduduk peribumi Indian, dan berpandangan bahawa tanah diduduki oleh kaum kulit putih merupakan kepunyaan penduduk peribumi Indian dan bukan kepunyaan raja England mahupun syarikat Massachusetts Bay Company 20 . Pihak pemerintah kolonial Massachusetts yang beranggapan William menjadi seorang yang merbahaya kepada koloni telah membuat pengundian untuk mengusir beliau. Namun beliau telah terlebih dahulu melarikan diri sebelum tindakan diambil terhadapnya.

Semasa berlaku musim sejuk pada tahun 1635-1636, beliau telah melarikan diri bersama pengikutnya dengan bantuan peribumi Naragansett, dan telah membeli beberapa ekar tanah daripada penduduk peribumi tersebut. Di atas tanah tersebut mereka membina sebuah bandar baru yang diberi nama sebagai Providence. William beranggap dirinya sebagai pemilik daerah tersebut dan memberi kebebasan penuh kepada semua pengikutnya untuk mengamalkan kepercayaan masing-masing. Pada tahun 1644, selepas mendapat sebuah piagam daripada parlimen England, beliau menubuhkan sebuah kerajaan untuk Providence dan kawasan sekitarnya. Corak kerajaan yang ditubuhkan adalah mirip dengan kerajaan di Massachusetts tetapi ia tidak menyekat undi ahli-ahli gereja dan mengenakan cukai untuk kepentingan gereja. Buat seketika, Rhode Island merupakan satu-satunya koloni yang membenarkan semua jenis aliran agama Kristian termasuk Judaisme mengamalkan kepercayaan mereka dengan bebas.

Salah satu cabaran kepada perlaksaan peraturan agama di teluk Massachusetts adalah datang daripada Anne Hutchinson, seorang wanita yang bijaksana dan berkarisma dari sebuah keluarga di pinggir Boston. Hutchinson berpendapat bahawa setiap penganut agama boleh berkomunikasi dengan tuhan secara langsung sebagaimana yang telah beliau sendiri pernah lalukan dan boleh mendapat jaminan grace (kurnia) dan salvation (keselamatan) dari tuhan. Ajaran sedemikian telah dianggap sebagai bidaah Antinomian yang menjadi ancaman serius terhadap sistem kepercayaan gereja rasmi di Massachusetts ketika itu. Kepercayaan anjuran 20

Mary Op.cit, hlm 32 9

Hutchinson ini mengakui bahawa kemampuan individu sendiri boleh mendapat revelation (wahyu) dari tuhan secara langsung dan ini memberi implikasi bahawa para golongan pemimpin gereja tidak diperlukan oleh seorang dalam cabaran mencari peluang keselamatan (salvation) dirinya. Hutchinson juga menentang diskriminasi terhadap peranan kaum wanita dalam masyarakat Puritan. Beliau bukanlah seorang isteri dan ibu yang bersara dan dihormati, tetapi seorang tokoh agama yang berpengaruh dengan cara tersendiri. Ketika pengaruh Hutchinson mula meningkat maka beliau pun mula menyampaikan khotbah terbuka untuk mengkritik ahli-ahli gereja Massachusetts. Kesannya, pihak pemimpin gereja di Massachusetts mula bertindak untuk menghalang beliau. Pada tahun 1638, beliau telah disabit kesalahan menyebar bidaah dan menghasut, dan beliau dihukum buang daerah. Bersama keluarga dan pengikutnya, beliau telah berpindah di satu tempat di teluk Narragansett yang tidak jauh dari Providence. Kemudian beliau membawa keluarganya berpindah ke New York di mana mereka telah terkorban dalam satu pemberontakan penduduk peribumi pada tahun 1643.21

Pengalaman Hutchinson telah memberi impak penting kepada petempatan di kawasan utara teluk Massachusetts. New Hampshire dan Maine telah ditubuhkan pada tahun 1629 oleh dua orang tuan tanah berbangsa Inggeris22. Penduduk mula berhijrah ke kawasan utara ini sejak bermulanya usaha promosi yang hebat hingga pada berlakunya huru-hara agama di teluk Massachusetts. Pada tahun 1639, John Wheelwright seorang pengikut Anne Hutchinson telah memimpin sekumpulan rakan penganut yang lain berpindah ke Exeter, New Hampshire. Kemudian jejak mereka telah diikut oleh kumpulan-kumpulan lain, termasuklah kumpulan Puritan yang berfahaman ortodoks 23 . Dalam pada itu, pihak Syarikat Massachusetts Bay Company telah cuba untuk memperluaskan pengaruhnya ke atas seluruh wilayah di utara, tetapi sebahagiannya sahaja yang berjaya dikuasai. New Hampshire telah menjadi koloni tersendiri pada tahun 1679, tetapi Maine kekal sebagai sebahagian daripada Massachusetts sehingga tahun 1820.

Whalers belayar dari New Bedford dan Nantucket selama beberapa dekad sehingga sekitar tahun 1900. Negeri ini telah menyumbang hampir 150,000 lelaki dan banyak kapal ke usaha Kesatuan dalam Perang Saudara. Perindustrian semakin meningkat untuk sepanjang abad ini. Menjelang 1900, negeri-negeri menghasilkan separuh kasut yang dibuat di Amerika, 21 22 23

Ibid.

file:///C:/Users/User/Downloads/367537772-Sejarah-Amerika-Syarikat.pdf, diakses pada 23 November 2018. Mary, Op.cit, hlm 35. 10

serta bulu-bulu dan pakaian lain. Kemudiannya, abad ke-20 membawa kesulitan dengan persengketaan buruh dan pekerjaan meninggalkan negara. Perang Dunia II mencetuskan pembinaan kapal dan perniagaan perang lainnya, tetapi pada tahun 1960, pergeseran dari industri lama hingga penyelidikan berteknologi tinggi dan produk sedang berjalan. Seribu daripada pekerjaan baru baru-baru ini telah diwujudkan. Walaupun terdapat banyak positif, lebih daripada 6.5 juta rakyat Massachusetts menghadapi cabaran juga. Boston tercekik dengan keadaan kehidupan bandar moden. Terdapat kekurangan perumahan yang mampu dimiliki dan lebihan lalu lintas. Walau apa pun masalahnya, nampaknya Massachusetts akan mencari-dan mungkin mencari idea-idea baru untuk menyelesaikannya.24

Nampaknya tiada wang kertas diberikan oleh sokongan undang-undang yang lemah sebelum 1690 mata wang Massachusetts. Idea-idea ini tersebar dari Massachusets ke koloni Amerika yang lain pada abad berikutnya dan selepas Revolusi Amerika, ia merebak ke seluruh dunia. Ahli sejarah ekonomi telah menyatakan kekurangan penukaran pada tahun 1690 mata wang itu kepada kekurangan spesies semasa kecemasan perang. Ini seolah-olah menjadi hipotesis yang munasabah kerana kejadian-kejadian serupa berlaku begitu banyak kali kemudian. 25 Ahli sejarah ekonomi juga menggambarkan wang ini sebagai pembangunan semulajadi yang jelas dari wang kertas yang mana boleh ditukar di Amerika. Walau bagaimanapun, terdapat kesilapan bagi perkara ini yang mana kerajaan sebelum ini yang mengeluarkan wang kertas kecemasan ini untuk membayar tentera dan juga telah memaksa penjual untuk menerimanya. Puritans adalah legenda untuk peraturan yang berlebihan dan mereka sangat ketat semasa perang. Semasa perang itu, kerajaan mereka membunuh akhbar pertama Amerika. Selepas satu isu, perdagangan marin yang terhad, mencari dan mengagumkan barangan, dan surat peribadi yang terbuka. Namun, ia memberikan penjual kebebasan untuk menolak wang tersebut, kebebasan yang tidak wujud di beberapa negara sehingga hari ini. Malah pemiutang tidak terpaksa menerima wang itu, seperti yang berlaku dengan wang Massachusetts yang lebih awal. Selain itu, amalan piawaian sokongan tanah juga diketepikan. Secara berkesan, wang tersebut disokong hanya dengan penerimaan pembayaran cukai.26

Priyanka Sherman And Amy Briggs, et.al, Op.Cit, hlm 58. Dror Goldberg, The Massachusetts Paper Money Of 1690 : The Journal Of Economic History Vol 69 (4), (10921106 Pages), Cambridge University Press Of Behalf Of The Economic History Association, 2009, hlm 1092. 24 25

26

Ibid, hlm 1093.

11

Massachusetts kehilangan kedua-dua piagamnya dan pewarna mereka pada 1684 dan menjadi sebahagian daripada Dominion kerajaan New England. Skim bank tanah dilancarkan pada tahun 1686 tetapi dibatalkan pada tahun 1688. Berikutan Revolusi Glorious, penjajah telah menggulingkan pemerintah pada tahun 1689, menubuhkan kerajaan sementara, memerangi Kanada, dan melobi untuk pemulihan piagam. Pada bulan Oktober 1690, Massachusetts gagal menduduki Quebec dan tenteranya telah kembali untuk menuntut bayaran. Mereka menerima debentur yang menyatakan hutang koloni kepada mereka. Harapan kerajaan untuk mendapatkan rompakan, penerimaan cukai, atau pinjaman tidak siasia. Pembayaran dalam ekspedisi terdahulu telah ditangguhkan dan kerajaan berada di bawah ancaman yang benar, pemberontakan dan pembelotan. Membenarkan tentera untuk membayar cukai dengan debentur tidak mencukupi. Pada 24 Disember 1690, suatu perintah memberi kuasa jawatankuasa untuk membayar $7000 dalam "bil" kepada tentera "yang berhasrat" untuk dibayar. Apa-apa bayaran ke tanah jajahan (misalnya, cukai) boleh dilepaskan dengan bil-bil. Bil boleh ditebus untuk spesies atau barangan "sebagaimana Perbendaharaan hendaklah didayakan"27

3.0 KESIMPULAN Secara kesimpulannya, seperti pengalaman yang dialami oleh petempatanpetempatan baru yang lain di benua Amerika Utara, koloni di Teluk Massachusetts juga mengharungi cabaran yang sukar pada peringkat awalnya. Semasa musim dingin yang pertama pada tahun 1629-1630, hampir 200 orang telah meninggal dunia dan ramai yang lain telah berpindah ke tempat lain. Tetapi koloni di sini telah membangun pesat menjadi makmur berbanding dengan koloni di Jamestown. Golongan Pilgrims dan penduduk peribumi Indian yang berdekatan telah membantu mereka dari segi makanan dan nasihat. Kumpulan migran yang datang kemudian telah membawa banyak peralatan dan lain-lain keperluan. Dominasi kumpulan berkeluarga dalam koloni Massachusetts berbeza dengan koloni Jamestown yang memberi jaminan wujudnya perasaan komitmen terhadap komuniti dan kesedaran tata tertib di kalangan koloni, dan juga jaminan populasi akan terus bertambah. Plymouth dan Massachusetts Bay digabungkan pada tahun 1691. Kemudian penjajah membantu British memenangi Perang Perancis dan India, yang berakhir pada tahun 1763. Perkapalan menjadi perniagaan yang besar, termasuk perdagangan hamba. Kolonis naik dan turun di pesisir Atlantik menjadi kecewa kerana mengawal perdagangan dan hak-hak lain oleh 27

Ibid, hlm 1094. 12

Faraway England. Pada April 1775, tentera British dan Kolonis berperang dengan pembukaan Revolusi Amerika di Lexington dan Concord. Pemimpin Greart seperti patriot awal John dan Samuel Adams membuat impak yang berpanjangan kepada negara baru. Massachusetts menjadi negara keenam pada tahun 1788, dengan Boston sebagai ibu kota. Kesulitan yang disebabkan oleh undang-undang menghentikan perdagangan dengan negara-negara Eropah dan kemudian apabila Perang 1812 membawa perubahan yang besar untuk negeri-negeri. Kilang tekstil tumbuh di kawasan di sepanjang sungai, bermula dengan Lowell pada tahun 1814. Pengiriman berkembang di pelabuhan seperti Boston dan Salem.28

RUJUKAN Blum John. M. 1985. The National Experience: A History of the United States. Harcourt Brace Jovanovich. Edward J. Davies II. 2006. The United States in World History. New York: Tylor & Francis inc.

28

Priyanka Sherman And Amy Briggs, et.al, Op.Cit, hlm 58. 13

Edwin D. Mead. 1930. The Meaning of Massachusetts. The New England Quarterly: inc 3(1). John A Garraty. 1998. The America Nation: A history of The United States. Columbia University. Mary Schuyler Phillips. 1916. Colonial Massachusetts. Ohio: Colonial Dames of America. Poul Johnson. 1997. A History of The America People. Great Britian: Weidenfield & Nicolson. Robert A Devine. 1999. America Past and Present America. Addition Wesley Education Publisher Inc. Steven M. Gillion & Cathy D. Matson. 2002. The America Experiment (A History of United

States). USA: Houghton Mifflin Company. file:///C:/Users/User/Downloads/367537772-Sejarah-Amerika-Syarikat.pdf, diakses pada 23 November 2018. Dror Goldberg. 2009. The Massachusetts Paper Money Of 1690 : The Journal Of Economic

History Vol 69 (4), (1092-1106 Pages), Cambridge University Press Of Behalf Of The Economic History Association. Priyanka Sherman And Amy Briggs, et.al. 2015. United States Encyclopedia : America’s

People, Places And Events. Washington D.C USA : National Geography Society.

14

Related Documents

Esaimen Full Amerika
August 2019 29
Amerika
August 2019 46
Esaimen Moral.docx
November 2019 64
Esaimen Titas.docx
December 2019 28
Esaimen Titas.docx
April 2020 14
Esaimen Fonetik Sem1.docx
October 2019 28

More Documents from "mimi 10"

Esaimen Full Amerika
August 2019 29
Pak 21.pptx
November 2019 8
May 2020 4
Articles.docx
November 2019 22