1.0
Pengenalan
Setiap ketamadunan yang muncul pasti mempunyai keistimewaan dan ciri-ciri dan identiti mereka yang tersendiri. Ini merupakan perlambangan atau simbolik yang mewakili tamadun yang telah mereka bina demi kelangsungan tamadun mereka baik dari segi politik, ekonomi mahupun sosial dan beberapa aspek yang lain.Asimilasi terhadap pelbagai tamadun yang berlaku banyak dipengaruhi oleh faktor sejarah pada masa lampau yang telah mewujudkan interaksi tamadun yang pelbagai yang kita dapat rasai pada masa kini. Kesinambungan dari kelangsungan sesebuah tamadun itu sebenamya hasil sikap keterbukaan dalam menerima sebarang perubahan dan pengaruh tamadun lain. Sejarah telah menunjukkan bahawa interaksi tamadun boleh memberi kesan dalam dua cara, interaksi positif dan negatif. Interaksi yang positif menyumbang kepada kedamaian dan kemajuan tamadun seperti mana yang kita dapat lihat pertembungan Tamadun Islam dengan Tamadun Barat yang telah membantu masyarakat Eropah ketika itu keluar dari Zaman Gelap dan mencetuskan Zaman Renaissance. Kesan daripada interaksi yang negatif, kita dapat lihat pada masa lalu berlakunya banyak peperangan berdarah yang meragut jutaan nyawa yang tidak berdosa, contohnya Konflik Balkan di Bosnia dan pembantaian terhadap bangsa Yahudi dalam peristiwa Holocaust di Jerman.
2.0
Interaksi Tamadun Melayu, Cina dan India di Malaysia
2.1
Sosiobudaya Tamadun Malaysia
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, sosiobudaya ialah hubungan masyarakat
dengan
budayanya
seperti
cara
hidup,
adat
istiadat
dan
sebagainya.Antara adat resam yang masih diamalkan oleh masyarakat Melayu ialah melenggang perut bagi wanita yang mengandungkan anak sulung. Ia bertujuan untuk mengelakkan kecelakaan terhadap wanita hamil dan bayi yang akan dilahirkannya. Walaubagaimanapun, adat ini dipercayai mengandungi unsur-unsur Hindu. Upacara yang sama turut dilakukan atas tujuan yang sama dalam agama Hindu yang digelar Valaikaapu. Setelah kedatangan Islam ke Alam Melayu, amalan ini ditentang kerana berunsurkan khurafat, namun amalan ini masih boleh diteruskan dengan syarat untuk berubat atau mengurut. Dalam adat perkahwinan masyarakat Melayu, kita dapat lihat adat bersanding dan berinai bagi pengantin yang juga diambil dari tamadun India. Asimilasi yang berlaku antara tamadun Melayu dengan tamadun India dan juga Islam menjadikan masyarakat Melayu yang ada pada masa kini. Asimilasi tamadun cina ke dalam tamadun Melayu, telah melahirkan komuniti cina peranakan di bandar seperti di Melaka, Kelantan dan juga Penang. Proses pembudayaan melayu telah berlaku kepada bangsa cina yang berkahwin dengan orang tempatan pada zaman Kesultanan Melayu Melaka awal kurun 17 dan membentuk komuniti tersendiri, iaitu Baba Nyonya. Kelompok ini berasal daripada keturunan para pengiring Puteri Hang Li Po yang dihantar oleh Maharaja China untuk dikahwinkan dengan Sultan Mansur Shah. Bahasa Melayu yang dituturkan mempunyai banyak perkataan Hokkien. Begitu juga dengan cara masakan mereka yang dipengaruhi gaya masakana orang Melayu dan sudah menjadi kebiasaan mereka makan dengan menggunakan tangan kanan. Dari segi kebudayaan dan pakaian, mereka dilihat menggabungkan pakaian tradisional Melayu dan Cina dengan memakai baju kebaya bercorakkan kebudayaan cina dan kain sarung batik dari masyarakat Melayu.
Dalam interaksi ini, nilai yang sama dapat dilihat dalam semua tamadun yang ada di Malaysia, iaitu nilai keterbukaan yang diamalkan oleh setiap tamadun apabila berlaku interaksi antara tamadun masing-masing.Prinsip bertolak ansur yang diamalkan dalam menceduk idea dari tamadun lain telah melahirkan variasi bermakna dalam ketamadunan dunia.
2.2
Ekonomi Tamadun Malaysia
Dalam urusan jual beli, Islam mengambil kira soal halal haram serta melarang riba (faedah), penipuan dalam timbangan dan tipu helah lain yang mana ianya diceritakan berulang kali dan terperinci di dalam Al-Quran. Masyarakat Melayu menerima Islam secara keseluruhannya sebagai satu cara hidup yang menepati fitrah dan kehendak manusia. Masyarakat Cina yang sinonim dengan ajaran Buddha mempunyai konsep hak-hak kehidupan yang terdapat dalam Jalan Lapan Lapis Mulia (eight fold path). Aspek moraliti yang ditekankan dalam ajaran Buddha digelar sebagai Sila yang meliputi lapan jalan tersebut iaitu pertuturan yang betul,perbuatan yang betul dan pekerjaan yang betul. Apa yang dapat disimpulkan melalui ajaran tersebut, kita harus menjaga hak manusia lain dengan sifat-sifat yang mulia ketika menjalankan kegiatan ekonomi. Konsep Dao Li (jalan tatasusila)dalam ajaran Konfucius menekankan peraturan akhlak dan kehidupan berasaskan tiga perhubungan iaitu hubungan manusia dengan Tuhan, sesama manusia dan perhubungan politik. Dalam tamadun India, ajaran Hindu menekankan konsep Dharma iaitu jalan kehidupan yang berlandaskan kebenaran dan juga konsep Karma yang membawa maksud apa yang dialami manusia merupakan hasil perbuatan mereka pada masa dahulu atau sekarang. Sekiranya dilihat secara menyeluruh, setiap tamadun dengan pengaruh agama masing-masing mempunyai persamaan dalam usaha menjaga dan mempertahankan hak-hak dan keadilan ketika menjalankan ekonomi. Tanpanya, kehidupan manusia akan menjadi huru-hara dan mementingkan diri.
2.3
Pendidikan Tamadun Malaysia
Matlamat utama pendidikan dalam setiap tamadun adalah untuk melahirkan peribadi unggul dalam diri seseorang. Kesinambungan tamadun bergantung kepada pemimpin dan masyarakat yang hebat dan bijaksana dalam menjaga ketamadunan yang telah dibina. Sejarah telah membuktikan jatuhnya sesuatu tamadun itu adalah berpunca dari pemimpin yang lemah. Masyarakat Melayu berpandukan kepada pendidikan yang dibawa oleh syariat Islam dalam membentuk peribadi manusia. Perutusan Nabi Muhammad sebagai nabi akhir zaman adalah untuk menjadi teladan terbaik buat umat manusia. Tuntutan menuntut ilmu di dalam Surah Al-Alaq wahyu pertama baginda telah menggalakkan umat Islam mencari ilmu keduniaan dan akhirat, ilmu fardu kifayah dan juga ilmu fardu ain. Ajaran Konfucius turut menekankan keperibadian yang mulia. Konsep Zhong Yong yang bermaksud kesederhanaan di mana manusia perlu hidup bersederhana dan mengelakkan kekerasan sebagai jalan penyelesaian. Pendidikan dalam masyarakat Cina menekankan pelajaran dan mengekalkan kebudayaan serta identiti bangsa Cina. Ajaran Hindu dalam tamadun India menitik beratkan transformasi sifat yang perlu dicapai melalui proses mencari diri sendiri untuk mencapai tahap keunggulan kendiri. Begitu juga dalam ajaran Buddha. Bhagawan Sri Sathya Sai Baba (2000:5) menyatakan penyataan yang menarik, “Tujuan pengetahuan adalah kearifan, tujuan peradaban adalah kesempurnaan, tujuan kebijaksanaan adalah kebebasan dan tujuan pendidikan adalah karakter yang baik”.
3.0
Penutup
Secara keseluruhannya, dapatlah disimpulkan bahawa interaksi tamadun yang berselisih telah berlaku sejak dari dulu lagi telah wujudkan sedikit sebanyak persamaan dan perbezaan yang positif dan memberi makna yang mendalam dalam pembentukan tamadun Malaysia yang ada pada hari ini.Kenikmatan dan keharmonian yang kita kecapi kini merupakan hasil daripada interaksi yang positif oleh nenek moyang kita dahulu tanpa ada perasaan hegemoni atau ingin mendominasi tamadun lain. Selain itu, dapat juga diketahui bahawa teologi dan agama telah menjadi asas pembentukan sesebuat tamadun yang
pernah wujud di dunia ini.Kegemilangan
tamadun Yunani, tamadun Mesir, tamadun Rom, tamadun China, tamadun Indus dan tamadun Islam suatu ketika dahulu banyak meletakkan agama sebagai institusi tertinggi dalam kerajaan mereka.
Rujukan
Azhar Hj. Mad Aros,Tamadun Islam Dan Tamadun Asia, Penerbit Fajar Bakti Sdn.Bhd.Shah Alam. Bidja, I Made. (2006). Serba-Serbi Dharma Wacana. Denpasar : Panakom. Chandra Muzaffar
et.al, Pengenalan Ilmu Ketamadunan, dalam
Tamadun Islam dan Tamadun Asia, Cetakan Keempat, 2004, Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya, hlm. 14 Kamal Shah Rani, Tamadun dan Pemikiran Islam,Jabatan Pengajian Umum,KPTMKL, halaman 1-8 Sumanggala. (2001).Pengenalan Kepada Buddhisme. Dimuat turun daripada http://dhamma-bm.tripod.com/main.htm Sazelin Arif.(2007) .Tamadun Islam dan Tamadun Asia. McGraw-Hill (Malaysia) Sdn. Bhd.Shah Alam. Zulkifli Dahalan et. al, 2009, Sejarah Pemikiran dan Tamadun Islam, Shah Alam: UiTM, hlm. 49.