Kontrak (Lisan dan Bertulis)
• Kontrak ini boleh dibuat secara lisan dan bertulis. • Ia merupakan satu pertujuan di antara guru dan murid setelah perbincangan dibuat berkaitan tingkah laku. • satu perjanjian dibuat secara lisan atau menandatangani kontrak merupakan salah satu cara yang berkesan untuk memodifikasikan tingkah laku negatif kepada positif.
Jadual 1 di bawah menunjukkan beberapa contoh pernyataan X, kemudian Y yang berlandaskan prinsip “jika anda lakukan x, anda boleh lakukan atau peroleh y” X
Kemudian
Y
Duduk diam di tempat duduk.
Dapatkan masa rehat selama minit.
Daftarkan secara sukarela menjadi ahli pasukan bola tampar di sekolah.
Dapatkan pengiktirafan guru besar
Menepati masa ke sekolah.
Murid yang pertama keluar semasa rehat. Dapatkan sticker tambahan.
Tidak membuat bising di dalam kelas.
• Kontrak jenis pernyataan X, kemudian Y ini juga boleh dibuat secara lisan oleh guru apabila murid dapat melafazkan apa sahaja pernyataan yang terkandung seperti yang dinyatakan dalam Jadual 1. • Guru boleh menggunakan kontrak secara bertulis untuk memodifikasikan tingkah laku murid berkenaan.
• Dalam kontrak bertulis ini mesti ditandatangi oleh murid dengan guru dan mengandungi segala butiran seperti ganjaran atau hukuman, tempoh dan cara-cara penilaian. • ibu bapa juga digalakkan turut terlibat dalam kontrak ini. Misalnya murid akan membuat kontrak formal dengan guru besar. Dengan ini, ia dapat menyakinkan murid berkenaan bahawa dia akan dikenakan tindakan yang berat sekiranya melakukan kesalahan sebagaimana perjanjian yang telah dibuat.
Tarikh: ____________ KONTRAK Ini adalah satu perjanjian antara _________________ (Nama murid) dan _________________. (Nama guru) Kontrak ini bermula pada ____________ (tarikh) dan berakhir pada ____________. (tarikh) Ia akan disemak semula pada ____________. (tarikh) Syarat-syarat kontrak adalah seperti berikut:
Murid akan ___________________________________________________ ___________________________________________________ __________ Guru akan ___________________________________________________ ___________________________________________________ ___________ Sekiranya murid berjaya memenuhi syarat-syarat kontrak seperti disenaraikan di atas, dia akan menerima ganjaran yang dipersetujui. Akan tetapi, sekirannya dia gagal untuk berbuat demikian, ganjaran akan ditarik balik. Tandatangan murid : _______________ Tandatangan guru : _______________
VIDEO • https://www.youtube.com/watch?v=vW4F_bPhPv8
kELEBIHAN Kelebihan dalam kontrak secara lisan dan bertulis ini adalah : -Murid yang berkenaan akan memainkan peranan yang aktif dalam jenis dan kuantiti tugas yang perlu dilakukannya. Dengan itu, murid berkenaan akan memupuk sikap yang bertanggungjawab ke atas tugasan yang dikehendakinya lakukan. -Selain itu, data tersebut yang dikumpulkan oleh guru boleh digunakan untuk merancang program, hasil pembelajaran dan matlamat perkembangan yang selaras dengan murid berkenaan.