Tugasan Individu yang tidak hadir kelas akhir Multimedia Nama Pelajar : Arbee Rahmat No. Matrik : SX035967PSD04 : SPS, SPACE KL e-mail :
[email protected] /
[email protected] Soalan : Kelebihan Pengatucaraan Visual Basic dalam memudahkan proses pengajaran dan pembelajaraan. Bahasa pengatucaraan yang mudah dipelajari Pengatucaraan Visual Basic membolehkan guru membuat perancangan pengajaran melalui pengunaan Alat Bantu Mengajar (ABM) dengan menggunakan komputer dalam bilik darjah. Ini kerana bahasa pengatucaraan Visual Basic adalah mudah dipelajari berbanding bahasa pengatucaraan lain seperti Cobol, C++ yang amat sukar. Ini kerana dalam membina siri pengajaran mengunakan Visual Basic, guru hanya perlu menggunakan sistem tool grafik yang telah disediakan dalam sistem Visual Basic dan mengarahkan untuk melakukan sesuatu seperti menghubungkan antara satu form dengan form yang lain atau antaramuka yang lain. Ini bermakna guru tidak perlu mengetahuhi banyak perkara dalam bahasa sintaksis yang hanya memerlukan guru mengarahkan komputer melalui bahasa komputer dari A hingga Z. Sebagai contoh guru boleh membangunkan sistem pengiraan hasil darab, tambah, tolak dan bahagi melalui Visual Basic yang hanya memerlukan sedikit arahan yang mudah. Manakala bagi pelajar, bahasa pengatucaraan Visual Basic mampu dipelajari kerana pembelajaran berasaskan bahasa pengatucaraan yang mudah, seperti penggunaan grafik, dan butang perintah yang mana mampu dipelajar oleh para pelajar Objek Linking & Embedding (OLE) Dalam satu sistem, guru mampu menghubungkan semua fail dan dokuman yang diingini dalam proses pengajaran. Sebagai contoh fail word, exel, power point dan lain dokumen mampu dilancarkan dengan menggunakan Visual Basic. Sebagai contoh, guru ingin mengajar subjek sains, dengan menggunakan Visual Basic guru mampu menunjukkan kesinambungan pengenalan, proses perlaksanaan dalam
pengajaran dan pembelajaran bagi subjek sains, simulasi dan hasil dari pembelajaran yang akan diperolihi dengan mudah dan berkesan. Bagi pelajar pula, tidak perlu membawa dan membuka begitu banyak buku untuk membuat rujukan, hanya sekadar menggunakan sistem pembelajaraan dalam Visual Basic yang telah diprogramkan oleh guru. Antara lain, dalam satu pembelajaraan yang menggunakan bahan kimia yang merbahaya seperti ammonia, atom dan sebagainya, mampu dipelajari oleh pelajar dengan menggunakan Visual Basic. Guru boleh membangunkan satu program pembelajaran berasaskan Visual Basic, penggunaan bahan kimia dapat diprogramkan secara maya dan penuh penghayatan (simulasi). Melalui kaedah ini Keselamatan pelajar juga terjamin kerana tidak terdedah dengan bahan kimia merbahaya seperti glombang beta, gas ammonia dan sebagainya. Capaian Data Visual Basic Visual Basic mampu menghubungkan atucara yang dibina oleh guru dengan pangkalan data dari sumber lain seperti database, exe, Exel, dan lain-lain. Ini memudahkan guru melaksanakan sistem permarkahan misalnya atau senarai maklumat pelajar dalam proses pengurusan bilik darjah. Dengan ini guru mudah mengawal pencapaian murid dibawah kendaliannya, dan maklumat-maklumat lain yang diperlukan berhubung dengan murid tersebut, seperti latarbelakang, displin dan sebagainya Proses Pembelajaran Yang Menyeronokan Dengan menggunakan Visual Basic, pembelajaraan akan lebih menyeronokkan bagi pelajar dan guru, dimana semua eleman grafik mampu di tonjolkan dalam satu sistem. Disamping guru mampu mengawal mood pelajar seperti, memaparkan cerita yang melucukan sebagai selingan dalam proses pengajaran dan pembelajaraan. Sebagai contoh, dalam pengajaran subjek pembelajaran civil, guru boleh menunjukan pengalaman nyata melalui grafik dan gambar yang asli, kesan dan akibat melalui sidang video dalam Visual Basic.
Teknologi ActiveX Selain itu, dalam pembinaan siri pembelajaran menggunakan Visual Basic, guru mampu menyediakan satu program yang mempunyai integerasi komponen-komponen lain seperti internet dan rangkaian komputer. Dalam situasi ini, sistem yang dibangunkan oleh guru menggunakan perisisan Visual Basic dalam proses pengajaran dan pembelajaraan, guru mampu menyediakan satu sudut pencarian maklumat untuk pelajar. Ini dirasakan penting bagi pembelajaran berpusatkan pelajar atau guru. Sebagai contoh, guru mengajar sesuatu matapelajaran sains, untuk mengembangkan idea dan contoh sampingan yang mana mampu mengukuhkan lagi pengetahuan sediaada pelajar, pelajar boleh melayari internet untuk mencari maklumat tambahan dan menyumbangkan pendapat. Dengan ini, dirasakan nilai murni yang secara tidak disangkan akan ditimbulkan oleh pelajar seperti keyakinan diri, ingin mencuba dan sebagainya. Drag & Drop Sebenarnya bagi guru dalam membangunkan sistem pengajaran bagi pembelajaran murid adalah mudah dengan menggunakan Visual Basic. Guru hanya perlu mengheret icon dalam kotak peralatan dan menggunakan sedikit kemahiran mengarahkan objek tersebut berfungsi atau aktif seperti yang diingini. Berbanding, dengan perisisan yang lain, yang memerlukan guru mengarahkan komputer dengan menggunakan bahasa komputer yang memerlukan kemahiran yang begitu tinggi dan tidak mampu dilakukan oleh guru berkenaan. Disamping para pelajar tidak mampu mengikuti pembelajaran tersebut dalam masa yang singkat. Produk Yang Berkualaiti Dengan membangunkan sistem pengajaran dan pembelajaran menggunakan Visual Basic, guru mampu menghasilkan produk yang berkualiti dalam proses pengajaran dan pembelajaraan. Visual Basic membantu guru mengahasilkan produk yang berkualiti dan bermakna (Holzner, 1993).
Guru perlu mendalami pengetahuan yang mudah dalam penggunaan Visual Basic seperti, mencipta rekabentuk antaramuka secara aplikasi dan interaktif, mencipta ciri-ciri khas aplikasi dan menulis kod aplikasi supaya program boleh dilaksanakan. Semua bidang pengajaran dan pembelajaran mampu dibangunkan seperti, mata pelajaran sains, matematik, sejarah dan sebagainya yang mengikut tajuk-tajuk kecil mahupun nota lengkap berasaskan komputer. Mengembangkan pengetahuan secara pelbagai Dalam mengajar Visual Basic di sekolah, guru mampu mengembangkan pengetahuan yang pelbagai kepada murid. Sebagai contoh dalam pengajaran perisian Visual Basic di dalam bilik darjah, secara tidak langsung ilmu matematik, sains, senilukis dan bahasa inggris boleh diintegerasikan dalam satu mata pelajaran Visual Basic. Ini merupakan kelebihan kepada proses pengajaran dan pembelajaran Visual Basic. Sebagai contoh dalam membangunkan sistem aplikasi matematik hasil tambah dan tolak, para pelajar di ajarkan merekabentuk sistem dengan meletakan icon grafik dalam tool dan mengarahkan ikon tersebut di aktifkan seperti yang dikehendaki. Oleh yang demikian, para pelajar akan diajar menggunakan sedikit bahasa arahan komputer dengan menggunakan bahasa komputer (bahasa inggris) dan sedikit bahasa pengatucaraan untuk mengarahkan komputer melakukan seperti yang dikehendaki oleh pelajar tersebut. Hubungan Komunikasi Yang Interaktif Dengan menggunakan perisian Visual Basic, guru mampu membangunkan satu sistem yang mana boleh berhubung dengan pelajar secara online mahu pun sidang vidio samaada dalam bilik darjah mahupun luar bilik darjah. Ini kerana Visual Basic mampu menghubungkan semua komponen samaada melalui laman web mahupun secara network, dan sistem perisian yang lain. Guru hanya menyediakan pekakasan yang mudah seperti peranti dan sedikit pengatucaran serta pembangunan Visual Basic secara grafik dan sistem boleh digunakan disekolah dan dirumah.
Kawalan Setempat Dengan menggunakan perisian Visual Basic, semua panel suis elektrik, komputer penghawa dingin, kipas dan peralatan elektrik mampu dikawan dan diselengarakan oleh guru secara setempat. Ini memudahkan aktiviti pengawalan sekolah yang merupakan salah-satu proses pengajaran dan pembelajaran dari segi persekitaraan yang bertujuan meringankan beban dan menjimatkan kos, disamping menyediakan persekitaran pembelajaran yang konduksif. Disamping guru mampu menyediakan satu siri pengajaran dana pembelajaran alat kawalan menggunakan Visual Basic. Dirasakan bahawa pengajaran dan pembelajaran akan lebih berkesan kerana para pelajar akan mendapat pengetahuan baru berbanding pengetahuan sedia ada yang meyeronokan, ditambah dengan sifat pelajar yang ingin mencuba melaksanakan sistem alat kawalan yang begitu mencabar minda tetapi mudah dilaksanakan Percambahan Ilmu Dengan menggunakan sistem Visual Basic, pecambahan ilmu bagi guru dan para pelajar akan meningkat, ini kerana melalui sistem Visual Basic adakalanya membantu guru dan pelajar mencari penemuan baru dalam memudahkan proses pembelajaraan seperti pengiraan, bahasa, kerjasama, integerasi pentadbiran sekolah, data murid dan sebagainya. Dengan ini guru dan pelajar mampu mentadbir diri masing-masing terhadap percambahan ilmu dalam semua bidang. Meningkatkan Daya Kreativiti Visual Basic merupakan satu perisian yang memerlukan kreativiti seseorang, yang mana jika murid dan guru itu berminat menggunakan Visual Basic dalam proses pengajaran dan pembelajaran, daya krativiti mereka akan meningkat. Ini boleh ditonjolkan bagaimana salah sebuah sekolah Malaysia satu ketika dahulu menjadi terkenal hanya kerana mampu mencipta sistem alat kawalan disekolah. Ini menunjukkan bahawa daya kreativiti pelajar dan guru yang telah menghasilkan alat kawalan tersebut mempunyai daya kreativiti yang tinggi yang tidak dimiliki oleh pelajar lain, apabila menggunakan Visual Basic.
Meningkatkan Daya Usaha Guru dan pelajar mampu meningkatkan daya usaha dalam membangunakan sistem pengajaran dan pembelajaran. Ini dilihat, guru dan pelajar, masing-masing berlumba-lumba menyediakan satu siri pengajaran matapelajaran yang seterusnya meningkatkan pembelajaran bagai pelajar yang lain. Bukan sahaja pelajar dapat belajar dalam memperbaiki pengetahuan meningkatkan daya kreativiti dan daya usaha, malah guru dapat memperbaiki diri semasa proses pengajaran dalam bilik darjah. Selain itu, dalam membangunkan satu sistem pengajaran dan pembelajaran menggunakan Visual Basic, memerlukan daya usaha yang tinggi oleh guru, apabila sistem telah dibangunkan, para pelajar pula menunjukkan daya usaha untuk mempelajari perisian tesebut dengan bersungguh –sungguh kerana ia merupakan pembelajaran yang menyeronokkan dan hasil boleh dipertontonkan kepada rakan sekelas. Menyediakan Ruangan Latihan Pengatucaraan Visual Basic mampu menyediakan bentok soalan-soalan secara interaktif dan meneronokkan. Kesemua bentuk latihan seperti latih tubi, bantuan, pencarian dan sebagainya boleh diprogramkan dalam pengatucaraan Visual Basic. Adakalanya bagi sesebuah sekolah hanya menyediakan komputer bagi melakukan proses peperiksan secara interaktif dan berkesan Pengiraan Yang Pantas Apabila latihan dibangunkan menggunakan pengatucaraan Visual Basic, sistem penilain mampu dibangunkan secara online atau komputer dengan hasil yang ditonjolkan begitu pantas dan cepat. Para pelajar akan dapat mengetahui markah dengan segera setelah selesai membuat latihan. Kesimpulan Begitu banyak kelebihan penggunaan pengatucaraan Visual Basic dalam memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran samaada berpusatkan guru atau pelajar atau keduaduanya sekali. Kesemua output dan input mampu dijana dan dikembangkan lagi dalam memperbaiki mutu pengajaran dan pembelajaran. Sebagai tambahan Malaysia kini dalam
arus pembangunan pebelajaran berasaskan komputer dan kebanyakan siri pengajaran dan pembelajaran telah dibangunkan secara pembangunan CDROM yang telah menampakkan hasilnya.