1.0 PENGHARGAAN
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izin kurniaNya dapat juga saya menyempurnakan tugasan bagi subjek Kemahiran Belajar (GKB 1053) ini. Sepanjang menjalankan kerja kursus ini, saya telah memperoleh pelbagai pengalaman sama ada pahit mahupun manis yang amat berharga dan bermakna dalam hidup saya sebagai seorang bakal pelatih guru. Pengalaman yang saya perolehi sepanjang menjalankan tugasan ini mungkin hanya akan datang sekali sahaja dalam hidup saya.
Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Puan Halimah binti Jantan dan Puan Gan Lee Eng kerana beliau telah banyak memberikan tunjuk ajar dan bimbingan kepada saya dalam menyiapkan kerja kursus ini. Tunjuk ajar beliau amat membantu saya dalam usaha menyempurnakan tugasan yang telah diamanahkan ini.
Selain itu, saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada ahli keluarga saya yang telah banyak memberi sokongan moral dan bantuan kewangan bagi menyelesaikan tugasan ini. Selain itu, saya turut berterima kasih kepada rakan rakan seperjuangan saya kerana telah banyak menghulurkan bantuan dan kerjasama bagi merealisasikan usaha menyempurnakan tugasan ini dengan jayanya.
Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada semua pihak yang telah terlibat dalam menjayakan tugasan ini sama ada secara langsung atau tidak langsung. Segala bantuan yang telah dihulurkan amatlah saya hargai kerana tanpa bantuan dan sokongan anda semua, tugasan ini tidak dapat dilaksanakan dengan sempurna. Sekian, terima kasih.
2.0 KONSEP ALAT BERFIKIR
Menurut Som dan Mohd Dahalan (1998), alat berfikir merupakan instrumen yang dapat membantu kita menggunakan minda dengan lebih sistematis dan berkesan. Dengan menggunakan alat berfikir ini, idea-idea yang disampaikan akan menjadi lebih tersusun, jelas dan mudah difahami. Alat berfikir juga Mmembantu meningkatkan kemahiran berfikir spt menyampaikan idea dgn lebih tersusun, jelas dan mudah difahami, supaya berfikir dgn lebih berkesan, dan elak keputusan terburu-buru. Antara alat berfikir ialah pengurusan grafik, peta minda, pemetaan i-Think, teknik menyoal aras tinggi, penyoalam sokratik, soalan tertumpu dan mencapah,lingkaran soalan,alat-alat CoRT 1 dan alat-alat CoRT IV.
Alat-alat berfikir merupakan alat yang dapat membantu kita menggunakan minda dengan lebih bijak dan berkesan. Alat-alat ini menjadikan pemikiran kita lebih tersusun, luas, jelas dan kita tidak terburu-buru melakukan sesuatu. Ketrampilan berfikir secara kritis dan kreatif dapat diwujudkan dengan bantuan alat-alat berfikir ini. Alat-alat berfikir ini membolehkan kita melihat sesuatu fakta, idea isi dan konsep secara visual dan holistik. Kita dapat juga meninjau hubungan di antaranya di dalam satu rangka teratur.
3.0 ALAT-ALAT BERFIKIR DALAM MEMBUAT NOTA
PENGURUSAN GRAFIK (GO) Pengurusan Grafik atau Grafik Organiser (GO) adalah suatu bentuk ilustrasi atau lakaran. Ia digunakan untuk membantu dan menguruskan cara berfikir secara tersusun dan menyedari proses pemikiran berlaku. Digambarkan secara lebih mudah dan jelas. Pemilihannya bergantung kepada tujuan, situasi dan perhubungan dengan aspek lain. Contoh GO ialah GO banding beza, GO mengkategori,GO membuat keputusan,GO
menyelesaikan
masalah,
GO
menjana
idea,
GO
fishbone
cause-and-effect.
PETA MINDA Peta minda dicetuskan oleh Tony Buzan. Definisi peta minda adalah lakaran grafik dgn tajuk atau isi utama diletakkan di bahagian tengah dan idea yg lain dikembangkan di sekelilingnya. Tujuan peta minda adalah untuk organisasi idea dalam bentuk gambar dan kata kunci, bantu mengingat dgn mudah ( mata & otak kerja serentak), mencatat nota dgn ringkas dan mudah, guna otak kanan
(menggambarkan)
dan
otak
kiri
(analisis),
kembang
kreativiti,
organisasi
persembahan idea. Antara ciri peta minda ialah kreatif dan tidak formal (lukis, lorek, gambar, kata kunci, garisan, kotak) ,tajuk diletakkan di tengah, idea lain di luar, menggunakan warna, anak panah, rajah dan kod utk kait antara idea ,buat gambaran yg menarik. Antara kegunaan peta minda adalah untuk mencatat nota, mencatat isi penting dari teks atau bahan yg dibaca, perancangan dlm membuat laporan,membuat sinopsis,membuat persembahan hasil perbincangan dan sumbang saran.
PEMETAAN I-THINK Melalui Program i-Think, Peta Pemikiran telah diperkenalkan. i-Think merupakan singkatan
kepada
innovative
THINKing
(Pemikiran
Inovatif).
Pengalaman
pembelajaran yang menarik dan kreatif diperoleh melalui kemahiran berfikir yang dibekalkan kepada murid. Berdasarkan kepada kajian kecerdasan yang dijalankan, proses pembelajaran kognitif dan persembahan maklumat dalam bentuk visual mahu pun grafik dapat digabungkan melalui Peta Pemikiran. Peta Pemikiran adalah salah satu cabang alat berfikir yang dikembangkan secara visual yang mudah diaplikasi dan difahami merentas kurikulum melalui lapan bentuk Peta Pemikiran. Peta pemikiran i-Think yang kerap dilaksanakan turut membantu pelajar dalam membudayakan kemahiran berfikir (Khalidah et al. , 2015) Kementerian Pelajaran Malaysia (2012) turut menjelaskan bahawa penggunaan peta pemikiran sebagai satu cabang alat berfikir dalam proses pengajaran dan pembelajaran dapat memupuk pelajar untuk berfikir serta menaakul. Setiap satu Peta Pemikiran mempunyai proses pemikiran yang tertentu. Lapan jenis peta pemikiran yang dicadangkan dalam Program i-Think adalah Peta Bulatan, Peta Pokok , Peta Buih, Peta Dakap , Peta Alir, Peta Buih Berganda, Peta Pelbagai Alir dan Peta Titian.
SOALAN DAN PENYOALAN Definisi soalan dan penyoalan adalah alat rangsangan utk mendapatkan maklumat, meninjau kefahaman, mencungkil minat, menilai kebolehan dan pencapaian seseorang.Tujuan soalan dan penyoalan untuk mengembangkan proses berfikir , mengumpul dan analisis maklumat, menggalakan cetusan dan penggunaan idea, mengenal pasti objektif pengajaran tercapai serta menilai kemajuan pembelajaran. Teknik Menyoal Aras Tinggi bertujuan untuk mengalakkan KBAT, mengingat,
memahami, mengaplikasi, menganalisis, mencipta, menilai dan merangsang pelajar untuk berfikir serta menyelesaikan masalah dengan baik. Antara jenis soalan:
a) Penyoalan sokratik bertujuan untuk merangsang pelbagai bentuk pemikiran, membuat penerokaan, mendapatkan maklumat, menganalisis konsep, membanding dan membeza konsep. Mempunyai 6 jenis soalan iaitu soalan penjelasan, soalan merangsang andaian, soalan merangsang sebab & bukti, soalan berkaitan pandangan & idea, soalan merangsang kesan & akibat serta soalan berkaitan soalan
b) Soalan Bertumpu dan Mencapah bertujuan untuk mengetahui pengetahuan, kefahaman, aplikasi ilmu pengetahuan. Soalan bertumpu ialah soalan yang memerlukan jawapan yang terhad & tepat, soalan aras rendah,soalan tertutup, dan bersifat objektif. Soalan Mencapah ialah soalan yang mempunyai jawapan, lebih analitik, berbentuk sintesis, soalan aras tinggi, soalan terbuka dan bersifat subjektif.
c) Lingkaran Soalan ialah mendapat idea & pandangan untuk menyelesaikan masalah dan soalan dikemukakan secara berturutan serta berhieraki. Soalan jenis ini pada asalnya diperkenalkan oleh Christenbury dan Kelly (1983) dan kini baru sahaja diperkenalkan di Negara kita oleh William W. Willen (1994). Lingkaran soalan ialah bentuk soalan yang memberi tumpuan kepada skop-skop tertentu, iaitu skop perkara, skop individu dan skop luar individu. Perkara individu dan luar individu ini merupakan skop yang menjadi bahan rangsangan untuk penyoalan. Untuk memudahkan kefahaman kita, skop tersebut diwakili oleh satu lingkaran atau bulatan.
Alat CORT (Cognitve Research Trust) Alat CoRT ialah instrumen dalam bentuk garis panduan yang digunakan untuk meningkatkan kualiti pemikiran seseorang bagi membuat keputusan atau menyelesaikan masalah yang dihadapi (Som dan Mohd Dahalan, 1998). 4 Istilah CoRT ini adalah singkatan daripada perkataan “cognitive research trust”. Singkatan ini dicipta oleh Edward de Bono semasa beliau mencubakan alat ini di sekolah-sekolah kajiannya di Barat untuk melihat keberkesanannya dalam membantu meningkatkan kognitif pelajar. Oleh sebab dapatan kajian ini menunjukkan keberkesanan yang tinggi maka Edward de Bono
mengamanahkan alat kognitif ini kepada guru-guru supaya dapat diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran. Kesemua alat ini terdiri daripada tujuh alat CoRT yang mempunyai tujuan dan kepentingan-kepentingan tertentu.
Hampir sama seperti alat berfikir pengurusan grafik, penggunaan alat berfikir CoRT ini juga terhad bagi suatu tujuan khusus, contohnya alat BLI (baik, lemah, istimewa) hanya boleh digunakan khusus untuk menganalisis suatu benda atau perkara daripada perspektif baik, lemah dan istimewa. Hal ini membuktikkan bahawa penggunaan alat ini adalah tidak menyeluruh dan kurang sesuai digunakan untuk membuat nota bagi sesebuah topik untuk suatu mata pelajaran. CoRT 1 bertujuan untuk meluaskan persepsi seseorang tentang sesuatu idea dan dapat membuat keputusan dan menyelesaikan masalah dengan lebih berkesan (Widad dan Kandar, 2006). CoRT 1 terdiri daripada alat-alat yang berikut: PMI (Plus, Minus, Interesting ) = BLI (Baik, Lemah, Istimewa), OPV(Other People’s View) = POL (Pandang Orang Lain), CAF(Consider All Factors) = TSF (Timbangkan Semua Faktor), C&S Consequence & Sequal) = KMJK (Kesan Mengikut Kepentingan), FIP (First Important Priorities)= KMK Kepentingan),
APC(Alternatives,
Possibles
and
(Keutamaan Mengikut
Choices)=
AKP(Alternatif,
Kemungkinan dan Pilihan), AGO(Aims, Goal & Objectives)= TMO (Tujuan, Matlamat, Objektif)
Alat-alat CoRT IV bertujuan untuk meningkatkan kualiti kehidupan. Terdapat 10 CoRT IV iaitu Yes, No & Po, Stepping Stone - Batu Loncatan, Random Input - Input Rawak, Concept Challenge - Mencabar Konsep, Dominant Idea - Idea Dominan, Define The Problem - Mendefinisikan Masalah, Remove Faults - Mengasingkan Kelemahan, Combination - Kombinasi, Requirements - Keperluan, Evaluation Penilaian.
4.0 JUSTIFIKASI PEMILIHAN ALAT BERFIKIR DALAM PENGHASILAN PRODUK 2
Alat berfikir yang telah kumpulan saya pilih dan laksanakan ialah pemetaan Ithink yang bermaksud innovative thinking. Pemetaan I think adalah alat berfikir yang dipersembahkan dalam 8 bentuk peta pemikiran secara visual yang mudah digunapakai dan difahami. Kami telah menghasilkan produk 2 menggunakan pemetaan I-think. Dalam pemetaan I think yang saya pilih untuk menghasilkan produk
2 ini terdapat 3 jenis pemetaan I- think yang saya pilih iaitu peta bulatan, peta pelbagai alir dan peta pokok. Saya menggabungkan pemetaan I think tersebut dibawah satu topik yang telah kami pilih iaitu masalah pendengaran. Kami memperolehi maklumat mengenai topik yang telah kami pilih adalah daripada pelbagai sumber iaitu buku, internet dan jurnal. Di dalam pemetaan I think tersebut terdapat maklumat dalam kategori yang berkaitan dengan topik yang kami telah pilih iaitu definisi yang saya telah nyatakan dalam bentuk peta bulatan. Punca dan akibat masalah pendengaran yang telah saya huraikan dalam bentuk peta pelbagai alir. Jenis masalah pendengaran dalam bentuk peta pokok. Saya telah memilih peta bulatan untuk menyatakan definisi masalah pendengaran. Sebagaimana yang kita tahu bahawa peta bulatan sesuai untuk mendefinisikan mengikut konteks. Penggunaan peta bulatan dalam mendefinisikan masalah pendengaran dapat memudahkan seseorang memahami konsep masalah pendengaran kerana petanya yang berbentuk bulatan dan semua maklumat yang telah diperolehi ditulis di dalam peta tersebut. Oleh itu, data dapat dikumpulkan dari pelbagai sumber.
Selain itu, saya juga telah menggunakan peta pelbagai alir dalam menyatakan punca dan akibat masalah pendengaran berlaku kerana peta pelbagai alir sesuai untuk menyatakan sebab dan akibat sesuatu itu berlaku. Arah anak panah yang terdapat dalam peta tersebut jelas menunjukkan sebab dan akibat masalah pendengaran berlaku iaitu anak panah yang menghala masuk ke dalam menunjukkan sebab manakala anak panah yang menghala arah keluar menunjukkan akibat. Seterusnya, mengelaskan jenis-jenis masalah pendengaran menggunakan peta pokok. Bentuk peta pokok yang mempunyai banyak cabang yang memudahkan aktiviti pengelasan. Mudah bagi seseorang itu mengelaskan sesuatu itu mengikut kategori. Hal ini demikian memudahkan saya untuk menyampaikan maklumat dengan berkesan.
KEBERKESANAN PENGGUNAAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN 5.0
ALAT-ALAT
BERFIKIR
DALAM
Alat alat berfikir boleh dilaksanakan melalui aktiviti yang dilaksanakan guru dalam bilik darjah seperti aktiviti berkumpulan dan permainan. Selain itu, alat-alat berfikir
juga boleh digunakan guru untuk sesi membuat rumusan tentang topik yang diajar. Alat berfikir juga menjadi bahan bantu mengajar yang penting dalam pelbagai subjek.
Keberkesanan alat berfikir kepada murid dalam pengajaran dan pembelajaran ialah pendedahan dapat diberikan kepada murid tentang ilmu pengetahuan dalam penggunaan pelbagai alat berfikir. Pelajar akan dapat menggunakan alat berfikir bukan sahaja dalam pembelajaran mereka malahan dalam situasi harian jika mereka dapat menguasai penggunaannya yang betul (Tee et al. 2010). Kajian Sidek (2013) turut mendapati murid menjadi lebih positif dan rajin dalam pembelajaran dengan amalan pengajaran yang diamalkan guru melalui alat-alat berfikir. Alat- alat berfikir yang digunakan berjaya membantu semua pelajar memahami dan menyelesaikan masalah berkaitan. Alat-alat berfikir boleh digunakan dalam intervensi dan hasilnya adalah ia telah membantu penjanaan pemikiran kreatif dalam kalangan murid di samping memudahkan pembelajaran sesuatu subjek tersebut.
Sehubungan itu, keberkesanan alat berfikir kepada guru dalam pengajaran dan pembelajaran dalam menggunakan alat berfikir ini adalah untuk diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran yang bersesuaian dengan keperluan dan masa. Disebabkan kekangan masa untuk guru mengajar dan memberi pendedahan ilmu pengetahuan berkaitan alat berfikir ini, penggunaan modul pembelajaran kendiri amat disarankan sebagai kaedah pembelajaran alternatif. Justeru, dengan adanya alat berfikir ini, murid dapat memanfaatkan penggunaan alat-alat berfikir yang telah dicadangkan sepenuhnya dalam pembelajaran dan kehidupan seharian mereka (Tee et al. 2009). Penilaian yang dibuat melalui kajian tinjauan Sidek et al. (2013) secara umumnya mendapat penggunaan alat berfikir dapat memberi kesan positif kepada pelajar pelajar kerana alat-alat berfikir yang disediakan adalah membantu serta amat berguna sebagai asas dan kemudahan untuk mereka berfikir. Kebanyakan pelajar bersetuju program ini dijadikan sebagai salah satu alat berfikir, kaedah pengajaran berkesan, membantu meningkatkan kemahiran berfikir dan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Alat-alat berfikir juga ialah instrumen yang membantu kita berfikir dan mengurus proses pemikiran secara visual dan terkawal. Alat-alat berfikir boleh digunakan oleh
kita untuk membolehkan berfikir secara mendalam dan berkesan mengenai sesuatu kemahiran berfikir. Alat ini tidak berfungsi tanpa kemahiran berfikiran yang relevan. Alat - alat ini terdiri daripada pelbagai corak dan jenis bagi memudahkan seseorang itu membuat nota secara bebas dan menarik. Hal ini membuktikan keberkesanan alat-alat berfikir dalam pengajaran dan pembelajaran.
6.0 Penutup
Alat - alat berfikir yang terdiri daripada pengurusan grafik, peta minda, soalan dan penyoalan, dan CoRT.Alat - alat berfikir memberi impak yang besar dan penting ke atas pembelajaran dan pengajaran pelajar. Pelajar dapat membuat nota kuliah yang berkesan dengan menggunakan alat-alat berfikir. Semua nota dapat dihasilkan secara tersusun dan mudah disimpan. Selain itu, ulang kaji dapat dilakukan dengan pantas dan berkesan menerusi penggunaan alat-alat berfikir. Alat- alat berfikir amat berkesan dalam mengambil nota dan memudahkan kita dalam mengulang kaji.
7.0 Rujukan
Adibah Azman. (2012). Peta Minda. Mari Belajar. Diakses pada September 1, 2017, daripada http://seronoknyabelajar.wordpress.com/about/peta-minda
Alat berfikir. (2015). Diakses pada September 1, 2017, daripada http://e-tech.my/Topik10%20AlatBerfikir.pdf
Alat berfikir. (2016). Diakses pada September 1, 2017, daripada http://www.apps.ideal.upm.edu.my/website/bacelor/TAJUK%204_ALAT%20BER FIKIR.pdf
Azman Azwan Azmawati. (2008). Pengaplikasian Teknik Berfikir. Selangor: Universiti Sains Malaysia.
Edward De Bono. (1993). Revolusi Berfikir. Bandung: Mizan Pustaka.
Khalidah, et. al. (2015). Kajian Tinjauan : Aplikasi Pemikiran i-Think dalam Pengajaran dan Pembelajaran Literasi dan Nombor. Prosiding " 6th Pedagogy International Seminar 2015" Jilid II. 425-829.
Kementerian Pelajaran Malaysia. (2012). Draf Buku I-Think. Putrajaya: Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia
Muhamad Sidek, Mohamad Ab Kadir & Mohamad Sabri. (2013).
Penilaian
Pelaksanaan Program i-Think: Satu Pengenalan. Selangor: Longman
Mukerjea. D. (1996). Superbrain: Train your brain and unleash the genius within by using: Memory building, mind mapping, speed reading. Singapore: Oxford Press.
Nur Ashwa & Nur Syafikah. (2016). Kemahiran Berfikir Alat CoRT 1. Diakses pada September 1, 2017, daripada http://elearnmap.ipgkti.edu.my/resource/gkb1053/sumber/Kemahiran-Berfikir-Ala t-Cort-1.pdf
Rosnidar Mansor, Haeidatul Nashrah, Norazilawati & Nik Azmah. (2016). Keberkesanan penggunaan I-Think terhadap pencapaian dan minat murid dalam tajuk sifat bahan, Sains Tahun 4. Jurnal Pendidikan Sains & Matematik Malaysia, volume 5, No. 2, 2015, muka surat 98 - 116.
SEA, Rubrik Kemahiran Berfikir Dan Rubrik Peta Minda. Persidangan Kebangsaan Pendidikan Sains dan Teknologi 2009 (PKPST 2009). m.s 5-14.
Som Hj, Nor dan Mohd Dahalan. (1998). Kemahiran Berfikir Secara Kritis & Kreatif. Selangor: Longman. m.s. 304-305, 318-321, 323-324
Steele, V. (2005). Using mind maps to develop writing. Diakses daripada September 1, 2017, daripada http://www.teachingenglish.org.uk/think/articles/using-mind-maps-develop-writing
Suhaimi, Baharuddin, Hasnah, Norasyikin & Zaleha. (2014). Penerapan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi Melalui Model Stesen Rotasi Pelbagai Mod. Diakses pada September 1, 2017, daripada https://www.researchgate.net/publication/274701680_Penerapan_Kemahiran_B erfikir_Aras_Tinggi_Melalui_Model_Stesen_Rotasi_Pelbagai_Mod
Tee, Tze Kiong, Jailani, Baharom, Widad dan Heong Y.M. (2009). Penilaian Aras Kemahiran Berfikir Menerusi Ujian. Selangor: Longman.
Trochim. (1989). Concept Mapping Resource Guide. Diakses pada September 1, 2017, daripada http://www.socialresearchmethods.net/maping/maping.html