Tugasan 1

  • Uploaded by: ros ilya surya
  • 0
  • 0
  • October 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Tugasan 1 as PDF for free.

More details

  • Words: 1,178
  • Pages: 5
1 1.0 Pengenalan Persamaan dan perbezaan nilai sesebuah tamadun bergantung kepada perkara yang menjadi pegangan secara menyeluruh dalam tamadun tersebut. Tamadun Islam berpaksi kepada sumber wahyu yang mengarahkan semua perkara yang dilakukan oleh umatnya perlu berada pada landasan wahyu. Manakala tamadun selain Islam menjadikan manusia sebagai objeknya. Ini termasuk batas keupayaan, pemikiran, siapa yang kuat maka dialah yang berkuasa. Selain itu, faktor yang menjadi punca persamaan dan perbezaan antara tamadun ialah doktrin, amalan agama, ciri keturunan dan budaya. 2.0 Konsep Nilai Menurut Kamus Dewan, nilai bermaksud darjah, kualiti, mutu, taraf dan sifat ketinggian. Identiti tidak boleh dipisahkan daripada nilai-nilai. Nilai-nilai yang diamalkan atau dihayati oleh sesuatu kaum atau tamadun itu secara tidak langsung menggambarkan identiti kaum atau tamadun tersebut. Terdapat perbezaan antara tamadun yang muncul disebabkan setiap tamadun muncul sebagai manifestasi budaya, falsafah hidup atau penghayatan agama masyarakatnya. Tamadun Islam misalnya lahir daripada manifestasi tauhid (kepercayaan), tamadun India banyak dipengaruhi konsep ketuhanan Hinduisme, tamadun Greek dengan falsafah dan keseniannya. Dalam tamadun Islam, nilai-nilai ketamadunannya merangkumi nilai kebendaan dan kerohanian. Kemunculan setiap tamadun mempunyai nilai-nilainya tersendiri yang membezakan antara satu tamadun dengan tamadun lain namun terdapat persamaan nilai-nilai antara tamadun, itulah nilai universal tamadun.

3.0 Konsep Nilai Universal Universal mengikut Kamus Dewan Edisi keempat ialah, meliputi seluruh, semuanya atau sejagat. Nilai universal diertikan sebagai nilai yang diterima umum dalam semua masyarakat. Terdapat beberapa nilai universal tamadun yang akan dibincangkan yang mewujudkan persamaan dan perbezaan. Nilai universal bermaksud, suatu nilai atau sifat yang boleh didapati dalam semua tamadun. Ini termasuklah nilai kemanusiaan, nilai ekonomi dan kebendaan, nilai kerja, nilai kemanusiaan, nilai keilmuan, nilai akhlak, nilai keadilan, nilai kekeluargaan dan nilai alam sekitar. Nilai-nilai ini boleh didapati dalam setiap tamadun dan ianya diterima secara umum. Tambahan lagi, nilai universal juga digunakan untuk mendapatkan persamaan dan perbezaan antara satu tamadun ke tamadun yang lain.

2 4.0 Nilai-nilai Universal Antara Tamadun Melayu, Cina, India Yang Terdapat Di Malaysia Salah satu nilai yang boleh didapati dalam Tamadun Melayu, cina dan india ialah nilai kepercayaan. Dasar kepercayaan dan agama memainkan peranan yang amat besar dalam pembanggunan sesuatu tamadun dari segi struktur sosial dan intelektual. Dalam ketiga-tiga tamadun tersebut, nilai kepercayaan amatlah dititikberatkan dan ianya merupakan salah satu punca berkembangnya tamadun tersebut. Seterusnya nilai keilmuan juga telah diaplikasikan dalam ketiga-tiga tamadun tersebut. Nilai keilmuan penting untuk membina dan membangun tamadun itu sendiri. Tambahan lagi, melalui penguasaan ilmu pengetahuan, suatu bangsa akan dapat berekembang dengan luas. Ini boleh dilihat melalui kejayaan tokoh-tokoh falsafah daripada Cina, India dan Melayu. Selain daripada itu, nilai kemanusiaan juga dikongsi oleh ketiga-tiga tamadun tersebut dan ini kerana, melalui penguasaan nilai kemanusiaan, suatu tamadun akan mementingkan hak-hak asasi dan kemuliaan manusia. Tambahan lagi, nilai kemanusiaan ini juga penting dalam penubuhan sistem peraturan dan undang-undang untuk memastikan masyarakat hidup dalam keadaan aman damai. 5.0 Nilai Universal Antara Tamadun Malaysia kini adalah negara bangsa berbentuk persekutuan yang terdiri daripada 14 buah negeri. Kewujudna Malaysia sebagai sebuah negara bangsa sebenarnya merupakan lanjutan daripada kemunculan kerajan-kerajaan Melayu lebih awal. Kerajaan-kerajaan Melayu tersebut juga merupakan kesinambungan daripada beberapa buah kerajaan atau pusat tamadun Melayu yang pernah wujud di alam Melayu seperti Srivijaya, Temasik, Kesultanan Melayu Melaka, Kesultanan Johor Riau-Lingga dan sebagainya. Nilai-nilai yang menjadi asas kepada tamadun berteraskan nilai-nilai agama Islam. Namun begitu, orang Melayu telah bersikap terbuka kepada orang luar dan sentiasa menerima kedatangan orang luar. Oleh sebab itu, penerimaan kedatangan orang luar sebahagian daripada keperluan masyarakat dan ianya bertujuan untu peningkatan diri. Maka, daripada situlah, tamadun-tamadun lain telah memasuki dalam tamadun Melayu. Dalam Institusi Keluarga Dan komuniti bagi Tamadun Islam, tamadun Islam yang berasaskan ajaran al-Quran memberi kepentingan dalam hubungan kekeluargaan. Hubungan anak-anak dengan ibu bapa berasaskan kepada hak dan tanggungjawab. Islam menegaskan hak terhadap anak mestilah dilaksanakan sejak anak itu di dalam kandungan lagi. Ibu bapa bertanggungjawab memberi pendidikan yang sempurna kepada anak-anak merangkumi pendidikan agama dan kemahiran. Anak-anak tidak boleh menderhaka terhadap ibu bapa kerana keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibu bapa dan konsep keadilan menjadi asas di dalam sistem keluarga Islam.

3 Bagi tamadun China, keluarga merupakan unit asas dalam tamdun China. Ajaran Confucius menjadi asas kepada tamadun China iaitu mementingkan hubungan kasih sayang dan hierarki kuasa. Terdapat lima jalinan hubungan sesama manusia yang ditekankan iaitu, hubungan maharaja dengan rakyat, hubungan bapa dan anak, hubungan abang dan adik, hubungan suami dan isteri dan hubungan kawan dengan kawan. Anak-anak tidak boleh menderhaka kepada kedua ibu bapa. Konsep ketaatan yang kental kepada ibu bapa menyebabkan masyarakat cina mengadakan upacara mengingati nenek moyang yang bertujuan mengucapkan terima kasih dan menunjukkan ketaatan kepada nenek moyang dan ibu bapa yang telah meninggal. Kekeluargaan merupakan unit penting dalam tamadun India. Pembinaan keluarga mempunyai matlamat untuk membentuk sistem sokongan yang berbentuk fizikal dan kerohanian, di samping menjadi penerus zuriat. Keluarga bersama ialah bentuk yang paling menonjol dalam sistem kekeluargaan India. Walaupun hubungan darah yang dikira daripada anggota lelaki daripada keluarga yang sama merupakan asas ikatan kekeluargaan tetapi yang lebih penting ialah ikatan yang didasarkan oleh perasaan kasih sayang dan rasa hormat. Dalam nilai yang mempunyai unsur komuniti, dalam tamadun Islam, komuniti atau masyarakat adalh unit yang penting dalam tamadun Islam. Ikatan sesame anggota komuniti tidak hanya ditentukan oleh hubungan kekerabatan, malah hubungan sesame agama(ukhwah dan hubungan sesama manusia yang merangkumi hubungan orang Islam dengan jiran yang bukan Islam. Tamadun Islam menggariskan hak dan tanggungjawab individu Islam terhadap jirannya dan peringkat-peringkat ikatannya dengan jiran tersebut. Asas hubungan individu dalam Islam ialah, ikatan kekerabatan, persamaan agama dan ikatan kemanusiaan. Hubungan sesame anggota masyarakat berasaskan konsep egalitarian bermaksud sama rata. Bagi tamadun cina pula, pembentukan komuniti cina banyak dipengaruhi oleh sistem kekeluargaan masyarakat cina dan lelaki dan bapa ialah yang paling berkuasa. Sistem kekerabatan dalam komuniti berasaskan hubungan darah. Sistem kelas dalam komuniti pula ditentukan oleh tahap pendidikan dan kemahiran. Tamadun yang berbeza daripada tamadun lain ialah tamadun india. Hal ini kerana dalam tamadun insia mereka mempunyai peraturan yang ketat. Sistem sosial dan komuniti berasaskan sistem kasta. Penentuan kasta seseorang adalah secara ascribed iaitu diwarisi saripada nenek moyang. Sistem kasta turut menentukan jenis pekerjaan yang boleh dilakukan dan layanan yang patut diberikan kepada individu tersebut.sistem kasta mempengaruhi semua aktiviti kehidupan dalam komuniti.

4 5.0 Rumusan Apa yang dapat disimpulkan melalui nilai-nilai universal di Malaysia, dalam negara Malaysia ialah, rakyat Malaysia haruslah memahami nilai-nilai yang terdapat dalam tamadun masing-masing supaya wujudnya sikap tolak ansur dalam kalangan rakyat. Dengan adanya sifat tolak ansur dalam kalangan masyarakat, perpecahan kaum dan peperangan dapat dielakkan. Walaupun nilai bertolak ansur ini telah lama wujud dalam kalangan rakyat Malaysia, ianya perlu lebih diterapkan kerana masih ada segelintir rakyat yang bersikap racist. Selepas itu, nilai bertanggungjawab lebih perlu ditekankan supaya rakyat Malaysia dapat memahami apa yang mereka perlu lakukan mengikut apa yang telah diajarakan dalam tamadun mereka masing-masing.

5 Rujukan Mohd Nor Jusoh. (2011). Tamadun Islam Dan Tamadun Asia. Selangor: Farhus Enterprise. Ros Aiza Mohd Mokhtar, Abd Hakim Mohad, Hafizah Ag Basar & Siti Halimah Putung. (2011). Tamadun Islam Dan Tamadun Asia. Ipoh: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd. Sazelin Arif, Ahmad Ridzwan Mohd Noor, Nooraini Sulaiman, Mahadi Abu Hassan & Ali Hafizar Mohamad Rawi. (2006). Tamadun Islam Dan Tamadun Asia. Selangor: Mc Graw Hill Education. Diakses Pada 10 Februari 2018 daripada, http://mhdamin2011.blogspot.my/2011/08/titas-interaksi-antara-pelbagaitamadun.html

Related Documents

Tugasan 1
October 2019 38
Tugasan 1
May 2020 19
Tugasan 1
May 2020 21
Tugasan 1
June 2020 19
Tugasan 1
May 2020 20
Tugasan 1
May 2020 17

More Documents from ""

Tugasan 1
October 2019 38
Surat Masuk Asrama.docx
October 2019 16
Pueh-ukraina-2017.pdf
June 2020 8
December 2019 54
Organisasi Kehidupan
May 2020 32
Sejarah_fisika.docx
April 2020 39