Esaimen Titas.docx

  • Uploaded by: adibah
  • 0
  • 0
  • December 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Esaimen Titas.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 2,457
  • Pages: 13
TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA (MPU3052)

2018

SENARAI KANDUNGAN

BIL

KANDUNGAN

HALAMAN

1

Penghargaan

2

2

Isi Kandungan 1.0 Pendahuluan

3

1.1 Definisi tamadun dan interaksi antara tamadun 2.0 Kepelbagaian jenis tamadun di Malaysia

4

2.1 Persamaan antara tamadun 2.2 Perbezaan antara tamadun 3.0 Sumbangan dan hasil interaksi pelbagai tamadun dalam membentuk kecemerlangan tamadun Malaysia 3.1 Budaya 3.2 Ekonomi 3.3 Pendidikan 4.0 Penutup

5-6 7 8-9 10

3

Rujukan

11-12

4

Lampiran

13

1|MPU3052

TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA (MPU3052)

2018

PENGHARGAAN Bismillahirrahmanirrahim, Pertamanya, beribu kesyukuran saya panjatkan ke hadrat Allah SWT, kerana dengan izin inayah dan rahmatNya dapat saya merealisasikan kerja kursus Tamadun Islam dan Tamadun Asia (MPU3052) ini dengan jayanya. Seterusnya, setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan ucapan terima kasih buat Ustz Mohd Radzi bin Lebai Mat, selaku pensyarah pembimbing yang telah banyak berkorban masa, tenaga serta komitmen dalam membantu saya melaksanakan tugasan ini. Tanpa bantuan beliau, mustahil kerja kursus ini dapat saya siapkan dengan jayanya. Sekalung penghargaan dan apresiasi buat kedua ibu bapa saya, kerana sokongan dan dokongan yang tidak berbelah bahagi kepada saya, dapat saya meneruskan pengajian sehingga ke peringkat ini. Tidak ketinggalan juga kepada sahabat-sahabat saya, terima kasih dihulurkan kerana tanpa jemu memberi tunjuk ajar serta menyumbangkan idea yang memberangsangkan sepanjang kerja kursus ini dilakukan. Setiap masa yang terluang, pengorbanan, pertukaran idea serta bimbingan dari mereka memberi inspirasi dan dorongan kepada saya melakukan tugasan ini. Akhir sekali, jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam melaksanakan kerja kursus ini sama ada secara langsung atau secara tidak langsung. Di kesempatan ini juga, saya ingin menghulurkan kemaafan sekiranya terdapat kekurangan atau kepincangan sepanjang usaha menyempurnakan kerja kursus ini. Semoga setiap gerak kerja dan tugasan kita memperoleh keberkatan dan keredhaan

daripada

keseluruhannya.

2|MPU3052

Allah,

serta

bermanfaat

buat

diri

dan

masyarakat

TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA (MPU3052)

2018

1.0 PENDAHULUAN 1.1 DEFINISI TAMADUN DAN INTERAKSI ANTARA TAMADUN Kemajuan sesebuah masyarakat dari aspek kebendaan seringkali dijadikan sebagai asas kepada kajian sesebuah tamadun. Pada zaman kontemporari ini, tamadun acap kali dihubungkan dengan pencapaian yang tinggi dalam sains dan teknologi selari dengan penonjolannya dalam Tamadun Barat. Namun demikian, konsep ketamadunan bukan sahaja perlu dilihat melalui pencapaian teknologi semata-mata, ia juga perlu dilihat dari aspek tatasusila dan moral yang tinggi (A.Aziz Deraman, 2003). Tamadun berasal daripada perkataan madana dalam bahasa Arab. Madana merupakan kata kerja yang merujuk kepada perbuatan membuka bandar atau kota serta perbuatan manusia menghaluskan budi pekerti (Azam Hamzah, 2009). Sementara, civilization berasal daripada perkataan civitas yang bermaksud kota atau bandar yang juga menekankan penggabungan antara ketinggian kebudayaan dan kemajuan kebendaan. Manakala, interaksi antara tamadun merupakan hubungan aktif yang saling mempengaruhi antara satu sama lain seperti dalam aspek budaya, agama dan sistem sosial (Abdul Rahman Haji Abdullah, 1990). Malah, tamadun Malaysia sendiri terbentuk daripada interaksi antara pelbagai tamadun yang lain. Interaksi ini akhirnya akan membentuk sebuah tamadun yang tinggi dan mulia. Malaysia kini adalah sebuah negara bangsa berbentuk persekutuan yang terdiri daripada komponen 14 buah negeri. Kewujudan Malaysia sebagai sebuah negara bangsa sebenarnya merupakan lanjutan daripada kemunculan kerajaankerajaan melayu lebih awal (Zuraini Hj. Jamil, 2006). Oleh yang demikian, kewujudan interaksi antara tamadun-tamadun ini sekaligus akan memberikan kesan sama ada positif mahupun negatif terhadap kecemerlangan tamadun Malaysia

3|MPU3052

TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA (MPU3052)

2018

2.0 KEPELBAGAIAN JENIS TAMADUN DI MALAYSIA 2.1 PERSAMAAN ANTARA TAMADUN Setiap tamadun mempunyai latar belakang yang tersendiri. Oleh itu, terdapat banyak perbezaan yang berlaku antara satu tamadun dengan tamadun yang lain. Namun begitu, tidak dapat dinafikan juga terdapat beberapa persamaan yang dikongsi antara tamadun tersebut. Antaranya, dalam aspek pendidikan. Matlamat paling utama dalam pendidikan bagi semua tamadun ialah pembinaan sifat-sifat baik dalam diri seseorang individu (Azhar Hj Md Aros, 2000). Proses pengajaran ilmu mempunyai kaitan yang begitu rapat dengan matlamat murni ini. Menyedari perkara tersebut, dimensi Inner-Being begitu penting dalam tamadun Melayu, China dan India. Tegasnya, setiap tamadun hanya menerapkan sifat-sifat positif terhadap diri murid-murid dalam proses pendidikan. Selain itu, dalam tamadun-tamadun tradisional, kegiatan ekonomi berlaku dalam konteks “Moral Semesta” (Ayadurai, 1999). Oleh sebab itu, wujud konsep hakhak kehidupan dalam tamadun Melayu, India dan terutamanya dalam tamadun China iaitu, ajaran Buddhisme sebagaimana yang termaktub dalam salah satu daripada eight fold path (Cheu Hock Tong, 2000). Justeru, daripada fahaman ini, munculnya hak-hak kehidupan yang seimbang antara ekonomi dan moral. Misalnya, selain menjalankan perniagaan, amalan-amalan murni juga perlu dilaksanakan seperti membela golongan miskin, bersedekah dan membuat kebajikan. Oleh itu, dapat dirumuskan bahawa semua tamadun amat menitikberatkan soal etika moral dalam kegiatan ekonomi.

2.2 Perbezaan antara tamadun Sementara, yang membezakan antara satu-satu tamadun dalam konteks pendidikan ialah cara transformasi yang berlaku daripada satu tradisi kepada satu tradisi yang lain. Dalam tamadun Melayu, persoalan Tauhid memainkan peranan penting bagi transformasi manusia, namun dalam tamadun China dan India yang berpegang kepada ajaran Buddha dan Hindu, transformasi sifat dapat dicapai melalui proses mencari diri sendiri (Azhar Hj. Md Aros, 2000). Dalam tamadun Melayu, kegiatan ekonomi bukan sahaja dijalankan dengan penuh beretika, namun ia juga berpegang kepada prinsip halal dan haram, di mana 4|MPU3052

TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA (MPU3052)

2018

prinsip ini tidak ada pada tamadun yang lain (Azam Hamzah, 2006). Penipuan, riba’ dan bentuk-bentuk penyelewengan lain adalah ditegah dalam Islam yang menjadi pegangan dalam tamadun Melayu ini. Sesungguhnya, sektor ekonomi dalam tamadun melayu bukan sahaja mampu menjana ekonomi negara, bahkan ia juga mampu mempertingkatkan akhlak individu dan masyarakat.

3.0 SUMBANGAN DAN HASIL INTERAKSI PELBAGAI TAMADUN DALAM MEMBENTUK KECEMERLANGAN TAMADUN MALAYSIA 3.1

BUDAYA

Tamadun China banyak menyumbang dari segi seni bina

BUDAYA Tamadun India banyak menyumbang kepada bahasa dan sastera

Tamadun melayu banyak menyumbang kepada seni muzil

Rajah 1: Sumbangan dan hasil interaksi tamadun Melayu, China dan India Satu daripada prinsip ketamadunan sesuatu bangsa dan negara ialah wujudnya keutuhan budaya dan ketinggian moral sebagai identiti negara tersebut untuk meningkatkan kemajuan dan kecemerlangan tamadun Malaysia. Tamadun Melayu telah banyak menyumbang kepada kecemerlangan Malaysia dalam bidang kesenian sama ada dalam seni bina, seni muzik dan seni tari (Abd Rahman, 2000).

5|MPU3052

TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA (MPU3052)

2018

Misalnya, dalam bidang seni muzik, terhasilnya syair, sajak dan gurindam yang bukan sahaja berfungsi sebagai sebuah seni, semata-mata malah ia merupakan satu dakwah dan senikata yang meningkatkan imej dan keperibadian diri kepada nilai-nilai murni. Malah, ia juga melambangkan kesopanan dan kesantunan yang terbina dalam tamadun Melayu (Mohd Taib Osman, 1998). Tegasnya, hasil interaksi tamadun Melayu sememangnya telah banyak menyumbang kepada kecemerlangan tamadun Malaysia sama ada dari segi agama mahupun kesenian. Budaya tamadun China pula lebih tertumpu kepada aspek seni bina. Unsur seni bina China diserap masuk dalam pembinaan masjid. Antara ciri khusus serapan yang dapat dilihat sehingga kehari ini ialah pada reka bentuk bumbung masjid yang menyerupai seni bina Pagoda (Mahayuddin Haji Yahya, 2000). Contoh yang jelas dapat dilihat pada Masjid Tanjung Kling di Kelantan dan Masjid Tengkera di Melaka. Oleh yang demikian, tidak dapat dinafikan lagi bahawa hasil interaksi antara keduadua tamadun ini sememangnya telah menyumbang kepada kecemerlangan tamadun Malaysia. Budaya tamadun India pula lebih menekankan kepada bahasa dan kesusateraan. Bahasa Sanskrit merupakan bahasa kebudayaan yang terpenting dalam tamadun India. Pengaruh yang diterima daripada bahasa Sanskrit membantu bahasa Melayu melalui tahap evolusinya yang pertama. Antara perkataan baharu daripada budaya India yang diserap masuk menjadi unsur pinjaman ialah perkataan dosa, bumi, bakti dan budi (Zuraini Hj. Jamil, 2006). Tegasnya, bentuk-bentuk sumbangan daripada sudut bahasa, kesusateraan, budaya dan adat resam tamadun India sehingga kini masih lagi berguna terhadap perkembangan tamadun Melayu dan akhirnya hasil interaksi antara tamadun-tamadun tersebut telah meninggalkan kesan positif terhadap kecemerlangan Malaysia seperti yang berlaku dalam perkembangan bahasa Melayu kini.

6|MPU3052

TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA (MPU3052)

2018

3.2 Ekonomi Tamadun Melayu: -Pusat import dan eksport -Penggunaan mata wang

EKONOMI Tamadun China: -Penanaman padi -Sistem pengairan

Tamadun India: - wujudnya persatuan perdagangan

Rajah 2: Sumbangan dan hasil interaksi antara ketiga-tiga tamadun Dari sudut ekonomi pula, tamadun Melayu berjaya menggerakkan ekonomi orang Melayu ke persada serantau dan antarabangsa. Walaupun tamadun Melayu awal belum lagi mengamalkan sistem perindustrian secara besar-besaran, namun kegiatan perekonomian yang berpusat di pelabuhan Alam Melayu telah berjaya menjadi pusat import dan eksport yang maju di rantau Asia (Azhar Hj. Md Aros, 2000). Antara pelabuhan yang muncul dalam tamadun Melayu ialah Pasai, Melaka,Terengganu dan Johor. Melalui perdagangan tersebut, penggunaan mata wang telah berjaya diperkenalkan oleh pemerintah Melayu. Antara mata wang yang dapat dikesan ialah, mata wang Kesultanan Melayu Melaka dan kesultanan Acheh Darussalam (Ahmad Zaki Abd Latiff, 2009). Malah, kesan daripada penggunaan mata wang itu kekal sehingga kini. Tidak dapat dinafikan lagi bahawa, kegiatan ekonomi tamadun Melayu telah membantu dalam meningkatkan kecemerlangan dan meninggalkan kesan yang positif dalam tamadun Malaysia. Tamadun China pula merupakan sebuah tamadun yang kaya dengan khazanah, perhiasan, besi dan emas (Afifah Abu Yazid, 2002). Bukan itu sahaja, masyarakat tamadun China menanam padi sebagai tanaman utama mereka dan pertanian telah menjadi asas ekonomi dalam tamadun China. Oleh yang demikian, penciptaan alat pertanian seperti tajak, cangkul dan tenggala untuk membuat batas

7|MPU3052

TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA (MPU3052)

2018

telah menjadi kemahiran asas mereka (Zuraini Hj. Jamil, 2006). Selain itu, pembinaan sistem pengairan yang sistematik seperti pembinaan terusan untuk memperoleh sumber air dan mengawal banjir juga telah dikuasai oleh mereka. Hal ini memberikan kesan positif terhadap kecemerlangan tamadun Malaysia di mana, pertanian di Malaysia juga telah berkembang dan semakin maju hasil daripada interaksi dengan tamadun China. Tamadun

India

juga

tidak

ketinggalan

dalam

bidang

ekonomi.

Perkembangan pesat ekonomi ini telah merangsang kepada pertubuhan persatuan perdagangan yang dikenali sebagai streshin di setiap bandar (R. Rajakrisnan, 1998). Matlamat persatuan ini adalah untuk menjaga kebajikan pekerja. Lantaran itu, undang-undang telah digubal bagi mengawal persatuan tersebut. Hasilnya, pertubuhan ini telah meninggalkan kesan yang positif terhadap tamadun Malaysia di mana sistem ini juga telah digunapakai dalam sektor ekonomi tamadun Malaysia untuk mengawal aktiviti perekonomian di Malaysia. Hal ini menjelaskan bahawa kewujudan pengaruh tamadun India telah lama bertapak di Malaysia.

3.3 Pendidikan

Tamadun China: - Sistem peperiksaan diwujudkan

Tamadun Melayu:

PENDIDIKAN

Tamadun India:

-Penubuhan Institut pendidikan

-Bahasa Tamil diajar di sekolah dan institut.

- Lahirnya para cendekiawan

-Tertubuhnya Sekolah Kebangsaan Jenis Tamil (SJKT)

Rajah 3: Sumbangan dan hasil interaksi antara tamadun-tamadun

8|MPU3052

TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA (MPU3052)

2018

Bidang pendidikan sentiasa menjadi keutamaan dalam setiap tamadun termasuklah tamadun Melayu. Pendidikan masyarakat Melayu terbahagi kepada dua iaitu formal dan tidak formal (Afifah Abu Yazid, 2002). Sejajar itu, pendidikan formal telah melahirkan pelbagai institusi pendidikan yang banyak di Malaysia ini dan kekal sehingga sekarang. Misalnya, wujud Universiti Islam antarabangsa Malaysia (UIAM), Universiti Malaya (UM) dan Institut Iqra’. Kewujudan institut ini membuktikan kepesatan perkembangan pendidikan di Malaysia. Sementara pendidikan tidak formal pula, yang bermula daripada pengajian di masjid, pondok dan madrasah telah melahirkan cendekiawan dan ilmuan Melayu yang akhirnya menjadi pegawai pemerintah, guru dan ulama’ (Marzuki Ibrahim, 1991). Antaranya ialah, Hamzah Fansuri, Nuruddin al-Raniri dan Syeikh Daud al-Fatani. Sesungguhnya, tamadun Melayu

telah

menjadi

landasan

perkembangan

tamadun

Malaysia

yang

bertunjangkan kepada pendidikan serta telah meninggalkan kesan yang positif untuk mencapai kecemerlangan tamadun Malaysia. Dalam tamadun China, masyarakat amat menghargai pendidikan dan matlamat utama mereka ialah lulus peperiksaan awam. Hal ini kerana, peperiksaan inilah yang akan menentukan pekerjaan dan jawatan yang penting dalam kerajaan (Lock Chong Hoe, 1998). Natijahnya, pengaruh tamadun China ini akhirnya telah meresap masuk dalam tamadun Malaysia di mana peperiksaan awam telah diperkenalkan dalam bidang pendidikan di Malaysia. Sesungguhnya, sumbangan tamadun China ini masih lagi dilaksanakan dalam sistem pendidikan di Malaysia, malah telah dibuat beberapa penambahbaikan selaras dengan aspirasi Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 yang dikehendaki dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Sistem persekolahan di Malaysia juga menerima pengaruh daripada tamadun India di mana bahasa Tamil diajarkan di sekolah jenis kebangsaan Tamil (SJKT) (R.Rajakrisnan, 1994). Malah, ia juga ditawarkan di peringkat pengajian tinggi sebagai kaedah untuk memelihara kesusasteraan tamadun India (Ahmad Zaki Abd Latiff, 2009). Antara institut yang menawarkan bidang tersebut ialah Universiti Malaya (UM) dan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Justeru, kepelbagaian bahasa yang terdapat di Malaysia menjadikan masyarakat Malaysia begitu unik dan menarik. Oleh itu, tidak dapat disangkal lagi bahawa hasil interaksi antara kedua-dua tamadun ini juga telah menyumbang kepada kecemerlangan tamadun Malaysia.

9|MPU3052

TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA (MPU3052)

2018

4.0 Penutup Tuntasnya, interaksi antara tamadun di Malaysia wujud kerana masyarakat Malaysia terdiri daripada tiga bangsa yang dominan iaitu Melayu, Cina dan India. Oleh itu, kepelbagaian bangsa yang mendiami Malaysia pastinya memberi pelbagai kesan dalam kehidupan bermasyarakat (Afifah Abu Yazid, 2002). Bahkan, kesan ini dapat dikategorikan sebagai kesan positif mahupun negatif. Walaubagaimanapun, lebih banyak kesan postitif yang dapat diserap dalam pembinaan negara Malaysia berbanding kesan negatif. Oleh yang demikian, kesan positif ini telah membantu tamadun Malaysia untuk mencapai kecemerlangan dalam semua aspek seperti dari segi pendidikan, ekonomi, politik dan juga sosial. Sesungguhnya, interaksi antara tamadun ini amat penting dan telah menyumbang kepada pembinaan negara Malaysia yang cemerlang selaras dengan kehendak Transformasi Negara (TN50).

10 | M P U 3 0 5 2

TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA (MPU3052)

2018

RUJUKAN BUKU A. Aziz Deraman, (2003). Masyarakat dan Kebudayaan Malaysia: Suatu Analisis Perkembangan Kebudayaan di Malaysia, Edisi Baharu. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Abdul Rahman, (2000). Sejarah dan Tamadun Asia Tenggara. Kuala Lumpur: Utusan Publication s & Distributors Sdn. Bhd. Abdul Rahman haji Abdullah, (1990). Pemikiran Umat Islam di Nusantara.Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Afifah Abu Yazid., et al, (2002). Pengajian Tamadun Asia: Kedah: Universiti Utara Malaysia. Ahmad Zaki Abd Latiff., et al. (2009). Buku teks Tamadun Islam dan Tamadun Asia: Selangor: Oxford Fajar. Ayadurai, (1999). Tamadun Dunia: Kuala Lumpur: Fajar Bakti. Azam Hamzah, (2006). Sumbangan tamadun islam kepada peradaban dunia. Shah Alam: Pusat Penerbitan Universiti. Azam Hamzah, (2009). Buku teks Tamadun Islam dan Tamadun Asia: Selangor: Oxford Fajar. Azhar Hj Mad Aros, Azharudin Mohd. Dali, Sufian Mansor, Zulkarnain Abd Rahman (2000). TITAS, Cetakan Pertama. Shah Alam : Fajar Bakti Sdn Bhd. Cheu Hock Tong, (2000). Confucianism in Chinese Culture: Selangor: Pelanduk Publications. Lock Chong Hoe, (1998). Tamadun China, Falsafah, Pandangan Hidup dan Aspekaspek Kesenian: Pulau Pinang: Penerbitan USM. Mahayuddin Haji Yahaya, (2000). Tamadun Islam: Shah Alam: Fajar Bakti. Marzuki Ibrahim, (1991). Pertembungan Antara Pemikiran Islam dengan ideologi moden : Kelantan: ITM. Mohd Taib Osman, (1998). Kebudayaan Melayu dalam Beberapa Soalan: Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. R. Rajakrisnan dan M. Rajendran, (1998). Pengantar tamadun India: Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Zuraini Hj. Jamil., et al. (2009). Modul TITAS: Perak: Universiti Pendidikan Sultan Idris.

11 | M P U 3 0 5 2

TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA (MPU3052)

2018

INTERNET Kementerian Pendidikan Malaysia. (2017). Kementerian Pendidikan Malaysia. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia Retrieved Mac 20, 2017 from http://www.moe.gov.my/index.php/my/ __________________________. (2017). Kementerian Pendidikan Malaysia. Dasar Pendidikan Negara. Retrieved Mac 20, 2017 from http://www.moe.gov.my/index.php/my/ __________________________. (2017). Kementerian Pendidikan Malaysia. Buletin Anjakan Integriti 1/2017. Retrieved Mac 22, 2017 from file:///C:/Users/End%20User/Documents/PPISMP%20SEM%202/GPP1063/BuletinIntegriti-Siri-1-2017.pdf Malaysia. Kementerian Pendidikan Malaysia. (2000). Malaysia education for all end decade review report 2000-2015. Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia.

12 | M P U 3 0 5 2

TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA (MPU3052)

LAMPIRAN

13 | M P U 3 0 5 2

2018

Related Documents

Esaimen Moral.docx
November 2019 64
Esaimen Titas.docx
December 2019 28
Esaimen Titas.docx
April 2020 14
Esaimen Fonetik Sem1.docx
October 2019 28
Esaimen Full Amerika
August 2019 29

More Documents from "linah binti kiwoh"