Reflektif.docx

  • Uploaded by: MUHAMMAD ASYRAF BIN AZMY Pelajar KBM
  • 0
  • 0
  • November 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Reflektif.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 599
  • Pages: 3
1.0 PENGENALAN Dalam usaha untuk menyiapkan tugasan kurusus kali ini, saya telah membuat satu kajian tentang sesuatu isu yang terdapat di kampus saya. Kajian ini dibuat dengan menggunakan kaedah yang berkait rapat dengan statistik. Antara proses yang kami lakukan ialah mengumpul, menyusun, mentafsir dan menganalisis data serta membuat perwakilan data bagi setiap data yang telah diperoleh.

2.0 KEMAHIRAN YANG DIPEROLEH Semasa proses menyiapkan tugasan ini, saya telah mendapat beberapa kemahiran yang pada awalnya saya langsung tidak mahir tentang perkara itu. Antaranya ialah, saya berjaya meningkatkan kemahiran interpersonal yang sebelum ini kemahiran ini jarang digunakan oleh diri saya sendiri. Menurut Gardner (1993), kemahiran interpersonal ialah keupayaan seseorang untuk berkomunikasi dengan masyarakat lain (Rosinah Edinin, 2014). Hal ini berlaku apabila saya berjaya berkomunikasi dengan responden yang mana datang dari pelbagai kelas semasa meminta bantuan mereka untuk mengisi borang soal selidik yang telah saya sediakan. Kesannya, kajian ini secara tidak langsung telah meningkatkan kemahiran berkomunikasi saya sekali gus dapat mempersiapkan diri saya untuk menjadi serorang guru yang baik kerana fitrah seorang guru ialagh perlu sentiasa berhubung dengan murid-murid, ibu bapa serta masyarakat. Seterusnya, kajian untuk juga telah meningkatkan pengetahuan saya tentang teknologi maklumat. Sebagaimana yang kita sedia maklum, Microsoft Office yang terdiri daripada Microsoft Word, Ecxel, Acces, Outlook dan lain-lain itu merupakan satu Pakej Perisian Automasi Pejabat yang sering digunakan di seluruh dunia. Walaubagaimanapun, bagi tugasan kerja kursus kali ini, saya hanya menggunakan Microsoft Work dan Microsoft Excel sebagai pemudah cara untuk mengumpul data kajian kemudian menyusunnya kepada bentuk yang lebih sistematik dengan membina perwakilan data.

Sememangnya sebelum ini saya pernah menggunakan Microsft Word tetapi sebaliknya bali Microsoft Excel. Hal ini secara tidak langsung memberikan saya satu pengetahuan yang baru mengenai kegunaan Microsoft Excel ini, hal ini sedikit sebanyak membantu saya untuk menjadi seorang bakal guru yang celik IT kerana menurut Naresh, Raduan dan D’Silva (2008), penggunaan ICT dalam kalangan guru sangat tinggi terutamnya dalam hal-hal pentadbiran. Jadi, saya perlu memanfaat peluang untuk menggunakan kemudahan ICT ini bermula dari sekarang. 1

3.0 KEPENTINGAN STATISTIK Secara amnya, kepentingan statistik terbahagi kepada dua iaitu kepentingan dalam kehidupan seharian dan kepentingan kepada kerjaya sebagai bakal pendidik. Antara kepentingan statistik dalam kehidupan seharian ialah untuk menghasilkan atau merumuskan satu keputusan atau kesimpulan. Misalnya, kita dapat menentukan sesuatu perkara berdasarkan beberapa pernyatakan berdasarkan maklumat atau data yang telah kita ketahui. Selain itu, statistik juga berfungsi untuk menunjukkan gambarab yang jelas dan tepat tentang sesuatu perkara untuk memudahkan kita membuat tindakan yang seterusnya (Pumadevi, Nurul Shahhida & Fatimah, 2015). Seterusnya, statistik juga mempunyai kepantingan terhadap kerjaya sebagai seorang guru. Bagi pendidik yang bertauliah, mereka akan menggunakan statistik sebagai alat bantu untuk mendapatkan sesuatu data. Antaranya ialah menyusun laporan yang berbentuk nombor secara ringkas, teratur dan jelas serta mudah difahami oleh diri sendiri dan juga orang lain. Selain itu, statistik ini juga digunakan untuk menyimpan data-data pelajar bagi memudahkan semua urusan yang berikat dengan pelajar. Akhir sekali, statistik ini juga digunakan sebagai satu pemudah cara yang membantu seorang guru untuk membuat kesimpulan secara tepat dan mengambik tindakan yang sewajarnya.

4.0 KESIMPULAN Kesimpulannya, kerja kursus bagi subjek ini telah membantu meningkat beberapa kemahiran dalam diri saya yang mana kemahiran itu penting untuk meneruskan kerjaya saya sebagai seorang guru. Yang paling penting ialah, saya dapat menggunakan kepentingan statistik yang secara tidak langsung telah membantu saya untuk menyelesaikan laporan kajian yang saya lakukan.

2

RUJUKAN Fong Soon Fook. (2016). Memartabatkan kompetensi teknologi untuk kecemerlangan keguruan abad ke-21. Pulau Penang: Universiti Sains Malaysia. Rosinah Edinin. (2014). Kemahiran belajar. Kuala Lumpur: Freemind Horizons Sdn. Bhd. Pumadevi Sivasubramaniam, Nurul Shahhida Abu Bakar & Fatimah Rozihan Wan Muhammad. (2015). Statistik asas. Kuala Lumpur: Oxford Fajar.

3

More Documents from "MUHAMMAD ASYRAF BIN AZMY Pelajar KBM"

Soalan Test.docx
November 2019 17
Bdp Isi Esaimen 1.docx
November 2019 18
Reflektif.docx
November 2019 10
Kajian Tahap.docx
November 2019 18
Esaimen 2.docx
November 2019 19
Esei 1.docx
November 2019 15