INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUN ABDUL RAZAK TUGASAN KERJA KURSUS TAHUN AKADEMIK 2019
Program: PDPP
Nama Pelajar:
Kod: EDUP2023
Semester / Tahun: 1 / 1 Ambilan: November 2018 Kumpulan: BM11118 / BM21118 / BM31118 / BM41118 / SN11118 / SN21118 / SN31118 / SN41118 / MAT11118 / MAT21118 / MAT31118 / MAT41118 / PJ11118
Nama Kursus: Psikologi Pendidikan Tugasan 1. Kuiz 2. Penulisan 3. Portfolio PBS
Tarikh Mula
Tarikh Hantar
14 Mac 2019 12 Mac 2019 1 April 2019
23 – 30 Mac 2019 5 April 2019 9 April 2019
Hasil Pembelajaran Kursus: Menjelaskan konsep asas psikologi, konsep psikologi pendidikan, implikasi psikologi pendidikan, prinsip asas dan faktor-faktor yang mempengaruhi pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak. (C2, HP1) 2. Membincang secara kritis teori-teori perkembangan kanak-kanak berdasarkan perbezaan individu, personaliti, konsep kendiri dan motivasi pembelajaran kanak-kanak.(C5, HP3, CTPS3, CTPS4) 3. Menghasilkan portfolio tentang perbezaan individu dari aspek kognitif, fizikal, dan sosio budaya murid berdasarkan sumber rujukan yang relevan. (A4, HP6, LL2, LL4, LL6) 1.
Kerja kursus ini menilai hasil pembelajaran kursus 1, 2 dan 3.
Objektif Kerja Kursus: Pelajar akan dapat: 1. Menerangkan berdasarkan pemahaman diri tentang definisi psikologi, psikologi pendidikan, kepentingan psikologi pendidikan terhadap guru, prinsip-prinsip asas dan faktor baka yang mempengaruhi pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak. (C2) 2. Membuat inferensi terhadap situasi yang diberikan ke atas seorang pelajar tentang perbezan individu, personaliti, konsep kendiri dan motivasi berdasarkan teori-teori yang telah dipelajari. (C5, CTPS3, CTPS4) 3. Menghasilkan sebuah portfolio tentang perbezaan individu dan implikasinya terhadap pengajaran dan pembelajaran berdasarkan pemerhatian dan refleksi sepanjang seminggu sesi Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS). (A4, LL2, LL4, LL6)
1
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) (KPM, 2013) memberi tumpuan kepada lima dimensi keberhasilan murid, iaitu akses, kualiti, ekuiti, perpaduan dan kecekapan. Kesemua dimensi ini tekal dengan objektif dasar pendidikan terdahulu. Maka, golongan guru perlu mempunyai pelbagai ilmu pengetahuan dan kemahiran, khususnya dapat menguasai ilmu pengetahuan tentang teori pembelajaran dan psikologi manusia. Berdasarkan pernyataan di atas anda dikehendaki melaksanakan tugasan berikut:
Tugasan 1: Kuiz (Individu - 15%) Anda dikehendaki menjawab lima soalan kuiz yang merangkumi Unit 1 sehingga 2 dalam modul pembelajaran dalam tempoh masa 45 minit.
Tugasan 2: Penulisan (Individu - 40%) Irwan seorang pelajar Tingkatan Satu yang berasal dari sebuah keluarga yang ibu bapa yang telah bercerai dan dijaga oleh nenek sejak umurnya lima tahun lagi. Disebabkan neneknya yang tidak berpendidikan dan berusia tua, maka Irwan tidak banyak diberi perhatian dan bimbingan dalam pelajarannya. Hal ini menyebabkan Irwan menjadi seorang pelajar yang bermasalah disiplin dan kurang bermotivasi dalam pembelajarannya. Berdasarkan teori-teori yang telah anda pelajari, hubungkaitkan perbezaan individu, personaliti, konsep kendiri dan motivasi pembelajaran dengan situasi Irwan.
Tugasan 3: Portfolio PBS (Individu - 15%) Berdasarkan pemerhatian dan refleksi anda sepanjang sesi PBS yang telah ditetapkan, iaitu dari 1 hingga 5 April 2019 di sekolah anda, pilih dua orang pelajar untuk dikaji seterusnya hasilkan sebuah portfolio tentang perbezaan individu yang ada pada mereka dari aspek kognitif, fizikal dan sosiobudaya. Portfolio yang dihasilkan haruslah mengandungi rekod data perbezaan individu kedua-dua pelajar anda dari setiap aspek yang dinyatakan di atas. Bandingbeza data bagi kedua-dua mereka dibuat dan hasilkan perbincangan berdasarkan rujukan yang relevan dari pelbagai sumber.
2
Panduan Pelaksanaan Tugasan 1. Tugasan 1, 2 dan 3 dilaksanakan secara individu. 2. Tugasan 2 dilaksanakan dalam bentuk penulisan dengan 1600 patah perkataan. 3. Bahagian kulit depan bagi Tugasan 2 & 3 (warna merah jambu) hendaklah dilengkapkan dengan butiran berikut: 3.1 Logo & Nama IPG 3.2 Nama Penuh Pelajar 3.3 Angka Giliran / No. Matrik 3.4 No. Kad Pengenalan 3.5 Kumpulan / Semester 3.6 Semester Pengajian / Tahun 3.7 Kod dan Nama Kursus 3.8 Tajuk Tugasan 3.9 Nama Pensyarah Akademik 3.10 Tarikh Hantar 4. Fon - Arial 5. Saiz huruf ialah 11 6. Langkau satu setengah baris (1.5) 7. Rujukan mengikut format APA 8. Lampiran (sekiranya ada) 9. Jawab dalam Bahasa Melayu 10. Amalan plagiat tidak dibenarkan. Kriteria Pemarkahan Kesemua tugasan ditaksir berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan dalam rubrik yang dilampirkan.
Disediakan oleh:
Disemak oleh:
_________________________ (TENG KIE YIN) Penyelaras Kursus Jab. Ilmu Pendidikan IPG Kampus Tun Abdul Razak Kota Samarahan
______________________________________________ (AHAP BIN AWAL) Pakar Bidang (SME) Jab. Penyelidikan, Inovasi dan Profesionalisme Keguruan IPG Kampus Tun Abdul Razak Kota Samarahan
Disahkan oleh:
________________________ (ROHA BINTI TAMIT) Ketua Jabatan Jabatan Ilmu Pendidikan IPG Kampus Tun Abdul Razak Kota Samarahan 3