1.0 PENDAHULUAN Istilah etnik berasal daripada perkataan Yunani iaitu ethnos yang bermaksud orang. Etnik dari segi bahasa pula boleh didefinisikan sebagai sesuatu kaum atau bangsa manakala dari segi istilah, etnik adalah satu kelompok manusia yang ditentukan melalui perbezaan ciri-ciri budaya seperti adat resam, bahasa, kegiatan ekonomi dan sebagainya. Jadi secara umumnya, sesuatu etnik ini dapat dikelaskan melalui perbezaan budaya. Selain itu, etnik juga dapat dikelaskan mengikut demografi. Konflik pula bermaksud pertelingkahan, pertikaian dan perbalahan. Konflik-konflik antara etnik sering berlaku di dunia kita. Antara konflik yang paling kita ketahui adalah konflik pembersihan etnik di Bosnia.
2.0 PEMBERSIHAN ETNIK DI BOSNIA Konfik etnik yang terjadi di Bosnia adalah gabungan daripada faktor politik dan agama. Bosnia secara rasminya menjadi sebuah negara merdeka pada 15 Oktober. Sarajevo yang menjadi sebahagian daripada wilayah Turki Uthmaniyyah pada tahun 1463 turut mempunyai hubungan dengan agama Islam dan terus berada bawah penguasaan Turki Uthmaniyyah selama kira-kira 400 tahun. Sepanjang tempoh ini, puak Slavs yang berpegang pada mazhab Kristian telah memeluk agama Islam dengan kerelaan mereka sendiri. Rentetan daripada itu, umat Islam telah muncul di Bosnia, iaitu di tengah-tengah Semenanjung Balkan.
Konflik Bosnia-Herzegovina yang berlaku pada tahun 1875 adalah disebabkan oleh kebangkitan orang Kristian yang cuba menjatuhkan empayar Uthmaniyyah di Bosnia. Melalui perjanjian Berlin pada tahun 1878, Bosnia-Herzegovina telah diletakkan di bawah pentadbiran sementara empayar Austria-Hungary waluapun ketika itu Bosnia merupakan sebahagian daripada kawasan Turki Uthmaniyyah. Namun pada tahun 1908, Turki Uthmaniyyah telah ditawan dan Bosnia tidak berada di bawah pemerintahan Islam lagi. Selepas pengunduran Turki Uthmaniyyah, serangan dan gangguan terhadap umat Islam berlaku.
Perang di Bosnia-Herzegovina merupakan sebuah konflik senjata antarabangsa yang berlaku pada Mac 1992 sehingga November 1995. Perang ini melibatkan beberapa pihak seperti Bosnia, Republik Persekutuan Yugoslavia dan Croatia. Serbia juga turut terlibat apabila memberikan sokongan ketenteraan dan kewangan kepada angkatan tentera Serb yang terdiri daripada Tentera Rakyat Yugoslav. Selain itu, Croatia
memberikan
sokongan
ketenteraan
kepada
tentera
Croatia
untuk
mengisytiharkan diri mereka sebagai Komuniti Herzeg-Bosnia. Tentera kerajaan Croatia pula diketuai oleh Tentera Republik Bosnia-Herzegovina.
Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan berlakunya isu dan konflik Bosnia. Faktor-faktor tersebut dapat dibahagikan kepada dua iaitu faktor dalaman dan luaran. Antara faktor dalaman yang menyebabkan berlakunya konflik adalah pengisytiharan kemerdekaan Croatia dan Bosnia dari Serbia serta pengisytiharan Eropah ke atas kedua-dua buah negara tersebut. Sikap golongan Serbs yang berhasrat menguasai semua etnik di Yugoslavia dengan memaksa mereka menggunakan bahasa Serbs dan menganut Kristian Ortodoks turut menjadi faktor penyumbang. Puak Serbs bertindak kejam apabila melakukan keganasan terhadap rakyat Bosnia-Herzegovina yang beragama
Islam
dan
Roman
Katolik.
Mereka
telah
membunuh,
merogol,
memusnahkan kenderaan dan kawasan awam rakyat Bosnia-Herzegovina.
Keganasan telah tercetus pada April 1992 apabila kaum Bosnia Serbs bertindak ekoran undian oleh pihak Bosnia untuk mencapai kemerdekaan. Mereka bertindak menyerang Sarajevo dan kawasan lain, iaitu kebanyakannya terdiri daripada bandar yang didiami oleh kaum Muslim. Pihak Serbs menuntut supaya Bosnia digabungkan dengan Serbia. Antara faktor luaran pula adalah sikap PBB yang terlalu tunduk kepada desakan kuasa besar seperti Amerika Syarikat dan Rusia menyukarkan lagi keadaan di Bosnia dan ini telah memberikan ruang kepada Serbs untuk bertindak. Malah keputusan PBB dengan membat genjatan senjata ke atas semua wilayah Yugoslavia tetapi membiarkan semua pihak Serbs memiliki senjata ibarat memberi lesen membunuh kepada Serbs. Perbuatan ini dikecam hebat oleh negara-negara lain.
Bagi menyelesaikan konflik Bosnia ini, beberapa usaha damai telah diusahakan oleh pelbagai pihak termasuklah PBB dan Amerika Syarikat. Akhirnya kejayaan menyelesaikan konflik Bosnia tercapai apabila Perjanjian Dayton termenterai di Bosnia-Herzegovina yang merupakan satu perjanjian keamanan dibuat di WrightPatterson Air Force Base berdekatan dengan Dayton, Ohio pada bulan November 1995. Perjanjian ini kemudian ditandatangani secara sah di Paris pada 14 Disember 1995. Tindakan ini telah menamatkan perang di Bosnia yang berlaku selama tiga setengah tahun. Perjanjian itu turut dikenali sebagai The Treaty of Dayton.
3.0 IMPLIKASI TERHADAP SISTEM PENDIDIKAN DI MALAYSIA Konflik pembersihan etnik yang berlaku di Bosnia secara tidak lansung telah memberi kesan ke atas pendidikan di negara kita, Malaysia. Jika kita lihat, rakyat Malaysia sememangnya sensitif jika sesuatu isu yang muncul itu mempunyai kaitan dengan isu keagaamaan. Tambah pula jika kes tersebut melibat penindasan dan kekejaman terhadap umat Islam. Pelajar-pelajar negara kita turut mudah terpengaruh dengan isu tersebut sehinggakan mereka tidak sedar yang mereka masih tidak layak untuk membincangkan isu politik. Malah, pelajar-pelajar yang melibatkan diri secara tidak lansung terhadap isu ini juga membawa fahaman masing-masing dan akhirnya akan membawa kepada perbalahan. Perkara ini akan menjejaskan pelajaran dan impian Malaysia untuk menjadi sebuah negara maju menjelang tahun 2020 akan terganggu.
Impak seterusnya adalah pertukaran pelajar ke negara-negara yang mengalami konflik akan turut terhenti. Hal ini kerana, negara tersebut sedang mengalami pergolakan dan tahap keselamatan negara berada di tahap bahaya. Pelajar tidak berani untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara kerana bimbangkan keselamatan diri mereka. Malah, keadaan ekonomi negara yang sedang bergolak amat tidak stabil dan akan menyukarkan pelajar untuk menyara hidup mereka di sana. Pihak kerajaan Malaysia sendiri tidak akan membenarkan rakyatnya untuk melanjutkan pelajaran ke negara tersebut seperti negara Bosnia kerana ingin menjaga keselamatan dan kebajikan rakyatnya. Selain itu, negara Bosnia juga tidak mampu menghantar pelajar mereka ke luar negara kerana tidak mampu menjaga kebajikan pelajar mereka kerana mengalami krisis ekonomi dan sebagainya.
Akhir sekali, perkembangan dan pertukaran ilmu antara sesebuah negara akan terbantut. Ini akan menyebabkan para cerdik pandai negara tidak dapat berbincang bersama si cerdik pandai negara lain. Ini menyebabkan sistem pendidikan Malaysia tidak dapat berkembang maju dan akan tetap berada di takuk yang sama. Ilmu yang diterima pelajar juga menjadi tidak meluas dan terhad kerana proses pembelajaran hanya tertumpu di dalam negara.
4.0 RUMUSAN Konflik pembersihan etnik di Bosnia ini banyak memberi pengajaran kepada penduduk dunia khususnya Malaysia. Malaysia merupakan sebuah negara yang didiami oleh penduduk pelbagai kaum dan ini merupakan satu cabaran besar yang perlu digalas oleh setiap penduduk. Sekiranya rakyat negara Malaysia tidak memiliki dan mengamalkan nilai toleransi dalam diri mereka masing-masing, nescaya negara Malaysia suatu hari nanti juga akan menghadapi konflik yang sama seperti yang berlaku di Bosnia. Oleh itu, rakyat Malaysia haruslah bersatu padu dan hapuskan sifat perkauman yang wujud dalam diri individu untuk menjamin kesejahteraan hidup dan supaya Malaysia mampu menjadi sebuah negara maju menjelang tahun 2050.